Pengiraan Harga Emas Part 2 : cara termudah

Salam sejahtera kepada semua pembaca.

Sekarang saya ingin berkongsi cara termudah mengira harga emas pasaran dunia. Anda boleh menggunakan harga ini sebagai perbandingan dengan harga emas yang dijual di Malaysia.

Saya pernah menulis artikel ini pada bulan 6 yang lalu.
Anda boleh refer kat sini. 

Tapi ada pembaca yang masih memerlukan panduan yang lebih lengkap, so ini adalah artikel part 2 🙂 – Pengiraan harga emas cara termudah.

Dengan ilmu ini anda akan membuat perbandingan harga emas yang dijual oleh bank, kedai emas, Etika Emas, Kedai Emas Poh Kong, Habib Jewel dan sebagainya dengan harga emas dunia.

Pertama sekali anda perlu tahu yang harga harian emas dunia ditetapkan di pasaran emas London. Jadi harga ini akan digunapakai oleh pasaran emas dunia yang lain Seperti New York, Swiss dan Hong Kong.

Daripada harga ini.. maka perdagangan emas dijalankan. Permintaan dan penawaran emas akan menyebabkan berlaku turun naik harga seperti yang dapat dilihat di www.kitco.com

Bagaimana mengira harga emas dunia?

First sekali anda boleh lihat harga emas pasaran London dengan melawati laman web London Bullion Market Association (klik).

So, anda dapat lihat rate harga emas harian untuk pasaran London kat bahagian current statistic:

 Sebelum tu, anda kena tahu beberapa fakta:

1. Harga emas ditetapkan sebanyak 2 kali sehari (AM fixed dan PM fixed)
2. Harga yang dipaparkan adalah untuk 1 Troy Ounce emas (bersamaan 31.10 gram)
3. harga rujukan yang digunakan ialah PM fixed  (bulatan merah)
4. Waktu London dan Malaysia berbeza 7 jam 
    (Malaysia pukul 8 malam – London baru pukul 1 tengahari)

Untuk contoh pengiraan, saya akan gunakan harga USD (refer gambar di atas).

Tarikh: Jumaat 12/9/2008 – London time

Harga ditetapkan ialah USD750.25/ Troy Oz
Jadi untuk tukar kepada harga segram maka:

USD750.25 / 31.10
= USD24.1237 segram

Sekarang kita dah dapat rate dalam USD. Sekarang kita nak kena tukar ke RM pula. So, anda pergi ke laman web http://www.xe.com/ucc/

Pilih convert: USD to Malaysian Ringgit (MYR)

Daripada conversion rate, didapati bahawa harga semasa emas dunia pada 12/9/2008 ialah RM81.99 segram.

Lepas anda dah dapat harga semasa emas dunia, maka anda boleh bandingkan dengan rate emas semasa yang ditawarkan oleh bank atau kedai emas:

Sebagai contoh, Public Bank, Maybank dan UOB Bank. Jom lihat satu persatu:

Maybank:

Rate pada 12/9/2008

1. Rate jualan emas Gold Saving = RM87.75
2. Rate jualan Kijang Emas = RM88.07/gram

Link: http://www.maybank2u.com.my/rates/gold_rates.shtml

Public bank:

Rate pada 12/9/2008

1. Rate jualan: RM85.99 / gram

Link: http://www.pbebank.com/en/en_content/personal/rates/goldinvest.html

UOB Bank pulak..

Rate pada 12/9/2008

hehe.. cuba kira sendiri harga.. saya dah tunjukkan 🙂
p/s: Ini adalah harga emas fizikal.

http://www1.uob.com.my/jsp/finance/fin_gold.jsp?func=gold

Kedai emas Poh Win Melaka pula  (saya survey pada 14/9/2008)

Harga PAMP Suisse 10 gram = RM1190.00 (RM119/gram)
perg!!! mahal…

Oklah! dengan pengetahuan ini, saya berharap anda semua dapat tahu bagaimana mengira harga emas semasa dunia, dan kemudian bandingkan dengan harga emas kat pasaran Malaysia. Jadi ini akan memberikan manfaat kepada anda agar peka dengan harga emas.

Tapi saya ingatkan bahawa harga emas nie bukan harga kawalan. Jadi setiap penjual emas boleh letak harga mengikut kehendak masing-masing. So, sebagai buyer, anda boleh tawar menawar dengan penjual. Takder masalah..

 Ok then, jika ada soalan dan pertanyaan, sila letakkan di bahagian komen. InsyaAllah saya akan cuba menjawab untuk anda.

Sila kunjungi forum jutawanemas.com untuk perbincangan mengenai pelaburan emas. Disana lebih ramai orang dan best kalau nak bincang 🙂

♥ Join telegram #NotaEmasSyukorHashim untuk informasi terkini ♥
4 Artikel Berkaitan...
© JutawanEmas.com established since 2008 → Now
Daftar akaun dewasa.
Terbuka kepada sesiapa sahaja.
Daftar akaun junior.
Bawah 18 tahun. Perlu kebenaran penjaga.