Forum Jutawanemas

Bagaimana Menjana Keuntungan Dengan Pinjaman Ar-Rahnu?

Written on 8 October 2009 – 8:55 am | by syukor |

ar_rahnu_bank_rakyatAssalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat ceria dan bahagia adanya. Saya kat sini Alhamdulillah sihat sahaja.

Saya kat sini erm.. memang sibuk sangat. Tengah menulis buku pasal pelaburan emas dan sedang merancang bahan-bahan untuk seminar pelaburan emas yang akan saya buat bulan ini. Walaupun sibuk tapi takper.. still survive lagi :)

Baiklah, untuk posting kali ini saya ingin berkongsi pengalaman saya menjana keuntungan dengan pinjaman Ar-Rahnu.

Saya berharap selepas membaca posting ini anda akan mendapat idea bagaimana membut keuntungan dengan menggunakan teknik Ar-Rahnu ini.

Teknik Ar-Rahnu memerlukan emas fizikal.

gold_bar_public_gold_100gram
Kita perlukan emas fizikal – Contohnya gold bar Public Gold.

Salah satu keistimewaan emas fizikal adalah ianya boleh di Ar-Rahnukan
(Ar-Rahnu ialah sistem gadaian Islam)

Ia membolehkan kita meminjam wang daripada institusi Ar-Rahn dengan menyandarkan emas milik kita. Nilai maksima pinjaman yang diberikan ialah 65% – 75% daripada nilai emas yang kita pajakkan.

Saya telah menceritakan pengalaman gadai emas di Ar-Rahnu didalam artikel sebelum ini.

Anda boleh baca kat sini:

1. Pengalaman memajak emas di Ar-Rahnu
2. Memajak Jongkong Emas Public Gold di Ar-Rahnu Bank Rakyat 

Jadi, sementara menunggu harga emas naik, kita boleh menggunakan teknik Ar-Rahnu untuk menjana keuntungan apabila ada peluang. 

Semua itu hanya memerlukan kreativiti dan kepintaran kewangan anda :) .

Inilah ilmu yang ingin saya kongsikan bersama-sama anda.

Sebab itulah saya kurang gemar membuat pelaburan dengan akaun simpanan Public Bank GIA dan juga Maybank GSPA. Ini kerana akaun simpanan pelaburan emas tidak boleh dimanipulasikan dengan menggunakan teknik Ar-Rahnu ini bagi menjana lebih banyak untung.

Kita cuma beli dan berharap harga emas naik. Kalau harga emas lambat naik maka kita terpaksa menunggulah jawabnya….

Bagaimana saya menjana keuntungan dengan teknik Ar-Rahnu.

Untuk pengetahuan anda semua, setelah saya memajak gold bar Public Gold sebanyak 500 gram tu, saya mendapat pinjaman sebanyak RM41 300 (klik sini).  Saya cuma pajak selama 8 hari je ( daripada 18/8/2009 – 25/8/2009)

Jumlah upah simpan untuk 8 hari adalah RM235 sahaja.

RM235
Resit penebusan – RM235 untuk gadaian selama 8 hari (klik untuk besarkan)

Walaupun Ar-Rahnu Bank Rakyat memberikan tempoh selama 6 bulan untuk setiap gadaian, tak semestinya kita pergi gadai selama 6 bulan. Kalau kita nak pergi gadai sehari pun boleh juga.. takder masalah.

Di dalam masa 8 hari saya telah membuat beberapa transaksi yang telah mendatangkan keuntungan.

Antaranya:

1. Membeli 200 gram emas PAMP Suisse pelabur Etika Emas yang tersangkut di
    Ar-Rahnu dan menjual kembali kepada kawan saya.
   Jumlah keuntungan daripada transaksi ini = RM400

2. Membeli balik (buy back) 3 keping gold bar Public Gold 100 gram daripada orang
    persendirian yang nak pakai cash (dah untung kot). Ketiga-tiga gold bar ini telah
   saya jualkan semula kepada pembeli-pembeli baru.
   Anggaran keuntungan daripada transaksi ini = RM668.00

Jadi, jumlah keuntungan kasar = RM1068.00
tolak upah simpan = RM235.00
Jumlah untung bersih = RM833.00 :)

Dengan kata lain, teknik gadaian Ar-Rahnu nie boleh digunakan untuk apa juga transaksi asalkan jumlah keuntungan yang diperolehi melebihi upah simpan.

Segalanya tertakluk kepada kreativiti dan peluang yang datang kepada anda.

