Forum
Topic RSS
10:50 pm
22 October 2008
OfflineSalam forumer semua…
Saya masih baru lagi dlm forum nie & jugak dlm pelaburan emas.
Nak mintak advise & komen rakan-2 semua… Macamana kita nak agak ketulenan emas fizikal samada 999, 916, 835 atau 730 dengan mata kasar? Ada tak apa-2 tips & hints yg berguna utk di share. So, in the future kalau nak berurusan dgn emas fizikal ni, at least kita blh le agak-2 purity emas tu.
Saya kalau tngk emas semua cam sama je tak de beza. Tapi ada orang cakap, kalau emas yg lagi tulen… dia lagi nampak berkilau. Tapi sekali tngk emas Zhulian pun berkilau gak… hahaha
Share sini ye!
bergantung kepada kebolehan masing2…kalau yg dah lama berkecimpung dgn fizikal gold akan mudah bezakan..biasanya dari kilauan…dgn cara memegang fizikal gold tersebut….tapi kalau zulian tu kilau dia lain macam..mmg snang sgt nak tau….dun know to describe….emas ni logam dari mukabumi..ada si pemakai emas yg akan jadikan emas tu berkilau dan sentiasa bersih(rasi)…ada si pemakai pakai yg menyebabkan kilauan emas tu kelamdan jadi kotor( x rasi)…..stakat tu jer yg aku tau…
5:53 am
22 October 2008
Offlinebini aku tak boleh pakai zulian he he, nak mas betul la tu. pernah pakai dia jadi menghakis tangan dan berkudis. dulu pernah offer zulian kat kawan sekitar 1992 pun kawan tu kata tak boleh pakai rasa gatal. memang x rasi .mkn asid badan kena saduran zulian tu tak boleh jadi gatal. tak pe bukan menggatal
5:26 pm
16 October 2008
Offlinesaya nak berkongsi cara nak kenal purity emas. tapi cara ni kena keluar modal sikit untuk beli alat timbang jitu atau alat timbang khas untuk timbang barang2 kemas.
bahan2 yang diperlukan:
1. jag air yang diperbuat daripada plastik. kaca pun boleh juga.
2. alat penimbang jitu atau alat penimbang khas untuk barang2 kemas. mungkin alat penimbang untuk buat kek pun boleh guna juga. pastikan alat penimbang tersebut mempunyai fungsi 'tare'. elok pilih alat penimbang yang mempunyai bacaan dari 0.01g hingga 500.00g.
3. air paip.
4. benang.
5. bekas tadahan. botol mineral yang dipotong muncungnya pun boleh juga.
langkah2nya:
1. hidupkan alat penimbang. pastikan bacaan pada alat penimbang ialah 0.00g. jika tidak, tekan butang funsi 'tare' untuk kembalikan bacaan kepada 0.00g. ikat emas anda dengan benang. pastikan ada banyak lebihan benang yang boleh dipegang. ini penting untuk langkah yang ketiga nanti. timbang emas yang telah diikatkan dengan benang tadi.anda. catatkan beratnya di dalam unit gram. contohnya 100gram. kita nama nilai ini sebagai 'm'.
2. pastikan bacaan pada alat penimbang ialah 0.00g. jika tidak, tekan butang funsi 'tare' untuk kembalikan bacaan kepada 0.00g.letakkan jag air diatas mesin penimbang. isikan penuh jag air dengan air paip sampai melimpah ikut muncungnya. keringkan air yang melimpah tersebut dari atas mesin penimbang untuk bacaan yang lebih jitu. catatkan berat jag air bersama2 air tadi. contohnya 300g. kita nama nilai ini sebagai 'v1'.
3. pegang hujung benang dan angkat emas tadi ke udara. celupkan emas tadi perlahan2 ke dalam jag air. tadah air yang keluar dari muncung jag tadi dengan bekas tadahan. pastikan tiada air yang terjatuh ke atas alat penimbang. jangan biarkan emas tersebut menyentuh lantai jag air.
4. setelah keseluruhan emas tersebut tenggelam di dalam air, keluarkan perlahan2 emas tadi dari jag air itu. catatkan berat jag air bersama2 air tadi. contohnya 294.83g. kita nama nilai ini sebagai 'v2'.
