Ebook

Pengiraan Harga Emas Part 2 : cara termudah

Ditulis pada 15 September 2008 – 7:52 am | by syukor |


Salam sejahtera kepada semua pembaca.

Sekarang saya ingin berkongsi cara termudah mengira harga emas pasaran dunia. Anda boleh menggunakan harga ini sebagai perbandingan dengan harga emas yang dijual di Malaysia.

Saya pernah menulis artikel ini pada bulan 6 yang lalu.
Anda boleh refer kat sini. 

Tapi ada pembaca yang masih memerlukan panduan yang lebih lengkap, so ini adalah artikel part 2 :) – Pengiraan harga emas cara termudah.

Dengan ilmu ini anda akan membuat perbandingan harga emas yang dijual oleh bank, kedai emas, Etika Emas, Kedai Emas Poh Kong, Habib Jewel dan sebagainya dengan harga emas dunia.

Pertama sekali anda perlu tahu yang harga harian emas dunia ditetapkan di pasaran emas London. Jadi harga ini akan digunapakai oleh pasaran emas dunia yang lain Seperti New York, Swiss dan Hong Kong.

Daripada harga ini.. maka perdagangan emas dijalankan. Permintaan dan penawaran emas akan menyebabkan berlaku turun naik harga seperti yang dapat dilihat di www.kitco.com

Bagaimana mengira harga emas dunia?

First sekali anda boleh lihat harga emas pasaran London dengan melawati laman web London Bullion Market Association (klik).

So, anda dapat lihat rate harga emas harian untuk pasaran London kat bahagian current statistic:

 Sebelum tu, anda kena tahu beberapa fakta:

1. Harga emas ditetapkan sebanyak 2 kali sehari (AM fixed dan PM fixed)
2. Harga yang dipaparkan adalah untuk 1 Troy Ounce emas (bersamaan 31.10 gram)
3. harga rujukan yang digunakan ialah PM fixed  (bulatan merah)
4. Waktu London dan Malaysia berbeza 7 jam 
    (Malaysia pukul 8 malam – London baru pukul 1 tengahari)

Untuk contoh pengiraan, saya akan gunakan harga USD (refer gambar di atas).

Tarikh: Jumaat 12/9/2008 – London time

Harga ditetapkan ialah USD750.25/ Troy Oz
Jadi untuk tukar kepada harga segram maka:

USD750.25 / 31.10
= USD24.1237 segram

Sekarang kita dah dapat rate dalam USD. Sekarang kita nak kena tukar ke RM pula. So, anda pergi ke laman web http://www.xe.com/ucc/

Pilih convert: USD to Malaysian Ringgit (MYR)

Daripada conversion rate, didapati bahawa harga semasa emas dunia pada 12/9/2008 ialah RM81.99 segram.

Lepas anda dah dapat harga semasa emas dunia, maka anda boleh bandingkan dengan rate emas semasa yang ditawarkan oleh bank atau kedai emas:

Sebagai contoh, Public Bank, Maybank dan UOB Bank. Jom lihat satu persatu:

Maybank:

Rate pada 12/9/2008

1. Rate jualan emas Gold Saving = RM87.75
2. Rate jualan Kijang Emas = RM88.07/gram

Link: http://www.maybank2u.com.my/rates/gold_rates.shtml

Public bank:

Rate pada 12/9/2008

1. Rate jualan: RM85.99 / gram

Link: http://www.pbebank.com/en/en_content/personal/rates/goldinvest.html

UOB Bank pulak..

Rate pada 12/9/2008

hehe.. cuba kira sendiri harga.. saya dah tunjukkan :)
p/s: Ini adalah harga emas fizikal.

http://www1.uob.com.my/jsp/finance/fin_gold.jsp?func=gold

Kedai emas Poh Win Melaka pula  (saya survey pada 14/9/2008)

Harga PAMP Suisse 10 gram = RM1190.00 (RM119/gram)
perg!!! mahal…

Oklah! dengan pengetahuan ini, saya berharap anda semua dapat tahu bagaimana mengira harga emas semasa dunia, dan kemudian bandingkan dengan harga emas kat pasaran Malaysia. Jadi ini akan memberikan manfaat kepada anda agar peka dengan harga emas.