Teknik Ar-Rahnu ketika harga emas rendah.

Selain daripada mendapat keuntungan dengan contoh diatas, saya ada ceritakan bagaimana menjana keuntungan dengan teknik menggadai emas ketika harga emas jatuh untuk mendapat modal, kemudian beli emas fizikal dan gadai kembali untuk dapat modal.. kemudian beli emas fizikal lagi.

Anda boleh baca perkara tersebut kat posting ini (klik sini).

Sedikit penjelasan kepada mereka yang tidak memahami teknik ini.

Kenapa gadai ketika harga emas rendah?

Jawapan: Tujuan gadai ialah mendapat modal sahaja.

Kemudian modal tersebut digunakan untuk membeli emas fizikal (ketika harga emas tengah jatuh).

Ini kerana apabila harga emas naik semula, maka kita akan dapat keuntungan (capital gain).

kenaikan_harga_emas
Penjelasan dalam bentuk graf: Kenapa gadai ketika harga rendah?

Kalau kita gadaikan emas ketika harga emas tengah tinggi, maka kemungkinan harga emas naik lebih tinggi adalah lebih kecil.

So untuk selamat, kita pajak gadaikan emas ketika harga emas jatuh. Ini kerana peluang mendapat keuntungan daripada kenaikan harga emas adalah lebih tinggi.

Kesimpulan:

1. Belilah emas fizikal. Ia jauh lebih baik dari akaun simpanan pelaburan emas kerana
    boleh dimanipulasikan dengan Ar-Rahnu untuk keuntungan lebih.

2. Walaupun kita boleh gadaikan emas selama 6 bulan, tak semestinya kita letak emas
    kita selama 6 bulan. Sehari pun takper. Kita cuma pinjam untuk jana untung ajer..
   dah untung tebus lah balik. Boleh save sikit upah simpan.

3. Memandangkan harga emas sentiasa naik dalam jangkamasa panjang, maka kita
    akan untung bila menggadaikan emas fizikal. Ini kerana nilai 65% yang diberikan
    oleh Ar-Rahn akan meningkat. So kita boleh pinjam lebih banyak wang.
    Lebih banyak wang maka lebih peluang.

4. Jenis peluang yang akan anda jumpa adalah berdasarkan ilmu, networking dan
     business opportunity anda. Semakin banyak ilmu dan networking anda,
     makin cerah peluang anda menjana keuntungan.

pesanan:

1.Jika anda ingin mengetahui rahsia pelaburan emas, dapatkan ebook
  saya yang bertajuk "Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas"
  Ilmu yang terkandung didalamnya dijamin membantu anda membuat
  pelaburan emas yang menguntungkan, selamat dan meyakinkan.
  Klik sini untuk maklumat lanjut (klik sini)
2.Jika anda ingin membeli emas fizikal Public Gold,
  anda boleh lihat senarai agen Public Gold disini (klik sini)
3. Jangan lupa melanggan newsletter blog jutawanemas.com
   Anda akan menjadi orang pertama mendapat update blog ini.

Ok then, selamat membuat pelaburan emas.

Related Posts

Put your related posts code here
  1. 52 Responses to “Bagaimana Menjana Keuntungan Dengan Pinjaman Ar-Rahnu?”

  2. By hakita00 on Oct 8, 2009 | Reply

    camna en Shukor Ambik balik barang kat Arrahnu tu? guna duit modal sendiri atau jual emas yang lain kat arrahnu?

  3. By Aji Hussein on Oct 8, 2009 | Reply

    Tapi kalau nak guna duit untuk perniagaan elok gadai time harga tinggi. Boleh dpt bayak cash. Tapi makesure kita boleh dpt generate keuntungan drpd perniagaan tersebut.

  4. By Reimei on Oct 8, 2009 | Reply

    Salam, terima kasih En Syukor kongsi teknik gadaian ArRahnu dapat jana keuntungan. Bagaimana jika situasi kita tidak dapat cover kos upah simpan? baki duit beli emas, tunggu harga naik…komdian naik jual balik cukup2 cover kos upah simpan.

  5. By palie on Oct 8, 2009 | Reply

    ar -rahnu dah bagi pajak ka?
    sebelum ni dia xbagi…sebab kes etika…
    cuma barang kemas ja..

  6. By Dil on Oct 8, 2009 | Reply

    Setuju dgn pendapat En Syukor.
    Cuma kena pandai timing pajak & beli balik pada harga terendah untuk dapatkan maksimum profit

    reply: Haah, timing is important.

