Inginkan ilmu pelaburan emas dengan pantas tanpa perlu membaca semua artikel di blog ini? Dapatkan ebook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas (klik sini)
 
Ebook

Dalam Apa Jua Situasi Ekonomi dan Politik, Menyimpan Emas Menguntungkan Anda.

Ditulis pada 7 April 2009 – 8:01 am | by syukor |


main1Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca sekalian? Saya berharap anda sihat walafiat.

Saya nie baru nak recover dari demam dan batuk.

Letih … so pembaca semua, tolong doakan saya sihat ok!

Harga emas turun banyak sekarang.
Dalam USD870 per Oz.

Jadi ini adalah masa terbaik untuk membeli emas :)

baiklah, untuk posting kali ini kita akan melihat peranan emas di dalam 2 situasi yang berbeza.

Yang pertama, ketika keadaan aman, seperti di Malaysia dan kedua ketika krisis ekonomi dan politik, seperti yang sedang berlaku di negara Zimbabwe.

Peranan emas ketika negara aman dan makmur.

Bagi kita rakyat Malaysia, apabila kita membeli  emas, biasanya ada 4 tujuan:

1. Sebagai penyimpan kekayaan (harga emas stabil/naik dalam jangkamasa panjang)
2. Sebagai pelaburan - untung beli ketika harga rendah, jual ketika harga tinggi
3. Sebagai barang kemas sebab nak nampak cantik.
4. Hantaran kahwin

Memandangkan kita berada di dalam keadaan yang sangat aman dan ekonomi yang stabil, tidak pernah terlintas di hati kita bahawa emas adalah penyelamat nyawa, duit ataupun penentu hidup atau mati betul tak?

Peranan emas ketika kegawatan ekonomi dan politik.

Di dalam keadaan kegawatan ekonomi atau politik, emas akan memainkan peranan utama sebagai medium pertukaran – atau wang. Ketika itu manusia tidak akan mempercayai wang kertas kerana wang kertas hanyalah – kertas! tak ada nilai.

Contoh yang paling mudah ialah apa yang berlaku di Negara Zimbabwe.

Ketika ini keadaan ekonomi dan politik Zimbabwe adalah tidak menentu. Kadar inflasi di Zimbabwe mencecah 5 sextillion peratus (ada 21 biji kosong)

 huge-inflation
5 ,000,000,000,000,000,000,000% inflasi. Pergh… teruk giler…

100-billion-dollar
Wang 100 billion Zimbabwean Dollar cuma boleh membeli 3 biji telur.

Pada tahun 1980, Zimbabwean Dollar mempunyai nilai yang lebih tinggi daripada USD, tetapi kerana pemerintah yang sesuka hati mencetak wang kertas, maka nilai wang negara Zimbabwe telah kehilangan nilainya (baca kat sini)

carry-money
Wang kertas Zimbabwe tak laku…

Kehidupan rakyat Zimbabwe.

Saudara saudari sekalian, dengan keadaan politik dan ekonomi yang tidak stabil kehidupan mereka sangat sukar. Wang kertas tidak ada nilai.

Jadi, bagaimana mereka meneruskan kehidupan? Apa yang mereka gunakan sebagai duit?

Jawapannya. Emas.

Untuk meneruskan kehidupan rakyat Zimbabwe terpaksa mendulang emas. Ini kerana emas diterima sebagai wang.

Anda mesti lihat video kat bawah nie… wajib tengok…

 

Kat sana, emas nie menentukan hidup atau mati. Kalau tak ada emas, maka tak boleh beli makanan – anda akan mati kebuluran. 

Roti, bijirin, minyak masak dan berbagai barangan keperluan dibeli menggunakan emas.

gold-for-bread
Nak beli roti nie? bayar dengan 0.1 gram emas

dont-remember
Wang kertas tak laku pun..

everything-they-want-gold
Segala keperluan dibeli menggunakan emas

without-03g-gold-you-wont-survive
Di Zimbabwe, tanpa emas anda tak boleh hidup.

because-hunger
Mereka mendulang emas untuk meneruskan kehidupan

starving
Rakyat Zimbabwe yang kelaparan… 3 hari tak makan

fighting-for-life1
Emas adalah penyambung kehidupan.

Kesimpulannya.

