Inginkan ilmu pelaburan emas dengan pantas tanpa perlu membaca semua artikel di blog ini? Dapatkan ebook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas (klik sini)
 
Ebook

Forum

Please consider registering
guest

Log In Register

Register | Lost password?
Advanced Search:

— Forum Scope —



— Match —



— Forum Options —




Wildcard usage:
*  matches any number of characters    %  matches exactly one character

Minimum search word length is 4 characters - maximum search word length is 84 characters

Topic RSS
ZAKAT EMAS
9 October 2008
9:37 am
wineps
senior members
Forum Posts: 15
Member Since:
25 September 2008
Offline

Salam semua,

Saya ingin bertanyakan mengenai zakat emas.adakah pengiraannya dikira semasa harga kita beli atau harga semasa..???

Wslm

9 October 2008
9:52 am
fazrol
senior members
Forum Posts: 30
Member Since:
7 October 2008
Offline

salam wineps,

kalau zakat emas, aku masih belum berpengalaman lagi dan INSYA ALLAH bila cukup haulnya nanti aku akan tanya kat PUSAT ZAKAT tapi kalau zakat simpanan tue ader ler sikit2 ilmu tue dan pengalaman sikit…..

Zakat Simpanan: jika dalam satu tahun tue kita menyimpan duit sbg contoh tahun 2007 kita start simpan RM1000 dari Januari 2007 sampai Dis2007. Maka jumlah kat akaun adalah RM12k…..So kita tak dikenakan zakat. Kemudian kita menyimpan lagi RM1000 dari Januari 2008 sehingga Dis2008, maka jumlah terkumpul adalah RM24k….waktu tue baru kena zakat sebab nilai terendah dlm tahun 2008 adalah RM12k dan nilai RM12k lebih dari NISAB(katakan RM6k). Maka RM12k tadi perlu dizakatkan: RM12,000 x 2.5% = RM300. Tahun 2007 tak dikenakan zakat sbb nilai terendah pada tahun tersebut adalah RM1k…….

Ada ustaz cakap, waktu yg paling sesuai bayar zakat adalah waktu bulan ramadhan kerana pahalanya berkali2 ganda…..so korang kira haulnya dari ramadhan ke ramadhan ler…….baru ler islamik sikit…..nak bayar zakat tapi guna kalendar agama lain, boleh jugak tapi seeloknya guna lah kalendar islam…..hehhehehe….contoh yg aku bg tadi pun tak guna kalendar islam….Embarassed bukan apa, utk mudah paham….

FREE.....Membina lamanweb dan jana WANG secara ONLINE: www.lamanweb.ws
9 October 2008
9:57 am
fazrol
senior members
Forum Posts: 30
Member Since:
7 October 2008
Offline
FREE.....Membina lamanweb dan jana WANG secara ONLINE: www.lamanweb.ws
9 October 2008
10:01 am
syukor
Admin
Forum Posts: 466
Member Since:
3 May 2008
Offline

fazrol said:

info pasal zakat (umum): http://www.e-zakat.com.my/baru/

info pasal zakat emas: http://www.e-zakat.com.my/baru/k-zakat/emasperak.asp


Terima kasih fazrol,

website nie amat berguna utk maklumat berkenaan zakat, termasuk zakat emas dan perak.

We love gold, but how to make money out of it? let me show u…
4 November 2008
8:43 pm
gldsnpr
Member
Forum Posts: 565
Member Since:
9 October 2008
Offline

fazrol said:

info pasal zakat (umum): http://www.e-zakat.com.my/baru/

info pasal zakat emas: http://www.e-zakat.com.my/baru/k-zakat/emasperak.asp


Wah.. in ikena masukkan dalam link jutawanemas ni, syuk..bagus ni.. senang nak refer.

~Mencari yg hak~
6 November 2008
3:09 pm
rizzmerr
Member
Forum Posts: 634
Member Since:
8 October 2008
Offline

bagus tu……bagus tul kenkawan kat sini…hehhe

18 November 2008
7:11 pm
gldsnpr
Member
Forum Posts: 565
Member Since:
9 October 2008
Offline

rizzmerr said:

bagus tu……bagus tul kenkawan kat sini…hehhe


Admin dah masukkan ke blom?

~Mencari yg hak~
18 December 2008
3:41 pm
dirham2dinar.com
senior members
Forum Posts: 33
Member Since:
13 October 2008
Offline

Zakat Emas dan Perak samada wang atau sebagainya

Rujukan Kitab Sullamul Sibyan karangan Allahyarham Tuan Guru Ayah Chik al Kedahi.

Beliau berumur 120 tahun ketika meninggal pada tahun 2004. Beliau membahaskan kedudukan wang kertas dari segi hukum mengenai zakat emas dan perak. Beliau yang dikurniakan Allah umur yang panjang sempat merasai wang dinar dan dirham ketika kerajaan Uthmaniah masih memerintah dan melihat pada perbahasan ulamak ketika wang kertas diperkenalkan dan masih sempat membahaskannya ketika wang kertas tiada lagi sandaran.

