Inginkan ilmu pelaburan emas dengan pantas tanpa perlu membaca semua artikel di blog ini? Dapatkan ebook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas (klik sini)
 
Ebook

Beli Emas Sekarang! lagi cerita mengenai emas.

Ditulis pada 11 November 2008 – 1:06 pm | by syukor |


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca jutawanemas sekalian? Harap-harap tu sihat lah ye… kalau rasa kurang sihat. rajin-rajin lah bersenam… senaman ringan.. light jogging.. jalan-jalan. Kenapa ye? Well, kesihatan nie sangat penting.. nak kerja cari duit dan beli emas, badan kenalah sihat dulu… so, sebelum pikir pasal emas… fikirkanlah pasal kesihatan anda :)

Ok, sekarang saya ingin berkongsi maklumat yang saya perolehi dari sebuah buku. Tajuknya “Ruff’s Little Book of BIG FORTUNES IN GOLD and SILVER, A Middle Class License to Print Money”. Pengarangnya ialah Howard Ruff.

Buku ini saya beli dari www.amazon.com 

Ruff merupakan seorang penulis, penasihat kewangan dan gemar melakukan aktiviti-aktiviti kemanusiaan. Sebagai seorang penulis, beliau telah menulis satu newsletter kewangan yang bertajuk The Ruff Times. Newsletter ini telah ditulis beliau selama 33 tahun.

Newsletter The Ruff Times ditulis untuk sebagai panduan kewangan kepada orang biasa, macam kita nie. Dengan kata lain, sebagai penasihat kewangan tugas beliau ialah memberikan cadangan pelaburan kepada pelanggan newsletter dengan tujuan membantu orang-orang biasa memilih pelaburan yang menguntungkan.

Anda boleh melawat website beliau di http://www.rufftimes.com 

Kat bawah tu gambar Ruff dengan isteri.

Pada bulan Julai 1975, beliau telah menggesa pembacanya newsletternya untuk membeli emas (ketika itu berharga USD120/Oz) dan perak (USD2/Oz). Lima tahun kemudian (tahun 1980), beliau telah mencadangkan pembaca newsletter beliau untuk menjual emas dan perak tersebut (harga emas ketika itu USD750/Oz dan harga perak ialah USD35/Oz).

Pheww.. untung besar tu :)

Selepas itu, selama 20 tahun beliau telah mencadangkan agar pembaca newsletter beliau membeli saham, bon, hartanah dan juga pelaburan tradisi yang lain. Ini kerana beliau telah memaklumkan kepada pembacanya bahawa trend kenaikan harga emas dan perak sudah berakhir pada tahun 1980.

Kemudian, pada tahun 2006, beliau telah menulis buku ini yang bertajuk Ruff’s Little Book of BIG FORTUNES IN GOLD and SILVER, A Middle Class License to Print Money”.

Beliau menjangkakan emas dan perak akan menjadi pelaburan yang menguntungkan sekali lagi.. kenaikan besar harga emas dan perak akan berlaku lagi.

Beliau mengatakan bahawa kesilapan terbesar seseorang pelabur pada waktu ini ialah jika tidak mengambil peduli tentang emas dan perak. Ini kerana emas dan perak masih berada di peringkat awal kenaikan harga.

Jangkaan beliau? emas boleh mencecah USD2172/Oz dan perak boleh mencecah USD100/Oz.

Beliau menerangkan terdapat 3 fungsi utama emas dan perak yang perlu difahami oleh individu. Justeru saya ingin berkongsi dengan pembaca agar ianya jelas kepada kita tentang matlamat membeli, menyimpan dan membuat pelaburan emas:

1. Syiling emas dan perak sebagai insurans (non-investment)
2. Emas dan perak sebagai rizab kerajaan bagi menyokong nilai matawang negara (non-investment)
3. Emas dan perak sebagai satu pelaburan apabila tiba masa yang tepat dan sesuai.

