Forum
Topic RSS
9:38 pm
11 October 2008
OfflineSepulTura said:
Salam semua forumers!
Kat sini aku nak kongsi dgn korang semua tentang peluang membeli barang kemas lelongan Bank Rakyat. Actually, aku pun baru je first time bid last week & tak sangka plak boleh dapat. Pada aku, emas lelong ni adalah satu cabang pelaburan emas fizikal yang bagus pasal biasanya emas-2 yg disimpan oleh BR ni kebanyakannya masih tersimpan elok & dlm keadaan baik. Yang paling best kalau luck kita baik, kita boleh dapat brng kemas tersebut di bawah market value.
Aku difahamkan BR memang setiap bulan akan menjalankan lelongan brng kemas nie. Kemungkinan bukan semua cawangan, tapi BR cawangan bandar-2 besar saja. Ni aku agak ajelah… Maybe korang yg tinggal kat pekan-2 kecil tu bolehlah tanya pd pegawai BR kat sana. Yang tak best nya kita tak tau bila BR akan buat lelongan awam nie pasal derang tak de buat promosi bgtau pd public. Maybe kalau kita kenal pegawai BR bolehlah mintak tolong alert pd kita. Kalau tak kena lah sesekali singgah BR utk pantau. Tapi biasanya waktu lelongan ni dijalankan adalah pd minggu ke-3 setiap bulan. Macam kes aku, BR area aku ni buat pd minggu lepas. Tak silap, derang akan bukak selama seminggu dr hari Isnin sampai Jumaat. Aku bernasib baik pasal datang lepas hari Jumaat minggu lepas. Memang bid pun last minute sblm tutup. Jadi tak sempat sangat nak memilih…
Biasanya brng kemas yg derang display utk lelong ni memang banyak. Semuanya akan di letak tag as 'Item X'. X tu mewakili nombor brng yg di display tu… Kalau ada 100 brng jadi tag tu start dgn item 1, item 2, item 3,…….., item 100. Setiap item tu tak semestinya cuma satu brng saja. Kebanyakannya setiap item tu mesti ada at least 2 brng atau lebih. Sbnrnya setiap item ni represent brng-2 yg digadai oleh owner asal. Brng tu biasanya digadai dlm satu borang. Pasal tulah bila nak release pun, kenalah release semua. So, aku rasalah kalau kita nak gadai brng kemas kita, eloklah kita asing-2kan guna beberapa borang. So, let say ada problem tak dapat nak tebus balik… at least kita dapat gak cover sebahagian. Macam aku hari tu, aku bid utk 2 item. Item yg pertama cuma sebijik loket cam bentuk gold coin. Ada tulis 'United States of America' dan jugak 'twenty dollars' kat situ. Siap ada tulis tahun 1898. Tak tau le betul ke tidak buat thn tu. Ntah sapa punyalah brng nie ye. Yang ni cuma emas 18k atau 750. Satu lagi item ada 5 jenis brng – 2 gelang, 2 cincin & 1 rantai. Semua emas 22k (916) kecuali satu cincin tu emas 20k (835). Bnyk item yg dilelong. Hari tu saja tak silap item no sampai 140… Memang rambang bijik mata! Ada satu item tu satu brng aje, gelang or rantai dah lupa… tapi harga rezab rm15k++.
Bila pikir balik nyesal plak tak bid yg nie.
Tapi ada gak bbrp item yg call-off… Maybe owner dapat bayar duit upah last minit.
Reserve price yg derang letak tu memang bawah market value. Cth utk emas 916, Jumaat lepas price BR adalah rm92.77 per gm. Reserve price yg derang letak adalah lbh kurang bwh rm10 iaitu rm82.77. Yang tak bestnya kalau kita tak tau current market price pd masa tu & juga purity emas lelong tu. So, kita kena assume sendirilah… Aku pun agak-2 je maybe ni emas 916 pasal aku ada gak cek harga emas kedai emas minggu tu. Cek sini http://www.fgjam.org.my/ . Tadi masa amik emas, rate dah naik rm102.18… Pegawai tu pun cakap aku bernasib baik pasai rega emas dah mendadak naik. Best-2!