5. kumpulkan nilai2 yang kita dapat tadi. dari contoh tadi, m = 100g, v1 = 300g dan v2 = 294.83g.
pengiraan:
ketumpatan emas asli adalah 19.32 g/cm padu. oleh kerana kita menggunakan air sebagai medium untuk mendapatkan isipadu air, kita boleh anggap berat 1g air bersamaan dengan 1 cm padu air juga. ini kerana specific gravity(SG) air adalah 1g/1cm padu. (SG air = 1.0 g/cm padu). jadi nilai2 v1 dan v2 tadi kita boleh tukar unitnya kepada cm padu.
v1 = 300 cm padu, v2 = 294.83 cm padu
formula ketumpatan ialah; ketumpatan,(g/cm padu) = jisim,(gram) / isipadu,(cm padu)
dari nilai2 di atas tadi, kita boleh rumuskan ketumpatan,(g/cm padu) = m,(g) / v1 – v2,(cm padu)
jadi, ketumpatan emas = 100 / 300 – 294.83
= 100 / 5.17
= 19.34 gram/cm padu.
dari nilai ketumpatan di atas, kita boleh anggapkan emas tersebut mempunyai ketulenan 99.9%. biasanya mesti ada ralat sikit.
untuk emas2 yang lain macam 916 ke, biasanya nombor-nombor 999, 916 atau 850 tu menunjukkan peratus kandungan emas di dalam barang2 kemas atau duit syiling atau sebagainya.
jadi untuk mengira ketumpatan emas 916 = 19.32 x (91.6/100) = 17.69 gram/cm padu
untuk emas 850 = 19.32 x (85.0/100) = 16.42 gram/cm padu.
dan seterusnya.
mungkin cara in kurang sempurna. tapi anda boleh mengubahnya supaya lebih sempurna mengikut cara anda sendiri. kalau anda ingin cara yang lain, cuba anda google perkataan 'archimedes concept', 'archimedes principal' atau 'eureka'. anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat dan pelbagai cara2 lain untuk mengukur ketumpatan emas anda.
tapi cara yang paling senang, pergi aje kedai emas untuk disahkan atau pergi bank rakyat. pilihan ditangan anda.
9:31 am
22 October 2008
OfflineTerima kasih digoil… patutlah masa kat BR last week derang cek purity guna alat penimbang ada air. Tak terpikir plak kiraan tu guna ketumpatan barang tersebut. Kat BR tunggu dalam bbrp saat alat penimbang tu akan kelaur bacaan dlm unit Karat… 24k, 22k, 20k, 18k dsbnya…
SepulTura said:
Terima kasih digoil… patutlah masa kat BR last week derang cek purity guna alat penimbang ada air. Tak terpikir plak kiraan tu guna ketumpatan barang tersebut. Kat BR tunggu dalam bbrp saat alat penimbang tu akan kelaur bacaan dlm unit Karat… 24k, 22k, 20k, 18k dsbnya…
tu sebab kalau barang kemas yg berdaki dia akan cuci dulu dan keringkan guna blower..nak dptkan exact qty……nanti berat daki dari barang tu…hehehhe
rizzmerr said:
bergantung kepada kebolehan masing2…kalau yg dah lama berkecimpung dgn fizikal gold akan mudah bezakan..biasanya dari kilauan…dgn cara memegang fizikal gold tersebut….tapi kalau zulian tu kilau dia lain macam..mmg snang sgt nak tau….dun know to describe….emas ni logam dari mukabumi..ada si pemakai emas yg akan jadikan emas tu berkilau dan sentiasa bersih(rasi)…ada si pemakai pakai yg menyebabkan kilauan emas tu kelamdan jadi kotor( x rasi)…..stakat tu jer yg aku tau…
klu mengikut ilmu sy la yer…hehe,,,,,999.9 dia nie lembik sikit klu kita gigit pon ada bekas gigitan..tapi klu 916 keras sikit berbandingkan 999.9.
Most Users Ever Online: 64
Currently Online: ckiesondi
23 Guest(s)
Currently Browsing this Page:
1 Guest(s)
Top Posters:
aneopedr: 12419
aldwashmanregin: 11366
ckiesondi: 11347
molaholl: 9445
dealex: 8853
rizzmerr: 634
Member Stats:
There have been 29 guest posters
There are 7504 members
There are 5 moderators
There are 1 admins
Forum Stats:
Groups: 4
Forums: 19
Topics: 1349
Posts: 61322
Newest Members: IrfanKelantan, sharudinmusa, suriani76, zuraEmas, domovenokedic, hamnif
Moderators: syukor (466), shufaad (0), cikjune (40), hafiz (105), syukor (0)
Administrators: syukor (466)

Log In
Register
Home



