Forum
Topic RSS
nizam said:
Saya ingin cadangkan agar KuEmas dapat membuat satu skim pelaburan/simpanan seperti GIA cuma bezanya skim ini menyediakan emas fizikal sebagai sandaran sebenar dan pengeluaran emas fizikal ini dibenarkan dalam bentuk minimum 10g dan sebagainya (contoh).
Maka ini akan menjadi alternative terbaik bagi masyarakat untuk mencari yang halal dari yang diragui. Insyaallah.
Setuju!!!!..Setujuuuuuu!!! Bagi yg kaki GIA! Inilah yg ditunggu2. Alternatif yg jelas Halalan Toyyiba !!!
Tapi Zam, kena ingat citer kedai runcit Ah Seng ngan Kedai Mamat tu… jgn lak kerana kita kedai halal.. rega pun mencanak tingginya!! (Cam kedai "Dato' Harimau" tu). Klau gitu mesti org tetap pilih GIA, maka tak tercapailah impian utama muamalat Islamiah kita! HAnya peringatan sebagai seorang sahabat.
Anyway, first kena ada mekanisme , test dan kukuhkan sistem pembelian dan jualan online tu… Aku cadang:
1. Awalnya, pembelian dan jualan online based on GIA price ni hanya dibuka kepada "beta tester" dalam closed group untuk pengujian sistem. Sesiapa pun di kalangan ahli KUEMAS yg selalu online boleh jadi beta tester ni… Aku rasa 30 org dah cukup kot. Tapi 30 org ni mesti sign agreement dan faham peranan beta tester ni. Kalau nak senang buat virtual based jer, tapi kontra dia nanti tak nampak apa masalah bila nak allocate fizikal nanti.
2. Urusniaga ni mesti 24 jam. Tapi untuk ujian bolehlah dlm 5 jam sehari saja. iaitu pukul 10 pagi – 4 ptg. Ujian boleh memakan masa selama 6 bulan MINIMA (penting!) untuk mendapatkan kemungkinan2 kekangan yg mungkin timbul dlm sistem / mekanisme.
3. Untuk programmer sistem — mesti org yg paham ngan emas, GIA dan Sistem Online Forex. (Adik aku pon bleh..wakakakaaka!! promote sket!)
4. Lastly, bila semua stabil… bukak dulu pada ahli2 yg 400 tu… kasi run sistem kita 24 hours!!! yeyyy!
Tapi kalau run sistem secara semi online (by online chatting or telefon) pun ok juga!! MAcam PB dan Datok Rimau tu , kita kena gi Kedai dia. Tapi kena pelabur tu (pembeli/penjual) letak deposit dlm sistemlah..supaya senang nak urusniaga.
Cth :
Aku simpan (Deposit) RM 1000 dlm sistem koperasi maka aku hanya leh beli maksima RM1000 nilai emas untuk Skim simpanan dinar melalui tepon/chat/YM/Emel pada hari ini.
Kalau aku nak beli lagi esok, aku kena deposit lagi kepada koperasi. Baru boleh tambah emas.
Ini macam, aku depositkan duit dlm akaun simpanan PB pastu telepon PB agar belikan aku EMAS GIA. Ehehe.. camtu le lebih kurang. Maknanya, plabur perlu sediakan dulu duit. Adeh.. apa aku cakap ni…aku pun tak paham..wakakkakaakak…
Insyaallah cadangan ini akan dibawa ke mesyuarat ALK yang akan datang untuk pertimbangan dan mencari mekanismanya dan pada pendapat saya perlu dimulakan ground worknya sebaik sahaja dipersetujui. Ini kerana sebaik sahaja koperasi mendapat kelulusan penuh dari SKM (yang mana akan mengambil masa 1 ke 3 bulan) kita telah bersedia untuk melancarkan beberapa siri produk atau skim ketika pelancaran rasmi koperasi nanti. Tidaklah terkial-kial nanti sesudah mendapat kelulusan baru nak develop produk.
Saya juga di sini ingin mengucapkan rasa terima kasih kepada ustz rafidi kerana telah bersetuju untuk mengetuai panel syariah koperasi. Panel syariah ini kelak akan menjadi penimbangcara atau badan yang akan meluluskan kesemua produk/services koperasi bagi memastikan ianya mengikut landasan Islam sebenar. Insyaallah.
Pihak koperasi juga sedang menyiapkan panel audit dalaman yang mana memerlukan seramai 3 orang dari kalangan ahli dan setakat ini kita telah mendapat persetujuan dari sahabat kita Redza dan Anuar untuk menduduki panel ini (Kami masih memerlukan seorang lagi bagi mencukupi panel ini seperti termaktub dalam undang2 kecil koperasi). Panel ini kelak akan menjadi penyemak dan pemerhati kepada akaun perjalanan koperasi.
