Ebook

Beli emas sekarang! Harga tengah cantik :)

Ditulis pada 5 September 2008 – 7:20 am | by syukor |


Salam sejahtera kepada semua pembaca. First sekali saya ingin ucapkan selamat berpuasa kepada Muslimin dan Muslimat sekalian.

Saya pernah membuat ramalan bahawa harga emas akan naik mulai Ogos 2008. Anda boleh refer kat posting saya kat sini. Namun apa yang telah berlaku ialah harga emas beransur-ansur turun daripada 4 Ogos 2008 daripada 890 USD / Oz kepada USD796.05 pada 4 September 2008.

Carta dari www.kitco.com menunjukkan penurunan harga spot gold.

Di Malaysia pula, Harga syiling Kijang Emas 1 Oz pada 4/8/2008 ialah RM3,143 dan harganya pada 4/9/2008 adalah RM2,918 (perbezaan RM225).

Dengan kata lain, harga emas sekarang masih lagi sangat menarik.

Jika anda mempunyai wang, bolehlah membeli emas sekarang.

Soalan.

Adakah anda perlu menunggu lagi sehingga harga turun lebih banyak lagi sebelum membeli?

Jawapan: Saya cadangkan anda jangan menunggu lagi. Kalau ada duit,  beli sahaja emas utk simpanan. Bukan apa, saya dengar banyak komen daripada pembaca blog ini yang mengatakan bahawa sukar mendapat Kijang Emas 1 Oz dan juga Dinar Emas Kelantan sekarang.

 
Gambar: Kijang Emas 1 Oz dan Dinar Emas Kelantan dikatakan sukar didapati sekarang.

 

Betul ker susah nak dapat?

Saya memerlukan respon pembaca semua. Jadi jika anda ada masalah mendapatkan emas-emas nie, sila kongsikan dengan pembaca lain di dalam blog ini. Sila letakkan komen anda.

Terima kasih.

.

Hadiah dari blog Jutawanemas PERCUMA!

Nak hadiah FREE preview ebook "Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas" sebanyak 105 mukasurat untuk anda?

Juga tips-tips pelaburan emas yang menguntungkan terus ke-email anda.

Anda cuma masukkan nama dan email anda ke dalam kotak di bawah.

Nanti hadiah anda akan sampai kat dalam email :)

Artikel berkaitan:

Related Posts

Put your related posts code here
  1. 159 Responses to “Beli emas sekarang! Harga tengah cantik :)”

  2. By ibnuadam on Sep 9, 2009 | Reply

    wmwz masih meneruskan misi penipuannya di seluruh malaysia….jadi berhati hati la saudara2…..info yg kita dapat dia menggunakan cara lain pulak…cuma emas tu memang topik utamanya…..satu kes kat johor…duit orang tua suami isteri nak buat gi ke mekah…habis disapunya…..kesian org tu tu….kerja sepanjang hayat simpan nak guna ibadah haji…last2 kena kebas kat mamak ni…kalau harap nak simpan balik, mati dulu la org tua ni….jadi apa yang perlu dibuat dan apa perlu yang patut dilakukan???

    reply: tak kiralah sapa-sapapun. sebagai orang Islam kita kena ingat. hidup kita 2 kali. mati sekali. hidup pada kali kedua tu kita akan dapat balasan. kalau ada iman di dada sudah pasti kita takkan berani nak menganiaya orang.