Rate BR ni aku tngk rendah sikit dr rate goldsmith. Skrg kedai emas rate rm105. So ni pun dah kira advantage jugak kalau dapat emas lelong BR…
Setiap item yg korang bid ni charge dia cuma rm5… So, cth cam aku cuma bayar rm10 utk 2 item. Lepas seminggu biasanya BR akan call kalau kita berjaya. Derang akan suruh amik dgn kadar segera or item tu akan dioffer pd pembida ke-2 tertinggi. Satu lg yg best advantage kpd pembida individu… Memang BR utamakan individu drpd sykt jual-beli emas. Bila korang dtg utk amik emas tu, korang blh cek dulu ketulenan & jugak berat brng kemas tu. Kalau puas hati korang blh amik, kalau tak cakap je tak jadi amik. BR no heart feeling n no penalty! Cuma rm5 korang aje le hangus. Pepehal derang akan offer pd pembida ke-2 tinggi plak. Kalau jadi amik tu, BR akan bagi resit… Kat resit tu korang blh agak brp harga sebenar emas ni masa dipajak oleh owner… Pasal nanti akan ada breakdown drpd harga yg kita bayar cam bwh ni:
1. Storage Fee – Upah simpan yg dikenakan pd owner asal.
2. Principal Repayment – Cash/loan yg dibayar kpd owner asal lepas pajak. Ni value 65% dr nilai sbnr brng kemas tu.
3. Disposal Excess – Duit lebihan drpd emas yg dilelong.
Drpd apa yg aku baca kat web… BR ni konon-2nya tak aniaya owner le. Duit excess tu akan dibagi balik pd owner asal. Apa yg derang amik cuma upah simpan & jugak duit 65% yg derang dah bagi tu. Tapi aku rasa maybe ada gak skt percent BR makan dr duit excess tu…
Bila aku kira, harga rezab yg derang letak pasti akan lebih tinggi drpd cost 1 + 2… lbh krng 13-15% extra. So, kat sini aje BR dah siap-2 buat untung sblm brng masuk tender. Bijak-2…….
Apa lagi yg aku belum cerita? Rasanya dah cukup basic guide tentang emas lelong Bank Rakyat nie… Sori ye kalau ada sebhgn info kat sini tak betul. Pasal aku pun baru aje 1st time bid n dapat plak tu… Jadi rasa teruja sngt nak share dgn korang. Sapa yg lbh arif harap dpt gak bg komen n advise pd kami yg masih baru nie.
Selamat membida… Aku ingat bulan Disember nie nak cuba seround lagi. Seronok plak main bid-2 nie. Cam orang kaya aje bila tngk brng-2 display tu. Bukan main teliti lagi kononnya… orang-2 yg tgh tunggu nak pi teller jeling-2 aje!
Yg best tu bila tngk orang rumah seronok dapat pakai gelang baru… huhuhu!
Sharing is caring!
bro, yang kat bawah tu yang kata 'Bila aku kira, harga rezab yg derang letak pasti akan lebih tinggi drpd cost 1 + 2… lbh krng 13-15% extra. So, kat sini aje BR dah siap-2 buat untung sblm brng masuk tender. Bijak-2…….' apa maksudnya?
12:43 am
22 October 2008
Offlinesyedkhalil said:
bro, yang kat bawah tu yang kata ‘Bila aku kira, harga rezab yg derang letak pasti akan lebih tinggi drpd cost 1 + 2… lbh krng 13-15% extra. So, kat sini aje BR dah siap-2 buat untung sblm brng masuk tender. Bijak-2…….’ apa maksudnya?
Cth:
Let say nilai yg diperolehi oleh pemajak drpd BR @ 65% adalah RM1000. So…
1. Upah simpan @ 6 bulan – RM0.65 x 10 x 6 mths = RM39
2. Principal repayment (Jumlah dibayar kpd pemajak) – RM1000
So, Jumlah kena bayar balik kpd BR = RM39 + RM1000 = RM1039
Bila pemajak tak dapat nak tebus balik selepas 6 bulan, BR akan lelongkan brng kemas tu pd harga rezab 13-15% lbh tinggi drpd RM1039.
