Forum
Topic RSS
3:36 pm
13 October 2008
OfflineZakat 'ain tersebut dibayar dengan 'ain tersebut. Cthnya : Ternakan dengan ternakan, kurma dibayar dengan kurma, anggur dengan anggur jadi emas dibayar dengan emas juga.
Zakat tidak boleh dibayar dengan menggunakan hutang atau surat janji pembayaran.
Zakat hanya dapat dibayarkan dengan menggunakan barang yang memiliki nilai yang nyata, yang dalam bahasa Arab disebut sebagai ‘Ayn. Zakat tidak dapat dibayarkan dengan menggunakan janji pembayaran atau hutang, yang dalam bahasa Arab disebut sebagai Dayn.
Sejak awal zakat dibayar dengan menggunakan Dinar dan Dirham. Sebuah bukti nyata bahwa pada sepanjang masa pemerintahan Othmaniah hingga jatuhnya Khalifah, zakat tidak pernah diperkenankan dibayarkan dengan menggunakan wang kertas.
4:23 pm
13 October 2008
Offline2. Adakah wang kertas/simpanan dikenakan zakat ?
Mengikut mazhab syafie hanya 9 pekara yang disebut diatas dikenakan zakat, yang lain tidak.
Allah s.w.t menyebut secara khusus tentang zakat emas dan perak dalam Al Quran. Sebagaimana firmannya yang bermaksud ” Dan orang yang menyembunyikan akan emas dan perak, dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah (yakni tidak mengeluarkan zakat emas dan perak) khabarkanlah kepada mereka akan azab yang pedih “.
Imam Shafie berkata didalam kitab Ar Risalahnya ” Tiada harus bahawa diqias dengan emas dan perak atas lain dari keduanya pada wajib zakat “.
Oleh itu tidak wajib zakat duit tembaga dan duit kertas kerana bukan keduanya emas dan perak dan buka binatang ternak, buah dan bijian melainkan jika dibuat berniaga.
Adalah satu kesilapan untuk ulamak moden mengatakan bahawa wang kertas dikenakan zakat seperti yang dikatakan Syeikh Abd Rahman al Jazairi ( Ulamak Arab Saudi) dalam kitabnya Feqah atas 4 mazhab sepertikatanya pada m/s 605 :
“ dan kerana inilah ijma' ahli
5:01 pm
13 October 2008
Offline5:26 pm
13 October 2008
OfflineKita lihat bagimana ulamak dahulu membincangkan masalah zakat wang kertas bila Sultan Kerajaan othmaniah memperkenalkan wang kertas, ketika itu dinar dan dirham masih berada dalam pengedaran.
Dari Kitab Sullamul Sibayan :
" Bermula yang sebenarnya ada tersebut didalam Kitab Shamsul Asyraq karangan al Alim al alamah Syaikh Ali Maliki pada m/s 60 kitabnya : dan demikian lagi bersangatan alim as syaikh Muhammad Illish tatkala ditanya akan dia daripada kertas yang ada padanya chop Sultan bermuamalah dengan dia, berjual beli dengan dia semacam dirham dan dinar, adakah diberi zakatnya sebagai zakat 'ain atau zakat mata benda perniagaan atau tiada wajib zakat padanya ?
Menjawab ia dalam Kitab fatwanya Fathul 'alal Malik : Berpegang bagi riwayat yang kedua yang muktamad pada mazhab Maliki ia jawab dengan nasnya TIADA WAJIB ZAKAT PADANYA YAKNI TIADA WAJIB ZAKAT PADA WANG KERTAS .
3:13 pm
13 October 2008
OfflineSambungan " Adapun pada Mazhab Shafie maka tiada wajib zakat wang kertas samada disimpan dirumahnya atau di Tabung Haji atau di Bank atau diberi orang berhutang, tiada wajib zakatnya melainkan jika dimilik wang kertas itu dengan niat tatkala dimillik itu hendak berniaga dengan dia. Maka apabila sampai harganya dua ratus dirham dan duabelas bulan arabiyah maka ketika itu dikeluarkan zakatnya, zakat pernagaan dan bukan zakat 'ain wang kertas iaitu rubu' 'asyar: 1/40.