Walau apa jua keadaan ekonomi dan politik, orang yang menyimpan emas tetap akan untung. Bagi kita rakyat Malaysia, kita amat bertuah kerana negara kita aman, stabil dan makmur. Jadi kalau kita simpan emas ianya lebih kepada menyimpan kekayaan dan membuat pelaburan.

Kita tetap untung.

Dalam situasi yang politik dan ekonomi yang tidak stabil, emas akan menjadi penyelamat nyawa kita dan keluarga kita. Inilah yang akan menjadi wang nanti.

Jadi, dengan harga emas yang turun sekarang nie anda dah boleh beli emas. So apa tunggu lagi, mulakan simpanan emas anda sekarang! Jika berminat membeli emas Public Gold, anda boleh dapatkan disini (klik)

p/s: Jangan lupa melanggan newsletter jutawanemas.com -
anda akan menjadi orang pertama mendapat update daripada blog ini..
Kalau nak dapat lebih banyak ilmu sila kunjungi forum jutawanemas.
Banyak lagi ilmu pelaburan emas kat sana :)  

Related Posts

Put your related posts code here
  1. 41 Responses to “Dalam Apa Jua Situasi Ekonomi dan Politik, Menyimpan Emas Menguntungkan Anda.”

  2. By olass on Apr 7, 2009 | Reply

    Semoga tn admin cepat sembuh..baca post di atas blh membangkitkan keinsafan ttg kesusahan kehidupan di sesetengah tempat sehingga ada yg tk mkn slama 3 hari..selain itu menimbulkan kesedaran ttg apa perkara terburuk yg blh berlaku kpd wang kertas serta kesempatan yg blh kita ambil ketika peluang masih ada..

    reply: Terima kasih banyak-banyak olass kerana mendoakan saya.
    Well, wang kertas cuma sekeping kertas dengan nilai yang boleh dicetak. Mengapa perlu kita menyimpan kekayaan kita dalam bentuk kertas? nak cari penyakit? :)

    Dalam situasi apapun kita kena simpan emas..

  3. By meow on Apr 7, 2009 | Reply

    kita harus bersyukur negara kita tidak dilanda musibah sebegini. Lupakan hiburan, dan teruskan menuntut ilmu. Terlalu banyak hiburan yang melalaikan di luar sana, yang membuai indah masyarakat Melayu kita.

    -meow-

    reply: Ya, betul tu.. kita patut bersukur sebab kita aman. Hiburan yang terlalu banyak melalaikan kita…

  4. By dins on Apr 7, 2009 | Reply

    apalagi..simpanlah emas…

  5. By rizzmerr on Apr 7, 2009 | Reply

    ramai yg masih belum sedar diluar sana..ayuh bangkitkan gelombang kesedaran tentang emas…insyaAllah kita dibei rahmat dan balasan yg setimpal…..Allah yubarik fiq amin….

  6. By mamagirls on Apr 7, 2009 | Reply

    Tidak berapa lama dulu, saya disarankan oleh pihak bank untuk buat pinjaman beli ASB then saya cakap, sekarang ni, orang semua beli emas…

    Dia kata, emas ni kena cari pembeli tapi kalau ASB bila-bila boleh jual…

    Saya yang tak ada akaun ASB ni, cannot comment because I dont believe to make debt to invest (personal preference).

    Tapi tiba-tiba saya terfikir, kalau semua orang beli emas…adakah akan datang satu masa yang takde orang nak beli emas…..just a thought…

  7. By dian on Apr 7, 2009 | Reply

    apa keadaan ekonomi jatuh ke naik. emas sentiasa dipandng orang. kalau teori anda boleh dipakai mungkin kedai mas dah lama tutup. emas telah diperkatakan orang sejak beribu2222 tahun dulu.

    dapatkan gold bar dan dinar dari dian 0133422330

  8. By cendawanbusut on Apr 7, 2009 | Reply

    Betul la mamagirl… rasa takut pulok nak beli emas ni. Emas kalu di beli akan susut nilai apabila dijual. kedai emas tolak sampai 30%. Arrahnu pun kira murah bagi coin,wafer,jongkong etc. Barang kemas spt rantai rate arrahnu tinggi. Kalu beli coin,bar or wafer kena jual kat tempat kita beli br dpt harga tinggi. kalu tmpt yg kita beli tu tutup kedai terpaksa la jual kat kedai emas. kena la tolak 30%.

