Inginkan ilmu pelaburan emas dengan pantas tanpa perlu membaca semua artikel di blog ini? Dapatkan ebook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas (klik sini)
 
Ebook

You must be logged in to post Login Register

Search Forums:


 






Syiling emas peringatan Bank Negara Malaysia

UserPost

12:52 pm
15 April 2009


s_arief

Ahli baru

posts 4


Assalam'kum….sy nak bertanya klu sy beli syiling emas peringatan ni (artikel spt di bawah)…lepas tu bila nak jual katne bleh sy jual….@ syiling emas peringatan ni mmg x leh dijual balik…tima kacih…Smile

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Sempena Tahun Astronomi Antarabangsa 2009

[Image Removed by User]

Bank Negara Malaysia mengeluarkan tiga jenis duit syiling peringatan bersempena sambutan perayaan sedunia Tahun Astronomi Antarabangsa 2009 (IYA2009). Duit syiling peringatan ini dilancarkan hari ini oleh YB Dato' Dr. Maximus Ongkili, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi di Planetarium Negara, Kuala Lumpur. Duit syiling peringatan ini sah diperlakukan dan mempunyai spesifikasi berikut:

1. Duit Syiling Peringatan Emas (pruf)
Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 999.9 dan berat setiap keping ialah 7.96 gram. Ia mempunyai nilai muka RM100 dan dijual pada harga RM1,200 sekeping. Kuantiti tempaan adalah sebanyak 100 keping sahaja.

2. Duit Syiling Peringatan Perak (pruf)
Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan berat setiap keping ialah 21.00 gram. Ia mempunyai nilai muka RM10 dan dijual pada harga RM150 sekeping. Kuantiti tempaan adalah sebanyak 350 keping sahaja.

3. Duit Syiling Peringatan Emas Nordic
Duit syiling emas Nordic ini mempunyai nilai muka RM1 dan dijual pada harga RM10 setiap satu. Kuantiti tempaan adalah sebanyak 10,000 keping.

Kesemua duit syiling ini juga boleh didapati dalam Set 3 dalam 1 dan Set 2 dalam 1. Set 3 dalam 1 mengandungi duit syiling emas, perak dan emas Nordic pruf. Set ini dijual pada harga RM1,450 setiap set dan hanya terdapat 150 set sahaja. Set 2 dalam 1 pula mengandungi duit syiling perak dan emas Nordic pruf. Set ini dijual pada harga RM200 setiap set dan hanya terdapat 200 set sahaja. Butiran terperinci berkaitan spesifikasi duit syiling ini adalah seperti di Lampiran I.

Reka bentuk Duit Syiling

Penerangan tentang reka bentuk duit syiling peringatan Tahun Astronomi Antarabangsa 2009 adalah seperti yang berikut:

1. Sebelah Hadapan Duit Syiling
Memaparkan Balai Cerap Negara Langkawi dengan teleskop utamanya terletak di sisinya. Latar belakang duit syiling ini memaparkan kumpulan bintang yang dikenali sebagai Orion Belt dan planet Zuhal. Perkataan "International Year of Astronomy 2009″ dipaparkan pada bahagian atas duit syiling sebagai menandakan perayaan astronomi global.

2. Sebelah Belakang Duit Syiling
Memaparkan logo rasmi IYA2009 dan tema utamanya "The Universe, Yours To Discover". Perkataan Bank Negara Malaysia dipaparkan di bahagian atas duit syiling, manakala nilai muka duit syiling, di bahagian bawah.

Lokasi Jualan

Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia dan akan mula dijual pada 14 April 2009 di ibu pejabat Bank Negara Malaysia (BNMLINK), dan cawangannya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.

Bank Negara Malaysia
13 April 2009

Lampiran I

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Sempena Tahun Astronomi Antarabangsa 2009

Spesifikasi Teknikal

Jenis Logam Nilai Muka
(RM)
Harga Jualan
(RM)
Jumlah Tempaan
(keping/ set)
Garis-pusat
(mm)
Berat
(gram)
Bentuk
Emas Pruf Emas (Au999.9) 100 1,200 100 22.00 7.96 Bulat dengan sisi bergerigi
Perak Pruf Perak(Ag92.5) 10 150 350 35.70 21.00 Bulat dengan sisi bergerigi
Emas Nordic Cu89 Zn5
Al5 Sn1
1 10 10,000 30.00 8.80 Bulat dengan sisi bergerigi
Set 2 dalam 1   10+1 200 200      
Set 3 dalam1   100+10+1 1,450 150

1:16 pm
15 April 2009


Anuar

Kuala Lumpur

VIP members

posts 95

Boleh jual balik, jual kat saya pun takper… sebab saya pengumpul wang lama dan syiling.

berapa banyak syiling emas tue ko ada? berapa nak jual satu syiling emas tue?

~*~ Visit My Gold WorkStation at www.Emas24K.wordpress.com ~*~

2:25 pm
15 April 2009


s_arief

Ahli baru

posts 4


sori la bro….sy blom ada lg syiling emas tu…ni pun baru tau td pagi bukak website bank negara…baru berkira-kira nak beli….tu yg tanye dulu kat sini…sape2 yg dah beli leh la kongsi maklumat….Smile

4:36 pm
15 April 2009


Anuar

Kuala Lumpur

VIP members

posts 95

Perghh… belum beli ekk, ingatkan dah beli….

takper lain tahun cuba lagi arrr….


Good Info..

~*~ Visit My Gold WorkStation at www.Emas24K.wordpress.com ~*~


About the Jutawanemas.com – Pelaburan emas di Malaysia: beli emas, Public Gold, Public Dinar, Etika Emas, Kijang Emas, Dinar Emas, Gold Saving Passbook, Barang Kemas, Harga Emas forum

Currently Online:

5 Guests

Forum Stats:

Groups: 4

Forums: 19

Topics: 740

Posts: 6847

Membership:

There are 4667 Members

There have been 30 Guests

There is 1 Admin

There are 4 Moderators

Top Posters:

rizzmerr – 634

gldsnpr – 565

syedkhalil – 364

zulfaizuddin – 205

ann – 185

taufik – 125