Kalau @ 15%,
Harga Rezab = RM1039 x 15% = RM1294.85
Lebihan drd harga asal = RM1294.85 – RM1039 = RM255.85
=> Jadi kita kenalah bid harga yg lebih tinggi drpd harga rezab. RM255.85 tu dah memang untung utk BR.
Katakan kita bid pd harga RM1500 dan menang. So, beza dgn harga rezab adalah,
Beza harga bid & rezab = RM1500 – RM1294.85 = RM205.15 ==> Excess Loading
Wang lebihan 'excess loading' nilah yg akan dipulangkan semula kpd pemajak asal.
Harap bro boleh paham maksud extra 13-15% tu!
Anyway, nie sume hanyalah teori aku berdasarkan pd resit yg aku terima. Aku belum konfemkan lagi dgn BR… Tapi maybe 70-80% tepat! 
7:32 am
29 November 2008
OfflineSepulTura said:
isseey said:
haha…aku last week pun ada bid satu brg emas di BR pj…hehe tu pun kebetulan gi sana…
minggu dpn nak tahu keputusan dia…kalau dpt alhamdullilah…reseki anak aku lah tu…
masa aku bid tu aku tak tahu emas jenis apa kan..so aku tanya dgn pegawai dia tu… dia kata emas 20k.. emm ok la..harga bawah market price… hari tu harga rm90/g kalau tak silap n harga dia bg rm76/g
Tahniah bro! Satu move yg bagus… Kalau 20k bermakna emas 835 kalau tak silap… Hujung minggu lepas emas 20k kat BR rate dah naik rm92++!
tq bro… tp tk tahu lagi berjaya atau tak……. harap berjaya..insyaAllah….
9:23 am
22 October 2008
Offlineisseey said:
tq bro… tp tk tahu lagi berjaya atau tak……. harap berjaya..insyaAllah….
Jgn lupa share kat sini kalau berjaya nanti… Aku tgh consider utk try lg lelongan utk bln ni plak. Kalau ada lebihan budget! 
11:38 am
29 November 2008
OfflineSepulTura said:
isseey said:
tq bro… tp tk tahu lagi berjaya atau tak……. harap berjaya..insyaAllah….
Jgn lupa share kat sini kalau berjaya nanti… Aku tgh consider utk try lg lelongan utk bln ni plak. Kalau ada lebihan budget!
alhamdullilah……..aku berjaya…..hehe
beza 2 ringgit je dgn seorg mamat yg bid ngan aku tu…hehe
razeki anak aku la tu……. emas tu ringgan je.. lebihkurang 8.7g lebih kurang 72/g yg aku dpt…….
erkk harga semasa 916 berapa ekk?
Most Users Ever Online: 64
Currently Online:
23 Guest(s)
Currently Browsing this Page:
1 Guest(s)
Top Posters:
aneopedr: 12419
aldwashmanregin: 11366
ckiesondi: 11347
molaholl: 9445
dealex: 8853
rizzmerr: 634
Member Stats:
There have been 29 guest posters
There are 7506 members
There are 5 moderators
There are 1 admins
Forum Stats:
Groups: 4
Forums: 19
Topics: 1349
Posts: 61322
Newest Members: semi, 8453755mie87, IrfanKelantan, sharudinmusa, suriani76, zuraEmas
Moderators: syukor (466), shufaad (0), cikjune (40), hafiz (105), syukor (0)
Administrators: syukor (466)

Log In
Register
Home



Bila pikir balik nyesal plak tak bid yg nie.
Tapi ada gak bbrp item yg call-off… Maybe owner dapat bayar duit upah last minit.
Bila aku kira, harga rezab yg derang letak pasti akan lebih tinggi drpd cost 1 + 2… lbh krng 13-15% extra. So, kat sini aje BR dah siap-2 buat untung sblm brng masuk tender. Bijak-2……. 
Yg best tu bila tngk orang rumah seronok dapat pakai gelang baru… huhuhu!