  9. By fifa on Apr 8, 2009 | Reply

    Beli ASB yg dijamin kerajaan atau beli emas yg mmg telah diakui seluruh dunia…dua2 ada baik buruknya.
    Kelebihan ASB
    -boleh beli dan jual dgn harga yg sama iaitu $1 saja harga sesaham… -boleh dianggap mcm simpanan biasa.
    -keuntungannya sesuai dgn saham yg risiko rendah agak berpatutan..sekitar 9% setahun. Masalahnya kena tunggu setahun baru dpt dividen.

    Kelebihan emas
    -untung boleh jadi lebih, boleh jadi kurang..kena tengok selalu harga pasaran emas. Untung juga boleh jadi cepat..boleh jadi lambat
    -boleh pajak waktu terdesak sbb ia logam yg bernilai
    -nilai yg tak berubah sama ada simpan sendiri atau bagi bank simpan mcm guna buku
    -kita dpt merasai pegang dinar emas mcm zaman dulu2
    -senang nak kira zakat sbb nisab zakat mmg ikut berat emas
    -lebih praktikal dlm Islam

  10. By Along on Apr 8, 2009 | Reply

    hmm..kalo bli emas n buat bodo (duduk diam@peram) je..dalam jangka masa 5 tahun insyaAllah profit..dah mmg emas ni untuk pelaburan jangka masa panjang..sy rasa xde istilah rugi..

    Katela kita beli bars kat kedai emas..then jual when dah lima tahun(sebagai contoh)..sekiranya harganya di tolak sehingga 20-25% pon..kite still untung dengan kenaikan harga emas purata dalam 20% setahun..20% x 5tahun =100% then tolak 25%(sebab jual balik) kite still ade 75% lagi keuntungan menyimpan emas setelah ditolak caj oleh pembeli..

    P.S:- Beli emas then duduk diammmmmmmmmmmmm je..
    P.P.S:-Watpe nak jual emas kite tu..selagi nyawa xsampai kat hidung simpan je..hehe..kalo xde duit pon kite still bole pajak..
    P.P.P.S:-Kalo pajak…emas tu still kite punye(kecuali kalo xtebus balik.lol).Kalo jual emas tu..ape yang kite ade..Renung2kan…Selamat Beramal…~~

    -Just My 1 Cent-

  11. By peruzz on Apr 8, 2009 | Reply

    nak tanye sket..
    kalo kite gadai emas ni ari ni.. kata la haraga 1oz ari ni rm3362
    masa nak tebus tuh.. kata la 5bulan lepas tuh.. harga die 3872 utk satu 1OZ..so.. kite kene bayo harga utk rm3872 tuh ke..

    saya budak baru belajar..

  12. By mami jarum on Apr 8, 2009 | Reply

    saya sokong cendawan busut. bila di congak, tambah,tolak,bahagi, darab adalah lebih baik simpan barang kemas. macam mami jarum. Kalu jemu pakai yg lama bleh tukar amik yg fesyen baru. rugi simpan emas selain barang kemas ni. nak jual balik pun susah. kena p jual kat ejen je. dibuatnya ejen tutup kedai terpaksa jual kat kedai emas juga.

  13. By Arif on Apr 8, 2009 | Reply

    Takutnya! Takkan sampai camtue skali! Kalau saya ada masuk pelaburan emas, bahaya x?

  14. By nasuha on Apr 8, 2009 | Reply

    peruzz…. klau gadai kat bank rakyat kita cuma dpt pinjaman 65% drpd nilai emas tu..
    kata la 1oz hrg rm3362..
    kite akan dpt cume lbh krg rm2187 je..
    pas tu bile kite nak tebus balik , kite cume byr duit yg kite pinjam tu je.. campur ngan upah simpan.. katalah 5 bulan.. upah simpan sebulan lbh krg 1% lbih..= rm22… maknenye klau 5 bln upah simpan
    rm110… jadi duit yg kite kena byr kat bank tu ialah rm2187 + rm110 =rm2297… (tapi klau salah hrp ada yg sudi memperbetulkannye k)…
    terime kasih… harap dapat membantu…

  15. By mami jarum on Apr 8, 2009 | Reply

    Arif masuk pelaburan apa? tak takut kena tipu ka? baik beli gelang n rantai utk anak bini dpd bagi sedekah kat sykt pelaburan emas tu. zaman skarang ni ramai org yg nak kaya cepat. sbb tu ramai penipu.

