Anugerah Juara Pelaburan Emas 2008 – Musim Pertama
Salam sejahtera kepada semua pembaca. Saya doakan anda semua sihat sejahtera
Jika anda peminat pelaburan emas, saya percaya anda telah membaca semua artikel-artikel di dalam blog ini dan telah subscribe newsletter jutawanemas. Anda juga mungkin telah menyelongkar semua topik-topik yang ada di forum. Pendek kata anda dah tahu tentang pelaburan emas. Sekarang nie cuma nak cari duit lebih ajer untuk beli emas.
Di sepanjang penulisan saya, didapati terdapat banyak jenis emas yang boleh dipilih, kekadang tu sampai tak tahu yang mana satu nak dipilih.
Jadi disini saya ingin menyelesaikan masalah sukar nak pilih pelaburan emas. Untuk posting kali ini saya telah menganalisis peluang-peluang pelaburan emas yang terdapat di Malaysia samada fizikal ataupun bukan fizikal dan untuk pertama kalinya jutawanemas.com ingin mengumumkan satu anugerah ciptaan sendiri…
Anugerah Juara Pelaburan Emas 2008 – Musim Pertama
Anugerah ini adalah berdasarkan kepada emas-emas pelaburan yang mampu memberikan pulangan terbaik kepada pelabur. Ia bertujuan memudahkan peminat-peminat pelaburan emas seperti anda semua membuat keputusan memilih emas pelaburan yang terbaik
Antara aspek-aspek yang diberikan perhatian adalah:
i. Perbezaan harga belian dan jualan yang rendah (dipanggil spread)
ii. Mudah untuk diperolehi
iii. Mudah untuk berurusniaga
iv. Ketulenan emas
v. Boleh digadaikan
Sekarang, mari kita barisan calon-calonnya:
1. Kijang Emas
2. Emas UOB Bank
3. Public Fine Gold (Public Gold)
4. Dinar Emas Kelantan
5. Dinar Emas IGD
6. Habib Jewel (PAMP Suisse)
7. Poh Kong (Bunga Raya Gold Bar)
8. Public Bank Gold Investment account (kategori bukan fizikal)
9. Maybank Gold Saving Passbook (kategori bukan fizikal)
Mari kita lihat satu persatu…
1. Kijang Emas
i. Perbezaan harga belian dan jualan rendah
|
Berat |
Spread (anggaran) |
| 1 Oz |
3.13% – 3.2% |
| ½ Oz |
4.9% – 5.0% |
| ¼ Oz |
6.6% – 6.8% |
ii. Boleh dibeli di cawangan Maybank tertentu di seluruh negara
iii. Kualiti emas 24K (999.9)
iv. Boleh digadaikan
v. Harga harian boleh dipantau melalui website Maybank/BNM
vi. Kelemahan – hot produk, selalu sold out
vi. Untuk memaksimakan keuntungan, dapatkan berat 1 Oz
Kesimpulannya, saya berikan Kijang Emas:
![]()
Pelaburan emas lima bintang!
2. Syiling Emas UOB Bank
i. Perbezaan harga belian dan jualan rendah
| Berat | Spread (anggaran) |
| 1 Oz | 3.05% |
| ½ Oz | 5.17% |
| ¼ Oz | 6.82% |
ii. Boleh dibeli di cawangan UOB
iii. Kualiti emas 24K (999.9)
iv. Boleh digadaikan
v. Syiling emas yang dijual terkemuka dunia
(Canadian Gold Maple, Australian Gold Nugget, Singapore Gold Lion)
vi. Harga boleh dipantau di website UOB Bank
vii. Kelemahan – hot produk, selalu sold out
viii. Untuk memaksimakan keuntungan, dapatkan berat 1 Oz
Kesimpulannya, saya berikan Syiling Emas UOB Bank:
![]()
Pelaburan emas lima bintang!
3. Public Gold (syiling emas dan jongkong emas)
i. Perbezaan harga belian dan jualan yang rendah
|
Berat |
Spread (anggaran) |
Kos tambahan |
| 20 gram |
6% |
Delivery + RM10 |
| 50 gram |
5.5% |
Delivery + RM20 |
|
100 gram |
5% |
Delivery + RM30 |
ii. Selain daripada Kijang Emas/UOB gold coin, Public Gold merupakan pilihan terbaik.
iii. Kualiti emas 24K (999.9)
iv. Boleh digadaikan
v. Kualiti minting yang cantik
vi. Boleh beli menggunakan kad kredit (surcharge 3%)
vii. Harga semasa boleh dipantau di website Public Gold
Kesimpulannya, saya berikan Public Gold:
![]()
Pelaburan emas lima bintang!
