Ebook

Jualan Mega Habib Jewel – jualan emas, berlian dan permata

Ditulis pada 30 July 2008 – 6:16 am | by syukor |


Salam sejahtera untuk semua pembaca.

Untuk pengetahuan anda, Habib Jewel telah mengadakan jualan Mega Habib, meraikan ulangtahun ke 50.

Saya ternampak iklan nie dalam akhbar Berita Minggu bertarikh 27 julai 2008.

So, Habib Jewel, I wish you Happy Birthday. Semoga panjang umur, murah rezeki :)

(klik gambar untuk besarkan)

Jualan Mega Habib bermula dari 27 Julai 2008 sehingga 1 September 2008.

Ada sesuatu yang menarik di dalam iklan tersebut yang ingin saya kongsikan dengan anda.

Cuba lihat iklan tersebut dengan teliti…

Nampak tak perkataan “PELABURAN TERBAIK 100gm EMAS 999 dan gambar gold bar”?

Walaupun dalam iklan tersebut terpampang banyak gambar cincin berlian, gelang tangan emas 916, gelang tangan berlian yang bersilau-silau, loket emas, subang emas dan serba-serbi barang kemas,

tapi bila datang bab pelaburan emas, Habib Jewel sendiri menyatakan bahawa pelaburan terbaik adalah gold bar 100 gram emas 999.9?

Betul tak?

yang bestnyer… Habib memberikan potongan sehingga 70% untuk semua barangan berlian dan batu permata, tapi bila datang kat gold bar.. mereka jual pada harga emas semasa. Itu yang tak best :(

: Saudara Hafiz, salah seorang pembaca blog Jutawanemas.com telah memaklumkan kepada saya bahawa pihak habib Jewel sebenarnya ada memberikan diskaun untuk gold bar. Jadi saya telah menelefon semula beberapa cawangan Habib untuk confirmkan diskaun.

Untuk pembelian tunai, Habib Jewel memberikan diskaun sebanyak RM7 segram.
Untuk pembelian secara kad kredit, Habib Jewel memberikan diskaun RM5 segram.

p/s: Mula-mula waktu saya telefon Habib Jewel Plaza Angsana, takder pulak mereka beritahu pasal diskaun, terus cakap RM116 segram. Hmm…..

Saya telah menelefon habib Jewel cawangan Plaza Angsana untuk bertanyakan pasal gold bar yang dijual, jenis, berat, harga dan juga harga jualan semula.

Ini adalah ringkasan terhadap gold bar yang dijual oleh Habib Jewel,

- Jenis gold bar: PAMP Suisse 100 gram bersama sijil warna pink (gambar)
– Harga jualan pada 27/7/2008: RM11,600.00 ( tapi ada diskaun RM7 atau RM5 segram)
– Harga kalau kita nak tolak balik emas tu kat Habib Jewel (diorang tolak 18% ke 20% dari harga semasa emas)

Kesimpulan:

Bagi mereka yang nak beli gold bar, anda boleh kunjungi Habib Jewel. Reputasi mereka tinggi dan mereka telah lama terlibat dengan industri barang kemas. So, peace of mind to buyer. Selain itu ada skim bayaran mudah untuk pemegang kad kredit CIMB, Citibank, HSBC, maybank, MBF, RHB dan Standard Chartered, tertakluk kepada terma dan syarat.

Dari segi kelemahan pula, saya dapati harga gold bar nie agak mahal (RM116 segram) berbanding harga emas semasa Bank Rakyat (harga harian Bank Rakyat pada Jumaat 25/7/2008 ialah RM113.26 segram, harga pada 28/7/2008 adalah RM114.69 segram). Tapi memandangkan ada diskaun, maka harga Habib adalah lebih rendah dari harga semasa bank Rakyat.

