Ebook

Isu-isu berkenaan skim cepat kaya dan skim pelaburan emas

Ditulis pada 27 July 2009 – 2:05 am | by syukor |


isu_skim_pelaburan_emasAssalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca sekalian? saya doakan anda semua sihat ceria dan bahagia adanya…

Saya kat sini sibuk memanjang. Maklumlah baru dapat baby.. so asyik main ngan baby ajer sekarang nie..

Baiklah, untuk posting kali ini saya ingin menyentuh satu isu yang agak sensasi iaitu skim cepat kaya dan skim pelaburan emas yang disiasat pihak berkuasa.

Sejak dari bulan Jun 2009 saya dapati banyak syarikat yang disyaki menawarkan skim-skim pelaburan telah diserbu oleh Bank Negara Malaysia.

Syarikat-syarikat yang menawarkan skim pelaburan emas pun turut diserbu dan disiasat.

Mula-mula sekali Bestino Group (17 Jun 2009)
Kemudian Etika Emas Estet dan Genneva Sdn. Bhd (21 Julai 2009)

tn_bestino
Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti menyerbu Bestino Group

etika_emas_dan_genneva__kena_siasat
Etika Emas Estet dan Genneva dalam siasatan Bank Negara Malaysia.

Public Gold pula telah mengeluarkan notis kenyataan amaran dan menafikan penglibatan dengan sebarang aktiviti skim pelaburan emas.

Mereka cuma menjalankan perniagaan membeli dan menjual emas fizikal pada harga antarabangsa (klik sini). 

Laporan akhbar berkenaan skim cepat kaya.

The Star 13 Julai 2009 telah menyiarkan laporan khas berkenaan skim cepat kaya.

Laporan berkenaan menunjukkan pelabur-pelabur Malaysia telah kehilangan sejumlah RM845 juta  di dalam skim-skim cepat kaya.

Pergh! banyak tu.

tn_the_star
RM845  juta wang pelabur hangus di dalam skim cepat kaya.

Di dalam laporan tersebut, wartawan The Star cuba membongkar modus operasi syarikat-syarikat skim cepat kaya.

Antaranya ialah pelaburan sarang burung layang-layang, keahlian restoran dan pelaburan emas.

tn_skim_pelaburan_emas
Laporan The Star – Skim pelaburan emas yang diragui kesahihannya.

Mengapa orang berminat melabur dalam skim cepat kaya?

Bagi saya faktor yang menyebabkan orang ramai terjerumus dengan skim cepat kaya nie ada 2:

1. Nak cepat untung
2. Kurang ilmu

Nak cepat untung - Sebab nak untung cepat, nak kaya cepat… semua nak cepat.

Kurang ilmu -Bila kurang ilmu maka kita akan senang ditipu dan digula-gulakan. Tapi kalau kita ada ilmu, insyaAllah ilmu tersebut akan menjaga kita dari terjerumus ke dalam skim-skim cepat kaya nie.

Jadi, untuk mengelakkan daripada terpedaya, maka jangan tamak dan kena cari ilmu dulu.

warren_buffett

Apabila bercakap tentang ilmu pelaburan saya suka merujuk kata-kata daripada Warren Buffett (gambar).

Beliau adalah salah seorang pelabur terulung di dunia.

Dari segi kekayaan, beliau merupakan orang kedua terkaya di dunia.

Beliau pernah menyebut:

“Risk comes from not knowing what you’re doing” (Risiko datang bila anda tidak tahu apa yang anda lakukan)

Jika anda tak tahu apa yang anda buat maka anda menanggung risiko.

 

Tips: Bagaimana mengelakkan diri dari skim-skim pelaburan yang berisiko.

Saya pernah menulis artikel berkenaan  menulis artikel berkenaan pelaburan emas sebenar, skim pelaburan emas dan juga skim cepat kaya pada 9 Januari 2009.

Anda boleh membacanya disini (klik sini)

Saya ada berikan panduan sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan emas.

1.Semak maklumat pendaftaran syarikat di Suruhanjaya Syarikat malaysia.
   Pastikan aktiviti syarikat adalah berkaitan aktiviti membeli dan menjual emas.
   anda boleh membeli profil syarikat di laman web SSM http://www.ssm.com.my/
   Biasanya, ini adalah perkara pertama yang saya akan lakukan.

