Forum
Topic RSS
10:22 am
18 October 2008
Offline12:26 am
22 October 2008
OfflineKOPERASI USAHAWAN EMAS MALAYSIA BERHAD (CADANGAN)
Konsep, Objektif Dan Tujuan Koperasi
- Koperasi serbaguna bagi tujuan jangka masa panjang dan memudahkan pilihan peluang yang ada dan tidak terikat pada skop yg tertentu.
- Mendidik ahli anggota koperasi kepada urusan perniagaan dan jual beli berlandaskan sistem dinar sepertimana zaman keagungan khlaifah ar rasyidin.
- Melahirkan usahawan emas yg berilmu menjadi fokus utama penubuhan koperasi.
- Pengumpulan dana untuk tujuan pelaburan yang berkaitan dengan emas secara khususnya dan bidang lain secara amnya.
- Tujuan penubuhan adalah untuk meningkatkan pemilikan emas bagi setiap anggota koperasi dan memberi pulangan dividen/keuntungan kepada semua anggota secara maksima bersandarkan emas
(Update – 11 April 2009)
SENARAI AJK PENAJA KOPERASI USAHAWAN EMAS MALAYSIA BERHAD (DALAM PENUBUHAN)
Pengerusi : Syukor (Mr. Admin)
Timb. Pengerusi 1 : Dian
Timb. Pengerusi 2 : Hafiz
Setiausaha : rizzmerr
Bendahari : rulan
AJK Kerja
* AJK Kerja seramai 10 orang di buka kepada semua yg boleh beri komitmen untuk penstrukturan semula.Sila beri cadangan/tawaran sebelum 1hb April 2009 (Rabu)
AJK 1: nizam (General)
AJK 2: mine
AJK 3: gldsnpr
AJK 4:
AJK 5:
AJK 6:
(Update – 29 Mac 2009)
12:21 pm
31 October 2008
OfflineLAPORAN PERJUMPAAN AJK PENAJA DAN AHLI KOPERASI USAHAWAN EMAS MALAYSIA BERHAD(DALAM PENUBUHAN)
Tarikh : 28 Mac 2009
Tempat : No 50, Jalan Perhentian Kajang 2 Off Jalan Reko,43000 Kajang Selangor(opis mine)
Masa : 11.00 am – 02.00 pm
Jumlah Kehadiran : 27 orang
(nizam, dian, rizzmerr, bransonPG, syukorADMIN, pakya, hafiz, mine, nizm, adam, amirhamzah, cGiera, nurhafiza, izwan, zaimey, sulaiman, firdaus, zainulrashid, ismadi, heilman, mahadi, mustaffa, ariff, rulan, razak, dil, adlin, syadiq)
Agenda Perbincangan
- Nama Koperasi.
- Konsep, Objektif dan Tujuan Koperasi.
- Pelantikan AJK Penaja (Penstrukturan)
- Tugasa AJK Penaja
- Pengurusan Pendaftaran
- Langkah Susulan Penambahan Ahli
- Pelan Jangka Pendek & Jangka Panjang.
- Pelan Tindakan 1st AGM
- Pelan Pengurusan Koperasi (Pejabat & Operasi)
- Pelan Susulan Selepas AGM
Resolusi
1. Nama Koperasi.
- Nama koperasi yg diluluskan permohonan oleh SKM bertarikh 27hb Februari 2009-KOPERASI USAHAWAN EMAS MALAYSIA BERHAD.(sila beri cadangan singkatan dan logo)
2. Konsep, Objektif dan Tujuan Koperasi. (akan di bentangkan oleh ALK dan jika ada sebarang cadangan sila kemukan)
- Konsep adalah koperasi serbaguna bagi tujuan jangka masa panjang bagi memudahkan pilihan peluang yang ada dan tidak terikat pada skop yg tertentu.
- Melahirkan usahawan emas yg berilmu menjadi fokus utama penubuhan koperasi.
- Pengumpulan dana untuk tujuan pelaburan yang berkaitan dengan emas.
- Tujuan penubuhan adalah untuk meningkatkan pemilikan emas bagi setiap anggota koperasi dan memberi pulangan dividen/keuntungan kepada semua anggota secara maksima bersandarkan emas.
- Pelantikan Untuk Pengerusi, Timbalan Pengerusi 1 & 2, Setiusaha & Bendahari telah dipersetujui.
- 10 orang AJK penaja kerja kini di buka untuk lantikkan.Cadangan/tawaran sila kemukan di forum.
- Tugasan akan di bincangkan setelah 10 org ahli AJK terlantik
- Pengurusan pendaftaran akan diserahkan kepada pegawai sepenuh masa koperasi setelah mendapat persetujuan ALK.
- segala urusan pendaftaran dan borang buat masa ini diuruskan oelh rizzmerr.Maklumbalas utk maklumat keahlian akan di sebarkan pada mereka yg telah mendaftar untuk maklumat lengkap.
- Langkah susulan akan di ambil oleh semua yg tertabit sama ada AJK mahupun ahli yg berdaftar bergantung pada kelulusan ahli majlis koperasi
7. Pelan Jangka Pendek & Jangka Panjang.
- Pelan yg teratur dan kertas kerja akan dilaksanakan utk di bentangkan dan diperbincagkan pada pertemuan selanjutnya.
- Sebarang cadangan sila kemukakan di forum.