Selain itu harga belian balik antara -18% ke -20% dari harga semasa adalah merugikan penjual. Jika anda beli dan simpan gold bar nie selama 3 tahun keatas, baru boleh untung lebih.

p/s: Jika anda ingin membeli emas PAMP Suisse di atas dengan harga
yang lebih murah (ada diskaun), minimum 100gram, cash on delivery.
anda boleh hubungi saya. Buat masa nie offer nie utk buyer
yang boleh datang KL sahaja.
SMS saya di 013-3819901 atau gunakan link ini. (Dah ada stok, cepat!)

2. Jangan lupa melanggan Newsletter jutawanemas.com
Anda akan menjadi orang pertama mendapat update
mengenai pelaburan emas di Malaysia.
.

Hadiah dari blog Jutawanemas PERCUMA!

Nak hadiah FREE preview ebook "Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas" sebanyak 94 mukasurat untuk anda?

Juga tips-tips pelaburan emas yang menguntungkan terus ke-email anda.

Anda cuma masukkan nama dan email anda ke dalam kotak di bawah.

Nanti hadiah anda akan sampai kat dalam email :)

Artikel berkaitan:

Related Posts

Put your related posts code here
  1. 27 Responses to “Jualan Mega Habib Jewel – jualan emas, berlian dan permata”

  2. By billy joe on Jul 30, 2008 | Reply

    salam..

    boleh tak bg link harga emas semasa bank rakyat & etika emas..TQ

    Reply: Memang tak ada link berkenaan.

  3. By hafiz on Jul 30, 2008 | Reply

    pada 27/7/2008 saya ada pergi membeli emas di habib jewel di semua house KL.memang yang harga yang terpapar adalah RM 116 per gram.tetapi pekerja yang bertugas menyatakan kepada saya harga tersebut di beri potongan sebanyak RM 7 per gram jadi harga bar gold pada hari itu adalah RM109 per gram,untuk bar gold yang berat 100 gram harganya adalah RM 10900..

    reply: Terima kasih atas makluman, saya dah telefon balik ke beberapa cawangan Habib, memang ada diskaun :) Saya dah update posting nie. tqvm.

  4. By mirej08 on Jul 31, 2008 | Reply

    Memang kadangkala kedai akan mempromosikan terdapat pemotongan harga. Tapi terlebih dahulu perlu check harga emas semasa. Ade kedai emas tidak memaparkan harga semasa emas. Selepas diselidik, rupenye harga emas selepas dipotong itu adlah harga semasa emas utk hari tersebut (kadangkala lebih tinggi)

    reply: Memang pun, kekadang tu kedai emas tak beritahu pun bahawa beli gold bar nie pun ada workmanship fee. Tetiba jer up harga. Bila ditanya, diorang cakap itu workmanship fee. Hampeh!

  5. By billy joe on Jul 31, 2008 | Reply

    habis tu camne kita nak tahu harga semasa emas kat tempat tersebut?

    jawapan: telefon bank rakyat tersebut, tanya bahagian Ar-Rahnu. then tanya kat staff Ar-Rahnu tersebut harga terkini.

  6. By putrajaya on Aug 1, 2008 | Reply

    Bagaimana kalau kita beli dengan Etika Emas? Harga tentu lebih kurang sama dengan harga Bank Rakyat, apa pandangan saudara tentang plan syarikat tersebut?

    reply: Saya sebenarnya suka mempromosikan kebaikan menyimpan emas, tak kiralah beli kat mana pun.

    janji beli emas dan simpan, ok dah…

    tentang plan etika, memang baik kalau nak dapat diskaun berjadual setiap bulan, agak lumayan, namun ada risiko jugak sedikit. kalau nak tahu risiko, better refer posting nie <a href="http://www.carigold.com/portal/forums/showpost.php?p=1810959&postcount=245” target=”_blank”>http://www.carigold.com/portal/forums/showpost.php?p=1810959&postcount=245

  7. By billy joe on Aug 1, 2008 | Reply

    reply: Saya sebenarnya suka mempromosikan kebaikan menyimpan emas, tak kiralah beli kat mana pun.

    janji beli emas dan simpan, ok dah…

    tentang plan etika, memang baik kalau nak dapat diskaun berjadual setiap bulan, agak lumayan, namun ada risiko jugak sedikit.

