Assalamualaikum dan salam sejahtera,
First sekali saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada tuan punya forum ini kerana menyediakan ruang untuk memperkenalkan diri.
Nama penuh saya Abdullah Ismail, berasal dari Dungun, Terengganu dan membesar di Seberang Takir, Kuala Terengganu, Terengganu. Bekerja sendiri dalam pelbagai bidang, it, pertanian, penternakan dan terkini keEMASan di Bandar Baru Bangi, Selangor.
Dah lama juga saya mencari-cari pelaburan emas yang betul2 selamat dan benar dan akhirnya saya diperkenalkan oleh Che Wan Saiful Ikhmal pada 1 Mei 2010 yg lepas semasa makan malam bersama keluarga dan rakan2. 2 Mei saya mengganggu tidur petangnya utk mengetahui lebih lanjut tentang pelaburan Emas ini dan akhirnya dia memperkenalkan saya dengan jutawanemas.com.
3 Mei saya call sifu kita (En Shukor) ini utk bertemu, dan akhirnya dia setuju utk berjumpa saya waktu makan malam di Bkt Mahkota. Seronok dapat jumpa sifu yang tidak loket untuk berkongsi ilmu tentang emas, rahsia emas dan menyuntik semangat utk saya meneruskan pelaburan emas ini. 4 Mei saya sekali lagi jumpa sifu, kali ini saya beli emas dan terus belajar hand-on cara-cara melabur serta menggunakan kemudahan pajakan utk terus melabur.
Hari ini 14 Mei 2010, genap 2 minggu saya berkenalan dengan emas Public Gold dan genap 10 hari saya berkenalan dengan sifu dan saya telah berjaya menjual 15 keping 1d, 1 keping 5d dan 2 ketul 20g. InsyaAllah 17 Mei ini saya ada 2 pembeli yang berpotensi masing-masing mempunyai RM11k dan RM13k untuk bersama-sama dengan saya melabur dalam pelaburan emas ini.
Harapan saya, jual beli dan pelaburan emas ini akan menjadi mata pencarian utama saya suatu hari nanti. Disampin menjadikan ianya sebagai mata pencarian saya juga berpeluang mendidik, berkongsi pengetahuan dengan rakan2 supaya melabur dalam pelaburan yang amat menguntungkan serta terjamin HALALnya ini.
Terima kasih kepada semua yang terlibat, sama-sama kita doakan semoga kita sama-sama berjaya dalam apa jua bidang yang kita lalui terutamanya dalam pelaburan EMAS ini.
Terima kasih tak terhingga buat Che Wan Saiful Ikhmal dan sifi En. Shukor kerana sanggup melayan kerenah saya, dalam masa saya nak memahami pelaburan emas ini. Semoga Allah membalas jasa2 saudara berdua dengan pahala yg berlipatkali ganda.
Sekian, selamat berkenalan.
Abdullah Ismail
012 3921139