Tapi saya ingatkan bahawa harga emas nie bukan harga kawalan. Jadi setiap penjual emas boleh letak harga mengikut kehendak masing-masing. So, sebagai buyer, anda boleh tawar menawar dengan penjual. Takder masalah..

 Ok then, jika ada soalan dan pertanyaan, sila letakkan di bahagian komen. InsyaAllah saya akan cuba menjawab untuk anda.

Sila kunjungi forum jutawanemas.com untuk perbincangan mengenai pelaburan emas. Disana lebih ramai orang dan best kalau nak bincang :)

Hadiah dari blog Jutawanemas PERCUMA!

Nak hadiah FREE preview ebook "Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas" sebanyak 105 mukasurat untuk anda?

Juga tips-tips pelaburan emas yang menguntungkan terus ke-email anda.

Anda cuma masukkan nama dan email anda ke dalam kotak di bawah.

Nanti hadiah anda akan sampai kat dalam email :)

Artikel berkaitan:

Related Posts

Put your related posts code here
  1. 99 Responses to “Pengiraan Harga Emas Part 2 : cara termudah”

  2. By azam on Jan 1, 2009 | Reply

    akum rasis saye nk tau emas 916 berapa 1grm awk beli ,,………..?

    klu harga bnk 97rm awk beli 100 ker per grm…?

    saye bleh kasi awk 10kg sebulan klu awk beli rm90 per grm…dgn kadar index emas sekarang….

  3. By mariah on Jan 8, 2009 | Reply

    saya berminat tapi tak tahu mcmne nak mula.

    reply: Mulakan dengan Bismillah… lepas tu baca semua posting dalam blog nie.. lepas tu baca semua forum. InsyaAllah Mariah akan tahu bagaimana nak bermula :)

  4. By asiah abu bakar on Jan 15, 2009 | Reply

    Bolih percayake ade kedai emas @ Selayang,offer RM95.00/gram tanpa harge upah(emas 916)..sekarang harge pasaran RMm105.00/gm…

  5. By azli on Jan 15, 2009 | Reply

    kat parit buntaq ni…saya beli barang kemas….916… rm98/1 g…upah murah jer rm100…brg harga lebih krang rm3k

  6. By sazlil on Jan 29, 2009 | Reply

    apakah pandangan pembaca berkenaan dengan ajen atika emas berkaitaan dengan emas hari ini. adakah ajen ini sama dengan noradz, jasmin, buloh emas dll.

  7. By sazlil on Jan 29, 2009 | Reply

    adakah bank negara tidak menghalang mana mana agrnsi seperti atika emas menjalankan perniagaan menjual emas ini.

  8. By Norhayati binti Isha on Feb 18, 2009 | Reply

    Salam sy kurang faham, tapi sy ingin mengetahui lebih lanjut…coz sy sgt berminat pada emas…saya dah masuk ahli, tapi tak tahu macam mana saya nak menyakin orng bahawa pelaburan emas ni sgt bagus…

  9. By wan23 on Feb 19, 2009 | Reply

    xyah nk britau org yati, just beli n tunggu, bila dah berjaya secara otomatik org akn buka minda………….

  10. By dian on Feb 19, 2009 | Reply

    tukar mentaliti simpan/saving dari pendapatan dalam bentuk angka dibank akaun kepada fizikal emas. nilai duit kertas semakin turun tetapi nilai emas semakin naik.dapatkan daripada dian 0133422330 .dinar dan goldbar publicgold.