  7. By faizbhr on Oct 8, 2009 | Reply

    en syukor,

    memandangkan bulan ni harga emas terlalu galak naik.. adakah sesuai utk kita membeli emas fizikal..?

    reply: Kalau nak beli emas fizikal, beli ajer. Anytime is a good time.

  8. By sapong on Oct 9, 2009 | Reply

    nk tnye. klu nk amik blk emas tu kena byr blk la pinjaman tu ek?

    reply: Haah.. betul tu.

  9. By mama on Oct 9, 2009 | Reply

    Salam kwn2,
    apa yang en shukor nyatakan telah mama praktikkan. Mama mulakan membeli 50g gb masa harga rendah. Dari analisa mama harga emas gb 99.9 xkan jatuh rm120 segram lagi. Kita perlu ingat bila kita membuat pelaburan emas mestilah ada modal pusingan dan bila dapat pinjaman mesti simpan atau beli emas. Kita juga kena faham beli barang untuk dapatkan hasil, beli barang untuk jadikan modal dan ambilan yg dibuat oleh kita boleh mengurangkan modal. Apa2 pun mama nak kwn2 berfikir…wassalam

    reply: Tahniah mama! selamat berjaya :)

  10. By Naem on Oct 9, 2009 | Reply

    Salam. Trimas en syukor utk artikel diatas. Mmg berharga. Apa yg sy nampk dr teknik di ats , cara utg yg lebih cepat dn lebih lumayan ialah :

    1) gadai ketika harga naik jika modal nk guna utk buat biz ( roi > upah simpan)
    2) gadai ketika harga rendah jika modal nak guna beli emas lagi. Jangkaan emas akan naik harga ( harga jangkaan > upah simpan )
    3) utk utg cepat dr teknik gadai, jual beli emas. Ini lebih senang utg lumayan

    say pernah tulis artikel ttg bgmn nak tentukan utg atau rugi dlm teknik gadai ni melalui matematik. So mungkin blh wat kalkulasi.

    Ps : en syukor, hubungan emas dgn dollar ni songsang ke? Maksud saya dollar jatuh, emas naik? Sebb sy tengok, dollar jatuh efek pd rm. N then rm plak akan efek harga emas malaysia secara lansung.naik turun dollar ni versus rm akan menyebabkn hrga emas kt malaysia xberubah banyak.minta nasihat?

    reply: Haah, hubungan USD dan emas adalah negatif. dollar turun emas naik.. dollar naik maka emas turun. kemudian kena tengok ecchange rate RM – USD pulak, baru dapat harga emas kat Malaysia.

  11. By cikgu li on Oct 9, 2009 | Reply

    salam perkenalan… just nak test. Baru je nak mendalami ilmu ttg emas. Harap dapat tunjuk ajar:)

  12. By faizbhr faizbhr on Oct 9, 2009 | Reply

    naem, kalau boleh kongsi lah bersama artikel bagaimana nak tentukan utg rugi tu..TQ

  13. By zULL on Oct 11, 2009 | Reply

    salam en skhukor.
    nak tanye skit, adakah terdapt banyak perbezaan harga apb beli di antara Gold Bar PB di bank (PB) @ agen?

  14. By zuLL on Oct 12, 2009 | Reply

    salam…nak tanya?…pada 09.10.2009 yg lepas…saya ada
    pegi bank rakyat seremban utk pajak emas dinar…yg peliknya org bank rakyat kat situ kata mereka tak terima syiling emas lagi…sejak
    2 bulan lepas…mereka kata semua bank rakyat dah tak terima
    emas syiling lg…abih tu camne saya nak pajak emas ni ye…TQ atas
    penjelasan nnti…

  15. By ferhad on Oct 12, 2009 | Reply

    betul kata en. zuLL tu. saya pergi Bank Rakyat ar Rahnu kat Ampang, diorang pon kata tak terima gold coins or bars, even Public Gold bars. Ada sesapa tahu arRahnu cawangan mana yang still boleh terima?

  16. By saedun on Oct 12, 2009 | Reply

    encik syukor,

    Saya cuba tanya di Public Bank mengenai emas Public Gold Bar.