Huraian:

1. Emas dan perak sebagai insurans.

Kita perlu memiliki emas dan perak sebagai persediaan terhadap situasi-situasi yang tidak terjangka. Sebagai contoh, berlakunya rusuhan, peperangan, hyper inflasi atau virus komputer dimasukkan kedalam komputer bank negara menyebabkan wang di dalam sistem perbankan lesap. Hm… nampak macam susah nak berlaku.. tapi ada kemungkinan untuk berlaku. Jadi, ianya lebih kepada insurans. Seperti insurans rumah dan kereta, ianya bertujuan melindungi kekayaan kita, just in case tragedi berlaku. Ini kerana apabila wang kertas tidak boleh digunakan maka emas dan perak boleh digunakan sebagai wang.

2. Emas dan perak sebagai rizab menyokong nilai matawang negara (non-investment)

Emas dan perak telah lama menjadi penyokong nilai matawang sesebuah negara. Amerika Syarikat sebagai contoh dahulunya mempunyai standard emas dan perak yang tersendiri di mana setiap US Dollar yang dicetak akan disokong oleh nilai emas/perak yang sama nilainya di dalam simpanan. Sehingga tahun 1934, sesetengah wang kertas Amerika boleh ditukar dengan emas/perak yang sama nilainya.

Fakta yang menarik kan?

Ini adalah contoh wang kertas US Dollar yang disokong oleh emas dan perak.


Gambar: 10 Dollars in Gold Coin
(klik untuk besarkan)
.
 
Gambar: 5 Dollars in Silver
(klik untuk besarkan)

Pada tahun 1971, Presiden Amerika Syarikat ketika itu, Richard Nixon telah mengistiharkan bahawa USD tidak boleh ditukarkan dengan emas. Jadi emas dan perak tidak lagi digunakan untuk menambat nilai matawang USD.

Hasilnya ialah wang fiat iaitu wang yang tidak disandarkan kepada mana-mana aset yang bernilai. Nilai wang berdasarkan persepsi pengguna bahawa ianya adalah wang dan bernilai. Wang fiat cuma bernilai kerana arahan/paksaan pemerintah.

Kalau dalam konteks Malaysia pulak.. senang jer.. cuba saudara/i renung kat duit kertas kita. Nampak tak perkataan nie:

“WANG KERTAS INI SAH DIPERLAKUKAN DENGAN NILAI”…

hehehe.. wang kertas Malaysia pun ialah wang fiat.

Ini kerana kertas itu sendiri tidak ada nilai… yang menyebabkan matawang kita bernilai ialah kerana undang-undang yang dikuatkuasakan oleh kerajaan Malaysia mengiktiraf kertas bercetak itu sebagai wang.

Apa akan jadi jika wang fiat tidak diiktiraf kerajaan?

Jawapannya.. wang tu tak laku lah…

Ingat tak lagi kisah syiling RM1? mesti ingat kan? dulu kita selalu guna syiling RM1 nie untuk beli apa-apa. Namun, mulai 7 Disember 2005 syiling ini telah diistiharkan tidak sah diperlakukan oleh Bank Negara Malaysia dan dikeluarkan dari pasaran.

So sesiapa yang menyimpan wang syiling RM1 nie.. hehehe… wang itu sudah tiada nilainya…

Saya sendiri ada menyimpan syiling RM1 nie.. just untuk kenang-kenangan ajelah.


Gambar: Syiling RM1. Dulu laku, sekarang tak laku :(

Kalau syiling emas cammana? boleh kerajaan cakap tak laku? Sudah tentu tak boleh.

Nampak tak? Hebatnya emas dan perak.

3. Emas dan perak sebagai satu pelaburan apabila tiba masa yang tepat dan sesuai.

Bagi Howard Ruff, apabila tiba masa yang tepat, emas dan perak boleh menjadi pelaburan yang sangat menguntungkan. Kita mendapat keuntungan apabila membeli pada harga rendah dan menjual semula pada harga yang tinggi.

Soalan? Bila masa yang tepat untuk membeli emas?

Jawapan: Sekarang!