  11. By dian on Feb 19, 2009 | Reply

    nak bukti harga emas .tak rugi melabur dalam emas

    tahun 2005 nov 1 dinar rm 280 sekarang

    13 feb 499.58

    19 feb 526.47

    berapa % kenaikan tu .kiralah sendiri

  12. By ola oli on Feb 21, 2009 | Reply

    baru start kenal emas 2bln lepas..bru buat pembelian emas fizikal skit..smbil study2,rega dh naik tggi…tk terkejar..tau beli lebih skit time tu..dian, emas fizikal PG sesuai buat pelaburan jgka pendek gak ke

  13. By zetty on Feb 21, 2009 | Reply

    emas PG tak sesuai untuk jangka pendek. Dinar kelantan ok sebab beza jual dgn beli cuma rm20 je. Dinar PG dalam rm28-31 tinggi tu. so lambat la sikit nak cover. Emas PG spread untk belian dan jualan tinggi sangat banding dengan gold coin UOB

  14. By azlan on Mar 3, 2009 | Reply

    sy sarankan kepada semua segera beli kerana dalam masa 6 bulan dari sekarang harga emas akan melonjak rm130 dalam masa 6 bulan.

    kenapa beli

    – inflasi yang tingi

    -nilai wang yang senakin rendah

    -seluruh negara mengalami kemerosotan ekomoni terutama amerika syrikat

  15. By sirri on Mar 4, 2009 | Reply

    saya nak tanya, knp pd 30/1/09 harga pasaran emas usd918.30

    dan harga kijang emas masa tu RM3453.

    tapi sekarang 4/3/09 emas usd917,

    kijang emas pula masih RM3607 jauh beza harga sblm ni.

  16. By dragon_putra on Mar 4, 2009 | Reply

    aku rasa kene tengok nilai rm ngan usd gak

    pada 30/1/09 USD 1 = RM 3.609

    pada 4/3/09 USD 1= RM3.70

    mungkin sebab tu ada efect pada harga kijang

  17. By cGIera on Mar 5, 2009 | Reply

    Aslkm.En.syukor, klu bli emas PG ngan you ikut rate syrkt ke spot gold pnye…

    reply: Ikut harga web site PG

  18. By semut on May 6, 2009 | Reply

    kalu beli sekarang .. ok ker? …

    reply: Ok, beli jer..

  19. By eznega on Jul 7, 2009 | Reply

    lawak tull lahh…

    boleh baca riak muka org, bagus tull…

    ngalahkan nujum Pak Belalang…

    gunakan kemahiran anda untuk kembangkan lagi bisnes ini.

    Syabas!!!

  20. By ib on Jul 31, 2009 | Reply

    salam,

    di kelantan berat emas dikira dengan 'rial berat' ada sesiapa tahu berapa gram bersamaan dengan 1 rial berat?

    t kasih.

    ib, kota bharu.

    reply: serial berat bersamaan dgn 2.70g (jawapan dari fiq – kat bawah)

  21. By taufik on Aug 1, 2009 | Reply

    serial berat bersamaan dgn 2.70g.

    reply: terima kasih atas jawapan fik.

  22. By aiman on Aug 3, 2009 | Reply

    salam…sy de member…skang die dah kumpul 800gram emas…n die ckp die nak tuggu 1g/rm100…jd die ckap die akan untung…tp saya masih penin memikirkan cara nak bermain tukaran emas nie macaname..adakan ia berisiko… dan mancmane sy nak mulakan..?? bolehtolong x???

    reply: Saya pun tak faham apa yang saudara tulis kat sini. Tolong detailskan.. kenapa 1g/RM100 baru dia untung. dan tukaran apa yang dia buat?

  23. By Shah on Aug 12, 2009 | Reply

    1.Askm, mengikut ustaz zaharudin Akaun GIA PB dan maybank masih konvensional bukan islamic.. apa pendapat tuan..

    reply: Memang konvensional pun.

    2. Kalau beli emas fizikal dan simpan di ar rahnu kemudia jual pada tiap hujung tahun adakah mengutungkan atau berisiko rugi..

    reply: Kena tengok harga emas jugak lah.. tapi saya rasa akan untung.