2. Cuba lawati forum-forum terkemuka seperti www.carigold.com
  dan www.nogold.com. Tengok perbincangan mengenai skim-skim pelaburan disitu.

3. Sarch dalam Google – www.google.com  maklumat syarikat tersebut.

Bagaimana mendapatkan maklumat pendaftaran syarikat?

Mudah sahaja.

1. Mula-mula pergi ke laman web Suruhanjaya Syarikat Malaysia
   di http://www.ssm.com.my/

2. Klik carian nama dan pembelian profil syarikat. Then masukkan nama syarikat.
    Harga setiap satu profil syarikat ialah RM15.

Biasanya saya beli pakai kad kredit.

company_profile

3. Bila dah dapat profil syarikat maka anda boleh membaca dan mengenalpasti
    maklumat-maklumat yang kritikal.

    Antaranya:

1. Jenis perniagaan
2. Pengarah syarikat
3. Laporan kewangan

Saya sendiri menggunakan kaedah ini bagi menyelidik latar belakang sesebuah syarikat.

list_company_profile
Sebahagian profil syarikat pelaburan emas yang saya beli dari SSM

Kadang-kadang anda dapat melihat maklumat yang meragukan, contohnya ada syarikat pelaburan emas yang status perniagaannya dormant (tidak aktif!) ataupun sebenarnya tidak terlibat di dalam perniagaan emas langsung.

dormant
Jenis perniagaan: Dorman (tidak aktif)

tn_nature_of_business
Kekadang tu jenis perniagaan takder kena mengena dengan emas pun.

laporan_kewangan
Ada syarikat pelaburan emas yang rugi.

Bagi saya, jika ada sebarang keraguan terhadap profil syarikat pelaburan emas ini, maka elakkan melabur di di dalam skim-skim yang ditawarkan oleh syarikat ini.

Ini boleh menyelamatkan anda dari berputih mata.

Macam kes pelaburan emas di bawah nie. Pelaburan syiling Kijang Emas konon.

Tapi akhirnya songlap duit pelabur (Harian Metro 3/1/2009)


Kisah pelabur tertipu -klik untuk besarkan.

Saya telah melabur dan sekarang menghadapi masalah, bagaimana nak buat?

Jika anda merupakan pelabur di dalam skim-skim ini dan menghadapi masalah, especially bagi kes-kes Ar-Rahnu dan risau kerugian besar jika kena emas anda kena lelong,  sila hubungi saya melalui contact form ini (klik sini).

InsyaAllah saya akan berikan panduan menyelesaikan masalah anda.

Nyatakan bilangan gold bar yang dipajak, harga belian dan tarikh tamat kontrak pajakan.

Memandangkan setiap kes tak sama, jadi penyelesaian masalah setiap orang akan berbeza-beza.

Kesimpulan:

1. Skim cepat kaya akan terus wujud. Dulu kini dan selamanya. So, berhati-hati.

2. Sifat tamak dan tiada ilmu boleh mengundang padah kepada pelabur.
   Justeru carilah ilmu sebanyak mungkin sebelum terlibat dengan sesuatu pelaburan.

3. Cuba siasat dan fahami kenapa syarikat boleh menawarkan pulangan yang tinggi
   kepada pelabur. Jika anda kurang faham dan was-was dengan modus operasi
   syarikat, lebih baik tinggalkan awal-awal berbanding menyesal di kemudian hari.

4. Jika anda sudah melabur dan menghadapi masalah, especially kes Ar-Rahnu
  Anda boleh menghubungi saya. Saya akan analisa situasi anda dan cuba berikan
  panduan untuk menyelesaikan masalah anda. Hubungi saya dengan menggunakan
  contact form (klik sini).

5. Pelaburan emas nie sebenarnya amat menguntungkan jika kena cara dan
   tekniknya. Jadi rajin-rajinlah membaca maklumat pelaburan emas di blog nie.

6. InsyaAllah saya akan keluarkan ebook berkenaan pelaburan emas. InsyaAllah akan
   disiapkan pada bulan hadapan :)

Mari berkongsi pengalaman.

