Ebook

Apakah Sebab Anda Melabur dan Menyimpan Emas?

Ditulis pada 6 August 2012 – 2:11 am | oleh syukor |


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pembaca semua?
Saya doakan anda semua berada di dalam situasi sihat, ceria dan bahagia adanya.

Baiklah, topik kali ini adalah berkenaan:

Apakah sebab anda melabur dan menyimpan emas?

Soalan ini adalah unik dan perlu dijawab oleh anda dengan JELAS sebelum anda menceburi pelaburan emas. Setelah anda tahu sebab anda membuat pelaburan emas, maka anda boleh selaraskannya dengan mind setting yang betul dan strategi yang sesuai bagi memaksimakan keuntungan anda.

Dengan kata lain untuk memaksimakan keuntungan dengan emas, anda perlu:

1. Tahu sebab anda membuat pelaburan emas (ini perkara 1)
2. Membuat “Mind Setting” yang sesuai dengan (perkara 1).
3. Menyusun strategi yang bersesuaian dengan (perkara 1).

Sebab-sebab seseorang membuat membuat pelaburan emas.

Setiap orang mempunyai sebab-sebab yang tersendiri mengapa mereka melabur dan menyimpan emas. Jika anda masih mencari sebab-sebab untuk menceburi pelaburan emas, maka anda boleh lihat contoh-contoh di bawah:

Antara sebab-sebabnya adalah:

1. Inginkan pulangan yang lebih tinggi berbanding ASB @ pelaburan lain.
2. Emas digunakan untuk tujuan penyimpanan bermatlamat.
3. Emas dilihat sebagai ubat mengelakkan kebocoran wang.
4. Emas dilihat sebagai aset @ harta.
5. Emas dilihat sebagai pelaburan/keuntungan jangka masa pendek.

Mari kita lihat satu persatu ūüôā

 1. Inginkan pulangan yang lebih tinggi berbanding ASB @ pelaburan lain:

Anda melihat di dalam tv,  baca surat khabar dan majalah tentang trend pelaburan emas yang semakin menjadi-jadi.

Anda ditunjukkan bukti-bukti graf kenaikan harga emas yang semakin tinggi.

Jadi  anda rasa teruja apabila melihat peratus kenaikan harga emas adalah lebih tinggi berbanding pelaburan konvensional di Malaysia. Jadi anda berminat untuk membuat pelaburan emas kerana inginkan pulangan yang lebih tinggi daripada ASB atau pelaburan-pelaburan lain.

Anda melihat emas sebagai pelaburan yang berpotensi memberikan pulangan  yang lebih lumayan berbanding ASB, Tabung Haji dan unit trust.

Anda buat perbandingan pulangan satu persatu. Contohnya emas vs. ASB, emas vs unit trust, emas vs saham, emas vs timah, emas vs getah, emas vs kelapa sawit dan emas vs the rest of the world of investment.

Ini adalah mentaliti pelabur. Anda cenderung membandingkan kenaikan harga emas berbanding instrumen pelaburan yang lain. Time frame anda pula adalah sekitar 1 tahun sahaja (Januari sehingga Disember)

Bila harga emas naik dari Januari – Disember, anda rasa seronok.


Gambar: Graf harga emas di dalam 5 tahun (2028 – 2012)

Sumber: http://www.goldprice.org/spot-gold.html

Kalau harga emas jatuh dari Januari – Disember atau kenaikan harga emas kurang berbanding instrumen pelaburan lain maka anda tidak gembira. Mungkin akan marah, mengutuk emas dan mengetuk kepala anda kat dinding.


Gambar: Prestasi harga emas Januari – Ogos 2012 menurun

Di dalam hati anda akan berkata “Daripada aku beli emas, baik aku beli getah sekerap, sebab peratus harga getah sekerap naik setahun lebih tinggi daripada emas”

Bagi anda, simpanan emas dilihat berbaloi sekiranya peratus kenaikan harganya lebih tinggi dari pelaburan lain. Kalau tidak, anda tak minat nak simpan emas. Mungkin anda minat invest komoditi lain seperti minyak sawit, timah, gas asli atau arang batu.

Mentaliti anda: Saya berharap peratus kenaikan harga emas setahun adalah lebih tinggi daripada pulangan ASB, tabung haji, unit trust dan bla.. bla.. bla…

2. Emas digunakan untuk tujuan simpanan bermatlamat.

Ada orang menyimpan emas untuk satu tujuan yang jelas. Ini dipanggil simpanan bermatlamat @ tabungan bermatlamat.


Gambar: Emas sebagai simpanan bermatlamat.