  16. By rizzmerr on Apr 8, 2009 | Reply

    ramai yg belum paham tentang emas dgn membuat definasi susut nilai….apa beza brang kemas dan emas coin,wafer etc…susut nilai yg diambil kira oleh kedai emas tu bleh juga disamakan dgn spread beza harga jual beli..ejen hanya org tengah…kena la banyakkan ilmu tntang emas ni…..

  17. By mamagirls on Apr 8, 2009 | Reply

    TQ for the responses.

    Saya tetap berpegang emas is the best investment….cuma bila ada orang cakap camtu susah nak jawab balik sebab ilmu tak penuh di dada.

    saya juga percaya yang tak rugi beli dinar emas, for many reasons that have been revealed by the blog owner.Personally I am not into the jewelleries (I mean not so obsessed like few others)

    p/s BTW…blog owner tak nak komen ke

  18. By Ust Rafidi on Apr 8, 2009 | Reply

    Berita panas hari ini. The Star

    Bank Negara akan menjual bon bernilai RM 5 billion dengan interest 5% setahun dan tempoh matang 3 tahun.
    Untuk orang Islam bon ini dijual dengan nama sukuk simpanan rakyat.

    Inflasi akan muncul !

  19. By fifa on Apr 8, 2009 | Reply

    Ust Rafidi…boleh tak cerita lebih lanjut pasal bon nie… saya x pandai dan tahu nak ambil faedah dari jualan bon nie..

  20. By faiz on Apr 8, 2009 | Reply

    hot ne…masih ada org yg ” goyang ” tak yakin dgn pelaburan emas..
    saya masih baru…masih mengkaji tentang pelaburan emas ne..
    masih memikir emas fizikal ke emas ” buku ” yg perlu di miliki…

    ust rafidi jual area utara kan..
    leh kot kalau nak try beli 1 dinar dulu….

  21. By Ust Rafidi on Apr 8, 2009 | Reply

    Apabila kerajaan hendak berbelanja defisit , belanja lebih dari pendapatan , dari mana nak cari duit.

    Keluarkan bon,
    1.Dapatkan dari rakyat melalui pembelian bon.
    2. Cetakan wang baru.

    Habis dari mana pulak nak dapatkan wang untuk bayar interest 5%.
    5% dari RM 50 billion banyak tu lebih kurang RM 2.5 billion
    Kena cetak duit baru le nampak nye.

    Lagi banyak duit baru, lagi barang naik .
    Inilah inflasi namanya !
    Nak lawan hanya dengan emas , bila berlaku inflasi emas pun turut naik. Simpan emas sahaja tak payah bon – bon bagi dekat James Bond sudah le !

  22. By fitflex on Apr 8, 2009 | Reply

    ooooo mybe sebab tu le ada cadangan penyimpan kwsp bley kuar interest dia.nak rakyat semua berbelanja lg.tapi ok gak nie.kita kuar kwsp,then beli emas….huhu

  23. By fifa on Apr 9, 2009 | Reply

    ooo..lagu tu ka? Sebelum nie saya ingatkan k’jaan kita cetak duit ikut simpanan emas yg kita ada. Makna dia…kita pun sama la dgn US yg cetak duit ikut suka. Tak begitu ke Ust?

  24. By Ghazaly on Apr 9, 2009 | Reply

    Simpanan emas kita terlalu sedikit, tak sampai pun 1% daripada jumlah keseluruhan. Kalau nak cek, sila bukak laman web BNM:

    http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=293

    Majoriti simpanan adalah “foreign currency reserve” dan sudah tentulah dalam USD. Tapi, kalau anda ada mengikuti berita ekonomi dunia sekarang ni, US mmg dlm situasi yang teruk dan tak lama lagi kemungkinan matawang USD akan susut teruk.

    p/s – tapi saya masih blom ada simpanan emas… bilalah nak ke Public Bank nih? hehehe

  25. By peruzz on Apr 10, 2009 | Reply

    tenkiu nasuha
    mula2 mmg pemahaman aku camtuh..juz bayo ape yg dibg pinjam + upa simpan..
    tp org keje kat arrahnu tu cakap lain lak.. confuse akuu..die cakap..kene bayo ikut harga semasa nnti..aduss laa..