4. Dinar Emas Kelantan
i. Perbezaan harga belian dan jualan rendah
|
Berat |
Spread |
| 1 Dinar |
RM20 |
| ½ Dinar |
RM10 |
| ¼ Dinar |
RM5 |
ii. Kos seunit yang agak rendah
iii. Kualiti emas 22K (916)
iv. Boleh digadaikan
v. Kelemahan – tak banyak cawangan di seluruh negara
vi. Dapatkan saiz 1 Dinar untuk memaksimakan keuntungan
Kesimpulannya, saya berikan Dinar Emas Kelantan
![]()
Pelaburan emas lima bintang!
5. Dinar Emas IGD (company dah tutup)
i. Kelemahan - Perbezaan harga belian dan jualan tinggi (16% ke 18%)
ii. Stok agak susah untuk diperolehi
iii. Kelemahan – tak banyak cawangan di seluruh negara
Kesimpulannya, saya berikan Dinar Emas IGD
![]()
Pelaburan emas 3 bintang
6. Habib Jewel (PAMP Suisse)
i. Kelemahan - Perbezaan harga belian dan jualan tinggi (15% ke 18%)
ii. Harga ikut harga semasa (rate Habib Jewel)
iii. Boleh beli pakai kad kredit
iv. Emas berjenama (PAMP Suisse)
Kesimpulannya, saya berikan pelaburan jongkong emas Habib Jewel
![]()
Pelaburan emas 3 bintang
7. Poh Kong (Bunga Raya Gold Bar)

Ulasan:
i. Kelemahan - Perbezaan harga belian dan jualan tinggi (14% ke 15%)
ii. Harga ikut harga semasa (rate Poh Kong)
iii. Boleh beli pakai kad kredit
iv. Kelemahan – Pembungkusan di dalam plastik yang sukar dibuka.
Jadi akan ada masalah kalau nak pergi gadai.
Kesimpulannya, saya berikan pelaburan jongkong emas Poh Kong
![]()
Pelaburan emas 3 bintang
8. Public Bank Gold Investment account
(kategori bukan fizikal)
i. Spread rendah (RM3 sahaja/gram)
ii. Urusniaga jual beli yang mudah
iii. Harga emas yang mudah dipantau
iv. Selamat dari segi penyimpanan
v. Berpotensi untuk membuat keuntungan jangka pendek
vi. Kelemahan- sekarang dah tak tawarkan pengeluaran emas fizikal
vii. Kelemahan- tidak boleh digadaikan
Kesimpulannya, saya berikan Public Bank GIA
![]()
Pelaburan emas 4.5 bintang!
9. Maybank Gold Saving Passbook
(kategori bukan fizikal)
Ulasan:
i. Kelemahan - Spread yang tinggi (RM7-RM8 /gram)
ii. Akaun yang mudah dibuka
iii. Urusniaga jual beli yang mudah
iv. Harga emas yang mudah dipantau
v. Selamat dari segi penyimpanan
vi. Menawarkan tawarkan pengeluaran emas fizikal
vii. Kelemahan- tak boleh digadaikan
Kesimpulannya, saya berikan Maybank Gold Saving
![]()
Pelaburan emas 3 bintang
Ok, dah habis dah…
Jika anda berminat membuat pelaburan emas, saya cadangkan anda memilih pelaburan emas berstatus
dan
Pelaburan
kalau boleh jadikan pilihan terakhir.
Walau bagaimanapun, keputusan akhir pemilihan juara emas pelaburan ini terletak di tangan juri awam iaitu anda sendiri (60%) dan juri professional cuma (40%).
Ini kerana juri awam sendiri yang akan mengeluarkan duit untuk membeli emas ini
Apa pun, sekarang adalah waktu terbaik untuk anda memulakan pelaburan emas anda. Kongsikan ilmu ini dengan rakan-rakan anda. Mereka pasti berterima kasih kepada anda.
Jika ada sebarang persoalan, sila letakkan di bahagian komen. Paling baik lagi jika kita boleh bersoal jawab di forum jutawanemas.
Terima kasih.









Blog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat dan selamat.






