Inginkan ilmu pelaburan emas dengan pantas tanpa perlu membaca semua artikel di blog ini? Dapatkan ebook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas (klik sini)
 
Ebook

Forum

Please consider registering
guest

Log In Register

Register | Lost password?
Advanced Search:

— Forum Scope —



— Match —



— Forum Options —




Wildcard usage:
*  matches any number of characters    %  matches exactly one character

Minimum search word length is 4 characters - maximum search word length is 84 characters

Topic RSS
Emas Lelongan Awam Bank Rakyat
29 November 2008
3:40 am
SepulTura
VIP members
Forum Posts: 78
Member Since:
22 October 2008
Offline

Salam semua forumers!

Kat sini aku nak kongsi dgn korang semua tentang peluang membeli barang kemas lelongan Bank Rakyat. Actually, aku pun baru je first time bid last week & tak sangka plak boleh dapat. Pada aku, emas lelong ni adalah satu cabang pelaburan emas fizikal yang bagus pasal biasanya emas-2 yg disimpan oleh BR ni kebanyakannya masih tersimpan elok & dlm keadaan baik. Yang paling best kalau luck kita baik, kita boleh dapat brng kemas tersebut di bawah market value.

Aku difahamkan BR memang setiap bulan akan menjalankan lelongan brng kemas nie. Kemungkinan bukan semua cawangan, tapi BR cawangan bandar-2 besar saja. Ni aku agak ajelah… Maybe korang yg tinggal kat pekan-2 kecil tu bolehlah tanya pd pegawai BR kat sana. Yang tak best nya kita tak tau bila BR akan buat lelongan awam nie pasal derang tak de buat promosi bgtau pd public. Maybe kalau kita kenal pegawai BR bolehlah mintak tolong alert pd kita. Kalau tak kena lah sesekali singgah BR utk pantau. Tapi biasanya waktu lelongan ni dijalankan adalah pd minggu ke-3 setiap bulan. Macam kes aku, BR area aku ni buat pd minggu lepas. Tak silap, derang akan bukak selama seminggu dr hari Isnin sampai Jumaat. Aku bernasib baik pasal datang lepas hari Jumaat minggu lepas. Memang bid pun last minute sblm tutup. Jadi tak sempat sangat nak memilih… Frown

Biasanya brng kemas yg derang display utk lelong ni memang banyak. Semuanya akan di letak tag as 'Item X'. X tu mewakili nombor brng yg di display tu… Kalau ada 100 brng jadi tag tu start dgn item 1, item 2, item 3,…….., item 100. Setiap item tu tak semestinya cuma satu brng saja. Kebanyakannya setiap item tu mesti ada at least 2 brng atau lebih. Sbnrnya setiap item ni represent brng-2 yg digadai oleh owner asal. Brng tu biasanya digadai dlm satu borang. Pasal tulah bila nak release pun, kenalah release semua. So, aku rasalah kalau kita nak gadai brng kemas kita, eloklah kita asing-2kan guna beberapa borang. So, let say ada problem tak dapat nak tebus balik… at least kita dapat gak cover sebahagian. Macam aku hari tu, aku bid utk 2 item. Item yg pertama cuma sebijik loket cam bentuk gold coin. Ada tulis 'United States of America' dan jugak 'twenty dollars' kat situ. Siap ada tulis tahun 1898. Tak tau le betul ke tidak buat thn tu. Ntah sapa punyalah brng nie ye. Yang ni cuma emas 18k atau 750. Satu lagi item ada 5 jenis brng – 2 gelang, 2 cincin & 1 rantai. Semua emas 22k (916) kecuali satu cincin tu emas 20k (835). Bnyk item yg dilelong. Hari tu saja tak silap item no sampai 140… Memang rambang bijik mata! Ada satu item tu satu brng aje, gelang or rantai dah lupa… tapi harga rezab rm15k++. Surprised Bila pikir balik nyesal plak tak bid yg nie. Cry Tapi ada gak bbrp item yg call-off… Maybe owner dapat bayar duit upah last minit.

