Forum
Topic RSS
Resepi Membuat Emas
Aku memang tak percaya sama sekali apabila ada orang mengatakan dia boleh membuat emas. Lelaki itu sanggup membuktikan kata-katanya itu benar dengan mengajak aku mengikutnya membuat emas. Menurut Idris untuk menyediakan bahan-bahan "membuat emas" memang payah kerana bahan perlu dicari dan syarat harus dipatuhi sepenuhnya baru berjaya.
Setelah berbulan mengumpulkan 'kayu leban' dari hutan, kayu-kayu itu dikumpulkan di kawasan yang telah ditetapkan. Memang susah untuk mengumpulkan kayu yang semakin pupus itu kerana hanya 'kayu lepan' sahaja bahan utama yang boleh digunakan.
Kedua, "Jerangau Merah" pun sukar dicari, kerana terdapat sedikit sahaja di sekitar sama ada di Semenanjung, Sabah ataupun di Sarawak.
Ketiga "Tembaga Merah" perlu dikumpulkan seberapa banyak yang boleh kerana apabila proses ianya akan lebur dan hasil yang akan terlebur itu tentulah memerlukan kuantiti yang banyak. Bahkan tembaga merah ini juga sukar untuk dicariwalau tidaklah sesukar bahan yang lain.
Setelah kesemua bahan-bahan itu lengkap dan memenuhi kuantiti yang diperlukan maka waktu untuk memprosesnya perlu ditetapkan mengikut masa yang sesuai.
Menurut Idris, perkara keempat ialah, kita perlu mengorbankan seekor anak lembu jantan dan jika tidak ada, boleh digantikan dengan lenbu jantan yang kakinya pendek, benyek hidungnya serta tajam telinganya. Kemudian lembu itu disembelih serta dibelah perutnya.
Tembaga merah yang sudah dipotong kecil dimasukkan ke dalam perut lembu yang tidak dibuang kemudian dijahit semula. Selepas dijahit anak lemu itu akan dipanggang di atas kayu leban yang sederhana apinya selama 12 jam.
Bayangkanlah, kayu leban adalah kayu yang mudah terbakar dan terpaksa digunakan selama 12 jam pula. Dari pengalaman Idris 12 jam pembakaran memerlukan kayu leban sebanyak dua lori pike-up.
Apabila ditanya, adakah apa-apa perkara yang mengganggu sewaktu proses itu dijalankan, sambil tersenyum sinis Idris berkata, "sebagaimana kita tahu, syaitan itu musuh kita yang nyata maka jika sesuatu perkara itu berkaitan dengan ilmu, perkara itu tidak dapat dielakkan. Kerana itu kawasan projek perlu dipagar dan dikunci terlebih dahulu supaya tidak diganggu bagi menentukan kerja membuat emas itu tidak sia-sia." Jelas Idris.
Selepas menunggu hampir 12 jam bahan yang dibakar bersama lembu itu menjadi sebati, darah, perut, lemak dan sisa-sisa makanan akan berbaur dengan tembaga merah yang sudah mencair. Ketika itu juga kita dapat melihat api yang membakar lemak itu mengeluarkan cahaya emas berbanding dengan api yang lain, bahkan kilauan itu sudah cukup membuatkan sesiapa memandang akan terpegun, waktu itu perasaan tamak haloba mulai timbul, terfikir akan kekayaan yang melimpah ruah.
Genap 12 jam proses pembakaran, daging, tulang, lemak dan kesemua bahan sudah hancur itu diangkat dan tembaga lebur itu mestilah diasingkan sewaktu masih panas. Ketika air rebusan jeranggau merh sudah dididihkan, kesemua leburan itu dimasukkan dan direbus bersama mengikut masa yang ditetapkan.
Selepas disejukkan, bahan-bahan itu boleh diasingkan, ketulan-ketulan emas yang kecil akan kita perolehi. Setelah dikumpulkan maka bolehlah emas itu dibawa ke mana-mana untuk ditempah menjadi barang perhiasan seperti gelang, rantai dan sebagainya.
Aku sukar untuk mempercayainya, tetapi bagi Idris, perkara itu bukanlah perkara ajaib atau perlu dipertikaikan kerana menurutnya, jika kita membaca Al-Quran terdapat beberapa ayat yang membolehkan kita memproses emas malahan kisah lembu Samiri juga sebenarnya mengandungi unsur mistik memproses emas.
Ditanya adakah cara lain untuk memproses emas. Menurut Idris lagi, "kunyit" juga boleh dijadikan emas jika kita mengetahui caranya yang memakan masa yang sangat panjang. Namun begitu Idris tidaklah berhasrat untuk menggunakan ilmu dan pengetahuan yang dimilikinya untuk mencari kekayaan semata-mata. Dia berbuat demikian adalah untuk membuktikan bahawa ilmu Allah itu sangat luas dan banyak rahsia yang terkandung di dalam Al-Quran yang masih belum tergali oleh umat Islam.
Buat masa ini, Idris menetap di Negeri Sembilan. Apabila ditanya apakah dia selalu melakukan proses membuat emas. Dengan tersenyum dia menjawab, "Banyak kedai emas yang menggunakan khidmatnya tetapi memandangkan kesukaran mendapatkan bahan-bahan maka proses itu jarang dilakukan".