![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/images/quotes_special.gif)

31 Responses to “Anugerah Juara Pelaburan Emas 2008 – Musim Pertama”
By ben on Oct 29, 2008 | Reply
sy pun minat dinar emas kelantan. sempat beli 9 keping 1/4 dinar je masa jatuh hari tu, belum jual pun lagi… tp kalau ikut pengalaman org lain jual, dinar emas kelantan ni tak berapa bagus sebenarnya.
sbb nya, bila kita nak jual balik, dia bukan terus ambik dan bagi harga hari tu. dia akan timbang balik dan check ketulenan (dan adjust harga). ada sorg tu (dia cerita kat shoutbox jutawanemas) bila nak jual barulah tahu rupa2 nya ada dinar dia yg kurang gram, kurang ketulenan, dsb… cthnya ada yg 4.25g, ada yg 4.24g, 4.23g dsb; pastu ada yg 22k, 21k, 20k dsb… harga yg dia dapat adalah lepas adjust faktor2 tu la…
kesimpulannya idea dinar emas tu bagus (yg best sekali sbb spread dia fixed dan bukan %), tp syarikat yg diamanahkan oleh Permodalan Kelantan Berhad utk assay (buat) dinar emas ni tak reliable langsung. oleh itu sy cadangkan kurangkan bintang dinar emas kelantan…
reply: oo.. macam tu pulak ceritanya. Kalau camtu minta tolong saksi yang terlibat di dalam insiden ini untuk tampil memberikan keterangan (e-mel atau PM saya). Lepas siasat, kita boleh buat keputusan utk turunkan rating. Just nak make sure ini insiden betul.
By Chuman on Oct 29, 2008 | Reply
Salam, Admin. Tak calonkan sekali PAMP Suisse Gold dari Etika Emas? Saya mula melabur 3 bulan dulu (sebelum Etika kenakan commission fee 5%). Setakat ini, memang dapat bayaran bulanan consistently. Pulangan +/- 20% untuk jangkamasa 6 bulan. Not bad – lagi tinggi dari dividen ASB. Kalau nak jual balik selepas 6 bulan tolak 2% dari harga pasaran saja. Kalau tak nak jual balik, simpan saja emas fizikal untuk pelaburan jangka panjang. Pendapat saya, boleh kira 5 bintang la jugak.
Tapi bila Etika charge 5%, kena pikir 2X samada harga belian vs pulangan betul2 berbaloi.
reply: Etika Emas termasuk dalam kategori syarikat yang menawarkan program pelaburan emas. Tak sama macam yang saya letakkan kat atas tu. Sebab tu tak masuk senarai pencalonan
By zamri on Oct 29, 2008 | Reply
i give my advice, if we want to invest in gold/silver, get the highest purity.. 9999, not 916 or less.
-zamri-
reply: Thanks for the advice zamri
By dynn on Oct 29, 2008 | Reply
memang kita disini invest dalam gold 24k atau 999 bukan 916
reply: Hampir kesemua emas kat sini adalah 999 kecuali Dinar Emas Kelantan dan Dinar Emas IGD yang kualitinya ialah 916. Tetapi memandangkan dinar termasuk dalam kategori syiling emas, it’s still a good investment. Lagipun boleh gadai juga emas 916 nie.
By niksawo on Oct 29, 2008 | Reply
saya dengar caj 5% dr EEE dr BNM. jadi Publicgold juga kenakan caj begitu. adakah benar?
reply: Untuk 5% brokerage fee tu.. memang betul. Untuk penjelasan sila kunjungi
http://nogold.com/forum/showthread.php?p=758029#post758029
Untuk public Gold pulak, takder brokerage fees, cuma minting cost + delivery sahaja.
By bantalbusuk on Oct 30, 2008 | Reply
salam semua jutawanEmas..
Nasihat pada yang amatur macam saya nih.. kalo nak mula biarla dengan kategori bukan fizikal..
Public Bank GIA ( Gold Investment Account)..
Sebab2nye macam yang telah disebutkan kat atas tuh.. dan sebab yang utamanya dari sini kiter akan belajar flow turun naik rege market.. Walaupun modal mula tinggi ( kene prepare RM 2K) tapi disebabkan spread just RM3 je tak lah terasa terdudok sangat kalo rege turun dan senang nak jual balik..( naik RM3 dari rege beli dah kire ader untun lah tuh)..
compare dengan Maybank punyer walaupun boleh start opening akaun dengan modal kecik tapi kene ingat orang yang mula modal kecik lagi banyak rugi kat sini sebab beza die RM7-RM8/gram.. lamer nak tunggu naik melepasi modal kalo time jatuh rege tuh..
biler dah mahir flow rege pasaran barulah boleh beli emas fizikal.. dan kene ingat risiko emas fizikal nih pun tinggi.. nak2 dalam musim banjir nih..
reply: Bagi mereka yang ada masalah penyimpanan, eloklah simpan guna Public bank Gia. Kalau tinggal kat kawasan yang tak ada risiko banjir, bolehlah simpan emas fizikal.
