Inginkan ilmu pelaburan emas dengan pantas tanpa perlu membaca semua artikel di blog ini? Dapatkan ebook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas (klik sini)
 
Ebook

Kejatuhan pasaran saham dunia – pelabur beralih kepada emas

Ditulis pada 14 October 2008 – 5:46 am | by syukor |


Salam sejahtera kepada semua pembaca.

Satu soalan cepu emas untuk anda.

Apakah salah satu perkara hangat yang diperkatakan Malaysia sekarang? Hangat sampai boleh demam kura-kura? :)

Pemilihan agung UMNO? hehehe.. bukan

Harga minyak akan turun lagi? ops! bukan jugak…

Well, perkara itu ialah kejatuhan pasaran saham dan betapa ruginya pelabur saham sekarang. Sampai apek kedai hardware pun mengadu dengan saya saham jatuh teruk..

“Aiya skarang saham jatuh manyak teruk oooo”… uncle hardware mengadu kat saya.

” you jual harga rendah pun orang tak mau beli ooo.. orang lain offer harga lagi rendah dari u pun orang tak beli”

Saya tersenyum ajer dengar keluhan apek kedai hardware tu (umur dalam 60an)… nak sembang pasal saham nie saya tak pandai. Nak dengar luahan perasaan boleh lah…  pi kedai hardware pun nak beli cat ajer..

Hm.. kalau tengok kat suratkhabar nie, isu yang hangat diperkatakan ialah kegawatan sistem kewangan dunia, bank-bank yang dah runtuh, firma-firma pelaburan yang runtuh akibat krisis sub-prima yang berlaku di US dan merebak ke seluruh dunia.

Nak tahu sejauh mana kerugiannya? meh tengok:

Sejumlah syarikat di Britain kehilangan nilai saham £60 bilion (RM364 bilion) dalam tempoh beberapa minit. Petikan dari KOSMO online (klik sini untuk baca)                                    

Pergh! RM364 billion dalam beberapa minit.
(1 Billion = 1000 juta)

Bayangkan kalau anda pemegang saham syarikat-syarikat nie. Tak ke naya… hebat punya loss. Mesti pening punya..


BROKER-BROKER saham berkumpul di Bursa Saham New York

 


Pak Arab meneliti indeks saham di Kuwait (sambil berzikir)

Anda boleh baca situasi ekonomi dan pasaran saham kat portal suratkhabar online, contohnya:

Utusan Online melapurkan “Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur” (klik sini)

Berita Harian Online melapurkan “saham perbankan rugi teruk” (klik sini)

Kosmo online melapurkan “panik melanda bursa saham dunia” (klik sini)

Kosmo online melapurkan “Dunia selamatkan bank yang makin goyah” (klik sini)

 

Sistem kewangan dunia di ambang kehancuran – IMF

Ada satu artikel yang sangat menarik di dalam akhbar Utusan Malaysia.

Artikel bertarikh 13/10/2008 menyatakan bahawa Dana Kewangan Dunia (IMF) semalam memberikan amaran bahawa, sistem kewangan dunia kini diambang kehancuran.

Memetik kata-kata ketua IMF, Dominique Strauss-Kahn yang berkata “Kebimbangan mengenai krisis institusi perbankan di Eropah dan Amerika Syarikat telah mengakibatkan sistem kewangan dunia menghadapi” kehancuran

Sebab itu semua pemimpin-pemimpin negara-negara Eropah dan Amerika syarikat terpaksa mencari jalan memujuk bank-bank agar terus memberikan pinjaman dan menyelesaikan krisis kredit ( pada waktu ini, bank-bank dah mula jadi kedekut untuk memberikan pinjaman sebab diorang takut peminjam tak boleh bayar)

 

Apa terjadi kepada emas?

Yang bestnyer..

Emas tetap teguh.. stabil dan telah menjadi menjadi pilihan pelabur sebagai “pelaburan selamat” (safe heaven)

Mari kita lihat sebahagian berita mengenai emas kebelakangan ini.

The Star (10/10/2008) - segmen Biz (commodity):
Pasaran hadapan emas meningkat 2% kerana pelabur mula melabur dalam pasaran emas sebagai pelaburan selamat.


Laporan akhbar: Pelabur mula beralih kepada emas sebagai pelaburan selamat
.
.
.

Lagi laporan akhbar: Pelabur beralih kepada emas

The Star Online (25/9/2008) – All eyes on gold for safe investment (baca kat sini)

Bila kita tengok harga emas kat kitco bulan 9-10, pun stabil.

Berlegar-legar antara USD820 ke USD920.


Harga spot gold September 2008: USD820- USD900
 .
.

Harga spot gold Oktober 2008: USD820- USD920

Dengan kata lain, emas juga yang menjadi pilihan pelabur apabila berlaku sebarang krisis kewangan.