Jika anda ada sebarang pengalaman terlibat dengan skim pelaburan emas yang telah gagal, apa kata anda kongsikan maklumat tersebut disini.

Pengalaman anda akan membantu orang lain agar berhati-hati dan berwaspada.

Juga, jangan lupa melanggan newsletter jutawanemas. Anda akan menjadi orang pertama mendapat update daripada blog ini.

Ok then, selamat membuat pelaburan emas.

Hadiah dari blog Jutawanemas PERCUMA!

Nak hadiah FREE preview ebook "Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas" sebanyak 94 mukasurat untuk anda?

Juga tips-tips pelaburan emas yang menguntungkan terus ke-email anda.

Anda cuma masukkan nama dan email anda ke dalam kotak di bawah.

Nanti hadiah anda akan sampai kat dalam email :)

Related Posts

Put your related posts code here
  1. 36 Responses to “Isu-isu berkenaan skim cepat kaya dan skim pelaburan emas”

  2. By olass on Jul 27, 2009 | Reply

    A.kum admin..tgh timang baby ke tu..hehe..nk tanye, tk silap sy ada satu skim yg admin join satu ketika dulu kan..so apa cerita ye..

    reply: hehehe.. haah.. main baby kecik :)

    saya join etika emas tahun lepas. dah lama stop dah…

  3. By rizzmerr on Jul 27, 2009 | Reply

    ni la risiko yg kena ambil..apa tindakan pada risiko jika terjadi….walau apa pun emas tetap beri keuntungan….mungkin perlu jangka masa yg panjang..setahun atau lebih… mcm kes arrahnu ni kena study dari tarikh dan nilai marhun mcm admin kata….jgn terburu2 amik keputusan yg boleh merugikan…

    reply: Betul tu rizzmerr.

  4. By izwanikasim on Jul 28, 2009 | Reply

    tima kasih atas perkongsian mklumat ni..saya org baru dlm plaburn emas ni…apapun sejak saya dpt tau ttg website ni stiap hari saya jengok ke sini utk dptkn mklumat2 baru…saya alu-alukn kalau en shukor nak tulis ebook ttg plaburan emas…ebook tu e. shukor nak jual ka???saya yakin mklumat tu tentu sangat bermanfaat…kalau nak jual,kasi diskaun la sikit kat kami..hehehehehe…

    reply: terima kasih atas sokongan. semoga ilmu yang saya kongsikan disini memberikan manfaat kepada semua orang. Pasal ebook tu. saya cadang nak keluarkan dalam 2 bentuk. free edition dan advance edition. Harga murah aja… kalau ada rezeki saya nak keluarkan buku fizikal pasal pelaburan emas.

  5. By cdanhash on Jul 28, 2009 | Reply

    Salam admin,

    Walau pun saya juga baru dalam arena emas ini, tetapi syukurlah kerana tidak terpengaruh dengan SEKIM2 ni

    reply: Baguslah kalau tak terlibat. Apapun kita kena selidik betul-betul sebelum join mana-mana pelaburan. kalau tidak hanguslah duit kita.

  6. By jamallulai on Jul 28, 2009 | Reply

    askum admin,

    Dari awal penglibatan saya dengan emas ni,skim2 begini amat meragukan. beli emas 13000, gadai bagi kat syarikat 8000, aduh syarikat dah dapat 21000, kita dapat 300 sebulan. sedang emas tu kita boleh dapat dalam purata 11300 sahaja.

    tuan admin bila nak post anugerah juara emas musim 2#?

    reply: Baguslah kalau saudara jamallulai boleh nampak situasi tersebut. At least ia membantu saudara membuat keputusan terbaik.

    Anugerah juara emas akan dibuat nanti :)

  7. By muhamsa on Jul 28, 2009 | Reply

    Salam,

    Saya pun naik hairan dengan sikap orang kita kerana biasanya yang terkena dengan skim ini adalah mereka yang liat dan cukup payah "to part with their money" bila ditunjukkan program yang sahih tapi mengabaikannya kerana tidak meyakininya, tetapi senang mudah pula melepaskan wang mereka dengan skim sebegini.

    reply: hmm.. bila datang bab untung cepat, ramai yang akan kelabu mata. tapi kita kena ada ilmu sebelum buat apa-apa pun.. itu yang terbaik.