  26. By cikjune on Apr 10, 2009 | Reply

    untuk pengetahuan mami jarum simpanlah barang kemas jenis apa pun , emas takde istilah rugi yer seperti pendapat mami jarum tu “rugi simpan emas selain barang kemas”…. malah appreciation lagi ada….. tak kira barang kemas bentuk apa sekali pun as long it is gold.. dan lagi satu kalau merujuk kepada kenyataan mami jarum tentang agen tutup kedai..tu kalau merujuk kepada agen2 Public Gold nampaknya mungkin mami jarum kena faham mendalam tentang ilmu emas…. sebab agen PG nie di beri ilmu pengetahuan macam mana nak jual emas dan macam mana nak buat keuntungan untuk long term… kalau ada agen yang tak nak ambik jual balik tu especially agen public gold silap besar ler tuuu boleh jual dekat ramai lagi agen PG lain yang ada nak buat profit…heheeheh saya pun boleh…..o16-227 3797…..

  27. By dangwangi on Apr 13, 2009 | Reply

    kebanyakan wanita sukakan barang kemas. ini adalah lumrah wanita. cuma saya rasa wanita bijak akan juga menyimpan emas utk investment seperti dinar, gold bar atau gia. kalau pakai brg kemas untuk hiasan aje tak per la. tukar2 fesyen bila jemu but definitely it’s not good for investment.

  28. By fifa on Apr 13, 2009 | Reply

    Utk berkongsi maklumat:
    Secara matematiknya, utk mendptkan keuntungan yg optimum antara membeli emas Public Gold dgn Public Dinar dgn mengira kos yg dikenakan, saya dapati priority pelaburan terbaik adalah spt berikut:
    1. PD – 10 dinar (terbaik)
    2. PG – 100gm
    3. PG – 1 kg
    4. PD – 5 dinar
    5. PG – 50gm
    6. PD – 1 dinar
    7. PG – 20gm

    Mengikut teori saya di mana pembeli PG akan dikenakan kos tambahan tetapi tidak pd PD spt yg diwar2kan pd website PG.
    Secara kesimpulannya, pihak syarikat Public mendapat untung yg lebih pd 1 dinar dan 20gm kerana mungkin dari kajian mereka, pembeli ramai yg mampu mendptkan emas pd nilai tersebut.
    Secara ringkasnya, sekiranya kita mempunyai wang sebanyak RM5000, lebih baik beli emas 10 dinar sekeping dari membeli emas PG 20gm dua keping.

  29. By fifa on Apr 13, 2009 | Reply

    Tetapi sekiranya PG tidak mengenakan kos pengangkutan, susunan keuntungan optimum adalah spt berikut:
    1. PD – 10 Dinar (terbaik)
    1. PG – 1 kg (terbaik)
    3. PG – 100gm
    4. PG – 50gm
    5. PD – 5 dinar
    6. PD – 1 dinar
    7. PG – 20gm

    Mungkin teori ini kurang tepat. sekadar berkongsi maklumat.

  30. By hijjazkasturi on Apr 14, 2009 | Reply

    a’kum..nak wat clearified..klu wat gadaian di ar rahnu..conpem tuan kena bayar jumlah gadaian + upah simpan..itu jer..tak da kena mengena dengan harga emas semasa apabila nak tebus.. kita bukan nak jual beli emas..kita nak gadai dan tebus ajer..ok..

  31. By cikjune on Apr 14, 2009 | Reply

    mami jarum tak leh compare kepuasan masing2….kalau mami jarum suka barang kemas pakai sampai ke siku, besar rantai kapal ker go ahead laaa…… asal bahagia, kalau sy pulak dapat miliki gold bar 100gm pun dah puas hati tak semestinya kena pakai barang kemas, apa pun simpan emas tetap untung… hatta kalau dah simpan bawah bantal bertahun lamanya pastu baru gadai atau jual balik…:)
    mcm pendapat gldsnpr tuuuu….

  32. By suasa on Apr 14, 2009 | Reply

    salam hijjazkasturi ! memang betul.. klu buat gadaian kat arrahnu kena bayar jumlah gadaian + upah simpan ….dan memang x der kena mengena dengan harga emas semasa ….. tapi bila digadai dan duit yang dapat itu dilaburkan balik kepada emas saya rasa long term akan beroleh keuntungan ……….cuma perlu sedikit kebijaksanaan dalam pelaburan emas ini…………
    wasalam…..