Justeru, ini juga merupakan sebab terbaik untuk kita mula melabur/membeli emas.

1. Harganya stabil. Tak naik turun dengan drastik
2. Harganya tetap akan menaik dalam jangkamasa panjang
3. Dalam keadaan krisis, emas menjadi pilihan utama pelabur

Saya menjangkakan, dengan trend ekonomi dunia sekarang yang merudum, harga emas akan naik.. naik… naik…

Apa tunggu lagi.

Mulakan pelaburan emas anda sekarang!

Anda boleh berikan komen atau berbincang mengenai pelaburan emas di forum jutawanemas.

p/s: Anda ada kawan yang rugi banyak dalam saham?
sharelah sket kat sini ok!

Related Posts

Put your related posts code here
  1. 28 Responses to “Kejatuhan pasaran saham dunia – pelabur beralih kepada emas”

  2. By azwan on Oct 14, 2008 | Reply

    sy ska artikel nih.. ktika sblm terfikir utk mlabur dlm emas, sy msh t’cari2 alternatif pelaburan yg baik dan menguntungkan.. sblm tu kjatuhan ekonomi msh blum merebak.. smpaila suatu ktika sy terlihat kddkan shm utama bursa malaysia didalam news hampir semuanya indeks menunjukkan saham jatuh… yg x jatuh pd ktika itu hanyalah komoditi emas… b’mla dr situ timbul minat sy utk mengetahui pelaburan emas dgn lebih lanjut dan terjumpalah website nih.. thanks to admin sbab m’bka mata kami sume…

    reply: Terima kasih atas makluman. saya gembira sekiranya saudara azwan mendapat informasi yang berguna dari blog ini.

  3. By dynn on Oct 14, 2008 | Reply

    semenjak baca artikel pasa pelaburan emas nie,teruja pulak nak beli emas lepas nie…cuma nak tunggu masa yg sesuai dulu.

    reply: baguslah kalau dah teruja :)

  4. By zikril on Oct 14, 2008 | Reply

    sekali terkena penangan saham internet, saya dah tobat x nak main lg dah, kemudian terkena plak tipu skim jai tuttttttt, melayang lg fulus..msk plak unit trust x kena timing, saham plak dah susut nilai, nak jual pun x leh..skrg gold plak, harap2 cerah ler bintang saya kali ni seperti bersinarnye emas..emas bolehhhh!!

    reply: InsyaAllah, pelaburan emas ini adalah stabil. tambahan pula dalam situasi ekonomi sekarang. pelabur telah beralih kepada emas. kita pun patut beli emas.

  5. By dynn on Oct 14, 2008 | Reply

    bagi saya dalam apa bidang kalau kita nak ceburi perlu ada ilmu, blog yg ada ini adalah sebagai guide pada masa yang sama kita juga perlu ada usaha untuk menambaikkan lagi ilmu yg ada…dari situ bila dah ada keyakinan baru la buat keputusan untuk membuat langkah seterusnya.

    yg dah berlaku jadikan pengajaran dan iktibar untuk kita lebih berhati-hati dimasa hadapan…ada kalanya sesuai untuk org lain tak semestinya sesuai untuk kita.

    reply: Ya betul tu. Ilmu lebih berharga dari emas :)
    cari ilmu dulu, then baru senang cari kekayaan.

  6. By azwan on Oct 14, 2008 | Reply

    btul… ilmu tu penting.. buat kajian scara mndalam dahulu sblum memasuki pasaran… yg paling pnting kena tau ape kesesuaian kita.. blaja mngenali diri sndr jga satu ilmu..

    reply: Yup, betul tu…

  7. By bentarabelayar on Oct 15, 2008 | Reply

    nak g beli nii..harga tgh bwh rm100/segram…kasi tambah pelaburan..

    Gold Investment Account
    Gold Investment Account (Last updated 15/10/08 11:19 AM)

    Selling Price Buying Price
    1 gram RM 97.9600 RM 95.0212

    reply: Tahniah! welcome to the club :)

  8. By nieza on Oct 16, 2008 | Reply

    Sekarang ni ok ka kalu beli? Aritu saya dah beli masa harga RM85.74 dan dah jual masa harga RM103. Dapatlah untung lebih kurang RM1600 dlm masa sebulan. Saya bercadang nak beli lagi sblm tahun depan. Dengan harga sekarang yg tak akan cecah bwh RM90, ok tak kalau sya beli dlm 300 gram ?

    reply: Ya, memang ok. Boleh beli.

  9. By dynn on Oct 16, 2008 | Reply

    nieza,

    ni beli ikut saving atau emas fizikal?

    reply: Dia beli Public Bank Gold Investment Account

  10. By nieza on Oct 16, 2008 | Reply

    Thanks. Saya beli yg Public Bank. Hari ni nak try monitor, klu turun bawah RM95 saya gi beli lah. Dynn, dah invest belum ? It’s really worth it tau.