Ruff menjangkakan akan berlaku kenaikan tinggi harga emas dalam tempoh 8 – 13 tahun (daripada tahun 2006). Sebarang pelaburan di dalam emas dan perak akan memberikan pulangan yang sangat lumayan kepada pelabur.

Beliau juga berkata, sesiapa yang tak memperdulikan emas dan perak sekarang akan rugi besar. 


Kata-kata Ruff yang dipetik dari bukunya.

So sedara dan sedari sekalian, marilah kita bersedia mengaut keuntungan daripada pelaburan emas dari sekarang.

Apapun harga emas sekarang.. kita beli ajer… sebab dalam jangka masa panjang kita tetap akan untung :)

Belilah emas sekarang.. sementara masa dan stok masih ada.

Jika ada sebarang komen, sila letakkan di bahagian komen. Jika anda perlukan maklumat lain berkenaan pelaburan emas, dijemput ke forum jutawanemas.

p/s: Kalau Ruff ader newsletter.. saya pun ada offer gak..
jangan lupa subscribe newsletter jutawanemas. Percuma!
Anda akan menjadi orang pertama mendapat update mengenai cerita emas nie..
800+ orang melanggan.

Related Posts

Put your related posts code here
  1. 26 Responses to “Beli Emas Sekarang! lagi cerita mengenai emas.”

  2. By z@ph on Nov 12, 2008 | Reply

    UST ZAHARUDDIN PUN ADA CERITAKAN TTG FIAT MONEY NIE. BERMINAT SILALAH KE WEB BELIAU DAN UTARAKAN PENDAPAT ANDA DI SINI MOGA KITA DIBERI KEBERKATAN TENTANG ILMU INI.

  3. By Ust Rafidi on Nov 12, 2008 | Reply

    Nak tahu hukum fiat money dan sejarah penipuan fiat money sila ruj http://www.dirham2dinar.com

  4. By Sean on Nov 12, 2008 | Reply

    En. Syukur, kebelakangan ni saya banyak membaca tentang “comex default”. Sekiranya ini berlaku, semua emas dalam bentuk kertas akan terjejas. Di mana bank mungkin akan memberhentikan segala transaksi dan membayar balik pelabur pada harga yang ditetapkan bank sahaja. Pembayaran balik mungkin lebih rendah daripada harga pasaran! Apa pendapat En. Syukur?

  5. By Ust Rafidi on Nov 12, 2008 | Reply

    Saya telah membaca tulisan Ust. Zaharuddin tentang wang fiat. Ustaz Zaharuddin sendiri mengatakan wang fiat itu sendiri haram. Money creation (penciptaan wang) melibatkan fractional reserve banking dan percetakan wang baru. Semuanya membahawa kepada inflasi dan tidak bersandarkan kepada apa – apa (atas angin). Beliau memberikan alasan darurat yang sangat tinggi atas penggunaan wang kertas. Betul ! Tapi yang Islamkan Bank tu buat apa Ustaz oi! Kalau dah tahu Bank itu sendiri tidak boleh lari dari riba, adakah mengislamnya boleh menghalalkan wang kertas ? Ini akan menyebabkan orang Islam makin keliru. Dalam darurat dah kalau tak ada makanan lain , makan babi yang haram jadi halal malah wajib untuk kelansungans nyawa. Tapi kita makan babi itu sampai kenyang siap dengan tambah sos lagi, buat nasi beriani babi lagi , ternak babi lagi dengan mengatakan halal dan Islamik alasannya darurah. Bila kita nak berusaha buat bank Islam sebenar, tak ada fractinonal reserve banking dan mengunakan emas dan perak sepenuhnya ?

  6. By halimdanga on Nov 12, 2008 | Reply

    Terima kasih atas makluamat yg di beri… hari ada saya beli majalah Ekonomi…. kata juga beli masa sekarang…. cepat jangan tidak ……tq

  7. By gldsnpr on Nov 12, 2008 | Reply

    Rasa rasanya Malaysia ni perlukan lebih ramai ilmuan ekonomi islamik.

    Sebab karang kalau seorg dua jer yg bagi pendapat, ramai rakyat akan keliru… biar ramai, biar jadi lebih panas, senang masuk usul dlm syura majlis fatwa.