  8. By noor on Jul 28, 2009 | Reply

    Assalamualaikum en syukor…

    1st — tahniah dpt baby baru…semoga lagi brtambah rezeki dr ALLAH SWT….

    Saya harap en syukor segerakan untuk keluarkan buku fizikal ttg pelaburan emas ni… moga berjaya…

    reply: InsyaAllah, saya akan keluarkan ebook dulu, then baru akan keluarkan buku fizikal. buku fizikal nie prosesnya panjang dan modal tinggi.

    Tu la.. orang melayu kite ni kan.. dngar je skim pelaburan yg bleh bagi kaya cepat… laju je nak masuk tanpa selidik dan usul periksa dulu…mungkin pd awalnya ok je…pas2 dah lama2 nah..ambik ngkau… habis lingkup… menyesal x sudah…habis duit mcm tu je kan… kesian orang kite…

    tapi tak pe .. apa yg dah brlaku tu jadikan iktibar…di masa2 akan dtg jangan terperangkap lagi……. insyaALLAH..

    reply: Well, betul tu.. cuma kita kena ada ilmu. kalau tidak mudah kena tipu. apapun, belajar dari kesilapan.

  9. By fitflex on Jul 28, 2009 | Reply

    standard le skim cepat kaya ni.

    dan pg pun cepat kuar notis x terlibat dgn etika.

    dan lepas etika kena ban baru nak kuar posting kat jutawan emas ni pasal skim cepat kaya.

    kenapa dari awal dulu lg x posting je yg etika tu skim cepat kaya???

    ini sedikit sebanyak menjejaskan org yg buat bisnes emas secara betul…

    reply: saya dah tulis artikel pada 9 januari 2009 (dah setengah tahun dah). Lagi satu, saya tak boleh buat tuduhan kepada mana-mana syarikat bahawa ia adalah skim cepat kaya. syarikat2 nie pun baru dalam siasatan. Cuma mahkamah aje yang boleh buat keputusan. Saya cuma boleh berikan panduan sahaja.

  10. By Ust Rafidi on Jul 29, 2009 | Reply

    Tak ramai yang bertanya adakah skim – skim hibah bulanan menepati syariah atau tidak. Ada yang berselindung nama disebalik hadiah dan sebagainya. Emas bukannya pelaburan, ia adalah matawang. Pelaburan ialah perniagaan yang mendapat keuntungan. Zaman nabi dan kegemilangan Islam dahulu, emas tidak dijadikan pelaburan sebab exchange antara emas dengan emas jika ada lebihan dan penangguhan adalah riba. Riba al fadl (lebihan) dan irba an nasi'ah (penangguhan ). Cara yg paling selamat , berniagalah apa pun tapi simpan sebahagian aset anda dalam emas. Supaya kita tidak terjerut dalam inflasi.

    reply: Terima kasih Ustaz Rafidi atas pandangan.

  11. By safar on Jul 29, 2009 | Reply

    bab-bab melabur ni.kalau tiada ilmu saya tidak sertai.biasalah tu bukan senang nak sertai benda yang tidak tahu menahu tentang satu perkara pun.

    ada orang kata melabur tu menguntungkan.tetapi bila rugi nak salah diri sendiri.salahkan orang yang mengesorkan.apa-apa tiada ilmu jangan cuba.

    pastikan ilmu cukup.

    reply: Ya, betul tu.. ilmu kena ada. kalau tidak kita jadi mangsa.

  12. By ust awg hat on Jul 29, 2009 | Reply

    tahniah sifu dapat baby.. moga panjang umur.. murah rezeki emas ..berganda-ganda anak cucu..

    reply: Terima kasih ustaz :)

  13. By nak tau nie on Jul 29, 2009 | Reply

    en shukor…..penah tak melabur dlm mygold2u….

    ok tak skim pelaburan emas drp mygold2u???

    reply: saya tak per nah join dan saya tak recommend langsung.