Reserve price yg derang letak tu memang bawah market value. Cth utk emas 916, Jumaat lepas price BR adalah rm92.77 per gm. Reserve price yg derang letak adalah lbh kurang bwh rm10 iaitu rm82.77. Yang tak bestnya kalau kita tak tau current market price pd masa tu & juga purity emas lelong tu. So, kita kena assume sendirilah… Aku pun agak-2 je maybe ni emas 916 pasal aku ada gak cek harga emas kedai emas minggu tu. Cek sini http://www.fgjam.org.my/ . Tadi masa amik emas, rate dah naik rm102.18… Pegawai tu pun cakap aku bernasib baik pasai rega emas dah mendadak naik. Best-2! Laughing Rate BR ni aku tngk rendah sikit dr rate goldsmith. Skrg kedai emas rate rm105. So ni pun dah kira advantage jugak kalau dapat emas lelong BR…

Setiap item yg korang bid ni charge dia cuma rm5… So, cth cam aku cuma bayar rm10 utk 2 item. Lepas seminggu biasanya BR akan call kalau kita berjaya. Derang akan suruh amik dgn kadar segera or item tu akan dioffer pd pembida ke-2 tertinggi. Satu lg yg best advantage kpd pembida individu… Memang BR utamakan individu drpd sykt jual-beli emas. Bila korang dtg utk amik emas tu, korang blh cek dulu ketulenan & jugak berat brng kemas tu. Kalau puas hati korang blh amik, kalau tak cakap je tak jadi amik. BR no heart feeling n no penalty! Cuma rm5 korang aje le hangus. Pepehal derang akan offer pd pembida ke-2 tinggi plak. Kalau jadi amik tu, BR akan bagi resit… Kat resit tu korang blh agak brp harga sebenar emas ni masa dipajak oleh owner… Pasal nanti akan ada breakdown drpd harga yg kita bayar cam bwh ni:

1. Storage Fee – Upah simpan yg dikenakan pd owner asal.

2. Principal Repayment – Cash/loan yg dibayar kpd owner asal lepas pajak. Ni value 65% dr nilai sbnr brng kemas tu.

3. Disposal Excess – Duit lebihan drpd emas yg dilelong.

Drpd apa yg aku baca kat web… BR ni konon-2nya tak aniaya owner le. Duit excess tu akan dibagi balik pd owner asal. Apa yg derang amik cuma upah simpan & jugak duit 65% yg derang dah bagi tu. Tapi aku rasa maybe ada gak skt percent BR makan dr duit excess tu… Tongue out Bila aku kira, harga rezab yg derang letak pasti akan lebih tinggi drpd cost 1 + 2… lbh krng 13-15% extra. So, kat sini aje BR dah siap-2 buat untung sblm brng masuk tender. Bijak-2……. Money mouth

Apa lagi yg aku belum cerita? Rasanya dah cukup basic guide tentang emas lelong Bank Rakyat nie… Sori ye kalau ada sebhgn info kat sini tak betul. Pasal aku pun baru aje 1st time bid n dapat plak tu… Jadi rasa teruja sngt nak share dgn korang. Sapa yg lbh arif harap dpt gak bg komen n advise pd kami yg masih baru nie.

Selamat membida… Aku ingat bulan Disember nie nak cuba seround lagi. Seronok plak main bid-2 nie. Cam orang kaya aje bila tngk brng-2 display tu. Bukan main teliti lagi kononnya… orang-2 yg tgh tunggu nak pi teller jeling-2 aje! Wink Yg best tu bila tngk orang rumah seronok dapat pakai gelang baru… huhuhu!

Sharing is caring! Tongue outMoney mouthCool

Berminat dgn Gold Bar/Coin? Hubungi saya... DISKAUN menarik! YM: my_masterzen HP: 0123338535 (SMS shj)
29 November 2008
10:37 am
dian
VIP members
Forum Posts: 121
Member Since:
22 October 2008
Offline

tq cukup menarik info ni, nanti aku study, kalao berbaloi  dan ada ongkosnya aku pun nak join gak,

lain2 info tak ada ke, arrahnu banyak agrobank, arrahnu yapiem, ukhwah coop, koperasi iman coop, suma tu buat arrahnu, tak de lelong ke/

29 November 2008
1:22 pm
gldsnpr
Member
Forum Posts: 565
Member Since:
9 October 2008
Offline

wahhh.. macam karangan cerpen pendek pula ni.

