Forum
Topic RSS
12:44 pm
29 November 2008
OfflineALOR STAR: Kerana tertarik dengan ganjaran besar, seramai 53 peserta skim pelaburan emas di negeri ini terpaksa berputih mata apabila kerugian lebih RM2 juta selepas terpedaya dengan sebuah syarikat pelaburan haram di Batu Caves, Selangor sejak dua tahun lalu.
Selain menjanjikan pelbagai imbuhan lumayan termasuk insentif mengerjakan umrah dan haji, lagak alim pemilik syarikat dan taktik liciknya yang menggunakan pendekatan agama berjaya meyakinkan pelabur.
Difahamkan, syarikat itu menggunakan syiling Kijang Emas Gold Coin (KEGC) yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia (BNM) pada Julai 2001 bagi menarik perhatian umum untuk melabur.
Hanya 12 negara di dunia yang mengeluarkan syiling berkenaan dan Malaysia adalah negara ke-12.
KEGC mempunyai tiga siri berbeza mengikut berat selain mempunyai kandungan atau ketulenan yang sama – emas 999 karat.
Difahamkan, pemilik syarikat mirip skim cepat kaya itu turut memperdaya ribuan pelabur lain di seluruh negara dengan nilai pelaburan mencecah jutaan ringgit tanpa perlu menyerahkan syiling emas berkenaan kepada pelabur.
Seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Osman, 48, berkata dia kerugian hampir RM160,000 selepas membeli dua kilogram syiling KEGC pada Julai 2007.
Menurutnya, dalam perjanjian yang ditandatangani, syarikat terbabit akan membayar keuntungan jual beli emas sebanyak 60 peratus untuk pelabur serta 40 peratus untuk syarikat dan jika pelabur ingin menarik balik pelaburan, mereka dibenarkan berbuat demikian untuk menamatkan perjanjian.
Katanya, selepas tiga bulan berurusan dengan syarikat itu, pemilik syarikat terbabit mula berdolak-dalik dan enggan membuat bayaran kepadanya.
“Saya mula mengesyaki sesuatu yang tidak kena apabila mereka memberi pelbagai alasan untuk mengelak daripada membayar wang pelaburan kepada kami.
“Saya berjumpa dengan pengarah syarikat itu dan dia berjanji akan membayar balik jumlah pelaburan saya dan pelabur lain,” katanya, semalam.
Osman berkata, terdapat ramai pelabur lain di negeri ini yang mengalami nasib sama dengannya.
Katanya, selepas ramai pelabur menyerbu ke pejabatnya untuk menuntut bayaran, pengarah itu berjanji akan membayar balik bayaran wang pelaburan dalam tempoh sebulan dalam bentuk cek.
Namun semua itu hanya taktik kotor apabila cek yang diberikan adalah cek tendang.
Osman membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Star pada Julai lalu, namun tiada sebarang perkembangan sehingga hari ini.
Sementara itu, bekas pengarah syarikat itu di Kedah, Hanisah Salleh, 38, berkata dia mula mengesyaki sesuatu selepas pemilik syarikat mula menangguhkan pembayaran kepada pelabur selepas tiga bulan membuat pembayaran.
Menurutnya, selepas itu dia mula didatangi oleh pelabur lain di pejabatnya di Jalan Pegawai di sini.
Katanya, tindakan itu menyebabkan dia sendiri terpaksa membawa pelabur berkenaan ke Batu Caves untuk berjumpa dengan pemilik syarikat terbabit.
“Saya juga membuat laporan polis selepas pemilik syarikat itu meniru tandatangan saya dengan tujuan untuk mengeluarkan wang daripada akaun,” katanya yang ingin membersihkan nama yang tercalar akibat tindakan itu.
Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan menerima laporan.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Saturday/Setempat/20090103091537/Article/index_html
isseey said:
ALOR STAR: Kerana tertarik dengan ganjaran besar, seramai 53 peserta skim pelaburan emas di negeri ini terpaksa berputih mata apabila kerugian lebih RM2 juta selepas terpedaya dengan sebuah syarikat pelaburan haram di Batu Caves, Selangor sejak dua tahun lalu.

perghh ni ke yang WZWM tu nyer skim tu.. ee tak baik ek .. doser amik duit2 org ni
5:14 pm
1 January 2009
Offline3:27 pm
26 October 2008
Offlinenuruliman said:
tu yg aku takut main2 skim ni…beringat sebelum terkena…baik la melabur sendiri…skrg ni byk alternatif…GIA ke dll tu…bio pun lambat tp sendiri mau ingat la…cam nabil cakap
bergantung kepada mcmana skim 2 dijlnkan, kalau dah ambil duit aje tanpe ada fizikal (emas) memang payah sikit
Most Users Ever Online: 64
Currently Online: ckiesondi, fida_ali
25 Guest(s)
Currently Browsing this Page:
1 Guest(s)
Top Posters:
aneopedr: 12419
aldwashmanregin: 11366
ckiesondi: 11347
molaholl: 9445
dealex: 8853
rizzmerr: 634
Member Stats:
There have been 29 guest posters
There are 7492 members
There are 5 moderators
There are 1 admins
Forum Stats:
Groups: 4
Forums: 19
Topics: 1348
Posts: 61321
Newest Members: Zuhdi Mohamad Arshad, awekprk, mataduitan, ferdaus, fishtunafish, fida_ali
Moderators: syukor (466), shufaad (0), cikjune (40), hafiz (105), syukor (0)
Administrators: syukor (466)

Log In
Register
Home