  14. By Abg Foto on Jul 30, 2009 | Reply

    Tq en. syukor kerana bkongsi ilmu, moga sama2 kta manfaat'n ilmu yg dkongsi.

    Bab skim cpt kaya nie kta jgn mdabik dada dgn mgatakan yg kta xkan tlibat, modul operasi diorg dtg dgn pelbagai rupa & tawaran yg hebat2 tmasuk la mgunakan al-Quran & hadis utk kpentingan mereka.

    Cara tbaik mcm kata en. syukor, kita kena ada ilmu & banyak2la btanye pada org yg alim dlm sesuatu perkara.

    sy nie pun susuh nak tlibat dgn skim cpt kaya but awal tahun ni sy hampir tlibat dlm skim etika emas, nasib baik sy call dlu en. syukor minta penjelasan. jwpannye cukup pro bab dia x mgatakan tidak @ ya, dia mberi penjelasan dr pelbagai sudut utk sy mnilai bg diri sy sendiri, akhirnya sy mbuat kputusan utk x myertainya.

    alhamdulillah skang sy slamat.

    TQ very2 much, moga ALLAH slamat'n kta smua

    reply: Ic.. ada call saya ek? saya pun tak ingat. Tapi baguslah kalau penilaian abg foto tepat. so sekarang selamat lah dan tak perlu pening kepala :)

  15. By askrool on Jul 30, 2009 | Reply

    tq admin atas info yg diberi………semua syarikat ke kita boleh check dengan cara diberi???? …sbb skrg member2 tengah promote dengan saya satu skim….konon2 jual bedak sejuk masuk 3800 tiap2 bulan selama 2 tahun akan dapat 200..itu kira 1unit….

    reply: erm.. tak payah lah join. itu nasihat ikhlas saya.

  16. By sukri on Jul 31, 2009 | Reply

    saya memang minat ngan emas ni sejak kecil lagi..hehehe..skng ni hajat di hati memang nak simpan emas banyak2..tak payah nak masuk skim2 yang meragukan tu.baik simpan sendiri lagi bagus..tiap2 hari bleh tengok emas..nak beli tanah,guna emas je..lagi senang..saya beli kambing pun guna emas..hehehe…dah bertambah lagi 2 ekor kambing saya.

    reply: hehe.. tahniah sebab menggunakan emas sebagai wag utk membeli kambing. Ini menunjukkan bahawa walaupun emas bukan wang yang sah diperlakukan sebagai wang manusia tetap menerimanya sebagai medium pertukaran.

  17. By confius on Aug 8, 2009 | Reply

    nape sekarang tak banyak artikel…bz keja ke admin

    reply: haah.. banyak hal sket skarang nie. Tambahan dengan baby baru nie.. memang tak cukup tidur dibuatnyer :)

  18. By rahman on Aug 16, 2009 | Reply

    Saya nak tanya bagaimanakah pelaburan emas dengan Genneva Sdn Bhd. Saya dimaklumkan beli emas dengan harga RM13000 dan setiap bulan kita dapat RM325. Boleh percayakah. Minta pandangan .

    reply: Syarikat berkenaan dalam siasatan bank negara. So tak payah invest kat sini..

  19. By azmanor on Aug 17, 2009 | Reply

    kan tajuk diatas telah maklumkan bahawa syarikat trsebut dlm proses siasatan dgn pihak Bank Negara…

    reply: Thanks sebab tolong jawabkan :)

  20. By azmanor on Aug 18, 2009 | Reply

    Tuan Admin,

    Ada tak company yg menjual emas yg menawarkan "pakej" yg lebih menarik berbanding Public Gold @ Public Dinar? Tq

    reply: Apa maksud "pakej"?

  21. By Razali on Aug 21, 2009 | Reply

    Asallamuallaikum Saudara Syukor.

    Saya ingin tahu, Apakah transpot fee tu boleh dihapuskan jika saya membeli sendiri di Agen yang berdaftar pada Public Gold ?

    reply: Transportation fee tu tak kena bayar kalau sedara pergi ambil sendiri emas tu di pejabat public gold di penang. kalau beli dengan agen still kena bayar cas transportation fees.