    terima kasih kepada en.syukor yg sudi menjawab banyak soalan daripada saya..semuanya adalah utk manfaat kita bersama…sedikit pertanyaan dari petikan diatas, saya nak tahu risiko yg sedikit tu pasal setahu saya emas etika ni kalau melabur dalam ar-rahnu memang selamat…boleh terangkan…TQ

    reply: Tentang sedikit risiko tu, sila baca kat sini:
    <a href="http://www.carigold.com/portal/forums/showpost.php?p=1810959&postcount=245
    ” target=”_blank”>http://www.carigold.com/portal/forums/showpost.php?p=1810959&postcount=245

  8. By geo_metrik on Aug 2, 2008 | Reply

    Saya sedang mencari teknik alternatif kepada Overdraft. Saya mempunyai cashflow turun naik yang tinggi dalam masa satu bulan. Bagaimanakah stratigi yang terbaik untuk melabur dalam emas ni. Saya fikirkan masa saya mempunyai wang saya akan beli emas, bila saya perlu menggunakan wang saya akan semak harga dan kalau naik, saya akan jual emas tersebut, tapi kalau turun saya akan ke Al Rahnu dan tunggu ia naik semula. Apa pandangan saudara?

    reply: Untuk jangkamasa sebulan, harga emas boleh jatuh. cuma utk jangkamasa panjang harga emas akan naik. jadi cara tersebut tak digalakkan. kalau boleh hold setahun cash tu, maka saya boleh rekomend saudara beli emas (kijang emas) atau Public Bank gold saving passbook.

  9. By Fazli on Aug 3, 2008 | Reply

    Portfolio emas saya lepas baca blog jutawan emas ni..sekadar berkongsi.bkn berlagak….minta nasihat pakar(en syukor)

    100g x 2 – emas etika (income rm600 sbln) beli pd 25/7/08 rm11,641.00 & 30/8/08 rm11,491.00

    2 x 1 troy 41.10g kijang emas(beli pd 30/7/08 rm3143 sekeping x 2)

    9 x 1 dinas kelantan 4.21g (beli pd 1/8/08 harga rm427.10 sekeping)

    So…..plan nak beli lg tp x tahu nak beli apa lg..ada budget dlm 45k..

    Pilihan yg ada kijang emas,dinar kelate, etika emas(simpan sendiri)….ok la.tq

    reply:

    Kalau nak lowest risk, long term appreciation, tak nak risau company bungkus then semua tu beli kijang emas :)

    sebab kalau nak jual balik kat Maybank gerenti tak der masalah.

  10. By Fazli on Aug 3, 2008 | Reply

    Bkn ke gold bar habib jewel sama je dgn etika emas? PAMP S.A.?

    jawapan: Ya, betul. sama jer..

  11. By apai on Aug 29, 2008 | Reply

    kalau jual balik to habib tolak 18% – 20 % tinggi tu

    contohla masa nk jual balik harga emas naik rm150per gram so jadik rm15000 – 20% (rm3000) dpt untung cuma rm400 je…betui ker..??

    reply: Tengok jawapan amir kat bawah sana.

  12. By amir on Sep 1, 2008 | Reply

    betul la tu apai… sbb tu la jual beli emas kat kedai emas utk investment x digalakkan.

    beza antara harga jual & harga beli tu dipanggil "spread". lagi kecik spread lg bagus (cepat dpt untung kalau harga naik / kurang rugi kalau harga jatuh). ni ringkasan sedikit sebanyak spread beberapa cara investment yg sy tahu:

    kedai emas: 15-20% (kecuali time promosi)

    kijang emas: 3% (1 oz), 5% (1/2 oz), 7 atau 8% (1/4 oz)