By mkrdr on Oct 30, 2008 | Reply
emas IGD tu menatang ape? kat mane jual?
reply: Dinar Emas IGD, baca details kat sini
By nm on Oct 31, 2008 | Reply
tahu tak yg dinar IGD tu kalau cukup 25 keping dinar kite blh simpan di wakala..n diorg akan investkan dinar2 tersebut.. so, sbg cth kita ade 35 keping dinar, dia akn membiak2 setiap bulan sbyk 0.32g…so sy rasa lg untung drp kita beli dinar n smpan… tp yg ni kene ade kontrak 3 thn…
reply: Ada lagi ke program ini? dulu wakala Melaka cakap dah tutup.
By fidah on Oct 31, 2008 | Reply
sy dah beli emas kat public gold tapi sampai sekarang hampir sebulan masih lagi tak dapat isu sijil utk saya. tak apaka?nanti kalu apa? dia nk beri ka?
reply: My personal opinion, tak ada masalah. Yang penting ialah emas dan resit pembelian dari Public Gold. Sebab kalau nak gi pajak biasanya kena tunjuk bukti pembelian. Sijil tak perlu. Lagi satu, kalau beli gold coin, memang tak ada sijil. Gold bar ajer ada sijil.
By dian on Nov 1, 2008 | Reply
penambahan…. kalau igd dinar ada sijil, ada yang berlaminate dan ada yang belum berlaminate. masa saya ke arrahnu tak pula mereka minta sijil cuma ambik barang emas tu je ,
reply: Terima kasih atas makluman
By nm on Nov 1, 2008 | Reply
emm sy dah 2thn join program IGD tu..n skrg ni akaun tu masih on lg.. tp sy xpasti lah pulak samada program tu dah tutup utk yg baru nak buka akaun…
By peluang dinar on Nov 3, 2008 | Reply
artikel yang menarik…
By niaa on Nov 3, 2008 | Reply
betul cakap nm tuh.
disini sy nak kongsi sket pengalaman..
saya sudah lama dimaklumkan tentang pelaburan emas sejak 2002 lagi.
cuma semasa tu cash saya tak brape nak banyak.
jadi dalam tahun 2006, saya ada lebih rezki sket.
dan ketika itu saya hanya tahu pasal pelaburan dinar emas igd.
dan untuk buka akaun igd kita perlukan 25keping dinar sbg permulaan.
harga belian pada ketika tu adalah sekitar rm300++ sekeping.
alhamdulillah, saya berjaya buka akaun igd dalam tahun tersebut.
saya tak pandai untuk jual beli emas.
yang saya tahu menyimpan.
jadi saya pergi ke wakala. berurusan dengan mereka.
dan mereka suggest jika untuk simpanan bukan jangka pendek,
tambatkan dividen bulanan akaun tu pada harga dinar.
jadi untuk simpanan selama 3 tahun saya beroleh sekitar 0.32-0.35IGD dinar sebulan.
(nilai dividen mungkin berubah bergantung pada jumlah permulaan akaun yang dibuka)
so far setelah 2 tahun. nilai keping dinar emas saya sudah meningkat.
dulu saya tak arif sangat pasal harga jualan igd emas.
memang ada sedikit rugi jika hanya bergantung pada 25kpg dinar itu sahaja.
tetapi memandangkan kita menerima juga dividen bulanan dalam IGD,
maka keuntungan ikut harga jualan skrg pun saya leh dpt return sekitar 25-30%
ini kes dok peram duit sajer aa..
tapi mmg bagus jika saving kita tambat pada harga emas.
mmg leh bagi good return!
so far, sejak hari2 ngadap web ni, saya pun dah wat passbook GIA.
tengah tunggu cash dari source lain bulan depan ni untuk beli kijang plak.
reply: Ini adalah program Qirad. Memang dulu ada ditawarkan.. tapi sekarang katanya dah tutup. Ini yang dimaklumkan oleh wakala kat Melaka nie.
Apapun, tahniah sebab dah ada pelaburan emas. Welcome to the club
By nicegold on Nov 4, 2008 | Reply
saya dah beli EMAS dari Public Gold.
Memang tak dapat sijil seperti di janjikan. Waiting list lagi kot.
