Bagaimana mengira harga emas dunia dan Malaysia?
Bagaimana cara melihat dan mengira harga emas semasa dunia dan juga Malaysia?
Laman web paling terkenal untuk melihat harga emas semasa dunia ialah di www.kitco.com
bagi pasaran emas New York spot gold, harga emas berubah setiap saat dan setiap minit.
Sebagai contoh, jika anda lihat jadual di bawah,
pada 19 Jun 2008, harga emas di Pasaran Spot Gold New York ditutup pada USD898.00/Oz
1 Oz ( atau Troy Ounce) bersamaan 31.10 gram.
Dengan andaian 1 USD = RM3.25
maka harga emas di pasaran spot gold New york pada 19/6/2008 ialah:
RM2918.50 untuk 1 Oz/31.10 gram
atau bersamaan RM93.84 sen/gram
Memandangkan perbezaan waktu antara Malaysia dan New York, saya akan ambil harga emas Malaysia pada 20/6/2008.
Pada 20/6/2008 – Harga Emas Kijang Emas di laman web Bank Negara Malaysia ialah RM3088.00/Oz.
ini bersamaan RM99.30 per gram.
Pada 20/6/2008 – harga emas bar PAMP Suisse di kedai Emas Poh Win Melaka Mall adalah RM111.00 se gram.
Walaupun berbeza harga sebanyak RM5.46 dan RM17.70 se gram, namun ingin saya nyatakan bahawa harga pasaran Emas dunia New york tidak boleh disamakan dengan harga emas harian Bank Negara atau pun kedai emas di Poh Win di Melaka Mall, Melaka
Kita boleh anggap harga emas New York Spot Gold adalah lebih kepada harga pengeluar emas.
Harga emas Bank negara pula dikemaskini setiap hari bekerja manakala harga emas di kedai emas Poh Win biasanya dikemaskini seminggu sekali.
Dalam konteks harga emas Malaysia (emas fizikal), kita boleh merujuk kepada 2 website utama bank yang terlibat dengan penjualan emas fizikal iaitu bank Negara Malaysia dan UOB Bank.
1. Laman web Bank Negara malaysia (Kijang Emas price)
di: http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141
2. Laman web UOB Bank (Gold coin dan bullion price)
di: http://www1.uob.com.my/jsp/finance/fin_gold.jsp?func=gold
Jika anda nak tahu harga emas per gram, anda ambil nilai jualan 1 troy ounce/ Oz dan bahagikan dengan 31.10
Ini kerana 1 troy ounce/ Oz bersamaan 31.10 gram.
Contoh:
Harga Emas Aust Nugget UOB Bank 20/6/2008 ialah RM3052.00
Jadi harga emas se gram pada 20/6/208 bersamaan
RM3052/31.10 = RM98.14 se gram.
Soalan: Kenapa harga emas tak sama dari satu institusi dengan institusi lain?
Memandangkan harga emas bukan harga kawalan, memang terdapat perbezaan antara satu institusi dan institusi yang lain. Ini kerana terdapat banyak overhead yang terlibat, contohnya kos insurans, kos simpanan, kos pengangkutan, kos staff, kos operasi dan pengambilan untung.
Justeru, anda akan dapati harga emas di bank negara dan kedai emas tidak sama. Begitu juga harga semasa emas bagi institusi Ar-Rahnu seperti Bank Rakyat dan Agrobank. Mereka mempunyai harga harian sendiri. Kalau nak tahu harga harian mereka, kena telefon ke bank berkenaan.
Bagi kes Gold Saving Passbook (samada Maybank atau Public bank), anda akan dapati harga emas yang dipaparkan adalah lebih rendah dari emas fizikal. ini kerana gold saving passbook tak deal dengan emas fizikal, cuma nilai emas sahaja. Jadi kos seperti insurans, simpanan, pengangkutan tiada atau minimum.
Ok, itu sahaja. Semoga anda lebih memahami tentang bagaimana menyemak / mengira harga emas dunia dan di Malaysia.
Bacaan berkaitan:
1. Membeli emas di kedai Emas
2. Membeli wang syiling Kijang Emas di Maybank
3. Membeli Emas fizikal di UOB Bank
4. Simpanan Gold Saving Passbook di maybank dan Public bank
5. Membeli Dinar/Dinar emas Kelantan





Blog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat dan selamat.