    * syiling emas lain (uob) pun lebih kurang sama

    maybank gold savings passbook: 7%

    public bank gold investment account: 3 atau 4%

    kalau kurang faham pasal spread ni, fikir camni je: kalau aku beli emas ni, pastu terus jual, berapa aku rugi? selagi harga emas tak naik sampai lebih dari jumlah rugi tu, maknanya mmg rugi la… so mmg wajib cari cara jual beli emas yg minimize kan jumlah ni…

    ps: lg satu, ada tempat (mcm kedai emas, etika emas (?), dsb) jual emas lg mahal dari harga pasaran. cthnya kalau kat maybank / public bank boleh beli 1g rm95, dia jual satu gram 1g rm105. tak digalakkan… selalu2 la check website maybank & public bank… kalau nak physical gold, maybank boleh provide (tp kena tambah beberapa puluh ringgit utk cost dia transport dari swiss).

    reply: Terima kasih atas penerangan yang bernas dan panjang lebar. semoga pembaca lain dapat manfaat daripada penerangan saudara amir ini :)

  13. By hery on Sep 3, 2008 | Reply

    ada x selain poh kong..yang menjual samada gold bar ke taupun syiling emas..bab sye sg nk beli kerana ianya buka pd setiap hari..

  14. By rompers on Nov 7, 2008 | Reply

    Assalamualaikum tuan,

    Saya berminat untuk memulakan pelaburan dalam bidang emas ni..tapi saya tiada pengalaman dan pengetahuan..macam mana saya nk mulakan?? saya berhasrat membuat pinjaman bank untuk memulakan pelaburan ini..boleh tuan berikan nasihat atau tips untuk saya memulakan pelaburan ini?

    terima kasih.

  15. By kakngah on Apr 29, 2009 | Reply

    assalamualaikum.saya kurang memahami konsep ar-rahnu. boleh tolong jelaskan. saya juga ada memiliki barang kemas (agak banyak) yang mana tindakan yang lebih baik simpan baik-baik di rumah dan jual bila harga naik, atau laburkan dalam ar-rahnu

    reply: Saya dah tulis tentang Ar-Rahnu dan pengalaman saya. sila baca kat sini: <a href="http://jutawanemas.com/v1/pelaburan-emas/pengalaman-memajak-emas-di-ar-rahnu/
    ” target=”_blank”>http://jutawanemas.com/v1/pelaburan-emas/pengalaman-memajak-emas-di-ar-rahnu/

  16. By shamsul on Apr 29, 2009 | Reply

    pada pendapat saya kalau barang kemas lebih baik simpan sendiri dan pakai. Arrahnu ni konsepnya lebih kepada pinjaman bercagar.

    reply: Sebenarnya kemudahan pajak gadai cuma perlu digunakan jika kita nak pakai duit ajer…. kalau kita tahu apa yang kita nak buat dengan duit pajak tu then baguslah…

  17. By Aizek100 on May 28, 2009 | Reply

    Salam semua..

    Kat mana nak simpan emas macam gold bar tu dengan selamat ye…ada cadangan? Boleh simpan kat mana2 bank ke? Camna upahnya?

  18. By ahr999.9 on Jun 8, 2009 | Reply

    salam semua..

    beli emas gold bar 999.9.jadi ahli koperasi etika emas malaysia bhd anda akan dapat 20% setahun…lepas setahun boleh jual balik…nak tahu tel: 014-662 7999

  19. By Anonymous on Jun 8, 2009 | Reply

    amboii..agent etika nih

  20. By alyn on Jun 30, 2009 | Reply

    saya mempunyai barang kemas warisan keluarga.. saya tidak pernah memakai brg2 tersebut..cuma saya ingin tahu di mana saya boleh menyimpan dengan selamat brg2 tersebut tanpa perlu menjual atau mengadaikannya..ini amanat arwahnya ibu saya..di harap ade sesiapa dapat membantu saya..

  21. By Mohd. Izuddin Bin Ha on Sep 25, 2009 | Reply

    Saya Branch Manager Habib KT Branch. Gold Bar Credit Suisse Boleh membuat tempahan di Branch kami.

    Sila Hubungi 09-6262 868 untuk tempahan segera.

