Inginkan ilmu pelaburan emas dengan pantas tanpa perlu membaca semua artikel di blog ini? Dapatkan ebook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas (klik sini)
 
Ebook

Forum

Please consider registering
guest

Log In Register

Register | Lost password?
Advanced Search:

— Forum Scope —



— Match —



— Forum Options —




Wildcard usage:
*  matches any number of characters    %  matches exactly one character

Minimum search word length is 4 characters - maximum search word length is 84 characters

Topic RSS
eBook Projek untuk Dana Kekawan
31 October 2008
7:13 pm
nizam
VIP members
Forum Posts: 102
Member Since:
31 October 2008
Offline
11

sekarang ni kitorang tengah cari ajk kerja sementara dulu…. volunteer? Admin dicadangkan jadi Project Manager, amacam Admin?

31 October 2008
7:23 pm
nizam
VIP members
Forum Posts: 102
Member Since:
31 October 2008
Offline
12

gldsnpr said:

Kriteria awal : (cadangan)

1. Ahli dan sahabat jutawanemas.com.

2. Perlu membeli ebook dengan harga yg ditetapkan untuk tambah dana.*

3. Konsep Mudharabah (suka-sama-suka)

3. Kutipan dana menerusi jualan ebook.

4. Pinjaman kepada ahli untuk labur dlm GIA* mengikut giliran @ Jumlah pinjaman dipohon dan dana yg ada.

5. Apa lagi ? Jom bagi idea…

* (ketika keadaan market boleh ambil untung dlm tempoh singkat)

Kutipan dana disasarkan sebanyak RM ????????


Kriteria awal : (cadangan)

1. Ahli dan sahabat jutawanemas.com.

2. Perlu membeli ebook dengan harga yg ditetapkan untuk tambah dana.*

3. Konsep Mudharabah (suka-sama-suka)

4. Sumbangan Mudharabah (dlm bentuk pembelian eBook) sebanyak RM10.00 seorang bagi setiap minggu. / Kutipan dana menerusi jualan ebook.

4. Pinjaman kepada ahli untuk labur dlm GIA* adalah atas dasar mengikut giliran @ Jumlah pinjaman dipohon dan dana yg ada.

5. Pelaburan atas nama ahli terpilih akan dilakukan oleh Koperasi/etc. (TBC) dan keuntungan atas pelaburan akan disumbangkan terus kepada ahli terpilih.

6. Koperasi/etc. (TBC) berhak keatas semua jumlah yang akan diperuntukkan kepada ahli terpilih bagi tujuan mencapai 500g bagi setiap ahli.

tambah lagi….idea..idea..idea…

31 October 2008
7:45 pm
gldsnpr
Member
Forum Posts: 565
Member Since:
9 October 2008
Offline
13

No. 5 dan 6 tu , elaborate sikit.

Siapa ahli terpilih? Macam mana nak pillih

~Mencari yg hak~
31 October 2008
8:23 pm
dian
VIP members
Forum Posts: 121
Member Since:
22 October 2008
Offline
14

rasanya kaedah kumpul duit tu boleh melalui koperasi. aku sokong idea tu, so setiap ahli jutawan emas perlu jadi ahli koop. kita tubuh koperasi. aku  sedia ambil bahagian aktif dalam gerakan koperasi.(adalah sikit pengalaman aktif di bbrp koop).minima tubuh koop la ni cuma 50 org je. tubuh jawatankuasa penaja dulu…he he dah jauh aku gi ni

31 October 2008
9:05 pm
nizam
VIP members
Forum Posts: 102
Member Since:
31 October 2008
Offline
15

gldsnpr said:

No. 5 dan 6 tu , elaborate sikit.

Siapa ahli terpilih? Macam mana nak pillih


kita kena comeout ngan kriteria dan syarat2 nya…. any idea?

31 October 2008
10:25 pm
gldsnpr
Member
Forum Posts: 565
Member Since:
9 October 2008
Offline
16

dian said:

rasanya kaedah kumpul duit tu boleh melalui koperasi. aku sokong idea tu, so setiap ahli jutawan emas perlu jadi ahli koop. kita tubuh koperasi. aku  sedia ambil bahagian aktif dalam gerakan koperasi.(adalah sikit pengalaman aktif di bbrp koop).minima tubuh koop la ni cuma 50 org je. tubuh jawatankuasa penaja dulu…he he dah jauh aku gi ni


Dian,

Memang kita nak yg ada pengalaman dlm koperasi ni.. macam aku ni buta koperasi. So, apa kata buat masa ni ko lead dulu kitaorang tentang cara2nya tu.