  22. By Abgzan on Aug 22, 2009 | Reply

    Saya amat simpati dengan mereka yang pernah menjadi mangsa skim cepat kaya….saya pon pernah…tapi kita kena move forward dan belajar dari kesilapan….

    Saya ada ceritakan beberapa kisah scam yang berlaku di tanah air…..juga saya sisipkan kisah suka duka saya dalam pelaburan saya ada ceritakan dalam blog saya yang merangkumi pelbagai jenis pelaburan, daripada hartanah, emas, stock market, unit trust, forex sampailah kepada home renovation ….

    kalau u all rajin, lawatilah blogku:

    http://kakilabur.blogspot.com

    Wassalaam

  23. By ibnuadam on Sep 7, 2009 | Reply

    mana2 mangsa penipuan Wan Mohamad Wan Zin….(SMI-Q)…boleh la tampil menceritakan pengalaman masing2 supaya saudara2 kita tak terjebak dalam sendiwara WMWZ….ada apa2 maklumat boleh la email kat saya …..ibnuadam@yahoo.com unutk kenal lebih lanjut….aku rugi 20 ribu pun tak kisah…aku terima takdir Allah, tapi aku tak mahu saudara2 ku terpedaya dengan janji manis dan tipudaya WMWZ….perjuangan mesti diteruskan…jihad lawan golongan munafiq

  24. By Din on Sep 7, 2009 | Reply

    Salam en syukur….apa citer nga company etika emas est. skarang saya ada dengar masalah ni dah satle..bank negara pn dah releasekan akaun nya….dulu saya hampir2 terjebak dengan company ni….tapi alhamdulillah….selamat coz saya terjumpa website ni….skarang saya dah dapar PGB 100g dengan harga RM 11473 pada 2/9/09 lepas…itu la satu-satumya yang saya simpan dan saya berhasrat untuk membeli lagi ….beli dan terus beli….

    reply: Setakat hari ini (7/9/2009) Etika Emas tak ok lagi. kalau betul dah ok, tentu heboh satu Malaya. Apapun tahniah sebab beli emas fizikal dan simpan sendiri. Peace of mind betul tak? :)

  25. By masyam masyin on Sep 24, 2009 | Reply

    Salam En Syukor.,, nak tanya sikit, kalo saya dah ada simpan emas fizikal contohnya emas 916 yang saya simpan sendiri di rumah dan tidak pernah pakai pun. (cth: rantai gelang tangan, cincin dsbnya) berapa zakat yang nak kena bayar untuk 1grm?

    Terima kasih.

  26. By Pensyarah Muda on Sep 30, 2009 | Reply

    Salam En.Syukor,

    Setelah melawati laman ini, minda sy terbuka ttg pelaburan emas.Sebelum ini sy mmg x minat, tapi adik lelaki sy selalu membeli emas lelong dari Bank Rakyat dan menjual balik emas yg dibelinya sehingga mendapat pulangan yg agak lumayan.Tapi dia tidak pernah terlibat dgn mana2 skim.Jual beli emas sendiri saja, tapi untungnya mmg banyak.Ia membuka mata sy juga sebab dgn gaji seorg guru, beliau mampu memiliki sebuah Audi A4 yg mmg mewah hasil jual beli emas.Sekarang ni, sy sedikit sebanyak mula ingin mengikut jejak dan mendalami ilmu ttg pelaburan emas ini.Sy mmg berminat dgn ilmu yg En.Syukor kongsikan.Jika boleh, sy ingin mendapatkan ebook En.Syukor.Bagaimana caranya?

    reply: Hehehe.. kalau jadi tokey emas nie memang lumayan. Bukan setakat Audi A4, lori balak pun dia boleh beli :) . Kalau nak ilmu pelaburan emas, kena ada ilmu yang mantap.. kalau adik sedari yang buat business jual emas lelong pun boleh untung banyak, harap2 lepas nie sedari lah pulak. Kalau nak beli ebook tu, boleh refer sini <a href="http://jutawanemas.com/v1/pelaburan-emas/e-book-menyingkap-rahsia-pelaburan-emas/” target=”_blank”>http://jutawanemas.com/v1/pelaburan-emas/e-book-menyingkap-rahsia-pelaburan-emas/

  27. By terkene on Oct 8, 2009 | Reply

    salam semua..

