Buku-buku menarik tentang pelaburan emas
Nota ringkas:
Saya telah letakkan chatbox (sembang-sembang emas) kat blog nie.
Anda boleh berinteraksi dengan saya ataupun pengunjung lain
mengenai pelaburan emas. Jom kita sembang-sembang.
Salam sejahtera kepada semua pembaca.
Sekarang saya sedang tumpukan perhatian saya membaca 3 buah buku mengenai pelaburan emas. Ini kerana salah satu cara terpantas untuk anda memperolehi ilmu ialah dengan membaca buku betul tak? Lepas dah dapat ilmu nie, saya akan kongsikan dengan anda dalam blog nie.
Walaupun saya surf internet untuk mendapatkan maklumat, tapi membaca buku nie lebih fleksibel.
Memandangkan bagusnya info-info yang terdapat di dalam buku-buku ini, maka saya ingin cadangkan kepada anda supaya mendapatkannya. Lepas baca, gerenti bertambah ilmu anda. Anda boleh menjadi pelabur yang berilmu dan sofistikated.
Anda akan dapati pelaburan di dalam emas bukan sekadar membeli dan menyimpan, tetapi boleh sampai tahap anda melabur menggunakan ‘option’; salah satu cara mudah mendapatkan kekayaan dalam pelaburan emas
Untuk pengetahuan anda, tak banyak buku-buku berkenaan pelaburan emas di kedai-kedai buku di Malaysia. Jadi, jalan terbaik ialah mendapatkan buku-buku ini melalui internet. Biasanya saya akan beli daripada www.amazon.com . Ini kerana terdapat banyak tajuk buku mengenai pelaburan emas disana.
Walaupun ada maklumat tentang pelaburan emas boleh anda perolehi daripada internet, namun jika anda serius untuk memahami subjek ini, maka saya cadangkan agar anda beli buku. Ini kerana sesebuah buku pelaburan emas ditulis oleh orang yang pakar di dalam bidang ini. Buku juga mudah dibawa kesana ke sini. Kalau free, boleh baca sambil sambil minum kopi
Antara buku yang saya dah beli dan baca ialah:
1. The ABCs of Gold Investing: How to Protect and Build Your Wealth with Gold oleh Michael J. Kosares. (harga kat amazon.com USD10.17 kos pos dari US pula USD10)
Isi kandungan buku ini (sila klik untuk besarkan) Muka 1 Muka 2 Muka 3Buku ini menarik untuk dibaca terutama bagi mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan emas. Untuk membelinya anda perlukan kad kredit. Lepas order, biasanya buku ini akan sampai kepada anda dalam tempoh 2 minggu. Kalau nak tahu packaging amazon.com, tengok gambar dibawah.
Untuk pengetahuan anda saya memang selalu membeli buku dari www.amazon.com . Sebabnya ialah amazon.com mempunyai banyak koleksi buku. Nak cari tajuk pun pun senang. Pakai function search ajer..
Memang mudah dan tiada masalah. Recommended!
2. Precious Metals Investing For Dummies by Paul Mladjenovic. Harga kat MPH RM83.80
Isi kandungan buku ini (sila klik untuk besarkan)

muka 1 muka 2 muka 3 muka 4 muka 5

muka 6 muka 7 muka 8 muka 9 muka 10
Buku nie memang best. Saya beli pun kat Malaysia. Kedai buku MPH Mahkota Parade, Melaka. Paul Mladjenovic merupakan seorang perunding kewangan dan konsultan pelaburan. Gaya penulisan yang bersahaja, kelakar dan menyelitkan cerita sebenar klien beliau membuatkan buku ini menarik. Isi kandungan pula merangkumi kaedah pelaburan di dalam logam berharga, bukan sekadar emas dan perak.
Melalui buku ini, anda akan dapati banyak cara melabur dalam emas. Antaranya ialah menggunakan ‘option’. ‘Option’ nie saya tengah study lagi.
Memandangkan saya tak khatam lagi buku nie, maka tak dapat berkongsi banyak kat sini. Apa pun saya cadangkan anda beli buku ini sekiranya anda serius untuk membuat pelaburan emas atau sekadar nak tahu cerita pasal emas.
3. Buku ketiga, Buy Gold Now: How a Real Estate Bust, our Bulging National Debt, and the Languishing Dollar Will Push Gold to Record Highs by S. McGuire
Isi kandungan buku ini (sila klik untuk besarkan)

Muka 1 Muka 2
Yang nie saya tak recommend sangat. Tapi kalau anda suka membaca, boleh beli buku nie.
By the way, harga emas turun banyak bulan nie (turun 20% daripada harga tertinggi 1000USD/Oz) … dan sekarang nie nampaknya harga emas dah start naik. Masa terbaik untuk anda membeli emas
Jika ada soalan, boleh letakkan kat bahagian komen atau sembang-sembang emas.








