Inginkan ilmu pelaburan emas dengan pantas tanpa perlu membaca semua artikel di blog ini? Dapatkan ebook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas (klik sini)
 
Ebook

Forum

Please consider registering
guest

Log In Register

Register | Lost password?
Advanced Search:

— Forum Scope —



— Match —



— Forum Options —




Wildcard usage:
*  matches any number of characters    %  matches exactly one character

Minimum search word length is 4 characters - maximum search word length is 84 characters

Topic RSS
Apa hebatnya nilai emas???
6 November 2009
8:07 am
mohammad
Ahli baru
Forum Posts: 2
Member Since:
28 October 2009
Offline

Assalamu'alaikum.

Pertama sekali, saya perkenalkan diri. Saya Mohammad dari negara Singa. Baru juga beli ebook pelaburan emas ni. Sungguh membuka mata. Dengan ilmu, banyak benda kita boleh lakukan ye. Jadi saya ingin mengucapkan syabas dan sekaligus terima kasih kepada Encik Syukor kerana telah mengadakan 'buku emas' tu.

Hasil dari pembacaan buku tu saya sedang mula berjinak-jinak denagn pelaburan emas ni. Tapi satu masa tu saya dok fikir, macam berjerebu pula tentang nilai emas ni. Secra khusus, saya merujuk kepada artikel encik syukor yang bertajuk 'Nak Simpan Wang? Ketahui Rahsia Wang Sebenar'. Saya ada beberapa soalan. Saya harap Allah kurniakan kesabaran kepada sesiapa yang sudi menjawab dan layan soalan budak hingusan mcm saya ni.

Dalam artikel tu, Encik Syukor ada kasi contoh tentang bagaimana $1000 wang fiat sekarang, kalau disimpan, dalam beberapa tahun akan jatuh nilainya dan tak dapat beli barang yang boleh dibeli dulu. Sebab inflasi dan sebagainya. Dikatakan emas tidak terjejas oleh inflasi. Yang buat saya pening kepala sikit, bukankah nilai emas terkait dengan wang fiat mcm dapat kita lihat di http://www……kitco.com? Jadi emas pun boleh naik dan turun nilainya. So apa beza emas dengan wang fiat jika nilai emas terkait dengannya?

Lagi pula, katakan nilai emas naik…sekarang 1 oz harganya US$1000. Masa depan 1 oz harganya US$3000. Tapi harga barang pon naik. Maaf saya exaggerate sikit ye…contoh satu cawan kopi hari ni $1000. besok naik $3000. Jadi, katakan kita beli 1 oz emas pada harga $1000 dan bila naik $3000 kita jual dan untung $2000. tapi kita tetap hanya mampu beli satu cawan kopi yang sama, bukan 2 atau 3 cawan. So mana nilai kehebatan emas di sini?

Minta maaf kalau soalan saya yang disebabkan oleh pening kepala saya memeningkan kepala anda semua pula. Saya baru tahu pasal emas ni dan mahu lebih tahu dan faham.

Harap ada yang sudi jawab ye…

Thanks in advance!!

PS: Encik Syukor ada kenal dengan mana2 otai emas di kota Singa? Kalau ada senang juga saya minta nasihat jika perlu…Smile

9 November 2009
1:09 pm
mashatta
senior members
Forum Posts: 13
Member Since:
26 October 2009
Offline

Assalamu'alaikum.

Saya rasa terpanggil untuk merungkai masalah jerebu en. mohammad, saudara kita dari kota singa mengikut pemahaman saya. Kalau silap harap maaf ye…

Dengan wang fiat $1000 kita boleh kopi hari nie, esok katakan harga kopi naik jadi $3000. Dengan nilai wang yang kita ada tak bolehlah kita minum kopi tu besok. Tapi jika kita beli emas $1000 dapat emas 1 gram = harga kopi hari ini, besok harga kopi naik $3000, kita jual emas 1 gram = $3000 kita boleh minum kopi. Ini lah kot yang dikatakan kalis inflasi. Kalau ikut gram emas sampai bila-bila pun harga kopi tetap 1 gram emas.

Saya rasa en mohammad boleh faham kot.

Walasam.

10 November 2009
9:23 pm
zulkhayr
senior members
Forum Posts: 24
Member Since:
28 April 2009
Offline

yup…dlm erti kata lain, bila menyimpan emas bermakna kita menyimpan berat emas tersebut. gram emas yg kita simpan tak akan bertambah atau berkurang di masa depan. tapi kalau menyimpan wang, bermakna kita menyimpan nilai wang tersebut yg mana nilainya pd masa hadapan akan menyusut disebabkan inflasi dsb. jadi dah tentu pilihan kita utk menyimpan gram emas yg sampai bila2 pun ukuran gram tsebut tak akan berubah

"Emas diuji dengan api, wanita diuji dengan emas dan lelaki diuji dengan wanita." Agen Public Gold Batu Pahat : 013 6003636
13 November 2009
12:29 am
logammaut
Ahli baru
Forum Posts: 3
Member Since:
9 November 2009
Offline

Assalamualaikum. Pada pandangan saya, hebat dan istimewanya nilai emas ialah merupakan kekayaan yang sebenar-benarnya sepertimana digambarkan Al-Quran dan Hadis Rasulullah melalui kisah-kisah kekayaan umat-umat terdahulu yang memiliki emas, sehinggakan penduduk syurga pun semuanya memiliki emas. Sebagai orang Islam, kita wajib mempercayai apa yang dinyatakan oleh Al-Quran dan Hadis Rasulullah.

18 November 2009
12:39 am
mohammad
Ahli baru
Forum Posts: 2
Member Since:
28 October 2009
Offline

Semoga Allah membalas mashatta, zulkhayr dan logammaut dengan kebaikan. Sekarang baru jelas pada saya kekuatan pelaburan emas ni.

Saya terfikir nak beli bullion coin dari UOB kat msia sebab kat spore beli bullion coin kena cukai. Ada sesiapa tahu sama ada UOB branch kat msia akan jual bullion coin pada warga negara lain? UOb branch paling dekat tentunya di Johor. Ada sesiapa tahu lokasi branch yang jual bullion coin kat johor dan camne nak ke sana?

Terima kAsih!!!

Forum Timezone: Etc/GMT-8

Most Users Ever Online: 64

Currently Online:
19 Guest(s)

Currently Browsing this Page:
1 Guest(s)

Top Posters:

aneopedr: 12419

aldwashmanregin: 11366

ckiesondi: 11347

molaholl: 9445

dealex: 8853

rizzmerr: 634

Member Stats:

There have been 29 guest posters

There are 7504 members

There are 5 moderators

There are 1 admins

Forum Stats:

Groups: 4

Forums: 19

Topics: 1349

Posts: 61322

Newest Members: IrfanKelantan, sharudinmusa, suriani76, zuraEmas, domovenokedic, hamnif

Moderators: syukor (466), shufaad (0), cikjune (40), hafiz (105), syukor (0)

Administrators: syukor (466)