Inginkan ilmu pelaburan emas dengan pantas tanpa perlu membaca semua artikel di blog ini? Dapatkan ebook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas (klik sini)
 
Ebook

Forum

Please consider registering
guest

Log In Register

Register | Lost password?
Advanced Search:

— Forum Scope —



— Match —



— Forum Options —




Wildcard usage:
*  matches any number of characters    %  matches exactly one character

Minimum search word length is 4 characters - maximum search word length is 84 characters

Topic RSS
Pengeluaran Zakat Emas Untuk Pembangunan Ummah
16 September 2009
11:49 pm
norash75 norash75
Ahli baru
Forum Posts: 2
Member Since:
7 September 2009
Offline

Asslammualaikum Sifu Syukor,

Saya dah baca e-book keluaran terkini.

Saya sarankan untuk keluaran yang akan datang agar Sifu dapat masukkan juga peringatan kepada semua pemilik-pemilik emas Team Rahsia Emas agar tidak lupa mengeluarkan zakat emas sepertimana yang telah difardhukan dalam rukun Islam.

Dengan meggunakan konsep dakwah ini mudah-mudahan semua usahawan-usahawan emas yang beragama Islam tidak lalai dari membersihkan rezeki yang diperolehi dari hasil pelaburan emas untuk sama-sama mendapat manfaat dan terus berjaya didalam meningkatkan ekonomi dan perpaduan masyarakat Islam Malaysia.

Terima Kasih

Wassalam

Sham/Kedah

17 September 2009
7:57 pm
syukor
Admin
Forum Posts: 466
Member Since:
3 May 2008
Offline

norash75 norash75 said:

Asslammualaikum Sifu Syukor,

Saya dah baca e-book keluaran terkini.

Saya sarankan untuk keluaran yang akan datang agar Sifu dapat masukkan juga peringatan kepada semua pemilik-pemilik emas Team Rahsia Emas agar tidak lupa mengeluarkan zakat emas sepertimana yang telah difardhukan dalam rukun Islam.

Dengan meggunakan konsep dakwah ini mudah-mudahan semua usahawan-usahawan emas yang beragama Islam tidak lalai dari membersihkan rezeki yang diperolehi dari hasil pelaburan emas untuk sama-sama mendapat manfaat dan terus berjaya didalam meningkatkan ekonomi dan perpaduan masyarakat Islam Malaysia.

Terima Kasih

Wassalam

Sham/Kedah


cadangan yang sangat baik. insyaallah saya akan muatkan dalam update ebook ini.

We love gold, but how to make money out of it? let me show u…
17 September 2009
10:39 pm
jibrail_85
Ahli baru
Forum Posts: 2
Member Since:
26 August 2009
Offline

Emas adalah jenis-jenis logam yang diwajibkan zakat. Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:

“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu”.

At- Taubah; ayat 34-35

Zakat emas dikira dalam dua keadaan.

1. Emas yang tidak dipakai (disimpan)

Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.

Contoh:

2.5% x nilai emas yang disimpan (jika melebihi nisab)
Contoh : RM6,000 x 2.5%
Jumlah zakat    = RM 150

2. Emas yang dipakai

Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ianya melebihi ‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar uruf adalah 150 gram emas.

Contoh:

Berat Emas yang dipakai = 250 gram
Uruf Emas = 150g ram

Berat Emas yang layak dizakat = 250 gram – 150 gram = 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
= 2.5% x (100 gram x RM 77.16)
= RM 192.9

rujukan: pusat pungutan zakat

Forum Timezone: Etc/GMT-8

Most Users Ever Online: 64

Currently Online:
28 Guest(s)

Currently Browsing this Page:
1 Guest(s)

Top Posters:

aneopedr: 12419

aldwashmanregin: 11366

ckiesondi: 11347

molaholl: 9445

dealex: 8853

rizzmerr: 634

Member Stats:

There have been 29 guest posters

There are 7506 members

There are 5 moderators

There are 1 admins

Forum Stats:

Groups: 4

Forums: 19

Topics: 1349

Posts: 61322

Newest Members: semi, 8453755mie87, IrfanKelantan, sharudinmusa, suriani76, zuraEmas

Moderators: syukor (466), shufaad (0), cikjune (40), hafiz (105), syukor (0)

Administrators: syukor (466)