Satu lagi Public Gold juga telah melakukan perubahan dalam spread emasnya. Tak sama macam apa yang di keluarkan melalui press or akhbar harian……sila baca keratan akhbar dan check di web PublicGold spread buy-sell nya.
Marilah semua kita menabung dengan EMAS.
SalamMas
reply: Tahniah sebab dah membeli emas. Welcome to the club
pasal cert tu.. memang lambat sikit sebab diorang baru appoint Assayer untuk signature. Namun kalau tanya pendapat peribadi saya, cert nie tak penting sangat. Yang penting ialah resit pembelian.
Pasal harga dan spread tu, ini adalah jawapan dari Public Gold: (kadang-kadang harga emas di dalam website Public Gold adalah tidak sama dengan Public Bank. Ini disebabkan pergolakan harga didalam pasaran emas, kadar pertukaran matawang dan samada terdapat stok emas fizikal yang boleh didapati di pasaran tempatan dan antarabangsa).
By nicegold on Nov 7, 2008 | Reply
Saya memang paham harga emas di PublicGold (PG) tidak sama dengan PublicBank. Sememangnya begitu.
Cuma, yang ralat kenapa semasa pelancaran, rujuk keratan akhbar. Harga emas – spread yang PG keluarkan kenyataan akhbar sebanyak, SALE 2% dan 1% BUY dari lcurrent world gold price.
Pelaksanaannya pula, harga di web PG di update lebih kerap.
Sekarang, perbezaan harga bagi SALE 5% dari current world gold price dan BUY fixed at RM3 plus 0.01-0.50sen.
Kedua, di web PG harga emas 24k tidak bergerak walaupun MASA update berubah dan harga emas dunia juga turut berubah dgn spread lebih beberapa dollar.
So, minta kekawan yang ada masa dan minat physical gold buat tracking harga emas di PG setiap jam berbanding harga dunia.
Kedai Emas PG di Penang pun buka jam 11pagi-12pm setiap hari.
Tak pasti harga online emas PG di set auto oleh system or “moderator emas”.
SalamMas
By kamar on Nov 23, 2008 | Reply
Bukankah menurut laman web ustaz zaharuddin bahawa pelaburan emas di Maybank sahaja yg halal kerana boleh ditukarkan kepada emas fizikal…
manakala pelaburan di Public Bank jatuh subha kerana tidak boleh ditukarkan kepada emas fizikal…shubha mesti dijauhi kerana ia menghampiri haram….
buat apa melabur jika tidak berkat….bagi saya pelaburan emas bukan fizikal paling baik ialah Gold Savings Maybank…kerana ia HALAL
By aku emi on Nov 25, 2008 | Reply
bagus beli emas nih..wat simpanan hari tua hehehe…
ape ape pun jgn lupa bayar zakat emas bagi mereka yg layak dan yg beragama islam… nak tahu lebih lanjut rujuk kat mana2 web pusat zakat. tq
By z0mbie on Nov 26, 2008 | Reply
saya ada buat perbandingan antara 3 jenis syiling emas di antara kijang emas, UOB gold dan dinar kelantan, kelebihan dari segi penjimatan pembelian adalah pada UOB gold..
kijang emas (999) 1gm = RM 100.2733
dinnar kelantan (916) 1gm = RM 98.9176
UOB gold (999) 1gm = RM 98.0228
UOB gold lebih murah dari dinar emas kelantan walaupun terdapat perbezaan ketulenan di situ..
(mungkin ada yg boleh confirm ketulenan bagi semua jenis emas di UOB adalah 99.9%. kerana terdapat emas dari jenis KINEBAR dan PAMP GOLD yg mempunyai harga yg lebih tinggi)
reply: ya betul, dari segi harga, syiling emas yang dijual UOB bank murah sedikit dari kijang emas. Kualiti syiling-syiling emas ini ialah 24K.
Harga kinebar dan pamp gold adalah lebih tinggi kerana emas ini termasuk dalam kategori gold bar.
By ajis on Jan 10, 2009 | Reply
SLm, saya ingin komen pasal Dinar Kelantan…(terutama komen Ben)
Baru2 ni saya gadai…pajak gadai nilai 22.8 karat atau 95%. Bukankah ini lebih baik dari nilai yg di warwarkan iaitu 22k atau 91.7% sahaja? Apapun marilah sama-sama angkat martabat dinar ni!
