Assalammualaikum,
Berikut disenaraikan dua teknik saya untuk meningkatkan keuntungan dalam pelaburan emas ni.
Situasi 1 adalah dimana pelaburan kecil-kecilan dengan pembelian emas sebanyak 35 gram pada kadar jualan bank pada 110.1/gram
Situasi 2 adalah dimana pelaburan besar-besaran dengan pembelian emas sebanyak 272 gram pada kadar jualan bank pada 110.1/gram.
Mohon pertolongan sifu-sifu semua untuk menyemak kiraan saya. Jika terdapat kesilapan, silalah tegur. Hanya Allah yag dapat membalas jasa sifu2 semuanya.
Situasi 1
4/8/2009 – Saya beli 35 gram emas dengan harga 110.1/gram. Jadi modal saya ialah RM 3853.50.
Katakan pada 4/9/2009 – Harga belian emas naik ke 120.10/gram. Jadi 35g x 120.10 = RM4203.5
Jadi, keuntungan saya ialah sebanyak : RM 4203.5 – RM 3853.5 = RM 350
Maka RM 350 / 120.10 = 2.91 gram..tidak boleh jual lagi kerana minimum adalah 5g untuk jualan semula
(Keburukan beli dalam gram yang sedikit adalah masa menunggu untuk kenaikan adalah lama). Betul ker kiraan saya ni?
Situasi 2
4/8/2009 – Saya beli 272 gram (nilai ni dapat melalui RM 30,000/110.1) dengan harga 110.1/gram. Jadi modal saya ialah RM 29,947.20 (272 gram X 110.1).
Katakan pada 4/9/2009 – Harga belian emas naik ke 120.10/gram. Jadi 272g x 120.10 = RM 32,667.20
Jadi, keuntungan saya ialah sebanyak : RM 32667.20 – RM 29,947.20 = RM 2720
Maka RM 2720 / 120.1 = 22 gram..(Plan saya ialah jual 5 gram dan 17 gram lagi lagi di laburkan semula)
Maka untung 5g x 120.1 = RM 600.5 (Duit ni saya ambil untuk shopping
)
17 gram + 272gram = 289 gram ialah baki yang tinggal
Selesai. Urusniaga pertama.
Katakan pada 4/10/2009 – Harga belian emas naik lagi ke 130.1/gram. Jadi 289 gram x 130.1 = RM 37,598.9
Jadi keuntungan ialah RM 37,598.9 – RM 29,947.2 = RM 7651.7
Maka RM 7651 / 130.1gram = 58 gram ..jual 5 gram dan 50 gram lagi dilaburkan semula
Maka untung 5g x 130.1 = RM 650.5 (Duit ni saya ambil untuk shopping
)
Jadi nilai emas saya adalah 289gram + 50 gram = 339 gram. Perkara ini diulang-ulang jika harga emas sentiasa menaik.
Betul kah kiraan saya ni. Mohon pertolongan. Saya masih amat baru dalam pelaburan emas ni