![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/images/quotes_special.gif)

30 Responses to “Bagaimana mengira harga emas dunia dan Malaysia?”
By Sean on Jun 28, 2008 | Reply
Hi,
First of all i wish to thank and congratulate you for your superb job of creating this web site. It is very informative. 2 thumbs up for you =)
Recently I’ve just started to invest a little in gold. If you don’t mind I would like to seek advice from you on the investment of gold coins.
There are so many types of legal tender gold coins offered by Maybank & UOB. What are the differences amongst the coins in terms of investment values and liquidity? Does it matter which country’s coin I buy?
Thank you in advance and looking forward to hearing from you soon.
Regards
SEAN
Reply:
Dear Sean,
The best form to invest in gold is:
1. gold coin
2. gold bar
And make sure the gold is in 24K or 999.9% and at least 1 Oz (Troy Ounce)
Anything less that this is not recommended since the premium is higher.
If you just want to invest in coin then Malaysian Kijang Emas and UOB Bank gold coins are the best.
Now, just look at your location, which bank is nearer?
If maybank is nearer then go for maybank. If UOB is nearer to you then go to UOB.
If you just want o invest and enjoy the gold appreciation, then any of the gold coin is ok.
But if you are a collector, then you might want to collect all types of coin.
That is just purely for your satisfaction.
About coin from which country, it doesn’t matter. They are still the same gold
But in term of popularity, Canadian gold Maple Leaf, South African Krugerrand and American gold eagle are more widely recognized worldwide.
Hope this answer your question.
By Sean on Jun 29, 2008 | Reply
Thank you very much Syukor
By anje on Jul 4, 2008 | Reply
i just wonder la…en syukor, mana u dapat info2 nih suma…very informative la
jawapan: 1. Minat 2. Research 3. Membaca buku 4. Tanya pakar
By modrator on Jul 26, 2008 | Reply
to respective Mr. syukor,
is it possible to keep a lot of gold bars in the “Ar rahnu” @ bank @ home storing without being shot with the “income tax / property tax” in Malaysia?
Reply: There’s no government tax for keeping up gold. This is because gold didn’t generate any income to you. The only ‘tax’ for keeping up gold for a Muslim is zakat for gold
By wan on Jul 29, 2008 | Reply
Di mana boleh dapat carta graf nilai emas malaysia utk beberapa tahun lepas?
reply:
saudara refer kat sini:
http://www.maybank2u.com.my/promotions/goldcoin.shtml#
Ini adalah carta harga fizikal Kijang Emas. Tengok kat bawah-bawah sikit
By maznah on Aug 7, 2008 | Reply
sy, nak tahu mcmane nak dapatkan harga emas harian di malaysia melalui sms.
reply: Dukacita dimaklumkan, tidak ada servis tersebut
By hanzhashim on Sep 15, 2008 | Reply
Dari sudut pandangan peribadi, apa yg saya lihat en syukur bagi kita informasi ttg mcm mna nk invest dlm gold ni adalah IKHLAS & IHSAN. Klu nk diikutkan nk update smua maklumat ni bkn senang & perlukn pengorbanan masa. Besar pahala nie. Bayangkan setiap sen yang terhasil dari ilmu beliau menjana keberkatan yang tidak ternilai. Kepada anda smua belajarlah & rebut ilmu yang tidak ada bandingan ini
reply: Terima kasih diatas komen anda yang membina, ilmu ini memang saya nak kongsikan dengan semua orang. semoga semua orang mendapat manfaat daripadanya
By Syahrul on Oct 20, 2008 | Reply
Assalamualaikum En. Syukor,
Currently i,m always buying gold using maybank gold saving passbook. One thing i want to know how do i can learn to understand the gold rate pattern so i can predict the timing of the price up and down/. Thanks
By safa69 on Oct 31, 2008 | Reply
alhamdulillah..maklumat ini berguna dan berinformasi.minta encik teruskan usaha murni ini.saya sekarang peruntukkan rm500 untuk membeli emas. Saya yakin matawang akan terus collapes dan tidak berguna pada masa akan datang.hanya emas yang tidak berubah dan sentiasa bernilai.
