Forum Jutawanemas

Harga emas akan naik bermula Ogos ini?

Written on 4 August 2008 – 10:50 am | by syukor |

Salam sejahtera,

ramai yang masih menunggu ilham dan masa yang tepat untuk membeli emas. Jadi di sini saya kongsikan analisis pergerakan harga emas dan ramalan pergerakan harga emas. Mungkin ini dapat membantu anda untuk mengenalpasti masa terbaik untuk membeli emas :)

.
Untuk tujuan ini saya telah merujuk kepada artikel daripada laman web www.usagold.com . Pemilik laman web ini ialah Michael J. Kosares

Beliau merupakan penulis buku The ABCs of Gold Investing: How to Protect and Build Your Wealth with Gold“. Saya sendiri membeli dan membaca buku ini.

Bagi beliau, masa terbaik untuk membeli emas ialah daripada bulan Jun dan Julai.
Anda boleh baca artikel berkenaan di http://www.usagold.com/analysis/doldrums-2008.html

Namun bagi saya pula masa terbaik ialah pada awal bulan Ogos (iaitu sekarang).
Saya ada buat analisis saya yang tersendiri.

Mari kita lihat sejarah harga emas daripada tahun 2000 sehingga 2007.

Garisan merah menegak mewakili bulan Ogos
Garisan merah mendatar menunjukkan pergerakan harga daripada Ogos sehingga Disember.

Graf di bawah: Carta harga emas dari tahun 2001 sehingga 2008

 

Daripada graf harga emas sepanjang 7 tahun ini, boleh dikatakan harga akan mula naik dari Ogos sehingga hujung tahun.

Jadi sekarang adalah masa terbaik untuk membeli emas.

Semoga anda kini mendapat ilham.

Ok, saya nak buat survey… penglibatan anda diperlukan :)

Survey: Selepas baca artikel nie saya rasa...

View Results

Loading ... Loading ...

 

Disclaimer: Ini adalah ramalan sahaja berdasarkan maklumat lepas.
Ia tidak menjamin prestasi harga emas pada masa hadapan.
Ini sekadar analisis berpandukan sejarah harga emas.

Bacaan berkaitan:

1. Membeli emas di kedai Emas
2. Membeli wang syiling Kijang Emas di Maybank
3. Membeli Emas fizikal di UOB Bank
4. Simpanan Gold Saving Passbook di maybank dan Public bank
5. Membeli Dinar/Dinar emas Kelantan
6. Membeli syiling emas/gold bar Public Fine Gold.

Related Posts

Put your related posts code here
  1. 26 Responses to “Harga emas akan naik bermula Ogos ini?”

  2. By geo_metrik on Aug 5, 2008 | Reply

    Satu usaha yang boleh menafaatkan pelabur, terima kasih diatas usaha saudara. Adakah unsur-unsur lain yang meyokong analisa tersebut? Adakah peredaran harga emas ada kaitan dengan pencapaian tahun-tahun lepas? Bagaimana dengan suasana ekonomi sekarang mempengaruhi harga emas, seperti kenaikan harga minyak, inflasi?
    Terima kasih sekali lagi diatas info yang sangat berguna yang dibekalkan.

  3. By nikku on Aug 10, 2008 | Reply

    bestnya! nikku memang cari untuk melabur emas nih dah nak masuk 4 bulan dahh!!! Actually tengah kumpul duit untuk invest for the right time. On 8 August 2008 lepas, harga emas kat PBnk RM94. Kira oklah kan?

    reply: Mestilah ok :)

  4. By afham on Aug 17, 2008 | Reply

    baru melawat blog nie..
    rase tertarik dengan investment nie..

  5. By miskin nak kaya on Aug 18, 2008 | Reply

    baru dengar cerita tentang investment emas ni, memang menarik dan tertarik tapi duit untuk beli emas x ada, macamana kalau buat loan di bank? adakah keuntungan investment ni masih dapat lagi tampung interest loan tu? Kalau nak buat loan, loan apa yang sesuai? Personal loan ke?

  6. By miskin nak kaya on Aug 18, 2008 | Reply

    saya ada dengar cerita dari kawan yang dia ada buat investment emas ni, beli emas dan kemudian simpan dibank, bulan2 dapat faedah..betul ke?

  7. By fiq on Aug 18, 2008 | Reply

    salam miskin nak kaya…

    beli emas tak menjanji apa-apa keuntungan tetap bulanan
    yang ada hanyalah caj simpanan yang dikenakan oleh pihak bank sebagai sewa/insuran kita letak emas di tempat mereka.
    emas tak menjamin kita akan mendapat keuntungan, emas ada pasang surutnya, dan sekarang ni emas menunjukkan trend menurun cuma tak tau sampai bila.

    mungkin kawan mnk kata pasal skim yang dioffer oleh kompeni swasta etika emas

  8. By cikepong on Aug 23, 2008 | Reply

    harga emas akan turun 50% dari pada harga puncak yang paling tinggi dan akan pergi sehingga 200% pada masa hadapan….akan cecah USD 20000 per ounce pada masa mendatang.

    reply: Nie rujuk kat mana nie cikepong?