Kesimpulannya emas bukan sahaja boleh digali dalam perut Bumi malah ianya boleh diproses melalui bahan dan kaedah tertentu
kalau di fikirkan macam ada kaitan dgn kisah Qarun dan harta kerajaan Nabi Sulaiman. Kisah Qarun yg di kurniakan Allah harta kekayaan yg melimpah ruah dan tiada manusia yg mampu meyamai kekayaan Qarun sebelum dan sesudah hidupnya (kecuali nabi Sulaiman), takkan di lombongnya pulak emas2 di kawasan arab sana, mana dapat teknologi utk melombong emas sebanyak itu, penah dengar citer ker tanah arab ni dulunya penuh dengan emas nih? Kalau betul tanah arab kaya dengan emas, kenapa Qarun ni seorang sahaja yang kaya-raya masa tu? pastinya Qarun di kurniakan "ilmu" untuk "membuat" emas yg luar biasa banyaknya, berkat doa Nabi Musa (dengan izin Allah) atas permintaan Qarun sendiri pada mulanya, sebelum Qarun mengkhianati Nabi Musa dan menderhaka perintah Allah untuk mengeluarkan zakat…
Kisah lombong emas kerajaan Nabi Sulaiman yg menjadi lagenda, kononnya Gunung Ophir (Gunung Ledang) menjadi port baginda utk mengambil harta2 satu masa dahulu, macam ada kaitan dgn teori membuat emas menggunakan pokok2 tropika didalam thread ni – kayu lepan, jerangau merah, tembaga merah, etc.. teknik ni dikatakan sudah pupus, kini tiada siapa pun yg tahu tekniknya untuk mengeluarkan emas dari gunung Ophir..
lagi satu macam ada kaitan dengan statement Claudius Ptolemy (Greek-speaking geographer, astronomer, and astrologer) yg mengatakan lebih kurang 2000 tahun dahulu, during the Roman time, the Malay Peninsula a.k.a Golden Chersonese, developed an international reputation as a source of gold, hence the name was given. Aku baru tahu tanah melayu ni penuh dengan emas dulu, selama ni kita tahu negara ni penuh dgn hutan jer.. sekali lagi nampak macam ada kaitan antara teknik yg ada dalam thread ni dengan statement ptolemy ni..
so mari la mengkaji.. asyik mat salleh n yahudi jer yg rajin mengkaji.. sampai bila muslim (melayu terutamanya) asyik jadi pengikut dan malas berfikir.. kalo fikir pun, majoriti akan berfikir benda2 remeh berkaitan kerja, hal2 duniawi dan sibuk mengumpulkan harta dan DUIT kertas ciptaan yahudi.. cuba la fikir rahsia2 alam n kaji apa ilmu yg ada dalam Al-Quran tu dan secara tak langsung, kita akan berfikir dan mengkaji kebesaranNya… wallahualam…
.sesungguhnya bagi manusia emas adalah suatu yg bernilai, tetapi tidakkah kamu tahu ada yg lagi bernilai dari emas ini…
sesungguhnya ianya ilmu…
ilmu juga dapat menjadikan emas…
emas dalam erti sains adalah bahan bumi dan ada rembesan dari fosil terdahulu…
ilmu alkimia dapat melaksakan 'hukum' ini jika ada campuran tertentu. dunia di cipta dari campuran alkimia dan alkimia jika dapat di 'satu' kan maka berhasilkan 'sesuatu'
sama halnya dengan emas..jika kena bahan dan 'hukum'nya, maka 'emas' dapat di hasilkan…dunia modern dah banyak melupakan hal ini kerana jika tidak dapat 'melihat' bukti didepan mata, maka tiada bagi mereka…mereka mahu bukti baru percaya…itulah sikap manusia…
maka ketahuilah ada di kalangan kita yg masih berpegang pada hukum alam dan alkimia ini..
jikalau tidak, masakan pada masa hadapan tiada manusia yg berkehendakan harta..kerana mereka juga mampu 'mencipta'…
tetapi penciptaan sebenarnya adalah pada yg HAQ juga
Alchemist's Formula for making Gold
This formula came from Cynthia Schneider Drayer PhilipSchneider's ex-wife. I Mark Allen Pitt make no claims as to thisformula actually working or not since I have not made any Gold usingthis formula. Please make all inquires to Cynthia as to the formula'svalidity.
Her email address is as follows Click here to email Cynthia Schneider Drayer
Wear rubber gloves and Gas Mask when working with this Formula to protect yourself from Mercury Poisoning.
1/4 OZ Silver Shavings 99.9% pure.
3 OZ Sulfur Powder Pharmaceutical grade.
10 OZ Cinnabar (also known as a mineral, Mercuric Sulfide, Hgs) – powder it, or 1 OZ Mercury with no traces of Gold .
1 Quartz Geode.
4 12 Volt Car Batteries.
2 Lead Copper Electrodes.
Place all shavings and powder into Quartz Geode.
Connect Car Batteries to equal 48 Volts at 3 Amps per minute.
Place Leads into powder in Quartz Geode wait 25 minutes.
Produces 1.75 OZ of Gold.
Don't get greedy, do this exactly as stated above, larger amounts at one time will produce Radioactive Gold.You can repeat the procedure to make more Gold.
Most Users Ever Online: 64
Currently Online: ckiesondi
30 Guest(s)
Currently Browsing this Page:
1 Guest(s)
Top Posters:
aneopedr: 12419
aldwashmanregin: 11366
ckiesondi: 11347
molaholl: 9445
dealex: 8853
rizzmerr: 634
Member Stats:
There have been 29 guest posters
There are 7506 members
There are 5 moderators
There are 1 admins
Forum Stats:
Groups: 4
Forums: 19
Topics: 1349
Posts: 61322
Newest Members: semi, 8453755mie87, IrfanKelantan, sharudinmusa, suriani76, zuraEmas
Moderators: syukor (466), shufaad (0), cikjune (40), hafiz (105), syukor (0)
Administrators: syukor (466)

Log In
Register
Home
Offline