By nora on Jan 16, 2009 | Reply
Saya ingin mengetahui harga pasaran emas kuning dan emas putih sekarang?
reply: Harga emas refer kat sini:
http://jutawanemas.com/v1/membeli-emas-di-malaysia/
harga emas putih saya tak ada. sebab emas putih bukanlah emas utk pelaburan. Itu kena tanya kat kedai emas.
By wan on Apr 23, 2009 | Reply
boleh tahu senarai lokasi maybank kt kuala lumpur ngan selangor yang
menawarkan perkhidmatan kijang emas
reply: Tengok kat sini:
http://www.maybank2u.com.my/promotions/branches.html
By sapri on May 2, 2009 | Reply
En syukur,
saya ada menyimpan emas 99.999 sbb dulu melabor karah itu. masalahnya walaupun harga agak tinggi, tetapi biasanya kedai akan membuat potongan antara 20-30 peratus dari nilai emas itu. ada ke mana-mana kedai yang menawarkan harga pembelian yang baik (potongan rendah).
T.K
sapri
By KAMAL on Jun 3, 2009 | Reply
assalamualaikum..
en syukor,b4 diz ada someone from etika emas ada closing saya utk buat pelaburan dgn diorg.so, saya sgt berminat kerana ianya satu investment yang menyatakan pulangan tetap tanpa perlu mencari customer lain seperti MLM(multi level marketing).but then my father said that dia ada keraguan kerana kemungkinan besar ia satu penipuan kerana emas padu 100g x dpat dibuktikan ketulenannya(tak tau yg dlm tu emas ker tak).so, apa pendapat en syukor?
yg berminat,
lockstuck
By Ust Rafidi on Jul 8, 2009 | Reply
Ceramah : Ekonomi dinar sebagai alternertif kepada sistem kapitalis.
Prof. Dr Hakimi Ibrahim (USM) di Dewan MPK Kulim Kedah. 31 Julai hari Jumaat jam 9 00 pagi anjuran PAKSI KULIM. Semua dijemput hadir
By mohd izhar on Jul 12, 2009 | Reply
salam….saya hendak tahu bagaimana caranya untuk membuat pelaburan emas ini…?ingin mengetahuinya dengan lebih lanjut lagi….cz sy mmg bminat sgt dgn bisness emas ini…plz blas kpd saya A.S.A.P…..tq
By jutawan hutang on Jul 21, 2009 | Reply
bila la aku nak jadi jutawan
By elfaruq on Jul 29, 2009 | Reply
salam,
saudara syukor ada nyatakan:
“And make sure the gold is in 24K or 999.9% and at least 1 Oz (Troy Ounce)
Anything less that this is not recommended since the premium is higher.”
apakah premium yang dimaksudkan tersebut ya? adakah premium tersebut overhead yg saudara syukor ada sebutkan?
reply: Perbezaan antara harga spot gold dan harga jualan emas dipanggil premium. Kalau nak panggil overhead pun boleh jugak.
By Rizuan on Aug 9, 2009 | Reply
By Rizuan on 09 August 2009
Salam,
Tabung Emas ni tak de bank lain ke selain bank MBB & Public Bank
By afidah on Aug 31, 2009 | Reply
saya tidak begitu faham . Adakah kita perlu beli emas di kedai dan simpan dalam satu jangka waktu kemudian menjualnya? Sila dapat jelaskan atau sebagaimana yang disaran beli e-book.
reply: Hmm.. banyak teknik buat keuntungan dengan emas nie. beli murah, simpan dan jual pada harga tinggi adalah salah satu teknik. Ada beberapa teknik lagi yang boleh dibuat. Plaing pending kena dapatkan ilmu terlebih dahulu.. justeru, saya cadangkan afidah beli ebook saya. baru akan cepat dapat ilmu pelaburan emas nie.