  9. By cikepong on Aug 23, 2008 | Reply

    sekarang ni mungkin aka turu cech 600-500…lepas tu mencanak naik ebih dari 1100.

  10. By cikgu eko on Aug 24, 2008 | Reply

    salam , admin saya nak tanya tentang IHI (Islamic Hybrid Instrument) ada
    sapa yang tahu sistem dan jumlah berapa yang harus kita melabur…ia pun macam berkaitan dengan pelaburan emas jugak.

    reply: Sorry saya tak tahu pasal IHI nie.

  11. By Bollok on Aug 24, 2008 | Reply

    Biar betul analisis ko cikepong…USD 20000 ??? kalau yg turun 600-500 tu aku setuju dan naik balik ke 1100 lebih pon aku setuju…tp 20000 tu aku taktau nak kata apa….hehehehe…maybe leh sampai tp masa kita dah takde kot…hehehehe

  12. By satu on Aug 29, 2008 | Reply

    thnx admin…lps dpt pndedahan dr blog ni,,eden draw eden pnya asb dn dah beli 1 oz kijang emas dgn hrga RM2963..ingat nk tmbah plaburan tiap2 bulan..apa pndapat admin?atau saya kn tunggu masa yg sesuai utk beli bebanyak skit…

    reply: Tahniah, sy pun withdraw ASB jugak utk beli Kijang Emas 1 Oz. Untuk jangkamasa panjang harga Kijang Emas naik lebih banyak berbanding pulangan ASB.

    Tentang beli emas nie, tak perlu tunggu masa sesuai. Ada duit beli ajer… bukan apa, stok terhad. kalau harga rendah tapi takder stok pun susah kita juga betul tak?

  13. By ahba on Sep 2, 2008 | Reply

    satu, apa lagi nak tunggu. emqs dijangka akan naik lagi. hari ni kijang 2943, apa lagi…!

  14. By kuantan on Sep 6, 2008 | Reply

    salam…saye ade RM 1ribu je….mmm yang mane lebih baik dan untung, utk beli emas….kijang emas or dinar emas kelantan? boleh beri cadangan tak?

    reply: Saya cadangkan beli dinar emas kelantan. Tapi kalau susah nak beli saudara buka akaun gold saving Maybank (sbb modal 1 ribu).

  15. By Ann on Sep 9, 2008 | Reply

    betui ker harga emas semasa ni dipengaruhi oleh harga minyak yek?? kalau harga minyak turun nampak cam harga mas turun jugak.. apa komen admin??

    reply: Sebenarnya hampir keseluruhan komoditi dunia diniagakan dalam USD. Jadi apabila USD lemah (menurun) maka harga komoditi akan naik. Sebab itu minyak dan emas naik bersama, turun pun bersama.

  16. By anie suhanah on Sep 9, 2008 | Reply

    akum ,,,

    pertanyaan: ada kah boleh membeli dan menjual secara online di public bank bagi pemegang buku pelaburan emas ???? jika boleh , bagaimanakah caranya?

    reply: Saudara fiq dah tolong jawab kat bawah sana.

  17. By fiq on Sep 9, 2008 | Reply

    buat ms ni transaksi PB gold investment acc hanya boleh dilakukan di kaunter shj

    reply: Terima kasih atas makluman :)

  18. By amirul on Sep 10, 2008 | Reply

    saya sagt berminat nak bermula membuat pelaburan emas..

    tolong bagitau detail sket camna saya nak start..

    bole email saya di nazri.amirul@gmail.com

    harap send cepat selagi duit masih ada heheh

    reply : Semua info pelaburan emas ada kat blog nie. Baca jer.

  19. By mak on Oct 15, 2008 | Reply

    saya baru nak mula invest in gold. saudara kata lbh baik beli gold bar dari barang kemas. kalau gold bar susah nk dpt, boleh beli barang kemas 916 tu? at least gold jugak no matter pasaran camne duit kita tak cair dan selamat kat situ. betul tak pendapat ni?

    reply: Gold bar dan gold coin tak susah nak dapat. Cari jer.. mesti dapat.
    Barang kemas 916 tak sesuai untuk pelaburan. kalau nak pakai ok la…
    So, kalau betul-betul nak invest in gold. Ikhtiarkan cari gold coin, gold bar atau dinar emas.