~Mencari yg hak~
31 October 2008
10:35 pm
hafiz
Moderator
Forum Posts: 105
Member Since:
30 October 2008
Offline
17

Ini aku dapat dari website SKM

1. Hubungi Suruhanjaya Koperasi Malaysia di Negeri

Sekumpulan orang yang berminat menubuhkan sebuah koperasi hendaklah menghubungi SKM di negeri yang berkenaan. Permohonan untuk menubuhkan koperasi hendaklah sampai kepada Pengarah SKM melalui Pegawai Ehwal Ekonomi Wilayah/Daerah.

2. Menubuhkan Jawatankuasa Penaja

Selepas mendapat kelulusan Ketua Pendaftar atau Pendaftar Negeri, sebuah Jawatankuasa Penaja seramai sekurang-kurangnya sepuluh (10) orang hendaklah dibentuk. Diantara tugas Jawatankuasa Penaja :-

Menentukan jenis koperasi yang akan ditubuhkan dan menyediakan aturan-aturan kegiatan utama dan lain-lain kegiatan yang termasuk dalam objektif penubuhan koperasi.

Mengkaji/mengubal Undang-undang Kecil dengan berpandukan Undang-undang kecil seragam yang telah disediakan oleh Jabatan Pembangunan Koperasi.

Mendaftarkan bakal-bakal anggota dalam satu daftar dengan memasukkan nama, umur, nombor pengenalan, pekerja dan alamat masing-masing. Penaja hendaklah memastikah sekurang-kurangnya seratus (100) orang telah mendaftarkan diri untuk menjadi anggota sebelum mesyuarat agung permulaan ditetapkan.
3. Mesyuarat Agung Permulaan

Mesyuarat ini bertujuan untuk mendapatkan persetujuan bagi memohon pendaftaran koperasi yang ditubuhkan, menerima Undang-undang Kecil dan memilih anggota Lembaga Koperasi. Setelah koperasi didaftarkan oleh Ketua Pendaftar, ianya menjadi sebuah organisasi yang sah dari sisi undang-undang.

Bagi tujuan pendaftaran, dokumen-dokumen berikut perlu disediakan :-

Borang pemohonan mendaftar koperasi ditandatangani oleh sepuluh (10) orang Jawatankuasa Penaja.

Tiga (3) naskah Undang-undang Kecil yang ditandatangani oleh sepuluh (10) orang Jawatankuasa Penaja.

Minit mesyuarat Agung Permulaan ditandatangani sekurang-kurangnya (50) orang bakal anggota yang hadir.
4. Penyerahan Dokumen-dokumen Pendaftaran Kepada Ketua Pendaftar

Dokumen-dokumen pendaftaran hendaklah dikemukakan kepada Pendaftaran Negeri tidak lewat daripada tujuh (7) hari selepas mesyuarat agung permulaan diadakan.

I am authorised dealer of Public Fine Gold International Sdn Bhd Please visit my blog http://pampsuisse.blogspot.com for more infomation regarding physical gold
31 October 2008
10:39 pm
hafiz
Moderator
Forum Posts: 105
Member Since:
30 October 2008
Offline
18

Garis Panduan Penubuhan Koperasi-Pekeliling Ketua Pendaftar Bil. 2  Tahun 1996

TAFSIRAN


 

ANGGOTA KOPERASI – Termasuklah seseorang atau sesuatu koperasi berdaftar yang turut sama dalam permohonan pendaftaran sesuatu koperasi, dan seseorang atau sesuatu koperasi berdaftar yang diterima menjadi anggota koperasi selepas pendaftarannya (Seksyen 2 Akta Koperasi 1993)

KETUA PENDAFTAR KOPERASI – Bagi Malaysia dilantik oleh Yang di Pertuan Agong di bawah seksyen 3(1) Akta Koperasi 1993 dan kuasa serta fungsinya termasuk mendaftarkan dan membatalkan pendaftaran koperasi-koperasi di Malaysia. Pejabat Ketua Pendaftar bertempat di Kuala Lumpur.