    saya salah seorang drpd pelabur yg terkena oleh syarikat yang tengah hangat disiasat ni…memang memening kan kepala saya…

    saya beli emas 600gm=6 ketul.. semua emas tu dah dipajak pada ar rahnu..sampi hari ni masalah saya lum settle lg…arrrggghh..

    habis semua duit simpanan saya..

    tp tak pe saya redha dgn ketentuan NYA..saya pun tak tahu mcm mana nak settle kan masalah saya ni..

    boleh tak en.syukor bantu saya

    peringatan: jgn lah masuk mana2 skim cepat kaya..mahu pun skim cepat kaya jual bedak………

  28. By anne on Oct 11, 2009 | Reply

    Salam

    Nak tanye, syarikat The Gold Label Sdn Bhd tu boleh dipercayai ke?

    For every gold bought, bley dapat 2.5% rebate every month, so ok ke?

  29. By azmanor on Oct 12, 2009 | Reply

    saudari anne ,

    rupanya msh byk lagi company yg spt diatas masih beroperasi yee… masih x serik2 orang2 kite ni … nnntahlah mb diaorang ni x cukup maklumat kot berkenaaan prkara ini agoknye…..

  30. By azmanor on Oct 12, 2009 | Reply

    Tuan Admin .

    Mksud pakej sya itu adalah harga yg djual lebih rendah & spread yg lebih kecil n kualiti emas yg lebih baik n minimun belian yg lebih rendah (24Krt) spt 10 gms k ? T Ksh Tuan Admin

  31. By zal on Oct 28, 2009 | Reply

    “Skim Cepat Kaya” mengikut apa yang diterangkan di dalam Kamus Dewan edisi keempat ialah “skim pelaburan yang kononnya boleh memberikan pulangan (keuntungan) yang segera dan sangat lumayan”.

    Skim bermaksud rancangan.

    Pelaburan pula ialah menempatkan (wang) untuk satu kegunaan, seperti membeli saham di dalam syarikat, untuk menghasilkan keuntungan.

    Di samping itu, BNM juga memberikan garis panduan untuk mengenali sebuah skim cepat kaya di mana pelbagai soalan dan jawapan sudahpun dipaparkan di laman web di atas.

    Namun, masih ramai yang keliru dengan maksud skim cepat kaya itu sendiri. Maka, tak hairanlah mereka yang ingin menyertai sebarang program yang jauh sekali bukan skim cepat kaya pun takut untuk menyertainya. Yang sudah menyertai skim cepat kaya pula tak sedar yang mereka berada dalam sistem yang menyalahi undang-undang.

    Selepas saya hasilkan artikel ini, saya pasti masih ada yang tidak akan bersetuju dengan beberapa pendapat saya dan menganggap saya memanipulasikan ayat untuk kepentingan program yang saya promosikan. Golongan ini tidak akan bersetuju langsung dengan sebarang pendapat saya ataupun pendapat pakar di luar sana. Bagi mereka – mereka sahaja yang betul.

    Terma skim cepat kaya ini lebih mudah dilabelkan kepada program internet, lebih-lebih lagi jika program tersebut ialah sebuah program berbilang tingkat. Ironinya, program berbilang tingkat ini pula didefinasikan sebagai program yang mempunyai 3 tingkat ke atas. Jika ianya sebuah program affiliate yang dua tingkat, ianya bukan program berbilang tingkat. Pelik, bukan?

    Kebanyakan orang tidak menghalusi sendiri maksud “Skim Cepat Kaya” dan terus melatah selepas melihat sebuah program yang mempunyai sistem berbilang tingkat (atau program MLM). Saya tidak salahkan anda jika anda salah seorang daripadanya. Mungkin minda anda belum lagi terbuka kepada program berbilang tingkat yang telah disarankan oleh ramai usahawan, jutawan terbilang seperti Robert Kiyosaki dan Donald Trump. Mungkin anda tersilap ambil nasihat daripada orang yang tidak sewajarnya anda turuti.