Kita juga mendapat cadangan dari ustz Rafidi untuk melantik Mr Omar Vadillo (Director of eDinar) sebagai penasihat khas Koperasi. Satu cadangan yang baik kerana Mr Omar mempunyai reputasi yang tinggi dikalangan negara Timur Tengah dan Asia dalam usahanya memperkenalkan penggunaan Dinar & Dirham kembali dlam urusan ekonomi negara2 Islam.
kertas kerja dah kena mulakan..apa yg kurang bleh di bincangkan..setuju sepertimana kata gldsnpr..testing & comisioning kena buat agar sistem yg akan di launch problem akan minimize…program yg tersusun agar kita bleh buat secara online akan memudahkan semua..
pembekal juga harus ada agar masalah demand on gold selari dgn supply…paling penting kena ada pilihan bukan berharap pada satu shj dan harga mesti kompetetif utk bersaing dgn produk yg ada dipasaran memandagkan usia kuemas yg baru membataskan utk kuemas produce produk sndiri…
audit dalaman mahupun penasihat khas dan panel syariah mesti ada dan surat lantikan kena keluarkan..
peguam juga kena lantik bagi rujukan T&C agreement pada skim yg hendak dilancarkan..
secara dasarnya kita dah nampak base produk utk develope….bantuan kepakaran dari kalangan ahli amat di tuntut demi menjayakan KUEMAS
Salam,
Bagi merealisasikan apa saja idea dan cadangan untuk kebaikan ahli oleh koperasi sebenarnya mengembalikan kita kepada perkara pokok iaitu cukup bilangan ahli seperti yang disasarkan (melebihi 400 org utk tahun pertama) dengan dana suntikan yang mencukupi iaitu RM 200,000. Ini dapat dicapai apabila jumlah ahli diperolehi dengan yuran berbayar sebanyak RM500 setiap seorang (RM500 x 400 org).
Untuk itu usul yang utama dan pertama perlu dilaksanakan oleh koperasi adalah satu mekanisma galakan untuk mencapai 400 ahli secepat mungkin kerana lagi cepat kita capai target ini lagi cepat dan banyak pihak koperasi boleh membuat skim dan pelan perniagaannya.Insyaallah.
Cadangan saya (harap di explore lebih oleh sahabat2 yang lain):
1. Skim galakan 'Member get Member' – Pemberian mata ganjaran bagi setiap ahli baru yang dibawa masuk oleh ahli sedia ada. Mata ganjaran ini kemudiannya membolehkan penerimanya menukar menjadi baucer diskaun untuk pembelian emas di koperasi.
2. Contest jangka pendek (6 bulan) untuk ahli membawa masuk seberapa ramai ahli baru. Pemberian hadiah berupa emas (dinar atau bullion) kepada mereka yang membawa masuk paling ramai ahli baru by the end of the program.
3. Skim Ahli Keluarga. Kepada ahli yang mendaftarkan ahli keluarga mereka bersama (minimum 5 org) akan mendapat perlindungan takaful percuma.
Ini antara contoh yang terfikir dek akal sekarang ni, moga para sahabat dapat mengembangkan idea2 ini atau contribute better ideas untuk dibincangkan di pihak ALK dan perlaksanaan secepat mungkin.
Kalau boleh wat borang permohonan keahlian online ASAP. Isi maklumat secara online. Borang tersebut perlu dicetak dan dihantar kpd koperasi untuk pengesahan (tandatangan hidup). Saya rasa dgn itu, lebih mudah mengurus maklumat keahlian berbanding dload borang kosong.
p/s: aku dah ade 3 org yg berminat ni..
http://www.flickr.com/photos/kuemas/
Gambar aktiviti2 termasuk mesyuarat AGM permulaan dan mesyuarat ALK di Sg Tua boleh dilihat di sini…
Most Users Ever Online: 64
Currently Online:
28 Guest(s)
Currently Browsing this Page:
1 Guest(s)
Top Posters:
aneopedr: 12419
aldwashmanregin: 11366
ckiesondi: 11347
molaholl: 9445
dealex: 8853
rizzmerr: 634
Member Stats:
There have been 29 guest posters
There are 7506 members
There are 5 moderators
There are 1 admins
Forum Stats:
Groups: 4
Forums: 19
Topics: 1349
Posts: 61322
Newest Members: semi, 8453755mie87, IrfanKelantan, sharudinmusa, suriani76, zuraEmas
Moderators: syukor (466), shufaad (0), cikjune (40), hafiz (105), syukor (0)
Administrators: syukor (466)

Log In
Register
Home
Offline