    T.K

  24. By zuhairy on Aug 24, 2009 | Reply

    ASSALAM' EN SYUKUR………….
    TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN DAN KEIKHLASAN ENCIK DALAM MENCURAHKAN ILMU INI………SAYA AMAT BERTERIMA KASIH..SY MULAI BERMINAT….PADA UMUR DAH 36 TAHUN

    reply: Sama-sama. semoga ilmu yang ada disini boleh memberi manfaat kepada semua. jangan lupa berkongsi ilmu ini dengan orang lain pula ye :)

  25. By kaizen on Aug 25, 2009 | Reply

    leh sy ask something?

    kalau sy ade 1oz kijang emas..

    pahtu sy letak kat bank je..

    bleh ke?

    kalau bleh ape yang sy dpt?

    i mean ade faedah every month?

    reply: Kalau beli kijang emas nie kena bawak balik rumah lah. simpan. faedah tak dapat. cuma untung bila harga emas naik.

  26. By pemburu emas yamashi on Sep 3, 2009 | Reply

    semekom..

    aku nak tanye ckit nih..

    kite beli kat bank ikut yang mane? harge sell ke harge buy?

    ape maksud sell (aku tau r jual) dan maksud buy (ni pun aku tau r beli)

    kalau aku nak beli ikut yang mane?

    sell or buy?

    tolong2~~

    reply: Bila kita tengok kat bank ada selling dan buying.

    Selling ialah harga emas yang bank jual kat kita

    Buying ialah harga yang bank ambil balik bila kita jual balik kepada bank.

  27. By budakemas on Sep 3, 2009 | Reply

    Salam, sya nak tanye kalu buka GIA lepas tu apa kite nak buat? saya budak baru belajar…..

  28. By budakemas on Sep 3, 2009 | Reply

    Yelah GIA tu hanya pelaburan emas tanpa emas fizikal, apa keuntungannya?

  29. By norul on Sep 18, 2009 | Reply

    saya pun budak baru belajar rini bru jpa lmn web ni nak tanya lau saya buka acc GIA rini leh tak saya jual lek mgu depn dlm ari jmat gak

  30. By amirrazak on Oct 13, 2009 | Reply

    sy ada beli 1 dinar mas dgn ajen pulic gold. harga 1 dinar rm519, bersamaan 122 segram..tapi bila semak dgn harga dlm gold price.org baru rm115 segram..kenapa lain ek? sedangkan itu adalah harga bagi tarikh yang sama..tolong komen…

  31. By cikjune on Oct 13, 2009 | Reply

    memang tak sama amirrazak…public gold ada harga dia sendiri + spread, poh kong pun ada harganya sendiri, bank pun lain…malah mana2 penjual emas pun ada harga dorang…emas nie bukan barang kawalan kat m'sia nie macam harga gula…ada harga siling…

    hopefully u boleh baca info2dan artikel kat dalam blog nie banyak2, banyak membaca maka bertambahlah kefahaman u nanti ….Insya Allah

  32. By nash18 on Oct 15, 2009 | Reply

    Sy ada membeli emas dari kawan-kawan. Masalah saya ialah tidak tahu tempat untuk menjual semula dengan harga yang tinggi.

  33. By baboon laut on Oct 15, 2009 | Reply

    nash18

    gebang kat kawan2 yang berkemampuan….. pastu jual la kat diaorang,… banyak laman web lain berkaitan emas …. iklankan je dalam chat room….

  34. By Tina on Nov 17, 2009 | Reply

    Sesuai ker saya beli emas time harga emas tengah naik saban hari..atau tunggu hingga awal tahun depan…Betul ker pemahaman saya..bila USD/RM turun harga emas naik??

  35. By shamsul Anuar on Nov 18, 2009 | Reply

    tina… kalu nak tunggu rege turun, sampai bila2 pun Tina tak dapat beli emas. ada duit beli ajer. emas akan sentiasa naik.
    http://www.goldcrestpavilion.com

  36. By tungkama tungkama on Dec 5, 2009 | Reply

    sy bru bcadang nk involve dlm hal2 emas nih.. minta pndapat, nk bli emas fizikal ker emas maya..yg mana lbh baik? tma kc…

  37. By Ina on Dec 6, 2009 | Reply

    Harga emas GIA PBB 2/12/09 sell rm 135.59 buy rm 130.340, rugi betul tak beli bulan july aritu harga GIA PBB rm 110.009.Beza antara PB dgn Mbb pun tak byk….