- Pelan Jangka Pendek
a) 100g(ahli VIP) —> 500g dalam tempoh 5 – 8 tahun(akan dibentangkan untuk tindakan susulan) ahli yg mempunyai 100g secara automatik layak menghadiri dan mempunyai suara dalam mesyuarat AGM
b) <100g(ahli biasa) akan menerima dividen/bonus sehingga genap 100g baru layak masuk ke ahli VIP(tiada kelayakan untuk hadir dan tidak mempunyai suara dalam mesyuarat AGM)
- pelan ansuran 1/2/3 tahun(akan dibentangkan untuk tindakan susulan)
- Pelan Jangka Panjang
a) Kedai Ar-rahnu
b) pemilikan bar/bullion sendiri
c) kedai emas (jewlelerry)
d) Pemilikan hartanah
e) Agro
f) trading
g) IKS
h) kemudahan pinjaman pada ahli berdaftar
Pelan Tindakan 1st AGM
- ALK telah setuju untuk meletakkan tarikh 1st AGM pada 25hb April 2009 (Sabtu)
- Lokasi, aturcara dan segala kos akan di perbincangkan oleh ALK
9) Pelan Pengurusan Koperasi (Pejabat & Operasi)
- Pengurusan operasi sepenuh masa hendaklah ada bagi kelancaran penubuhan koperasi.
- Lokasi operasi akan di ikhtiarkan dalam jangka terdekat.
- Tindakan susulan akan dibincangkan oleh ALK
- Pelan susulan perancanaan akan di bincangkan kemudian yg mana pelan 1st AGM di beri keutamaan buat masa ini.
Senarai AJK Penaja (sementara) :
Pengerusi : syukor (Mr. Admin)
Timb. Pengerusi : 1) dian 2) Hafiz
Setiausaha : rizzmerr
Bendahari : rulan
AJK Kerja : 10 kekosongan
Majlis bersetuju untuk memilih pejabat operasi nizam sebagai alamat sementara bagi tujuan pendaftaran dan ofis mine sebagai ruang untuk perjumpaan atau mesyuarat susulan. Lain-lain cadangan amatlah di alu-alukan dan akan dipertimbangkan.
Komitmen ahli AJK Penaja amatlah di harapkan bagi memudahkan lagi perjalanan penubuhan koperasi pada masa sekarang dan masa hadapan. Komitmen anda AMATLAH kami hargai.
Disediakan Oleh,
Rizzmerr
Setiausaha Sementara
(Update – 28 Mac 2009)
CADANGAN TARIKH DAN KEHADIRAN PERTEMUAN AJK PENAJA
LOKASI : Pejabat sdr Zainal (mine) - Hentian Bas Kajang (perhentian kajang 2)
No 50, Jalan Perhentian Kajang 2 Off Jalan Reko,43000 Kajang Selangor.
( Jalan lama dari kajang ke UKM) sebelah taman tenaga. Ayuh bagi nama dan cdgn tarikh.
Tarikh Perjumpaan
Sabtu 28 Mac 09 – 11 pagi

ikut jalan reko…dari pekan kajang (simpang empat) terus ke jalan reko..kalau masuk kiri pergi pekan kajang…lepastu terus sahaja…..
(Update – 24 mac 2009)
MEMO
PENDAFTARAN
- Pendaftaran keanggotan masih terbuka kepada semua yang berminat (18 tahun ke atas). Sila muat turun dan isi borang keanggotaan seperti di bawah.
http://rapidshare.com/files/22…..KUEMAS.pdf
- Penghantaran borang hendaklah melalui kaedah scan attachment dan e-mail ke kuemas@gmail.com atau melalui pos ke alamat :
Koperasi Usahawan Emas Malaysia Berhad (Dalam Penubuhan)
1-3B Tingkat 3,
Jalan 15/1C Seksyen 15,
Bandar Baru Bangi 43650 Bangi,
Selangor Darul Ehsan
YURAN KEANGGOTAAN
- Kutipan yuran keanggotaan hanya akan di lakukan selepas Mesyuarat Agung Permulaan sehingga satu tarikh yang akan di maklumkan dan selepas mendapat sijil penubuhan dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
- Kepada yang telah mendaftar sila rujuk kepada En. Rulan (012-2968789) atau En. Hafiz (017-2361609) untuk tindakan dan keterangan lanjut.
JEMPUTAN KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG PERMULAAN
- Surat jemputan kehadiran untuk majlis Mesyuarat Agung Permulaan akan mula diedarkan melalui e-mail kepada semua bakal anggota yang telah mendaftar.
- Kepada yang berminat tetapi belum mendaftar juga dijemput untuk menghadirkan diri ke majlis Mesyuarat Agung Permulaan. Butiran lanjut adalah seperti berikut:
TARIKH : Sabtu, 9hb May 2009
MASA : 9.00 pagi – 1.00 petang
TEMPAT : Victoria Institute Old Boys Association (VIOBA)
Kuala Lumpur
- Sila buat pengesahan kehadiran anda bagi memudahkan urusan persiapan dan melancarkan lagi perjalanan majlis.
Kerjasama dari semua dalam memberi maklumbalas atau tindakan susulan amat saya hargai bagi kelancaran urusan penubuhan.
Sekian untuk makluman.
Yang Menjalankan Perintah
Rizzmerr
Ahli Jawatankuasa Penaja
Most Users Ever Online: 64
Currently Online:
26 Guest(s)
Currently Browsing this Page:
1 Guest(s)
Top Posters:
aneopedr: 12419
aldwashmanregin: 11366
ckiesondi: 11347
molaholl: 9445
dealex: 8853
rizzmerr: 634
Member Stats:
There have been 29 guest posters
There are 7504 members
There are 5 moderators
There are 1 admins
Forum Stats:
Groups: 4
Forums: 19
Topics: 1349
Posts: 61322
Newest Members: IrfanKelantan, sharudinmusa, suriani76, zuraEmas, domovenokedic, hamnif
Moderators: syukor (466), shufaad (0), cikjune (40), hafiz (105), syukor (0)
Administrators: syukor (466)

Log In
Register
Home