  3. By aro on Sep 9, 2009 | Reply

    assalamualaikum semua sedara seaqidah…,memang betul kata sedara admin.., ilmu tu sgt penting..sbb tu ayat quran pertama turun Allah suruh baca ( maksud utk dpt ilmu )..masalahnya kita melayu yg mengaku islam alergik bila dengar ilmu sbb malas berfikir. bila ada org promote apa2 pelaburan terus setuju, taknak selidik ke , studi dulu ke..nak semua mudah2.bila rugi mula nanar ( mcm pening lalat le kot ) cari salah org. saya kenal emas utk simpanan mula dgn dinar kel sejak thn 2007( dinar kel lancar 2006 ) tp pengalaman saya dgn blok ni start tengah jun.. baca dan nilai artikel, cuma beli emas ( wafer pb, pamp )utk simpan masa bulan ogos. sekarang ada le hampir 400gm, hajat nak sampai 1kg kalau boleh insya allah ! nak jual beli, belum lagi sbb rasa nak kumpul lagi ilmu. kpd saudara shukur, setiap perkara baik tu ada ujiannya! kalau satu dunia kata kamu salah tp Allah kata kamu betul. maka kamu tetap betul. Tp kalau satu dunia kata kamu betul, tp Allah kata kamu salah..maka kamu tetap salah…yg benar itu adalah daripd tuhanMu…Wassalam

    reply: Terima kasih atas ingatan :)

  4. By ibnuadam on Sep 11, 2009 | Reply

    Betul kata ARO…ilmu adalah penyuluh…jadi kita bukan sekadar perlu ilmu untuk beli jual emas saja…tapi kita kena tahu ilmu bagaimana Penipu boleh guna emas untuk menipu….kalau ada yang dah ada pengalaman citer ttg penipu ni, kita akan padat ilmu dan tak akan kena tipu…tapi kalau kita tak sebarkan taktik penipu …maka orang lain yang tak pernah hadapi benda ni akan mudah tertipu….yang ada ilmu pun ramai yang kena tipu…apatah lagi yang tak ada….tapi WMWZ ni memang licik org nya…kalau pertama kali jumpa boleh hanyut…dia ni BOSSorang munafik….

  5. By anakberanak on Oct 3, 2009 | Reply

    emmm….wmwz masih bergerak di kelantan….

    saya akan bagi tau cerita kat kamu…jgn risau…Allah maha adil …. jgn risau, dia tu tunggu masa je…kalau jumpa kat kelantan ni memang kami akan bantai dia sampai nyawa2 ikan…..tak la nak bunuh, tapi nak bagi dia insaf dan bertaubat….

  6. By baru nak jinak on Oct 8, 2009 | Reply

    aku terpesona dengan kenaikan emas semlam..pergh mencacak naik..kalu tau dah beli awal2 dah..

  7. By Anonymous on Oct 14, 2009 | Reply

    betul ke wmwz dah kena tahan kat lokap.kalau betul baguslah.

  8. By Abu Maruah on Oct 31, 2009 | Reply

    Salam! Sudah masuk jerat rupanya WMWZ, untuk makluman kami di Brunei juga dah terkena anggara Manusia Laknat ni, bukan sikit dia sapu duit org Brunei dengan topeng warak dan keislamannya, saya perhatikan dia ni GILA sebenarnya. Apa komen

  9. By zul404 on Nov 2, 2009 | Reply

    cik wam (semi-Q) tu penipu besar.lebih jahat dari YAHUDI. saya salah sorang mangsanya

  10. By gila emas on Nov 16, 2009 | Reply

    terima kASIH SAUDARA ADMIN kerana saudara mata saya sudah terbuka membeli emas .hari tu saya jumpa saudara kat public gold sunway masa saya beli emas kat situ. ingat tak saya masa tu saya bersama mak dan anak sekali..lepas tu masa saya dalam kereta..thanx u very much..JANGAN LAYAN ORANG JAHAT..

Post a Comment

*
syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat, selamat dan menguntungkan.

Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik sini)

Dari: Syukor Hashim, Admin Jutawanemas.com
SMS/Whatsapp me@ 013-2126999

Pesanan: Untuk mendapat artikel terbaru, anda boleh melanggan newsletter blog ini. ianya FREE! Masukkan e-mail anda di dalam kotak di bawah:

Langgan RSS

Dapatkan panduan PERCUMA tentang pelaburan emas! Klik gambar.


Dapatkan panduan PERCUMA pelaburan emas fizikal. Klik gambar.


Saya@TV9 interview: Pelaburan Emas

Saya@TV1 Interview: Potensi Pelaburan Emas




Facebook saya

Be MyFriend@Google+




Komen Pembaca