    Sebagai contoh, jika diambil dalam konteks perniagaan internet, jika seseorang menerbitkan sebuah ebook dan menjana RM100,000 dalam masa 3 hari hasil jualan ebook tersebut, ini bermaksud “pulangan (keuntungan) yang segera dan sangat lumayan”. Adakah ini sebuah skim cepat kaya?

    Jika anda menggunakan servis daripada eTrade atau Ameritrade untuk melabur di dalam saham Nasdaq dan Dow Jones, dan anda jumpa cara mudah untuk menjana pendapatan ribuan ringgit setiap hari, adakah servis ini boleh dikategorikan sebagai skim cepat kaya kerana adanya perkataan “pelaburan” dan “keuntungan segera” di dalam bisnes jual-beli saham melalui internet ini?

    Bagi saya, sekiranya anda mengeluarkan wang ke dalam syarikat yang tidak memberikan sebarang servis atau produk, atau produk yang ditawarkan adalah meragukan dan tak masuk akal, kemudian anda dijanjikan dengan pulangan lumayan yang anda sendiri tidak tahu dari mana komisyen itu dikeluarkan, maka itulah definasi skim cepat kaya bagi saya.

    Jika anda mengeluarkan wang untuk mendapatkan servis (perkhidmatan) atau produk daripada sesebuah syarikat, dan anda mendapat komisyen jika anda memperkenalkan servis ini kepada orang lain yang akhirnya menjadi pelanggan baru di dalam syarikat tersebut, itu bukanlah sebuah skim cepat kaya.

    Sudah tentulah servis dan produk yang saya maksudkan di sini ialah servis atau produk yang masuk akal; bukannya produk seperti makanan angkasawan atau air sejuk biasa yang dijual pada harga secawan teh tarik di hotel 5 bintang.

    Anda sertai syarikat tersebut kerana anda boleh gunakan servis atau produk mereka. Komisyen hasil mendapatkan pelanggan pula adalah pendapatan anda. Begitu juga komisyen daripada kumpulan ahli pemasaran yang anda bimbing dan bantu.

    Mengenai Penulis

    Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di

    http://PerniagaanInternet.ws/r/adminz

    untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.

  32. By azmanor on Oct 30, 2009 | Reply

    saudara zal,

    t ksh banyak atas prkongsian ilmu diatas….setuju dngan pandangan saudara tersebut.

  33. By cesc on Nov 1, 2009 | Reply

    ini bukan eams … millionaire0909.ws

  34. By cikjune on Dec 22, 2009 | Reply

    jutarex baca ler kat artikel terdahulu…so akan lebih faham nanti….happy reading :)

  35. By hj zainal on Apr 25, 2010 | Reply

    Aku dah kena lingkup hampir 200K akibat melabur kat SEkin Cpat Kaya pulangan 35% sebulan, tp akhirnya di serbu BNM, dan dapat sekali je..

  36. By aers99 on Jul 19, 2010 | Reply

    Ape la agak2nye skim cepat kaye yg baru tgh beroperasi skrg? Jgn lah tertipu…

    reply: Well, kalau kita ada ilmu maka apa sahaja skim cepat kaya kita boleh elakkan. Contohnya:
    1. Skim yang menawarkan pulangan tetap setiap bulan
    2. harga emas lebih tinggi dari harga pasaran dunia.

  1. 1 Trackback(s)

  2. Feb 19, 2010: Pelaburan Emas yang betul VS Skim Pelaburan Emas. | Jutawanemas.com - Pelaburan emas di Malaysia: beli emas, etika emas, kijang emas, dinar emas, gold saving, gold saving passbook.

Post a Comment

*
syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat, selamat dan menguntungkan.

Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik sini)

Dari: Syukor Hashim, Admin Jutawanemas.com
SMS/Whatsapp me@ 013-2126999

Pesanan: Untuk mendapat artikel terbaru, anda boleh melanggan newsletter blog ini. ianya FREE! Masukkan e-mail anda di dalam kotak di bawah:

Langgan Newsletter blog Jutawanemas.com PERCUMA!

Saya@TV9 interview: Pelaburan Emas

Saya@TV1 Interview: Potensi Pelaburan Emas


Public Gold free report Ebook teknikal analisis Peluang berniaga emas


Jutawanemas FB Page

Be MyFriend@Google+




Komen Pembaca