Forum
Topic RSS
12:10 pm
21 October 2008
Offlinenizam said:
gldsnpr said:
rizzmerr said:
sementara menununggu setup koperasi..sesiapa yg berminat nak join bleh beri nama dahulu….id pon bleh….nanti admin yg dilantik akan update utk maklumat penuh…
1) rizzmerr
2) gldsnpr
3) nizam
4) wakaka91
aku bleh jadi ahli je..nak jadi penaja,aku jauh sgt..obersea..
Just to update sahabat semua… hari ini 22/11/2008 11.30am 3 sahabat dari calon AJK penaja (saya, rizzmerr dan dian) telah mengadakan perjumpaan perkenalan tidak resmi. ALhamdulillah selepas ini dian akan mengumpul seberapa banyak maklumat tentang syarat penubuhan koperasi serta standbykan kita dengan semua borang2 berkenaan (Thanks bro..), dan saya serta rizzmerr berharap untuk pertemuan kali kedua agar lebih ramai sahabat yang berminat untuk turut serta dan bersuai kenal sebelum kita meneruskan hasrat kita semua. AMIN.
Peerrrggghhh macam baca doa la pulak rasanye..hehehehe.. 
1. Hubungi Jabatan Pembangunan Koperasi Negeri
Sekumpulan orang yang berminat menubuhkan sebuah koperasi hendaklah menghubungi JPK di negeri yang berkenaan. Permohonan untuk menubuhkan koperasi hendaklah sampai kepada Pengarah JPK melalui Pegawai Ehwal Ekonomi Wilayah/Daerah.
2. Menubuhkan Jawatankuasa Penaja
Selepas mendapat kelulusan Ketua Pendaftar atau Pendaftar Negeri, sebuah Jawatankuasa Penaja seramai sekurang-kurangnya sepuluh (10) orang hendaklah dibentuk.
Diantara tugas Jawatankuasa Penaja :-
a) Menentukan jenis koperasi yang akan ditubuhkan dan menyediakan aturan-aturan kegiatan utama dan lain-lain kegiatan yang termasuk dalam objektif penubuhan koperasi.
b) Mengkaji/mengubal Undang-undang Kecil dengan berpandukan Undang-undang kecil seragam yang telah disediakan oleh Jabatan Pembangunan Koperasi.
c) Mendaftarkan bakal-bakal anggota dalam satu daftar dengan memasukkan nama, umur, nombor pengenalan, pekerja dan alamat masing-masing. Penaja hendaklah memastikah sekurang-kurangnya seratus (100) orang telah mendaftarkan diri untuk menjadi anggota sebelum mesyuarat agung permulaan ditetapkan.
3. Mesyuarat Agung Permulaan
Mesyuarat ini bertujuan untuk mendapatkan persetujuan bagi memohon pendaftaran koperasi yang ditubuhkan, menerima Undang-undang Kecil dan memilih anggota Lembaga Koperasi. Setelah koperasi didaftarkan oleh Ketua Pendaftar, ianya menjadi sebuah organisasi yang sah dari sisi undang-undang.
Bagi tujuan pendaftaran, dokumen-dokumen berikut perlu disediakan :-
a) Borang pemohonan mendaftar koperasi ditandatangani oleh sepuluh (10) orang Jawatankuasa Penaja.
b) Tiga (3) naskah Undang-undang Kecil yang ditandatangani oleh sepuluh (10) orang Jawatankuasa Penaja.
c) Minit mesyuarat Agung Permulaan ditandatangani sekurang-kurangnya (50) orang bakal anggota yang hadir.
4. Penyerahan Dokumen-dokumen Pendaftaran Kepada Ketua Pendaftar
Dokumen-dokumen pendaftaran hendaklah dikemukakan kepada Pendaftaran Negeri tidak lewat daripada tujuh (7) hari selepas mesyuarat agung permulaan diadakan.
7:25 am
22 October 2008
Offlinebaru pagi ni dapat bukak forum, komp kat rumah ni lembab tul,
mmg puas hati dapt buat pertemuan pertama. nizam sanggup datang dari kajang menempuh sesak mrr2 walau tghari hari cuti, rizmer plak sanggup keluar dari kepong, aku gak yang agak dekat dari gombak ke melawati.
mengharapkan cadangan penubuhan koperasi menjadi kenyataan, dapat berkenalan dengan nizam yang banyak dan luas pengalaman serta networknya….. banyak bisnes yang koperasi boleh buat dan kita sebagai individu boleh garap dari pengalaman beliau yang saya kira suka berkongsi dengan orang lain. baru jumpa bertiga dengan latarbelakang bidang masing-masing yang berbeza pastinya banyak yang boleh dikongsi bersama.