Tahniah, seronok saya baca. Best, banyak pengalaman tu. Saya takde pengalaman lagi bid2 ni. Tapi ingat kalau terserempak ngan hari BR wat bid, nak try juga.

p/s : Tajuk sesuai untuk karangan ini adalah " Gelang baru untuk biniku. "

~Mencari yg hak~
29 November 2008
2:25 pm
2bjuta1
senior members
Forum Posts: 47
Member Since:
31 October 2008
Offline

emmm berita baik tu… berita x baiknya tak tau bile hari bidnya….

http://www.igetworld.com/nasriyyah : http://www.danaFX.com/?id=2bjuta1
29 November 2008
11:05 pm
syukor
Admin
Forum Posts: 466
Member Since:
3 May 2008
Offline

SepulTura, tahniah atas karangan pendek sedara tu. Saya kasik A+ :)

Ilmu yang diberi tu sangat berguna dan bermanfaat untuk komuniti jutawanemas.

Terus terang saya cakap, memang untung beli barang kemas lelong nie sebab dapat beli dengan harga yang lebih rendah dari harga pasaran.

Kalau boleh tu, letakkan gambar emas yang SepulTura dapat tu… lagi best kitorang nak tengok. Kalau susah nak letak, emelkan kat saya. nanti saya letak.

We love gold, but how to make money out of it? let me show u…
30 November 2008
1:32 am
SepulTura
VIP members
Forum Posts: 78
Member Since:
22 October 2008
Offline

dian said:

tq cukup menarik info ni, nanti aku study, kalao berbaloi  dan ada ongkosnya aku pun nak join gak,

lain2 info tak ada ke, arrahnu banyak agrobank, arrahnu yapiem, ukhwah coop, koperasi iman coop, suma tu buat arrahnu, tak de lelong ke/


Bid aje item yg murah bro… Buat simpanan sikit-2 emas fizikal. Kalau rasa nak guna duit, pajak le balik kat Ar Rahnu. Aku pun baru je nak belajar simpan emas fizikal ni.

Setau aku semua Ar Rahnu bawah payung YAPEIM. Jadi kalau nak tau lbh lanjut pasal lelong-2 ni elok kontek aje YAPEIM. Ar Rahnu nie sistem franchise… Manalah tau satu hari ni ada plak konsortium forumer kat sini bukak Ar Rahnu. Baru gempak! Laughing

Berminat dgn Gold Bar/Coin? Hubungi saya... DISKAUN menarik! YM: my_masterzen HP: 0123338535 (SMS shj)
30 November 2008
1:37 am
SepulTura
VIP members
Forum Posts: 78
Member Since:
22 October 2008
Offline

gldsnpr said:

wahhh.. macam karangan cerpen pendek pula ni.

Tahniah, seronok saya baca. Best, banyak pengalaman tu. Saya takde pengalaman lagi bid2 ni. Tapi ingat kalau terserempak ngan hari BR wat bid, nak try juga.

p/s : Tajuk sesuai untuk karangan ini adalah ” Gelang baru untuk biniku. “


Nak tulis cerpen nie pun siap save 2-3 kali bro… Seronok pasal nak share tentang ni lah yg buat aku sanggup tulis panjang-2! Cubalah sekali… InsyaAllah boleh dapat. hehehe… memang org rumah makin sayang ye bila kita bg derang emas?! Happy je tngk muka org rmh… Lama tu tak belikan emas. Tapi dia ada cakap… kesian plak dgn owner asal. Cam kita amik kesempatan plak… huhuhu Tak terjawab plak aku tang ni. Nak buat camno, dah itu memang T&C kedai pajak.

Berminat dgn Gold Bar/Coin? Hubungi saya... DISKAUN menarik! YM: my_masterzen HP: 0123338535 (SMS shj)
30 November 2008
1:46 am
SepulTura
VIP members
Forum Posts: 78
Member Since:
22 October 2008
Offline

syukor said:

SepulTura, tahniah atas karangan pendek sedara tu. Saya kasik A+ :)

Ilmu yang diberi tu sangat berguna dan bermanfaat untuk komuniti jutawanemas.