  20. By mat future on Oct 17, 2008 | Reply

    assalamualaikum….

    saya dah beli kijang emas n berminat ngan public bank gold passbook, tetapi apa hukumnya, sbb emas tu kita tak dapat? setahu saya kalau jual beli macam ni ia jadi gharar, tambah pulak public bank kat laman webnya kata emas fizikal tak boleh dapat buat masa ni. Setau saya jadi gharar bila tidak ditentukan yang mana satu emas kita punya. Boleh tak sesapa bantu saya hurai masalah ni? kalau jelas halal esok gak saya nak pi beli sbb lebih selamat? please help me………

    reply: Saya tak tahu tentang hal ini. In fact dalam forum pun ada dibincangkan perkara ini. Kalau ragu-ragu, better beli emas fizikal. senang.
    Dulu Public Bank GIA offer utk keluarkan emas fizikal. Saya masih ada lagi dokumen tu, tapi skarang nie dalam website diorang dah stop offer keluarkan emas fizikal.

  21. By mat future on Oct 20, 2008 | Reply

    betul tu, saya pun setuju…camna penurunan harga emas sekarang ni? adakah terdapat ramalan ia akan turun lagi? sebab lebih untung kalau beli pada masa rendah? kalau ia terus turun, ada tak apa-apa faktor yang mempengaruhinya?

  22. By mama on Sep 9, 2009 | Reply

    Salam cikgukecik, mama nak tanya adakah emas tu 3kg 1 transasit. Itu kena minta tolong dengan saudagar2 emas tapi kena berilah percent sikit, tapi kalau beberapa transasit agak mudah diselesaikan……
    Jangan jual keluarkan dr br dan masukkan semula cikgukecik ambilah untungnya….. sbb harga emas tgh naik nie…..

  23. By krian on Jan 25, 2010 | Reply

    lau sy wat pelaburan emas waktu sekarang sesuai atau tak???

    atau maybe tak sesuai ker kerna mungkin nilai emas akan sedikit menjunam???

    plzzzzzzzzzzzzzzzz………….. tolongla suggest kan!!!!!!!!!!!!!!!

  24. By sham on Jan 25, 2010 | Reply

    basicly jual beli yang menguntungkan adalah beli ketika harga rendah dan jual harga tinggi.
    Di dalam pergerakan emas sekarang kelihatan tengah rendah, so ianya amat sesuai untuk di beli.
    Maybe naik pada raya cina huallahualam.
    X pasti sama ada ianya akan terus menjunam atau tetiba terus naik.
    Untuk diversity beli sikit-sikit, dan lihat harga emas dan beli.

  25. By Zam on Jan 26, 2010 | Reply

    Assalamualaikum,

    Untuk Tuan krian buat masa ini emas diketegorikan sebagai tinggi .Tetapi masih berpotensi untuk harga emas ini terus meningkat naik dalam waktu terdekat ini masih ada. Cadangan untuk pelabur2 kecil-kecil, kalau nak dapat untung dari kenaikkan harga dan untuk tujuan jangka panjang elok di tunggu sehingga harga murah sikit dari yang ada sekarang ini.Tapi tak pasti la bila harga emas ini akan turun harga akibat dari kesan pembetulan teknikal dari kesan aktiviti jual beli dalam pasaran emas. Kalau dah tak sabar juga, beli sekarang pun boleh kemudian tunggu.

    Tetapi untuk keadaan macam sekarang ini kalau nak beli emas elok dimulakan dengan yang paling sedikit terlebih dahulu.Bila harga emas dipasaran turun sikit akibat aktiviti tawar-menawar di pasaran baru buat pembelian susulan dan begitulah seterusnya.

    Yang penting harga emas akan terus meningkat dari semasa ke semasa.jadi tak perlu bimbang dengan susut nilai yang berlaku.Itu semua perkara biasa apabila ada penawaran dan permintaan.

    Harap mambantu

  26. By aman on Jan 26, 2010 | Reply

    konsep asas dlm pelaburan.
    beli ketika semua org jual,
    jual ketika semua org beli.

    masalah kita ialah beli masa semua org beli(harga tengah melambung- berhutang plak tue),
    dan terpaksa jual masa org semua tengah panik menjual.

  1. 1 Trackback(s)

  2. Sep 6, 2008: Jutawanemas.com - Pelaburan emas di Malaysia: beli emas, etika emas, kijang emas, dinar emas, gold saving, gold saving passbook. » Blog Archive » Beli emas sekarang! Harga tengah cantik :)

Post a Comment

syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat dan selamat.

Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik)

Langgan RSS

Public_Gold blogging to bank publicdinar.com
Emas-Emas Yang Hilang Peluang berniaga emas Follow me at twitter