    Mereka kata tak tau, Emas bank jual hanya melalui egen saja ke.

    terima kasih

  17. By baboon laut on Oct 12, 2009 | Reply

    en ferhad…… bank rakyat kelana jaya terima …. p je kat sana… gerenti beres…

  18. By azri on Oct 12, 2009 | Reply

    salam …
    tadi saya dah pi bank rakyat dia tak terima coin dan bar gold kerana bnm tengah siasat enath siasat apa

  19. By azri on Oct 12, 2009 | Reply

    kalu nak gadai kat yang apa ar rahn atau kopersi masih terima
    biasa lah kalu semua dah beli emas bank dah mula goyang lah hihihi

  20. By kondie on Oct 12, 2009 | Reply

    salam,

    napo BR xtima gold coin or bar ? so apa boleh pajak kat BR skrg ?

  21. By Baru on Oct 12, 2009 | Reply

    Saya tak setuju dgn cara ini. Kalu kita guna wang tunai kita, lagi untung, sebab tak payah bayar upah simpan. Jadi buat apa nak guna Ar Rahnu?????

  22. By cikguasar on Oct 12, 2009 | Reply

    baru: kita gadai utk dptkan MODAL li emas..

    kondie : Agrobank n BR pontian masih terima coin

  23. By redcarpet on Oct 13, 2009 | Reply

    En Baru jgn bagi kenyataan kalau tak tahu dan tak mau belajar ilmu emas…nanti buat gelak dek orang….kalau sesiapa yang membeli e-book tuan admin…akan tau kelebihan teknik nie…

  24. By zuLL on Oct 13, 2009 | Reply

    tanya skitt…bank rakyat seremban tak terima coin ..
    agro bank terima coin tak skarang ni…

  25. By taufik on Oct 13, 2009 | Reply

    zuLL :

    agro xtrima coin/bar dan sesetengah BR pn y trima coin/bar…

  26. By Baru on Oct 13, 2009 | Reply

    Jgnlah terlalu taksub, bila kita guna cash utk dealing camni, tak payahlah bayar upah simpan. Jadi tak payahlah keuntungan dikurangkan utk bayar upah simpan. Takkan itu pun tak faham.

  27. By haji husni on Oct 20, 2009 | Reply

    salam..
    untuk pengetahuan semua, kebanyakan atau rasanya hampir semua arrahnu BR di negeri sembilan tidak menerima goldbar ataupun coins..tak tahu kenapa tapi itulah hakikatnya..

  28. By ferhad on Oct 20, 2009 | Reply

    Trima kasih, En baboon. nanti saya try Bnk Rkyat klana jaya

  29. By izrul_232 izrul_232 on Oct 21, 2009 | Reply

    baru ni bagi org gelak je la…apa punya turr ntah. tu la, cuba baca teknik2 pajak, beli, tebus emas tu… teknik mgunakan ar-rahnu tu sebab ianya senang nak dimanipulasikan ketika harga emas jatuh. kalau modal besar, kita boleh pajak, dapat duit beli emas, then pajak lagi, pastu beli emas…(boleh ulang2 proses ni kalau modal besar). pastu masa harga emas naik, time tu la kita jual, dapat duit pastu tebus la satu2…dapat untung utk emas pertama, gi tebus emas kedua pulak…then dpt untung lagi emas kedua, gi tebus yg last tu… pastu ikut suka la nak jual atau tak yg last tu…yg pastinya kita dah meraih keuntungan ke atas setiap emas yg kita beli tu….ada paham???

  30. By izrul_232 izrul_232 on Oct 21, 2009 | Reply

    tapi kena la pastikan harga belian tinggi dari harga jualan masa kita beli dari kedai tu… ko cuba kira satu2, agak2 la harga emas tu dalam 6 bulan atau setahun ke, baru leh nampak beza…pastu tolak la kos simpan tu, bukan byk mana pun…kalaulah harga emas naik dlm masa 3 bulan dari tarikh ko mula2 buat teknik pajak ni, so ko hanya byr kos simpan 3 bulan saja…untung yg ko dapat ke atas setiap emas yg ko jual tu, dah leh cover kos simpan tu…mesti ada baki lagi…

  31. By Anonymous on Oct 21, 2009 | Reply

    selamat merempit emas kat br caw bdr baru bangi…bereh deh…

  32. By izhar on Oct 22, 2009 | Reply

    masih xpaham lepas baca artikel ni…bila dah pajak mesti nak kene tebus balikkan? so, mcm mana dikatakan untung tu??? cam cth kat atas..camner lak pajak dpt rm41K, tetibe untuk rm1K…abes tu emas kat arrahnu tu nak tebus camne lak???