Dan berkata al 'alamah Syaikh Ahmad Khatib iaitu didalam Kitabnya mazhab Shafie pada m/s 46 : " Bahkan jika berkehendak oleh seseorang mengeluarkan zakat daripadanya wang kertas nescaya tiada sah ia dan lagi haram mengeluarkan zakat wang kertas kerana padanya yakni pada mengeluarkan zakat wang kertas jadi mengerjakan ibadat yang fasidah, ibadat yang tidak terpakai, sia – sia dan lagi buat zalim akan tuan – tuan harta dengan diperwajibkan barang yang tiada wajib atas mereka itu dan memakan harta manusia dengan jalan yang bathil. Makan dengan jalan yang haram. Maka jikalau begitu tiada beri zakat wang kertas itu boleh pahala kerana jika meninggalkan barang yang haram dengan niat ikut perintah syara' itu boleh pahala. "
4:14 pm
13 October 2008
OfflineZakat dibayar dari zaman Rasullulah hingga jatuhnya Khalifah Othmaniah menggunakan dinar dan dirham. Selepas jatuhnya khalifah, dinar dan dirham juga hilang. Muncul wang kertas dan muncul Bank. Umat Islam diikat dengan ilmu ekonomi barat. Mereka tak kenal wang mereka. Zakat pun dilihat atas ilmu ekonomi barat. Saya tak hairan orang mengatakan mengatakan bayar zakat dengan emas adalah orthodok. Tetapi itulah hakikatnya umat Islam dijajah pemikiran dan ilmu muamalat sudah hilang dan feqah zakat sudah celaru pada abad ini. Tiada hairan Palestin diratah oleh zionis Israel, kerana umat Islam khususnya Arab dibelenggu penjara pergantungan ekonomi kepada Amerika Syarikat. Kita diikat dengan wang kertas dan kita tidak mampu keluar darinya !
dirham2dinar.com said:
Zakat dibayar dari zaman Rasullulah hingga jatuhnya Khalifah Othmaniah menggunakan dinar dan dirham. Selepas jatuhnya khalifah, dinar dan dirham juga hilang. Muncul wang kertas dan muncul Bank. Umat Islam diikat dengan ilmu ekonomi barat. Mereka tak kenal wang mereka. Zakat pun dilihat atas ilmu ekonomi barat. Saya tak hairan orang mengatakan mengatakan bayar zakat dengan emas adalah orthodok. Tetapi itulah hakikatnya umat Islam dijajah pemikiran dan ilmu muamalat sudah hilang dan feqah zakat sudah celaru pada abad ini. Tiada hairan Palestin diratah oleh zionis Israel, kerana umat Islam khususnya Arab dibelenggu penjara pergantungan ekonomi kepada Amerika Syarikat. Kita diikat dengan wang kertas dan kita tidak mampu keluar darinya !
salam,
Ustaz Rafidi. Ustaz tahu tak samada rasulullah semasa hayat baginda menggunakan dinar (916) ataupun emas 999?
saya tengah buat research nie…
6:29 pm
13 October 2008
OfflineKarat / Carat berasal daripada bahasa arab qirat . dinar adalah ukuran berat 1 mithqal. Telah ditetapkan bahawa 10 dinar = 7 dirham dari segi berat. Maknanya 1 dinar = 4.25 gram dan dirham = 2.975 gram. Qirat dalam Islam adalah ukuran nisbah dirham perak yang terdapat dalam dinar.
Ia dikira dalam nisbah 1/24 , dinar adalah 22 qirat. maknanya dalam emas 22/24 atau 22K atau emas 916 ikut bahasa moden sekarang.
Rujuk Al Maqrizi : Al ighatah yang membincangkan kesan fulus yang banyak keatas ekonomi kerajaan Mamluk di Mesir.
Most Users Ever Online: 64
Currently Online:
33 Guest(s)
Currently Browsing this Page:
1 Guest(s)
Top Posters:
aneopedr: 12419
aldwashmanregin: 11366
ckiesondi: 11347
molaholl: 9445
dealex: 8853
rizzmerr: 634
Member Stats:
There have been 29 guest posters
There are 7504 members
There are 5 moderators
There are 1 admins
Forum Stats:
Groups: 4
Forums: 19
Topics: 1349
Posts: 61322
Newest Members: IrfanKelantan, sharudinmusa, suriani76, zuraEmas, domovenokedic, hamnif
Moderators: syukor (466), shufaad (0), cikjune (40), hafiz (105), syukor (0)
Administrators: syukor (466)

Log In
Register
Home