Emas disimpan bagi mencapai objektif tertentu. Selepas objektif dicapai maka emas tersebut dijual dan tidak lagi disimpan. Contohnya ialah menyimpan emas bagi tabung kahwin, menunaikan haji, membeli tanah, melancong atau simpanan untuk anak masuk universiti. Memandangkan trend harga emas menaik maka anda simpan dengan harapan kenaikan harga emas yang tinggi mempercepatkan anda mencapai matlamat anda.

Biasanya anda akan membeli emas secara konsisten. Anda simpan sedikit demi sedikit. Samada harga naik atau turun  anda tetap membeli emas secara konsisten.

Anda tahu dengan kaedah ini anda mendapat keuntungan dengan teknik pemurataan kos.

Apabila kenaikan harga emas mencecah target RM yang diingini maka anda terus menjual, tukar kepada RM dan melaksanakan impian anda.

Mentaliti anda: Simpan emas secara konsisten + keuntungan harga emas naik = impian tercapai.

3. Emas dilihat sebagai ubat mengelakkan kebocoran wang.

Untuk pengetahuan anda, ada orang tangannya panas. Tak boleh pegang duit kertas. Mulalah fikir nak invest (yang karut-karut) atau belanja. Memandangkan simpanan di dalam bentuk ringgit lebih senang bocor (asal duit banyak ajer, mula gatal tangan nak berbelanja atau nak invest ke mana-mana).

Belanja duit kertas nie senang sangat. Betul tak?

Budak darjah satu¬†pun tahu habiskan duit kertas. Inikan pula orang dewasa ūüėõ

Jadi bagi orang seperti ini, emas adalah ubat bagi mengelakkan kebocoran wang.


Gambar: Anda selalu kebocoran wang? simpanlah emas.

Simpan emas confirm duit tak bocor.

Contohnya: jika anda ada duit RM100 ribu maka banyak idea datang utk menghabiskan wang tersebut ataupun anda mula teringin nak melabur kat macam-macam skim. Tapi kalau duit tersebut ditukarkan kepada emas, maka anda dah tak boleh belanja sesuka hati.

Jadi anda terselamat dari keborosan diri sendiri.

Mentaliti anda: “Aku tak boleh simpan duit kertas, asal tengok duit ajer nak belanja. Simpan emas selamat duit aku”

4. Emas dilihat sebagai aset @ harta.

Manusia suka menyimpan harta. Itu lumrah jiwa manusia. Apatah lagi jika harta itu berbentuk aset (aset = nilainya semakin naik). Contoh harta berbentuk aset ialah tanah, emas dan perak, rumah sewa, perniagaan dan harta intelek.

Dalam hal ini anda melihat emas sebagai harta kerana nilainya meningkat di dalam jangka masa panjang.

Kalau sesak-sesak maka emas boleh digadaikan di Arrahnu untuk tunai segera. Kalau beli emas di dalam bentuk barang kemas maka ia adalah harta yang boleh dipakai di badan.


Gambar: Emas ialah harta yang mudah dicairkan kepada tunai

Kalau anda simpan jongkong atau dinar, maka anda boleh rasa kepuasan apabila dapat melihat dan memegang “harta emas” anda. Harta di dalam bentuk kereta juga disukai oleh manusia, tetapi nilai kereta sentiasa jatuh.¬†Harta di dalam bentuk wang kertas juga ada masalah kerana nilai wang kertas merosot akibat inflasi.

Bagi orang ini, kelebihan emas adalah ia adalah harta yang mudah dikumpulkan secara kecil-kecilan berbanding tanah atau rumah. Emas boleh dibeli di dalam kuantiti yang kecil (contohnya 1 dinar, 10 gram, 20 gram). Asal ada duit, tukar jadi harta emas.

Lama-lama banyak harta emas anda. Bagi orang yang menyimpan emas sebagai harta, mereka melihat tempoh masa yang sangat panjang dan sangat jauh.

Kenaikan dan penurunan dalam jangka masa pendek tidak mempengaruhi mereka untuk membeli dan menjual “harta” mereka. Kadang-kadang mereka tak fikir langsung nak jual “harta emas” nie. Ia adalah harta sampai mati.

Mentaliti anda: “Emas adalah harta. Kumpul emas ibarat kumpul harta. Kalau sesak boleh gadai. Kalau dah tua boleh kasik kat anak cucu”

Contoh pelabur di dalam kategori ini adalah mak saya.

Mak saya memang hobinya ialah membeli, memakai dan menyimpan emas. Dari dulu sampai sekarang, kalau ada duit ajer.. tukar jadi emas. Kalau nak pakai duit mak saya akan gadaikan emas ini (mak saya beli tanah RM50 ribu dengan gadai emas).