  8. By razali yahya on Nov 12, 2008 | Reply

    salam,
    ust rafidi bank islam adalah satu usaha menggunakan sistem islam, ok kalau kita tak boleh elak guna wang kertas , maka sampi bila pun kita tak payah buat bank islam ke? Guna je bank conventional?
    tujuan dia walaupun wang kertas dah tak boleh elak dr segi teknikal tetapi pembiayaan kereta,rumah ( bukan pinjaman ye, dlm islamik sistem takde pinjaman) boleh buat cara islam walaupun guna duit kertas. kalau nak guna emas semua, pt kata Tun Mahathir, manalah cukup emas satu dunia ni, emas ni klu lombong 100 ppm (part per million)dlm sampel pun dah kira ekonomik dah ( maknanya susah nak dapat, cuma matawang kertas boleh disandar dgn emas. Jadi bila bersandarkan dgn emas , pengeluaran wang kertas tak berleluasa, emas akan control. Jadi tak lah inflasi meningkat dgn sesuka hati oleh spekulator yang berniaga wang , bukan emas. Sy rasa semua elok pergi kursus asas kewangan yang dianjurkan oleh UZAR dulu sbb prinsip wang dgn aplikasi masa kini mmg jauh berbeza. Sy bersetuju dgngldsnpr supaya kita terus berusaha utuk memahami islamic financial dan kta lebih agresif dalam memahami islam dr semua aspek. Tq All. semoga kita semua terus maju.

  9. By gldsnpr on Nov 13, 2008 | Reply

    err… betul ke emas dan perak tak cukup nak wat matawang?
    Tau dari mana?
    Che Det tau dari mana?
    Nape lak Islam pilih emas ngan perak ni jadi matawang kalau tak cukup?
    Kalau wang kertas sandar pada emas, tak ke kena ada gak emas fizikal tu?
    Yg kita bincang ni dah masuk level bukan asas kewangan dah ni. Sikit tinggi dah ni.

    Salam ukhwah.

    p/s: seronok tgk kawan2 bincang pasal kewangan dan perbankan Islam di negara yg ekonomi dan undang2nya guna sistem kapitalis, tapi mengaku negara Islam ni. Oppss… eheh, macam sama lak ngan Bank Islam yg kate bank Islam dan tak ada “interest” tapi ade kadar keuntungan bank 15%. Eheheh…

  10. By z@ph on Nov 13, 2008 | Reply

    saudara gldsnpr… kalau bank tak buat untung macamana bank nak bayar gaji pekerja, bil2, sewa dan pelbagai lagi?

  11. By razali yahya on Nov 13, 2008 | Reply

    salam :) ,
    gldsnpr FYI mineral2 ni memang bidang saya, Kat Malaysia ada satu Universiti je tawar mineral Engineering secara khusus, ( cari sendiri universiti tu), Boleh kata Jabatan Mineral dan Geosains seluruh Malaysia adalah member2 semua, ada senior sikit ada yg junior sikit, best friend sekarang dah Timbalan Pengarah di Jabatan Geosians Perak.Perak agak special kerana bekas lombong timah byk. Sy boleh terangkan mcmmana emas boleh didapati, buat pasir jd kaca mcm2 agi berkenaan mineral,pernah dgr emas boleh ada kat daun kelapa sawit? Nanti pj pulak kat sini.
    okah sy nak bagi pendapat ; emas tak cukup sekarang sbb matawang semakin meningkat, dulu harga lain sekarang harga lain , walaupun beza satu tahun, sbb guna wang kertas yg tak bersandarkan emas, harga barang naik mendadak. ok klu emas control; wang dikeluarkan ikut harga emas ( sudah tentu harga emas naik jugak, tp terkawal), barang pun akan terkawal dengan wang yang dikawal..( boleh faham ke..) ditambah dgn perak .
    ha..yang bank islam ade yg tak faham interest dgn keuntungan pembiayaan , tu basic tu..:). ok yg ttg emas control wang tu pandangan sy je, secara detail belum sy dapat.