By akun on Jan 10, 2009 | Reply
slm..berkenaan dgn komen ben dan ajis..saya rs,isu kurang dr 22k atau lebih 22k ni,mgkn disebabkan oleh masalh pd precious metal tester yg digunakan,bkn disebabkan oleh kecuaian dlm pembuatan. sila rujuk kpd komen rafhan dlm topik ‘pengalaman meamajak emas di ar rahnu’..ape pn,bila dah beli dianr kelantan tu,sila simpan resit pembelian dia elok.juast in case ade pape mslh.tq..
By Akhtar on Jan 10, 2009 | Reply
bagi kijang emas.. adakah penjualan hanya dapat dibuat di sesetengah branch atau mana2 maybank terima kalo kita nak jual balik?
reply: Jualan balik cuma di Maybank cawangan yang menjual kijang emas.
By sax-gold on Jan 11, 2009 | Reply
salam, pasal dinar kelantan tu….
utk jual, tak seperti post di atas. kerana saya bru jer jual 10 dinar…
ta ada apa2 komisyen yg dikenakan. cuma kita jual dgn harga yg mereka beli… itu sahaja…
takada prosuder2 lain pun…
sekian
By prima on Jan 13, 2009 | Reply
Salam sax-gold
ade limit ke banyak mane kite bole beli?
By qis on Jan 14, 2009 | Reply
salam..sy baru nk cuba dlm pelaburan emas…boleh bg tunjuk ajar?
adakah tahun 2009 ni, masa yg baik untuk melabur dalam emas?
any one can help?
reply: Pelaburan emas adalah untuk jangka masa panjang. Anytime is a good time to buy.
By ec on Jan 23, 2009 | Reply
tuan admin.anugerah juara pelaburan-musim pertama dah berlalu.musim ke2 bila lagi
reply: Tahun 2009, bulan 6 kot.
By chuchu@muhamad matali on Jun 6, 2009 | Reply
saya berminat nak membuat pelaburan emas ni tetapi saya buta kaya tak tau apa2 jadi diharap anda dapat detilkan secara lengkap dari langkahpertama hingga akhir dan modal pertama dalam ringgit malaysia
reply:
1. sediakan wang wang mencukupi.
2. beli emas pelaburan yang saudara suka ie. kijang, public gold etc. (harga cek kat sini)
3. Simpan.
4. Bila harga nai banyak, jual
By kodey on Jul 14, 2009 | Reply
salam..
nak tanya ni..
kenapa awk bg 3star pada maybank saving & 4.5star pada public bank??
ape yg bezakan 2 ni?
sy br belajar nak buka gold saving acc
tq
reply: Public Bank GIA mempunyai spread yang lebih kecil daripada Maybank. Sebab itu ia lebih baik. Dapat bintang lebih sket.
By Ina on Aug 10, 2009 | Reply
salam,
Nak tanya klu kita nak buka gold saving acc tengok harga yang mane belian atau jualan?Tak fahamlah …..
reply: tengok harga jualan
By matmit on Aug 22, 2009 | Reply
salam,
bagus sungguh blog nie…apsal la aku tak jumpa blog ni ms aku wat pinjaman 30ribu utk wat bisnes aritu..nasib badan…tapi masih sempat lg ni…bulan depan ingat nak start bt pelaburan…setelah membaca artikel dlm blog ni…betul2 tkjut..ilmu ni klu sesapa tak gunakan sebaiknya amatlah rugi…sekiranya sesiapa npk besarnya kuasa leverage dlm pelaburan ni pasti berpotensi menemui kejayaan…terima kasih admin kerana sudi berkongsi idea2 ni…yg sy paling tak sngka ilmu ni di beri secara percuma! PERCUMA BEB!!!
p/s:admin bila nak kuar ebook blueprint ?…basic pelaburan ker?klu ade…sy akan jadi org pertama beli nanti!
reply: Hehehe.. ilmu emas memang hebat. sebab tu saya nak kongsi bersama-sama. bukan saya rugi apa-apa pun. lagipun ilmu ini akan mendatngkan manfaat kepada kita.. so banyakkan mencari ilmu
… lagi satu.. ebook saya dah keluar
By Mohd Hasrul Wayne on Aug 28, 2009 | Reply
da,beli ebook sedara…best dan padat..dua dalam satu..smoga terus mencurahkan ilmu…cuma nak tanya…gold membership tu mcm maner fungsinya yer…??
By azmanor on Jan 8, 2010 | Reply
Salam admint ,
Bila lagi anugerah juara pelaburan musim ke 2 , dah lama pending ni…TQ
reply: Well, tengah tunggu beberapa isu selesai