KOPERASI – Sebuah pertubuhan sosio-ekonomi yang perlu didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993. Pertubuhan ini dianggotai, dimodali dan ditadbir oleh sekumpulan manusia berasaskan semangat dan usaha kerjasama untuk memajukan kepentingan ekonomi anggota-anggotanya.

   

KOPERASI ASAS - Pertubuhan yang dianggotai oleh 100 atau lebih orang-orang individu sahaja dan yang matlamatnya ialah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota-anggotanya mengikut prinsip-prinsip koperasi (seksyen 4(1) dan 5(1)(a) Akta Koperasi 1993).

   

KOPERASI MENENGAH – Pertubuhan yang dianggotai oleh 2 atau lebih koperasi-koperasi asas sahaja dan yang matlamatnya ialah untuk memudahkan operasi koperasi-koperasi anggotanya (seksyen 4(2) dan 5(2) Akta Koperasi 1993).

   

KOPERASI ATASAN – Pertubuhan yang dianggotai oleh 2 atau lebih koperasi-koperasi menengah sahaja atau koperasi-koperasi menengah dan asas dan yang matlamatnya ialah untuk memudahkan operasi koperasi-koperasi anggotanya (seksyen 4(3) dan 5(3) Akta Koperasi 1993).

   

PENDAFTAR KOPERASI – Pegawai awam yang dilantik oleh Ketua Pendaftar untuk membantunya dan mempunyai kuasa dan fungsi Ketua Pendaftar termasuk mendaftarkan koperasi-koperasi di negeri masing-masing. (subseksyen 3(2) Akta Koperasi 1993).

   

PRINSIP-PRINSIP KOPERASI - Mengikut seksyen 2 Akta Koperasi 1993, termasuklah:-

a. keanggotaan sukarela dan terbuka;
b. pengurusan yang demokratik;
c. pulangan terhad atas modal yang disumbangkan oleh anggota-anggota;
d. pembahagian keuntungan dengan saksama;
e. penggalakan pendidikan koperasi; dan
f. bekerjasama dengan aktif di kalangan koperasi-koperasi berdaftar.

MESYUARAT AGUNG PERMULAAN

Seksyen 2 Akta Koperasi 1993

Mesyuarat Agung Permulaan maksudnya ialah “mesyuarat agung yang padanya orang-orang yang berhasrat hendak menubuhkan sesuatu koperasi membuat ketetapan untuk menubuhkan koperasi itu, untuk menerima pakai undang-undang kecil yang dicadangkan bagi koperasi itu dan untuk memohon supaya koperasi itu didaftarkan”

Agenda Mesyuarat Agung Permulaan hendaklah;-

1.     Membuat ketetapan untuk menubuhkan koperasi;
2.    
Menerima undang-undang kecil;
3.     Memohon supaya koperasi didaftarkan; dan
4.     Melantik anggota Jawatankuasa Penaja.


SEBELUM PENDAFTARAN
Dokumen-Dokumen Pendaftaran

Mengikut Seksyen 6 Akta Koperasi 1993, dokumen-dokumen pendaftaran adalah seperti berikut:-


  Borang Permohonan
Undang-undang kecil
Minit Mesyuarat Agung Permulaan


 PENUBUHAN KOPERASI

Langkah-langkah yang perlu diambil sebelum memohon pendaftaran koperasi:


Hubungi pejabat SKM berhampiran untuk mendapat keterangan tatacara
dan dokumen-dokumen permohonan pendaftaran;

   
Mengemukakan permohonan untuk menubuhkan koperasi.
   
Membentuk sebuah Jawatankuasa Penaja.
   
Mengadakan mesyuarat Agung Permulaan.
   
Memohon pendaftaran koperasi.


 PENDAFTARAN

Maksud Seksyen 7 Akta Koperasi 1993 adalah seperti berikut:

1.

Ketua Pendaftar boleh mendaftarkan sesuatu koperasi dan undang-undang kecil

 
2.

Tiap-tiap koperasi yang didaftarkan hendaklah dengan “liabiliti terhad” atau “dengan tanggungan terhad”

 
3.

Perkataan “Koperasi” hendaklah menjadi sebahagian daripada nama dan perkataan “Berhad” hendaklah menjadi perkataan terakhir dalam nama tiap-tiap koperasi yang didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993

 
4.