  12. By Ust Rafidi on Nov 13, 2008 | Reply

    Salam, Saudara Razali Yahya

    Sejarah telah menunjukkan sejak dari zaman Rasullulah hingga ke jatuhnya Khilafah Osmaniah. Umat Islam maju dan berdagang tanpa Bank. Bank ialah suatu benda yang baru diperkenalkan Yahudi . Dalam bahasa Arab pun tak ada perkataan Bank. Jadi disebut al Bank atau jama’nya al bunuk. Sebelum ini umat Islam berjualbeli dan menjalankan muamalat mengunakan wakil/agen . Maka disebut sebagai wakalah – wakil yang menjalankan transaksi bagi pihak pembeli atau penjual. Wakala tidak menjalankan perniagaan pinjaman kredit. Bank tidak boleh diIslamkan kerana Bank itu sendiri berfungsi atas fractional reserve banking. Hanya dengan wang kertas dan nombor sahaja ia boleh berfungsi. Dengan kita melabelkan Islam pada Bank sebenarnya kita telah memalingkan fokus kita daripada institusi kewangan Islam sebenar yang disebut sebagai wakala dengan rizab emas one to one . Ini baru betul !

  13. By Ust Rafidi on Nov 13, 2008 | Reply

    Masalah kekurangan emas sebagai matawang ?

    Apa yang perlu kita fahami bahawa emas harus beredar sebagai alat tukar (barter trade). Jika kita ada emas sebesar bukit pun , jika kita tidak menukarnya dengan makanan dan rumah misalnya , maka kita akan kebuluran. Perkataan daulah dalam Islam bermaksud pengedaran – bertukar, lihat pada ayat Al Quran, ” supaya harta itu tidak beredar dikalangan orang kaya sahaja ” dulatan bai nal aghniya’ in min kum. (teks arab tak ade kat sini). Setengah ahli ekonomi berpendapat jika dunia melaksanakan sistem ekonomi emas maka Russia dan Afrika Selatan akan menjadi kaya, ini tidak tepat kerana mereka harus bertransaksi , minyak kena dapatkan dari OPEC, makanan dsbnya tak kan nak makan ketul emas kut. Sebab itu Allah s.w.t melarang menyembunyikan emas dan perak. Lihat pada ayat allazi nak yak nizu naz zahaba wal fihdhta ….. Emas dan perak harus beredar dalam masyarakat.

  14. By gldsnpr on Nov 14, 2008 | Reply

    ehehe.. ini yg silapnya orang2 kita, setelah pikiran dijajah oleh kapitalis yg didokong yahudi.

    Kita kena ada anjakan minda dan kaji sistem kewangan islam sebenar yg bermula di zaman nabi (perluasan islam dan kegemilangan Islam).

    Sistem kewangan waktu itu adalah tafsiran dari Sunnah dan Qur’an bukan pikiran kapitalis.

    Selagi kita masih berpegang pada kewangan kapitalis (wang kertas sempurna- emas dan perak x cukup utk matawang), maka kita tak nampak pelaksanaannya.

    Kita cuba gantikan tempat wang kertas itu dengan emas dan perak. Sepatutnya gantikan istem kewangan itu sendiri. Emas dan perak = sistem kewangan yg berlainan. Nilai tukaran berlainan.

    Hmm.. saya jemput sapa-sapa boleh bagitau kita, macam mana sistem kewangan Islam zaman Kegemilangan Nabi dulu. Jom belajar Sir’ah.

  15. By CIKGU EKO on Nov 14, 2008 | Reply

    ust rafidi duit kertas tu dah jadi darurat sebab kor boleh halang org guna wang kertas dan guna mas??itu sebab kerajaan kelantan mula buat dinar kelantan nak hapuskan wang kertas tapi kerajaan pusat halang. babi tu kalu tak ader benda lain setelah ikhtiar tiada benda lain dah nak makan, . dalam bab duit ni hukum asal wang kertas tu betullah ust.zaharuddin cakap tu. kalu kau terer bagilah jawapan dgn dalil dan nas2 yang menyanggah hujah zaharuddin. kalu setakat cakap saja tak betul dengan ayat condem org sapa pun boleh. bagi jadi ilmiah laa. contohnya imam syafie dlm bagi pendapat yang tak sama dengan mazhab maliki dia tak kondem maliki tapi pengikut yg buta ilmu yang bertelagah. org bagi ilmu tu subur kau bagi ilmu bubur dan buat org pecah belah.