By shamsul Anuar on Aug 31, 2009 | Reply
Afidah… Konsepnya mudah ajer. Beli pada harga rendah/murah dan jual ketika harga tinggi. Pasti akan untung. Oleh itu kena survey lar kat mana nak dapatkan emas murah-murah. Kalu sesak nak guna duit boleh juga diarrahnukan dan dapat pinjaman sehingga 65%.
p/s: dapatkan emas murah2 di http://www.goldcrestpavilion.com atau hubungi 012-9313145. Saya membeli semua jenis emas 916 dan 999.9 dgn harga tinggi dan menjualnya dgn harga rendah.
reply: hehehe..
By manok agam on Oct 7, 2009 | Reply
nak tanya sikit.
mana lebih untung beli emas PG dgn ejen atau dgn pej, PG?
blh sape2 tlg jwap? tq
By ray on Nov 1, 2009 | Reply
sy masih muda, baru bekerja dlm 2tahun, gross gaji sya ada dalam rm2000 sebulan, apa step2 yang perlu sya lakukan untuk buat saving dengan cara pelaburan ini..
katakan sya suda mpnyai kereta – rm560 sebulan,
sewa rumah, kongsi dgn kawan2 – rm250 sebulan
postpaid hp – rm70 sebulan
saving asb – rm200 sebulan.
saving dlm bank – rm100 sebulan
kirim ke kg + adik2 – rm400
makan – rm300 sebulan…
saya hnya tggal rm120 untuk spend…
(d harap cik dpt bg prtolongan utk org muda mcm saya, & ramai lgi d luar sana)…
By Aman Shah on Nov 19, 2009 | Reply
Saving ASB nie… saving betul ker atau loan ASB?
kalu saving betul, tuan boleh buat target saving, contohnyer RM5k ker, RM10k ker atau 20k dan sebagainya.
Lebihan simpanan selepas target saving dah boleh buat beli emas…..
apa-apa hal pun, harga emas sekarang dah memang best betul….
By ramlee on Dec 8, 2009 | Reply
amcm harga emas pandai naik turun
By al-yahya on Dec 21, 2009 | Reply
By ray on Nov 1, 2009 | Reply
sy masih muda, baru bekerja dlm 2tahun, gross gaji sya ada dalam rm2000 sebulan, apa step2 yang perlu sya lakukan untuk buat saving dengan cara pelaburan ini..
katakan sya suda mpnyai kereta – rm560 sebulan,
sewa rumah, kongsi dgn kawan2 – rm250 sebulan
postpaid hp – rm70 sebulan
saving asb – rm200 sebulan.
saving dlm bank – rm100 sebulan
kirim ke kg + adik2 – rm400
makan – rm300 sebulan…
saya hnya tggal rm120 untuk spend…
(d harap cik dpt bg prtolongan utk org muda mcm saya, & ramai lgi d luar sana)…
ray– ikut pengurusan kewangan, kita kene simpan 10% dr gaji kita terlebih dulu. barulah buat perbelanjaan bulanan. bukan belanja dulu br simpan.
By fendie on Jan 2, 2010 | Reply
salam… sy amat berminat dgn pelaburan ini..tetapi asih baru dan kurang arif tentang nya..
adakah perlukan kumpulan @ ketua utk menguruskannya?
adakah kita perlu menyimpan emas yg kita beli di bank @ simpanan sendiri di rumah?
adakah urusan untuk menjual semula emas tersebut mudah dilakukan @ memerlukan prosuder yg ketat sehingga memakan masa yg lama?
berapa lamakah yg diperlukan utk kita mendapat hasil yg lumayan? berapakah modal yg dicadangkan oleh saudara untuk org yg baru menceburi nya mcm sy..
terima kasih….
By Azlina on Jan 11, 2010 | Reply
Same ke konsep beli emas kat kedai, then simpan sampai harga naik dengan beli emas kat bank? Mana lebih menguntungkan?
By cik hawa on Feb 12, 2010 | Reply
bgaimana kalu bli emas dr luar negara..saya blajr di india..which is known for gold..everywhere u go ..u see a gold shop..never mind..but is it worth buying from india then sell it or keep gold coins in malaysia…?? saya dpt duet dlm indian rupes..slalu jatuh harganya..ble nk bawak blik malaysia..tukar kt dealers…jdik sket pulak..so..dats y i`m thinking bout buying gold in india jual jer kt kdai2 emas..so tk ler rugi ada btol ka??..ape cadangan tuan??