  33. By izhar on Oct 22, 2009 | Reply

    nak tanya lagi…bleh tak andai kata saya pajak emas kat arrahnu..pastu hasil pajakan tu saya beli lagi emas…emas yg baru di beli tu saya pajak lagi dan beli emas…hasil pajakan emas ke2 ni saya tebus balik emas pertama dan beli lagi emas…then emas pertama dan ketiga saya pajak dan hasilnya saya buat tebus emas ke2 dan beli lagi emas dan seterusnya…bleh ke macam tu..ke mmg camtu kaedah die??? harap en shukor leh bantu..time kasih

  34. By cikjune on Oct 22, 2009 | Reply

    salam izhar…cuba baca posting nie… nanti lengkaplah 100% kefahaman izhar
    http://jutawanemas.com/v1/pelaburan-emas/tips-membuat-keuntungan-dengan-emas-fizikal/

  35. By izhar on Oct 25, 2009 | Reply

    cikjune..time kasih..mmg dah baca dah posting tu dan tu jgak yg saya dok follow up smpi skrg…cume xbrape paham…skrg ni tgh kumpul modal dan nak try skali..rasenya slagi xcube xtau camne tol tak? ke cikjune ade cadangan lain…time kasih..

  36. By cikjune on Oct 26, 2009 | Reply

    izhar dah beli ebook ke?kalau belum dapatkan satu nanti leh join membership…ada forum khas soal jawab tentang teknik2 pelaburan emas… termasuk ler teknik pajak nie….kalau izhar nak cuba apa2 pun makesure faham dulu betul then baru buat…..samaler mcm teknik pajak nie…

  37. By izhar on Oct 26, 2009 | Reply

    dah beli dah…

  38. By azlan on Nov 8, 2009 | Reply

    soalan saya ber bunyi bergini apakah bijak seorang yang membeli emas selepas itu gadai di ar rahnu dan simpan wang pajakan di asb?

  39. By sliza on Nov 9, 2009 | Reply

    kalau amik duit pajakan ahrahnu masuk asb,,, tak sesuai la sbb upah simpan selama 6 bulan tu lagi tinggi dari pulangan yang abs selama setahun tu,,, saya dah buat kira2 dah,,, cuba la en azlan kira

  40. By bantalbusuk on Nov 9, 2009 | Reply

    Ramai dalam nih tak paham apa yang sedang di perbincangkan mengenai topic ini..

    1st kiter citer pasal pelaburan.. bermodalkan barang.. apa barang? EMAS..

    2nd kiter citer pasal buat untung.. macam maner? pajak emas bukan gadai..

    ok step 1.. cth : nak mulakan bisnes modal RM 1000 tapi takder duit.. Gadai la emas kita untuk dapat modal..

    step 2 .. biler dah dapat untung dari bisnes tadi cepat2 la ambil balik emas yang kita pajak tadi.. kenapa nak cepat2 tebus? untung kurangkan kadar upah.. sebab tu la berkali2 dinyatakan tak semestinya kene tunggu sampai 6 bulan minima 1 hari pun boleh tebus balik..

    Bukankah keuntungan kita sudah dapat diperolehi dari 2 sumber dengan bermodalkan emas..? tak kira la apa bisnes pun yang kita buat hasil dari pajak emas tadi..

    kepada Baru..

    anda kene paham dalam nih semua orang bercerita pasal EMAS bukan pasal TUNAI DITANGAN.. apapun topik yang dibincangkan dalam ni semuanya berkaitan EMAS.. walaupun anda ada banyak duit tapi kawan2 dalam nih cerita pasal emas tak kira la samada orang tuh ada duit atau tidak.. so tak payah la nak bikin pening kawan2 lain yang baru nak belajar..

  41. By ruz on Nov 11, 2009 | Reply

    bantalbusuk …. contoh tu untuk yg ada biznes .. klu kita jenis yg makan gaji ni … takde biznes nak buat tapi ada modal lah guano tu …

  42. By izhar on Nov 14, 2009 | Reply

    stuju..citer pasal emas bukan duit tunai…

  43. By bantalbusuk on Nov 16, 2009 | Reply

    ruz.. u makan gaji.. u ada emas banyak kan.. tapi u takder bizness.. u nak buat aper pajakkan emas..? nak pakai duit..? kalo nak pakai duit boleh sajer pajak dulu kat ar-rahnu tapi jangan la simpan lama2 nanti makin lama kiter sendiri yang makin rugi.. macam yang saya kater dalam nih sumer citer pasal pelaburan base emas.. bukan simpanan.. pilih satu antara 2

    ada emas anda laburkan untuk dapat keuntungan tak kira la dari sudut bissness macamane..

    ada emas anda simpan dan sampai satu tahap harga yang best pajakkan untuk membeli lagi banyak emas sebagai pelaburan.. yang ini kene bijak uruskan pajakan anda tuh.. jangan sampai kerugian..