Blog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat dan selamat.






![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/images/quotes_special.gif)

15 Responses to “Buku-buku menarik tentang pelaburan emas”
By pjaya on Aug 21, 2008 | Reply
Salam,
Boleh tak bagi brief summary pasal buku yang dah dibaca tu : The ABC of Gold Investing berbanding Precious Metals Investing for Dummies…yang mana lebih interaktif atau yang lebih “relax” bila membaca..
reply: Ok, saya dah update posting nie. Dah letakkan isi kandungan buku. Sila klik untuk besarkan
By dynn on Oct 14, 2008 | Reply
saya akan cari buku The ABC’s of Gold Investing tuh
reply: Beli kat amazon.com
By dynn on Oct 15, 2008 | Reply
kat malaysia ni tak de ke..cam kat kinokinuya ke
reply: Tak sure plak.. kinokuniya pun saya tak pernah masuk lagi
By pjaya8959 on Oct 15, 2008 | Reply
dynn,
En Syukur pernah recommendkan saya satu buku yang dikarang oleh RichDad advisor, buku ni baru terbit bulan Ogos, 2008, tajuk dia:
“Rich Dad’s Advisors: Guide to Investing In Gold and Silver”.
Ada jual kat MPH, hari tu tgk kat MPH Alamanda ada dlm 10 biji lagi display, dalam RM68++
By dynn on Oct 15, 2008 | Reply
ok..nanti aku cari la buku rich dad tuh.
By azanee on Oct 21, 2008 | Reply
salam, kat sini saya upload kan buku Precious Metals Investing For Dummies, sesiapa nak boleh le donlot dari link ni dibawah, harap dapat membantu rakan-rakan dlm pencarian.
http://rapidshare.de/files/40724924/metal_9780470130872.zip.html
By dynn on Oct 21, 2008 | Reply
terima kasih..saya dah download.
By shafie on Nov 11, 2008 | Reply
cadangan kat moderator adakan satu kolum tentang prediction bila masa sesuai nak beli emas by day or week or month..
By boy on Nov 14, 2008 | Reply
http://www.dailywealth.com/archive/2008/nov/2008_nov_14.asp
By azanee on Nov 17, 2008 | Reply
link Rapidshare tuh masih lagi aktif, sapa2 nak donlot, silakan, sebab tempoh diberi percuma oleh Rapidshare dalam sebulan saja.
Buku yang diupload ialah Precious Metals Investing For Dummies
By cGIera on Mar 5, 2009 | Reply
Aslkm. Admin Syukor, dlm post tdhulu u ada bgtau psl lggan buku kat amazon..leh x bgtau step2 nak activate…bab lggan kut ntrnet ni krg arif ckit…coz eng not really efficient…leh tlg x…pleezzz
By haris4949 on Mar 20, 2009 | Reply
huhuhu…xpndai bhasa mat saleh…
By pjaya8959 on Mar 20, 2009 | Reply
azanee, any chance to upload again?, just read your note la..
By wanzi on Aug 15, 2009 | Reply
Assalamualaikum.
Maaf. Saya ingin tanya, sebab saya berminat beli buku melalui Amazon.com.
1. Bagaimana cara nak buat bayaran setelah membeli buku gold dari Amazon.com?
2. Adakah bayaran dibuat terus dari akaun kad kredit kita setelah membuat pesanan?
terima kasih
reply: Haah.. kena pakai kad kredit. Nanti akan masuk dalam statement kad kredit kita. mudah ajer. dalam 2 minggu ajer dah boleh dapat buku tu.
By mdshany mdshany on Sep 9, 2009 | Reply
salam..kalo omputeh ni , kwn x pndai sgt, tgk gambar boleh la..huhu