Persoalannya ialah :

1. Adakah zakat emas dan perak boleh dibayar dengan wang kertas ?

2. Adakah wang kertas / simpanan dalam akaun dikenakan zakat ?

Semuanya dibahas oleh beliau dengan panjang lebar…. bersambung

18 December 2008
6:54 pm
hafiz
Moderator
Forum Posts: 105
Member Since:
30 October 2008
Offline

Assalamualaikum, kengkawan..bab zakat emas ni insya Allah hafiz boleh tolong huraikan sikit.

DALAM KES EMAS YG DISIMPAN DAN TIDAK DIPAKAI

Apabila emas berada di dalam simpanan kite bersamaan 85g dan telah berada di dalam simpanananya selama satu tahun, maka telah wajiblah keatasnya menzakatkan emas tersebut.

Adapun nisab emas sebesar 85 gram, dengan haul selama satu tahun dan kadar 2.5%. Artinya bila seorang muslim memiliki emas sebesar setidaknya 85 gram selama satu tahun ia wajib membayar zakat sebesar 2.5% dari jumlah emasnya tersebut.

DAn 2.5% itu hendaklah didarabkan dengan harga yang paling terendah didalam tahun itu.

let say macam gini..

harga terendah dalam tahun itu ialah RM 83.00, dan emas simpanan yang ada ialah 100g..maka yang wajib dizakatkan ialah

2.5% x 100g x RM 83.00 = RM 207.50 sen yang wajib dikeluarkan sebagai zakat. Ingat, pengiraan harga terendah dalam setahun yer…

 Sebagian emas terpakai/barangan kemas yg DIPAKAI

Emas yang dipakai  tidak diwajibkan membayar zakat.

Contoh perhitungan zakatnya sebagai berikut: Seorang wanita mempunyai emas 120 gr, dipakai dalam aktiviti sehari-hari sebanyak 20 gr. Maka zakat emas yang wajib dikeluarkan oleh wanita tersebut adalah 120 gr - 20 gr = 100 gr. Masih sama kadar pengiraan simpanan emas tu..sama seperti di atas iaitu (mengikut harga terendah dalam setahun):

2.5% x 100g x RM 83.00 = RM 207.50 sen yang wajib dikeluarkan sebagai zakat.

Mungkin org bertanya sebab apa emas yag dipakai tidak akan dikenakan zakat? kite semua sedia maklum bahwa emas adalah logam yang akan teroksida walaupun kadar oxidation nya lambat..apabila ia teroxida..maka ia akan susut nilai beratnya..dan secara logic akal..apabila emas susut nilai beratnya..maka akan mendatangkan kerugian pada pemakaiinya..atas sebab itu emas dalam simpanan sahaja dikenakan zakat. wallahu alam..

Semoga mendapat redha Allah semuanya..

I am authorised dealer of Public Fine Gold International Sdn Bhd Please visit my blog http://pampsuisse.blogspot.com for more infomation regarding physical gold
19 December 2008
2:51 pm
dirham2dinar.com
senior members
Forum Posts: 33
Member Since:
13 October 2008
Offline
10

Persoalan 1. Adakah zakat emas dan perak boleh dibayar dengan wang kertas ?

Pertama yang perlu  kita fahami ialah zakat adalah berdasarkan benda, disebut dalam bahasa arab sebagai 'ain, dalam contoh zakat yang dikenakan mengikut mazhab shafie ada 9 'ain sahaja.

1. Binatang ternakan. 2. Emas 3. Perak 4. Galian emas dan perak 5. Rikaz emas dan perak 6. zakat fitrah 7. Biji – bijian yang mengenyangkan 8. Kurma dan anggur dan 9. Benda – benda dibuat perniagaan.

Mengikut mazhab Shafie/Malik/Hanbali , zakat emas dan perak dibayar dalam 'ain tersebut. Maknanya jika cukup nisab 20 dinar/misthqal berat 85 gram emas dan 200 dirham berat 595 gram , 1/40 dari emas da perak tersebut dikenakan zakat. Zakat tersebut hendaklah dibayar dengan emas dan perak juga, BUKAN DINILAI DENGAN WANG KERTAS DAN DIBAYAR DENGAN WANG KERTAS !

SEBABNYA DALAM ISLAM 'DAYN (RESIT YG. MEWAKILI EMAS) TIDAK BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MEMBAYAR ZAKAT KERANA 'AIN NYA ADALAH KERTAS DAN KERTAS TIDAK DIKENAKAN ZAKAT !

Forum Timezone: Etc/GMT-8

Most Users Ever Online: 64

Currently Online: molaholl
21 Guest(s)

Currently Browsing this Page:
1 Guest(s)

Top Posters:

aneopedr: 12419

aldwashmanregin: 11366

ckiesondi: 11347

molaholl: 9445

dealex: 8853

rizzmerr: 634

Member Stats:

There have been 29 guest posters

There are 7504 members

There are 5 moderators

There are 1 admins

Forum Stats:

Groups: 4

Forums: 19

Topics: 1349

Posts: 61322

Newest Members: IrfanKelantan, sharudinmusa, suriani76, zuraEmas, domovenokedic, hamnif

Moderators: syukor (466), shufaad (0), cikjune (40), hafiz (105), syukor (0)

Administrators: syukor (466)