Terus terang saya cakap, memang untung beli barang kemas lelong nie sebab dapat beli dengan harga yang lebih rendah dari harga pasaran.

Kalau boleh tu, letakkan gambar emas yang SepulTura dapat tu… lagi best kitorang nak tengok. Kalau susah nak letak, emelkan kat saya. nanti saya letak.


Thanx Tuan! kalau A+ tu dah 4 flat… Laughing

Blog Tuan jugaklah yg menyedarkan aku tentang kebaikan melabur emas nie. Bermula dgn GIA… skrg cuba fizikal plak. Sebelum ni tak prnh plak terpikir apalah kelebihan beli brng kemas. Setau aku bila jual balik kat kedai rega dah depreciate. Rupanya salah pemahaman. Embarassed

Nanti aku amik gambar brng kemas yg aku dapat tu share dgn korang… Nak kasi korang teruja jugak! Money mouthTongue out

Toce… toce! 2 thumbs up utk Tuan Admin. Nanti balik Melaka boleh tak kita TT pasai ilmu emas? Maybe lepas raya haji aku balik jap.

p/s: Camno nak requote bnyk post org lain dlm satu posting? Yang ni dr dulu lg hamba tak reti… hehehe

Berminat dgn Gold Bar/Coin? Hubungi saya... DISKAUN menarik! YM: my_masterzen HP: 0123338535 (SMS shj)
30 November 2008
8:38 am
isseey
VIP members
Forum Posts: 78
Member Since:
29 November 2008
Offline

haha…aku last week pun ada bid satu brg emas di BR pj…hehe tu pun kebetulan gi sana…

minggu dpn nak tahu keputusan dia…kalau dpt alhamdullilah…reseki anak aku lah tu…

masa aku bid tu aku tak tahu emas jenis apa kan..so aku tanya dgn pegawai dia tu… dia kata emas 20k.. emm ok la..harga bawah market price… hari tu harga rm90/g kalau tak silap n harga dia bg rm76/g

Mat Nazeri PruBSN Takaful, Your Takaful and Financial advisor, matnazeri@prupartner.com.my, 019 3523684, ym wmirah
1 December 2008
9:15 am
SepulTura
VIP members
Forum Posts: 78
Member Since:
22 October 2008
Offline
10

isseey said:

haha…aku last week pun ada bid satu brg emas di BR pj…hehe tu pun kebetulan gi sana…

minggu dpn nak tahu keputusan dia…kalau dpt alhamdullilah…reseki anak aku lah tu…

masa aku bid tu aku tak tahu emas jenis apa kan..so aku tanya dgn pegawai dia tu… dia kata emas 20k.. emm ok la..harga bawah market price… hari tu harga rm90/g kalau tak silap n harga dia bg rm76/g


Tahniah bro! Satu move yg bagus… Kalau 20k bermakna emas 835 kalau tak silap… Hujung minggu lepas emas 20k kat BR rate dah naik rm92++!

Berminat dgn Gold Bar/Coin? Hubungi saya... DISKAUN menarik! YM: my_masterzen HP: 0123338535 (SMS shj)
Forum Timezone: Etc/GMT-8

Most Users Ever Online: 64

Currently Online: aldwashmanregin
25 Guest(s)

Currently Browsing this Page:
1 Guest(s)

Top Posters:

aneopedr: 12419

aldwashmanregin: 11366

ckiesondi: 11347

molaholl: 9445

dealex: 8853

rizzmerr: 634

Member Stats:

There have been 29 guest posters

There are 7492 members

There are 5 moderators

There are 1 admins

Forum Stats:

Groups: 4

Forums: 19

Topics: 1348

Posts: 61321

Newest Members: Zuhdi Mohamad Arshad, awekprk, mataduitan, ferdaus, fishtunafish, fida_ali

Moderators: syukor (466), shufaad (0), cikjune (40), hafiz (105), syukor (0)

Administrators: syukor (466)