  11. By dynn on Oct 16, 2008 | Reply

    nieza,

    saya ingat nak beli yg fizikal Kijang Emas..tapi nampak gaya cam dah habis..so nak kena buat strategi lain pulak.

  12. By shi on Oct 16, 2008 | Reply

    nieza.. ari ko beli yang dapat untung RM1600 tu.. ko beli bape gram..?

  13. By nieza on Oct 16, 2008 | Reply

    masa tu RM85.74 dan tu harga yang paling rendah. Pastu terus naik dan setakat ni takde lagi bwh RM90.

  14. By amir on Oct 16, 2008 | Reply

    skrg ni RM jatuh berbanding USD. kalau harga emas dunia (dlm USD) turun sikit2 mcm biasa, emas kat malaysia (dlm RM) tak berubah ataupun lagi naik…

    nampak sgt ekonomi malaysia lemah…

  15. By nieza on Oct 16, 2008 | Reply

    En. Syukor, agak-agak rate ni boleh turun tak bwh RM90 @ RM95 sebelum Deepavali ni ? Aritu masa saya jual, org Public tu kata Deepavali nnti akan naik tinggi. Any advice ? Mmg eager nak beli tp nak kena tgk hargalah….

    reply: Rate skarang nie dah bawah RM95 dah.. kalau bawah RM90 saya tak berani nak ramal.

  16. By mdj on Oct 16, 2008 | Reply

    saya dah start beli GIA masa harga RM 96.600. skrg tunggu waktu yg sesuai nok beli lagi.

    tq. admin kerana bagi cahaya kearah pelaburan

  17. By dynn on Oct 16, 2008 | Reply

    oleh kerana harga emas follow harga emas dunia..bermakna harga emas malaysia pun follow la sekali….turun naik harga emas adalah berdasarkan demand and supply emas.

    kita kena bersedia dalam ape juga keadaan …turun naik ekonomi adalah lumrah…kita guna kelemahan atau kekuatan sebagai peluang..bukan sebagai alasan.

    reply: Betul tu :)

  18. By mkrdr on Oct 17, 2008 | Reply

    harga emas menurun malam td, mungkin disebabkan tycoon besar di us menjual pegangan emas mereka utk dptkan duit nk cover balik saham dow jones yg jatuh kot. elok gak beli emas time skg ni. maybe next week is the best time

  19. By abu umar on Oct 19, 2008 | Reply

    baru-baru ini, kawan saya pergi ke bank rakyat utk menjual/gadai gelang emas yg dia beli di luar negara tetapi ditolak oleh pihak bank. kata mereka, sekarang ini mereka telah mendapat arahan dari kerajaan untuk membekukan sebarang transaksi pembelian emas luar negara. Alasannya, ada kes kecurian emas bernilai 1 juta di KLIA. boleh tuan moderator ulas perkara ini. terima kasih

    reply: Saya sendiri tidak tahu perkara ini, yang pasti, bukan bank rakyat sahaja yang menawarkan skim ar-rahnu. kawan saudara boleh pergi ke agro bank. lagi satu, macammana diorang boleh tahu gelang tu dari luar negara?

  20. By nasir on Oct 19, 2008 | Reply

    Tahniah kerana mewujudkan forum spt ini dan syabas kpd saudara/i yang menyertai forum ini.

    Dalam krisis ekonomi dunia yang baru bermula segalanya mungkin boleh berlaku. peningkatan komoditi dunia baru2 ini dikaitkan dengan ketamakan speculator. Dulu tahun 1997 speculator menyerang mata wang negara2 Asia dan banyak negara dah pinjam IMF.
    Hari ini mereka membuat spekulasi komoditi hingga minyak mencecah lebih US145 setong. analisis meramalkan krisis ini akan berlanjutan dan mungkin keadaan stabil selepas 2 tahun. Langkah terbaik ialah kita tunggu dan lihat.
    Masa inilah orang yang paling berkuasa ialah orang yang mempunyai cash. Analisis meramalkan harga hatanah , saham bskl dan lain-lain akan jatuh seperti tahun 1998. Apabila harga jatuh, bukan setakat emas shj , kita boleh melabur dalam pelbagai aspek.

    Pelaburan terbaik masa ini ialah ialah simpan dulu duit itu dalam ASB dan pulangan tidak kurang 7% setahun dan dijamin oleh kerajaan. Emas boleh dibeli jika nak tetapi jika permintaan terhadap emas turun bermakna harga emas turut jatuh.
    Kita belum tahu tahap kegawatan ekonomi kita. Jika banyak syarikat kerugian makin ramai yang berhenti kerja bermakna ramai yang tidak mempunyai pendapatan. jadi kuasa beli rakyat akan berkurangan, ini menurunkan permintaan terhadap emas. kemungkinan emas akan jatuh juga.