paling aku tersentuh bila nizam cuba tawarkan konsep bisnes yang pulangan 1000% iaitu sedekah. RM 1 kita sedekah Allah akan kembalikan kepada kita RM 10. bukan bermaksud Allah beri dalam bentuk pulangan tunai, walaupun ianya boleh terjadi tetapi mungkin selain pulangan tunai mungkin dalam bentuk kesihatan badan diri dan keluarga, ketenangan fikiran, dipermudahkan rezeki dari sumber yang tiak dijangka. dalam kita mencari rezeki, pendapatan, keuntungan jangan lupa bersedakah kepada yang memerlukan. janji Allah pasti benar. keyakinan dan keikhlasan perlu dalam segala tindakan.
tugas yang diserah kepada aku untuk dapatkan maklumat khususnya borang-borang dan keperluan penubuhan koperasi dengan suruhanjaya koperasi malaysia, insyaallah minggu depan ni akan diusahakan. maklumat lanjut akan dikongsi bersama di forum ni. rajin-rajinlah buka forum ni dan mulailah berkempen sesama kita untuk joint koperasi nak dapatkan kalau boleh lebih 100 orang baru mantap gerakan koperasi yang dicadangkan.
pertemuan kedua diharap mampu mengumpulkan ahli penaja sekitar 10 -15 orang. baru mantap untuk didaftarkan.
8:07 am
21 October 2008
Offlinerizzmerr said:
bravo….at least kita dah maju setapak…menanti tapak seterusnya….bantuan dan kerjasama dari warga JE amat dialu2kan…..agar impian terlaksana demi meningkatkan martabat agama, bangsa dan negara..chewahhh…
p/s:banyak ilmu dan peluang dapat tadi…maklum la aku ni ubun2 lembut lagi..
warga JE?

x seswaiiii kak engku ckp….
wakaka91 said:
rizzmerr said:
bravo….at least kita dah maju setapak…menanti tapak seterusnya….bantuan dan kerjasama dari warga JE amat dialu2kan…..agar impian terlaksana demi meningkatkan martabat agama, bangsa dan negara..chewahhh…
p/s:banyak ilmu dan peluang dapat tadi…maklum la aku ni ubun2 lembut lagi..
warga JE?
x seswaiiii kak engku ckp….
wahh tahniah la kat 3 org hero yang dah bersusah payah nak tubuhkan koperasi ni…. any latest info jangan lupa maklumkan kat forum yek.. tq
12:18 pm
29 October 2008
Offline
Sila isikan nama anda utk jawatankuasa penaja ni, sila quotekan. Sertakan tempat / lokasi anda juga ya.
SENARAI AJK PENAJA (CADANGAN)
KOPERASI PELABUR DAN PEMILIK EMAS MALAYSIA BERHAD *
1. nizam (Kajang/Bangi/Keramat) 012 6866 550
2. kas2ri (sepang/KLIA)
3. dian (ampang/gombak-selangor) 013 3422 330
4. rizzmerr (sg.besi/jinjang/gombak) 012 2776 294
5. redza (gombak/petaling jaya/melaka)
6. Hafiz (kelana jaya/petaling jaya)
7. jesselabu (shah alam/petaling jaya)
* Nama koperasi akan ditentukan selepas AJK Penaja Bermesyuarat.
Mohon sahabat-sahabat untuk menyokong usaha penubuhan koperasi emas yang dicadangkan dengan menawarkan diri untuk menjadi jawatankuasa penaja. lagi cepat tertubuh lagi bagusss . kalau boleh awal tahun 2009 dah didaftarkan dengan SKM
Aku cadangkan kita buat 2nd meeting (tak resmi) 2 minggu akan datang 13/12/2008. Minta dian pastikan segala borang sudah disediakan dan mungkin kita boleh serius sikit dari segi deadline kali ini. Tapi aku harap dapatlah kumpul sekurang2nyer 15 orang kali ini.
Siapa yang brani menyahut cabaran…. sila daftarkan diri anda!
Most Users Ever Online: 64
Currently Online: kinb_b, aneopedr
25 Guest(s)
Currently Browsing this Page:
4 Guest(s)
Top Posters:
aneopedr: 12419
aldwashmanregin: 11366
ckiesondi: 11347
molaholl: 9445
dealex: 8853
rizzmerr: 634
Member Stats:
There have been 29 guest posters
There are 7504 members
There are 5 moderators
There are 1 admins
Forum Stats:
Groups: 4
Forums: 19
Topics: 1349
Posts: 61322
Newest Members: IrfanKelantan, sharudinmusa, suriani76, zuraEmas, domovenokedic, hamnif
Moderators: syukor (466), shufaad (0), cikjune (40), hafiz (105), syukor (0)
Administrators: syukor (466)

Log In
Register
Home