Mak saya tak pernah terfikir nak jual emas bila harganya naik. Bagi mak saya emas adalah harta. Dan harta adalah untuk disimpan. Dan emas yang mak simpan tu nanti emak nak bagi kat anak-anaknya. hehehehehe.. terima kasih ye mak! ūüôā


Gambar: Rantai leher mak dan 10 dinar dah kena tukar jadi buah rantai.


Gambar: Rantai tangan yang dibeli dengan harga RM80.95 segram pada tahun 2007. Dah untung kalau dijual, tapi confirm tak jual punya.

5. Emas dilihat sebagai pelaburan yang boleh memberikan keuntungan jangka masa pendek.

Ada orang yang melihat emas boleh memberikan pulangan jangkamasa pendek.

Lebih kurang macam saham.

Ya memang betul. Kalau pandai beli-jual maka anda boleh untung di dalam jangka masa pendek.¬†Emas adalah komoditi yang didagangkan di pasaran antarabangsa dan harga emas ada turun naiknya. Walaupun harga emas adalah “long term bullish” atau meningkat untuk jangkamasa panjang, namun di dalam jangka masa pendek¬†harga emas boleh jatuh banyak (buying opportunity).

Jadi anda boleh membuat keuntungan dengan kemahiran analisis teknikal atau pun menggunakan sejarah harga emas (historical price) untuk mengenal pasti peluang memborong.

Anda sentiasa peka dengan pergerakan harga emas. Anda tahu sejarah harga emas seperti harga tertinggi, harga terendah, fibonacci retracement, fibonaci expansion etc. Graf kitco dan graf Metatrader 4 sentiasa menjadi kitab rujukan.

Bila harga turun anda beli, bila harga naik dan anda dah untung, maka anda jual. Bila harga turun anda beli lagi, bila harga tinggi anda jual. Anda ulang-ulang proses ini.

Bila harga turun emas turun anda rasa seronok. Bila harga emas naik pun anda rasa seronok. Ke mana sahaja arah harga emas. Anda seronok. Mungkin bagi orang lain anda nampak pelik, tapi sebenarnya anda tahu apa yang anda buat ūüôā



Gambar: Anda boleh buat untung jangkamasa pendek dengan emas.

Mentaliti anda: ¬†“Harga emas naik atau turun, peluang buat duit tetap ada bro! kena pandai timing market ajer…”

p/s: Kalau rajin anda cuba ke FB kawan saya, Wazir tokey emas. Beliau aktif membeli, simpan dan jual. Beliau juga menggalakkan simpanan emas untuk jangka masa panjang. FB dia kat sini:  http://www.facebook.com/tokeyemas999

Kesimpulan:

Itu dia tuan-tuan pembaca sekalian, sekarang anda sudah nampak sebab-sebab seseorang individu melabur dan menyimpan emas. Walau apa pun alasan anda untuk menyimpan emas. Anda betul!

Sekiranya anda masih kabur tentang sebab anda nak menyimpan emas.¬†Pilih ajer salah satu daripada 5 sebab diatas ūüôā

Lepas nie saya akan tulis pasal mind setting dan menyusun strategi yang bsersesuaian mengikut “sebab” anda melabur di dalam emas.

pesanan: Jika anda ingin mendapat maklumat mengenai pelaburan emas atau seminar, anda boleh melanggan newsletter blog jutawanemas.com. Ianya PERCUMA. Masukkan email anda di dalam kota di penjuru kanan blog ini.

p.p.s: Jika anda ingin mendapat mendapat ilmu pelaburan emas dengan cara terpantas, anda boleh mendapatkan ebook saya yang bertajuk “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas” .

Lepas baca saya gerenti anda akan celik pelaburan emas.

Anda boleh download FREE preview 94 mukasurat ebook ini (klik sini)

atau anda boleh membeli terus versi penuh. Klik sini untuk mendapatkannya (klik)

 

 Kongsikan artikel ini di FB anda, klik icon Recommend di bawah. Terima kasih!

 

 

Artikel berkaitan:

Comments

comments

syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat, selamat dan menguntungkan.

Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik sini)

Dari: Syukor Hashim (PG000012)
Public Gold Official Speaker
PG Dealers trainer and Gold consultant.
Anda boleh WhatsApp saya di 013-2126999

**Laporan percuma. Klik gambar untuk download**


Follow FB saya...


Langgan newsletter PERCUMA di sini.

Langgan RSS


Saya@TV9 interview: Pelaburan Emas

Saya@TV1 Interview: Potensi Pelaburan Emas



Public Gold free report Ebook teknikal analisis Peluang berniaga emas