Salam En. Syukor,
Saya ade beberapa soalan yang hendak dimajukan kepada En. Syukor. Soalan adalah berdasarkan e-book En. Syukor yang telah saya baca beberapa kali.
Harap En. Syukor tak keberatan untuk memperjelaskannya
Saya ingin bertanya tentang teknik pajak emas dan beli emas fizikal kemudian pajak, kemudia beli emas lagi. Berdasarkan langkah yang En. Syukor terangkan dalam buku, terdapat beberapa soalan saya nak tanya
Step 1
Ketika harga emas rendah, pajak kat Ar-Rahnu dan akan dapat 65% daripada nilai emas semasa.
Soalan: Macam mana kita nak tau ketika itu harga emas sudah rendah?
Soalan: Kalau based on harga semasa, berapa banyak penurunan harga, baru kita disarankan untuk pajak emas dan beli emas lagik?
Step 2
Beli lagi emas fizikal dengan duit yang diperolehi daripada hasil pajakkan tadi
Soalan: :D takde soalan kat sini
Step 3
Pajak semua emas yang dibeli dalam step 2 tu.
Soalan: Bila kita kena pajak semula emas yang baru kita beli nie? Waktu harga turun lagik ke atau bila dapat je emas tu terus je gie pajak
Step 4
Beli lagi emas fizikal. Boleh ulang2 proses nie kalau modal besar
Soalan: Berapa modal yang dikatakan besar? RM5K dah kira besar ke? atau RM30K atau RM100K? Boleh tak bagi anggaran En. Syukor
Soalan: Adakah kita guna semua modal kita untuk beli emas atau sebahagian je. Kalau semua, agak macam mana nak cover upah simpan. Boleh cover ke..?? Sorry la En. Syukor keyakinan dalam diri tak kuat lagik nie… :D
Step 5
Bila harga emas naik, jual emas fizikal pada harga tinggi
Soalan: Berapa anggaran harga kalau nak jual balik?
Soalan tambahan
1. Berkaitan dengan sales untuk emas. Boleh tak En. Syukor share bagaimana saya boleh membuat sales emas nie kepada orang ramai. Bagaimana nak promote dsb. Mintak kalau boleh En. Syukor boleh share sekali dengan saya.
2. Adakah Assay Office Penang S/B dan Public Gold satu syarikat yang berkait? Macam anak syarikat ke..?
3. Mengapa sijil emas amat penting untuk emas pelaburan, sedangkan barang kemas tak perlukan sijil pun? Kalau penting kenapa untuk produk PG Dinar, tidak terdapat no. siri pada emasnya seperti yang terdapat pada PG Goldbar. Apa motif penggunaan sijil untuk PG Dinar?
4. Apa pentingnya Assayer. Kalau ikutkan gambar sijil yang disertakan di dalam e-book, pengamatan saya, ada sijil yang hanya ditandatangani oleh "PG Mint S/B Chairman" dan ada yang ditandatangani oleh Assayer "Assay Office Penang S/B". Adakah penilaian purity emas oleh assayer nie diambil kira kalau kita cuba nak pajak gold di luar negara?
5. Jika kita keluar negara, boleh ke kita pajak emas kita tanpa menyertakan sijil.
Itu sahaja soalan yang saya nak tanya. Harap En. Syukor dapat membantu menyelesaikan permasalahan yang saya hadapi ini.
Terima kasih.
Wassalam
P.S.
1. Saya ade e-mel pertanyaan2 ini melalui emel add yang terdapat dalam e-book. Kalau ade part yang En. Syukor rasa baik dijelaskan melalui emel, harap En. Syukor boleh reply kepada emel saya saja.
2. Kalau ade otai2 yang boleh tolong jawabkan pun okey gak…