  44. By 2bz4money on Nov 21, 2009 | Reply

    Memang menarik kaedah ni bila terkesan oportunity yg realistik memerlukan modal agak segera; pragmatik ttp perlu cekap dgn kadar beli & jual serta permainan cashflow (tools) yg bijak.
    Tapi kalu x oportunity dan x nak modal, jgn nak gatal amik loan ni dan parking sampai 6 bulan, x cekap dan merugikan jer; better masuk peti Maybank RM80/setahun..
    Kaedah ni x sama cam ODASB yg no charges kalu x usik OD..

  45. By aidaq on Dec 4, 2009 | Reply

    tahniah kepada semua yang terlibat di dalam forum ni… InsyaAllah semua info yg di kongsika sangat berguna utk kami sebagai newbie

  46. By azman on Dec 6, 2009 | Reply

    mcm mana nak terus kan investment emas nie…..
    tempat lain dah tak terima ker?

  47. By Aliff0142350241 on Dec 6, 2009 | Reply

    setakat ni arrahnu bank rakyat yang tidak menerima gold bar dan gold coin, arrahnu lain seperti yapeim dan agrobank masih terima, masih ada alternatif lain

  48. By s.asri on Dec 6, 2009 | Reply

    tidak semua ar-rahnu yapeim yg terima bar. ikut tempat jgk. harap lepas ni yapeim dapat selaras semua cawangan agar ambik. saya mesti pilih yapeim.. hehehe promote skit..

  49. By shman on Dec 11, 2009 | Reply

    Saya ada satu coin kijang emas, tapi tak bleh pajak kat ar-rahnu bank rakyat sebab ada gambar haiwan, jadi saya pajak kat bapa saya aje duit pinjaman tu buat modal beli emas lain, bila harga emas naik saya jual emas yang saya beli dan tebus balik kijang emas tu dalam tempoh tak sampai 2 bulan, dapat untung bersih tanpa kos simpan emas. ha..ha..ha..

  50. By mustafakamaljebah on Dec 12, 2009 | Reply

    Firstly..
    Jual emas masa harganya tinggi..
    Beli emas masa harganya rendah..
    that’s the way should be..
    Lastly..
    Beli emas pas tu pajakkannya semula berulang2 kali sebab nak beli emas lagi kononnya..hanya mengundang risiko kerugian yg teruk pada kita sebab TIADA JAMINAN HARGA EMAS AKAN NAIK DI MASA DEPAN.Sapa yg leh jamin harga emas akan naik pada masa depan?Admin ke?
    Admin leh la wat cam mana pun sebab admin sekarang dah kaya!

  51. By mddy770 on Dec 13, 2009 | Reply

    salam semua

    sungguh tinggi langit dan awan
    kalau nak capai fikirlah caranya
    pakai baju ukurlah saiz badan
    baru lah nampak kacak bergaya

    yang secubit beras tu….. secubitlah kita rasa. apa nak pening2… cukup duit untuk segram kita laburlah, lama-lama kan banyak. yang dah banyak emas itu tak kisah dia nak pajak ke nak gadai ke….. kita yang makan sikit ni jangan cemburu tetapkan strategi sebab emas yang kita ada itu akan bekerja untuk untuk cari kawan-kawannya.
    mula melabur 5grm bulan sep09 sekarang dah boleh keluarkan RM3,000 untuk beli 20 grm gold bar nah… sekrg sibuk cari ilmu pajak pulak…. adui susah betul lepas satu ilmu kenapa belajar
    Walau apapun terima kasih sifu Admin kerana mengidupkan sunah nabi tapi skrg saya hentam semacam sebab suntikan rangsangan ekonomi dah bermula bermakna tambatan RM kita akan meningkat

  52. By shman on Dec 13, 2009 | Reply

    Nasihat mddy770 mmg benar, ayat cantik, kesedaran diri cantik, mengatur stratergi pun cantik, kayuh pelan2 dari satu ilmu ke satu ilmu.

  53. By latif on Jan 3, 2010 | Reply

    terima kasih atas info saya sedang baca dan dah tak sabar

Post a Comment

syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat dan selamat.

Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik)

Langgan RSS

Public_Gold blogging to bank publicdinar.com
Emas-Emas Yang Hilang Peluang berniaga emas Follow me at twitter