  38. By nora on Dec 13, 2009 | Reply

    salam…… baru nak melabur dah……bank rakyat tutup kaunter plak! geram betoi!!!!!

  39. By mddy770 on Dec 13, 2009 | Reply

    salam

    jangan lah geram2 cik oii…. nanti kereput muka. beli emas fizikal banyak2 kemudian simpan dalam balang kemudian tanam…..1 hari 1 minggu 1 bulan 1 tahun 10 tahun korek balik dan jual….. agak2 merasa tak

  40. By saabsa on Dec 30, 2009 | Reply

    saja nak tanya, e-book emas2 yang hilang tu masih jual lagi ke.

  41. By machoman_1986 machom on Jan 4, 2010 | Reply

    aku baru beli 1 oz kijang,50 g pb ngn 20 g pb..pada pendapat geng2 emas apa langkah aku setrusnya utk aku upkan lagi keuntungan aku…nak pajak beli emas lagi or nak bukak GIA..aku nak kawin tgh tahun or hujung tahun ni…jadi kalo boleh nak melipat gandakan lg keuntungan aku ni..

  42. By mustafakamaljebah on Jan 5, 2010 | Reply

    beli lak gold coin 1oz UOB..spreadnya rendah..2.++% je..

    Kijang emas spread 6%..tinggi..

  43. By mantoi on Feb 25, 2010 | Reply

    menarik la info ni

    reply: Terima kasih

  44. By torexz on Sep 23, 2010 | Reply

    semekom bro..sy ni bru nk mencebur dlam dunia emas ni…kalu sy nk amik maybank punyer 2 kan ok x??sy ingt nk mula ngan modal yg paling kecil 2…bole bg pendapat x??

  45. By AZMANOR72 on Oct 10, 2010 | Reply

    saudara torexz,

    beli je la asalkan emas betul udah le….yg penting dah mula menyimpan emas…………

  46. By nziziar on Feb 17, 2012 | Reply

    Salam En Syukor, tumpang tanya, harga yg ditunjukkan kat LBMA tu utk harga emas 999 ke atau 916?

  47. By property kita on Mar 25, 2013 | Reply

    makasih mas atas content websitenya, mantap banget ini website :)

  48. By Mohd azwan on Aug 28, 2013 | Reply

    Nak tanya mcm mana nk tahu formula pengiraan pelaburan emas,sebab saya ada masuk pelaburan emas

  49. By dil on Sep 19, 2013 | Reply

    saya nak tanye, bila saya tengok kat web memang banyak maklumat boleh diperolehi seperti tentang harga emas dah turun contohnye turun rm137 segram, tetapi mengapa bila pegi 2 kedai emas dan bila ditanye harga emas segram kedua-dua mengatakan harga segram rm160.tidak ke sepatutnya kedai emas kena ikut harga semasa

  50. By lukman on Nov 22, 2014 | Reply

    maaf kalau soalan saya x masuk akal.. sbb saya baru sangat dlm jual beli emas .. apa perbezaan antara harga mngikut pasaran london dgn harga MkS .. Mgikut iraan saya berpandukan cara kira diatas harga mas hari ini 81/g .. sedangkan rujuk MKS harga hri ini 127/g .. maaf blh tunjuk macam mana cara kira utk perbazaan MKS dgn pasarn london ???

Post a Comment

*
syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat, selamat dan menguntungkan.

Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik sini)

Dari: Syukor Hashim, Admin Jutawanemas.com
SMS/Whatsapp me@ 013-2126999

Pesanan: Untuk mendapat artikel terbaru, anda boleh melanggan newsletter blog ini. ianya FREE! Masukkan e-mail anda di dalam kotak di bawah:

Langgan RSS

Dapatkan panduan PERCUMA tentang pelaburan emas! Klik gambar.


Dapatkan panduan PERCUMA pelaburan emas fizikal. Klik gambar.


Saya@TV9 interview: Pelaburan Emas

Saya@TV1 Interview: Potensi Pelaburan Emas




Facebook saya

Be MyFriend@Google+




Komen Pembaca