Jika Ketua Pendaftar enggan mendaftarkan sesuatu koperasi, rayuan boleh dibuat kepada Menteri terhadap keengganan itu dalam masa dua bulan dari tarikh keengganan.


 SELEPAS PENDAFTARAN

Seksyen 9 Akta Koperasi 1993

Pendaftaran sesuatu koperasi menjadikannya suatu pertubuhan perbadanan dengan nama yang didaftarkan itu dan ia adalah:-

1. kekal turun temurun;
 
2. mempunyai meterai biasa;
 
3. berkuasa untuk memegang segala jenis harta alih dan harta tak alih;
 
4. berkuasa untuk membuat kontrak;
 
5.

berkuasa untuk memulakan dan membela guaman-guaman dan prosiding undang-undang yang lain; dan

 
6.

berkuasa untuk membuat segala benda yang perlu bagi maksud yang baginya ia ditubuhkan


  KEWAJIPAN SELEPAS  PENDAFTARAN

Apabila koperasi didaftarkan, langkah-langkah berikut perlu diambil:-


 

Mengadakan mesyuarat agung pertama anggota atau perwakilannya dalam masa 3 bulan selepas menerima perakuan pendaftarannya. (Seksyen 38 Akta Koperasi 1993)

 

 


 

Mengadakan mesyuarat agung pertama anggota atau perwakilannya tidak lewat daripada 6 bulan selepas berakhir setiap tahun kewangannya. (Seksyen 39 Akta Koperasi 1993)


 

Menyenggara akaun-akaun dan menyimpan rekod-rekod perakaunan dan rekod-rekod lain dengan kemaskini. (Seksyen 58 Akta Koperasi 1993)


  Menyerahkan kepada Ketua Pendaftar Koperasi:-

  (a)

suatu senarai anggota lembaga tidak lewat daripada 15 hari selepas mesyuarat agung tahunannya.

   
  (b)

minit-minit segala mesyuarat agung dan mesyuarat lembaga tidak lewat daripada 30 hari selepas tarikh mesyuarat-mesyuarat itu; dan

   
  (c)

apa-apa maklumat lain yang dikehendaki oleh Ketua Pendaftar Koperasi.

    (Seksyen 14 Akta Koperasi 1993)


  Tiap-tiap koperasi hendaklah menyediakan:-

  (a) suatu salinan Akta ini dan peraturan-peraturan.
   
  (b)

suatu salinan undang-undang kecilnya dan akaun terauditnya yang terakhir; dan

     
  (c) suatu senarai anggota-anggotanya.
    (Seksyen 13 Akta Koperasi 1993)
I am authorised dealer of Public Fine Gold International Sdn Bhd Please visit my blog http://pampsuisse.blogspot.com for more infomation regarding physical gold
31 October 2008
10:44 pm
gldsnpr
Member
Forum Posts: 565
Member Since:
9 October 2008
Offline
19

Thanks hafiz.. ko b iasa tak ngan koperasi ni?

~Mencari yg hak~
31 October 2008
10:47 pm
hafiz
Moderator
Forum Posts: 105
Member Since:
30 October 2008
Offline
20

Sila dapatkan mengenai Akta Akta secara detail di :

http://www.jpk.gov.my/jpk/main.php?Content=sections&SectionID=87

I am authorised dealer of Public Fine Gold International Sdn Bhd Please visit my blog http://pampsuisse.blogspot.com for more infomation regarding physical gold
Forum Timezone: Etc/GMT-8

Most Users Ever Online: 64

Currently Online: ckiesondi
34 Guest(s)

Currently Browsing this Page:
3 Guest(s)

Top Posters:

aneopedr: 12419

aldwashmanregin: 11366

ckiesondi: 11347

molaholl: 9445

dealex: 8853

rizzmerr: 634

Member Stats:

There have been 29 guest posters

There are 7506 members

There are 5 moderators

There are 1 admins

Forum Stats:

Groups: 4

Forums: 19

Topics: 1349

Posts: 61322

Newest Members: semi, 8453755mie87, IrfanKelantan, sharudinmusa, suriani76, zuraEmas

Moderators: syukor (466), shufaad (0), cikjune (40), hafiz (105), syukor (0)

Administrators: syukor (466)