    Bertindak dengan selamat.

    ini hanya pandangan saya .

    reply: Bagi saya, pelaburan ASB adalah salah satu pelaburan yang baik, bukannya terbaik.
    Mengenai emas, sifatnya ialah short term loss long term gain. permintaan dan penawaran emas ditentukan oleh pasaran dunia. selain itu juga emas merupakan komoditi penting untuk kegunaan industri. Apabila berlaku kegawatan, maka pelabur akan beli emas sebagai pelaburan selamat. Justeru, sekarang masa terbaik membeli emas.

  21. By dynn on Oct 19, 2008 | Reply

    Bila mana emas semakin jatuh ini adalah peluang kita untuk menambahkan lagi portfolio emas kita.

    Setiap kejadian ada hikmahnya.Samada kita lihat ianya sebagai peluang atau pun sebagai alasan.

    Adios..

  22. By nasir on Oct 19, 2008 | Reply

    betul itu pendapat saudara . saya menghargainye.
    Dalam keadaan ekonomi global yang tidak stabil, sesiapapun x dapat meramalkan tahap kejatuhan.

    Biar keadaan stabil sedikit dan kita blh beli. banyak artikel tentang crisis ekonomi yang blh kita buat rujukan.

    Tapi kalau rasa ini dah rendah, bolehlah beli .

  23. By dynn on Oct 19, 2008 | Reply

    Sebab tu matlamat tu penting adakah untuk keuntungan jangka pendek atau jangka panjang.Keputusan ini yg akan menentukan juga risiko yg akan kita hadapi.

  24. By Taufique on Oct 21, 2008 | Reply

    market is running on emotions, so beware with what you purchase. Gold prices are low now, but economic downturns and possible low demand for deepavali may not increase the prices..

    reply: Agree with you. In this short term market is full of emotions. As a gold investor, you just buy the gold now and hold it. No need to bother about short term. We are looking for long term profit :)

  25. By Taufique on Oct 21, 2008 | Reply

    you good folks should try find other alternatives than our regular public bank and our bullshit maybank exhorbitant rates. I am now currently testing live market spot gold purchases with low spreads between buying and selling from a particular company which has a trading platform.

    still running a demo account. and will be doing due diligence.

    reply: If you have the knowledge, playing spot gold (USD/Gold) is really can produce good money. Either bullish or bearish, you can make money. Just make sure you are on the right wave :)

  26. By ayie on Oct 21, 2008 | Reply

    saya memang mengikuti perkembangan pelaburan emas ni…sejak zaman Tun Mahathir lagi…masa tu dia galakkan pelaburan dinar emas…cuma info tu kurang…tapi sejak ada web jutawanemas ni saya dan wife sentiasa mengikuti perkembangannya…

  27. By safa69 on Nov 1, 2008 | Reply

    saya ada masuk unit trust public bank dan saya agen..kecewa dengan prestasi dan tak sempat selamatkan pelaburan..saya stop jadi agen…dan investment saya lost 45 persen sekarang,….sekarang peruntukkkan 500 sebulan beli emas…harga murah..rm85 segram…

  28. By nizam on Nov 4, 2008 | Reply

    eBook Projek untuk Dana Kekawan :

    Kepada sesiapa yang memerlukan rujukan sebelum membuat pelaburan emas, ebook ini boleh di muat turun / download di http://www.wikifortio.com/778893/gold as investment.exe
    File ID : 778893
    Password given by invitation to all AJK sementara/penaja bagi tujuan penyelidikan… (tujuan asalnya adalah untuk dana koperasi yang bakal ditubuhkan).
    Tetapi kepada sesiapa yang berminat boleh membeli pada harga RM10 dan berurusan dengan saya di nizam@blueboxevent.com.my.
    Buku ini memberi satu penjelasan dasar/asas tentang emas sebagai satu pelaburan alternatif berdasarkan sedikit kajiselidik, perbandingan dan cara pasaran bertindak. Baik untuk dijadikan rujukan awal sebelum melabur dalam emas!

  29. By su on Feb 2, 2009 | Reply

    wah!!!……………best r blog nie…thanks ek…actually sy ni student sains aktuari…amik kursus investment…saya kena wat assignment mengenai pelaburan emas…lepas baca blog ni sy smakin teruja utk mengkaji lebih mendalam mengenai pelaburan emas ni…kalo korang2 ada info tentang pelaburan emas ni, pas2la ek..heheheh…blehla saya menambahkan lagi report saya…thanks sume….

You must be logged in to post a comment.

syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat dan selamat.

Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik)

Langgan RSS

Public_Gold Senarai agen Public Gold & Public Dinar publicdinar.com
Emas-Emas Yang Hilang Peluang berniaga emas Pakar Ebook