    1kg,100g,50g,20g,10g.

    Ready stok mgikut trip.

  22. By shamsul anuar on Sep 26, 2009 | Reply

    salam saudara izzudin… Saya Managing director Goldcrest Pavilion sdn bhd. kalu tuan nak beli Pamp Suisse pink cert murah2 bleh call saya 012-931 3145. Harga berdasarkan spot price…. layari http://www.goldcrestpavilion.com

  23. By jat on Dec 16, 2009 | Reply

    salam..sy baru berjinak-jinak utk buat pelaburan dalam publicgold selepas cakap2 dgn ofismate yang dah try beli.dan…. selepas baca artikal tuan…banyak maklumat yang bagus untuk orang macam saya, sya lihat tuan banyak melabur dalam pelbagai jenis emas….bagi orang baru macam saya mana yang sya patut pilih….yang lebih selamat dan untung lebihh…..saya ada syiling emaskijang dari AMMB Investment berhad yang diberi oleh ayah dalam 10 tahun yang lalu….baru2 ni sya cek balik dah ada calar skit….so simpan je lah jawabnyer….lagi satu sy nak kongsi…kalau simpan emas dalam Al-rahnu bank rakyat nama anda akan masuk senarai ccris…so kalau nak buat loan rumah ke…betulkan kalau sy silap….kira komitmen tinggi….bagi yang nak berhutanglah…komen skit tqvm.

  24. By Angel on Jan 1, 2010 | Reply

    Salam sejahtera, tumpang tanya bahawa adakah orang ingin membeli voucher yang bernilai RM1000 pada harga RM500? Saya tak berminat dengan barang Habib. Sila hubungi saya jika ada orang berminat.

    angel.jyh@gmail.com

  25. By peminat emas on Jan 3, 2010 | Reply

    em…kne beringat la beli emas yg bkn utk dipakai sbg perhiasan ni…kena BAYAR ZAKAT tau…klu emas yg utk disimpan seberat 85g @kiurg, br xkena bayar zakat…

    jd kpd muslim, tlg beringat…dlm nk melabur, cr untung…jgn lupa hak akhirat…

  26. By norsheilareslan on Feb 24, 2010 | Reply

    waaaahhhh kaya2 ye semua kat sini…saya minat bisnes and pelaburan..tapi tak pernah cuba untuk mulakan.kan best kalau ada sifu yang boleh ajarkan…….*sigh~* anyway, useful website. thumbs up!

  27. By Mat Ley on Mar 17, 2010 | Reply

    Salam,

    Kalau kita beli gold bar dari pengeluar tertentu.., contohnya dari Habib Jewell, adakah untuk menjualnya kita hanya boleh jual Kepada habib Jewell sahaja..,atau adakah institusi lain yang menawarkan harga yang lebih competatif..,

    Satu lagi macamana dengan Dinar Mas Kelantan (DMK) adakah ia sama, atau hanya ar rahnu shj yang sah untuk transaksi jual beli DMK ini.

  28. By azrea on Apr 17, 2010 | Reply

    Salam,

    kalau beli swiss gold bar, ia direcognised 1 dunia. so kalau kita nak jual kat overseas pun boleh.. sbb dia ada diserta kan sekali dgn cert tu. itu la kelebihan swiss gold bar.

Post a Comment

*
syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat, selamat dan menguntungkan.

Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik sini)

Dari: Syukor Hashim, Admin Jutawanemas.com
SMS/Whatsapp me@ 013-2126999

Pesanan: Untuk mendapat artikel terbaru, anda boleh melanggan newsletter blog ini. ianya FREE! Masukkan e-mail anda di dalam kotak di bawah:

Langgan Newsletter blog Jutawanemas.com PERCUMA!

Saya@TV9 interview: Pelaburan Emas

Saya@TV1 Interview: Potensi Pelaburan Emas

Ingin belajar ilmu emas PERCUMA? klik gambar.




Jutawanemas FB Page

Be MyFriend@Google+




Komen Pembaca