  33. By hafiz on Apr 14, 2009 | Reply

    Hmm Mami Jarum..kalau pakai barang perhiasan..nak menunjuk2 better tak payah..Tapi kalau berat emas mami jarum pakai tu melebihi 750g pun kene zakat..wah dasyat hampir sekilo tu pakai..

    Masya Allah..

  34. By Along on Apr 20, 2009 | Reply

    Oit..bedebat xajak aku..Cis!!
    Makcik den pon ado gak omeh pakai..omeh inbesmen pon ado..lagi best..yang pakai2..yang inbes2..
    esok dah sosak@nak tambah inbesmen..gadai yang inbes punyo omeh..yang pakai tu ado laie kat badan..
    kalo di diversify pon ok gak kan kwn2?
    kalo dah semuo poie kat omeh pakai..time gadai..dah xleh nak pakai dah..ilang seri sobab dah xdo lip lap lip lap….silap aribulan..dah la xdapek pakai sobab tongah gadai..nak jadi cerito omeh pakai tu pulak xdapek nak tebus..dah begolok bogadai apo yang ado..Opss..i’m sorryyyyy
    pado den la..semuo org suko omeh..tapi antaro pilihan masing2..yang suko kat omeh pakai..silola simpan..yang suko omeh inbesmen..simpan la jugak….mudah mudahan sonang komudian ari..

    P.S: Omeh inbesmen ado 99.9%.. Omeh pakai ado ko?lalalala…

  35. By nckc on Apr 21, 2009 | Reply

    kat mana nak dapatkan (beli) gold bar dan dimana nak disimpan adakah dibank tertentu????

  36. By cikjune on Apr 22, 2009 | Reply

    aler banyak agen Public Gold kat sini nckc, nak contact saya pun boleh 016-227 3797, nak beli kat agen terdekat pun boleh :) , nckc nak beli banyak mana? kalau stakat 100gm tu pepandai ler sorok kat umah… ehehehe… takde ler beso mana 100gm tu tak lebih dari tapak tangan pun….

  37. By eye on May 1, 2009 | Reply

    huhuhu…bila baca balik komen2 kek sini..rasa nk togolak pon ada ngan pendapat mami jarum…
    hadoiii…mami jarum mmg lawak la….& hebat gak mempertahankan pendapat beliau..

  38. By sam on May 4, 2009 | Reply

    Alahai.. simpan jolah omeh tuu x akan susut nilainyo..
    turun naik argo biasolah tuuu..

    simpan lamo2 br laa inbesmnen namonyo..
    klu takat nak untung copat x payah loo nyimpan omeh…

    antara omeh pakai ngan omeh jongkong den suko laiii omeh jongkong.. pakcik kayoooo!!!

  39. By pokli on May 17, 2009 | Reply

    kesimpulannya…..baik anda melabur daripada tidak berbuat apa2…mensia-siakan umur muda….bila dah tua…nak harapkan duit KWSP pun bukan banyak……pencen utk kerja gomen jer…so..baik melabur masa muda…tak kira la nak beli barang kemas ker…public gold ker…dinar kelantan ker….dinar public gold ker…GIA ker…UOB gold coin ker…janji apa yg tuan tanah nak share menggalakkan kita melabur dalam EMAS…..kan kan kan?……….betul tak ipin?…….kalau nak belajar cara melabur…..masuk jer blog saya….http://pokli77.blogspot.com

  40. By zuhairy on Aug 23, 2009 | Reply

    salam semua………selamat berpuasa kepada semua pelawat cam saya ni.. saya pun tertarik gak ngan blog ni dan dah beli pun minima 20 gram….GIA Public Bank dgn harga rm 109.18 se gram……..nak tya kepada ssiapa yg tau…harga ni dikira tinggi ke atu camner erkkkkkkkkkkkk………..

    reply: Hehehe.. baguslah kalau dah start buat pelaburan emas. takper kalau harga tinggi sket.. tunggu ajerlah…

  1. 2 Trackback(s)

  2. Jul 15, 2009: Jongkong emas hafizjewel , beli atau tukar dengan item anda | Hafizjewel.com
  3. Oct 7, 2009: Trade in emas 916 kepada kepada emas 999 di Hafizjewel | Hafizjewel.com

You must be logged in to post a comment.

syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat dan selamat.

Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik)

Langgan RSS

Public_Gold Senarai agen Public Gold & Public Dinar publicdinar.com
Emas-Emas Yang Hilang Peluang berniaga emas Pakar Ebook