  16. By gldsnpr on Nov 14, 2008 | Reply

    saboorr..saborr…

  17. By Ust Rafidi on Nov 15, 2008 | Reply

    Islam ada sistem kewangan sendiri dan tak ada kena mengena dengan sistem kapitalis. Usaha kerajaan Kelantan mewujudkan Ar Rahnu dan memperkenalkan dinar ialah sebahagian dari usaha untuk menggunakan dinar dalam transaksi jualbeli. Ianya satu usaha dan ikhtiar untuk keluar dari jerat perbankan. Yang kita berselisih pendapat ialah Ust. Zaharudin beryakinan sistem kapitalis boleh diIslamkan (katanya sendiri). Bank Islam… Insuran Islam…. Bon Islam…. sedangkan kami anak murid Syaikh Umar Vadillo (ulamak Sepanyol) tidak setuju pendekatan sedemikian. Untuk pengetahuan Cikgu Eko idea penggunaan dinar sekarang kerana pertemuan Dr Mahathir dan Tuan Guru Nik Aziz dengan Syaikh Umar Vadillo. Bukan Ust Zaharuddin sahaja yang reti ekonomi Islam di Malaysia ni. Kami membuat kajian sistem ekonomi Islam dizaman kegemilangan Islam dahulu. Kita boleh hidup tanpa bank sehingga 1924 tanpa wang kertas. Muamalat Islam hidup dengan wakala, syirkah, qirad, dinar, dirham, fulus,waqaf,karavan, dll. Kita mengajar kembali institusi Islam yang sudah lama umat Islam tinggalkan. Kita bukan cakap sahaja ,kita buat e-dinar dan dinar fizikal dan sedang berusaha untuk bantu kerajaan Kelantan memperluaskan pengunaan dinar di seluruh Malaysia dan Dr M pun bagi sokongan juga.

  18. By gldsnpr on Nov 15, 2008 | Reply

    Bagus-bagus, sekarang dah ada tajuk :

    Pilihan : Sistem Kewangan Islam Islam Sebenar @ Sistem Kewangan Kapitalis yang kononnya diIslamkan… eheheh…
    gus
    Gi bukak thread baru kat forum nun… Ust.Rafidi dah join, Cg. Eko bila lagi nak join forum. Bagus ni kalau dua-dua leh menyumbang kat sana.

  19. By ravenwood on Nov 17, 2008 | Reply

    Macam mana nak subscribe newsletter jutawanemas.com?

  20. By CIKGU EKO on Nov 17, 2008 | Reply

    salam. ust.rafidi.macam tu la bagi jawapan…baru saya tau tok guru ante sapa..tapi ante perlu ingat juga perbezaan pandangan itu bagus yang dapat saya simpulkan bahawa keduanya mahu kepada islam. saya bukan penyokong zaharuddin tapi saya kecewa bila sesama islam kondem dan memburukkan pandangan org lain dan berlagak bijak. imam syafie walaupun tak sependapat dgn imam malik dalam hal2 tertentu. tapi dia belajar dgn imam malik dan hormat imam malik.
    dalam hal pb gia tu kalu ante bole kongsi ilmu dan klasifikasi hujah secara detail satu persatu dengan bukti yg sah yang menyatakan boleh dan halal. saya rasa kekaburan akan jelas dan tiada was2 lagi ust rafidi. kita kena ikut resmi padi makin berisi makin tunduk bukan makin mendada.

  21. By CIKGU EKO on Nov 17, 2008 | Reply

    pada saya komen ante tu macam satu bekas kena najis mughallazoh ada pandangan yang tak nak pakai bekas tu dan buang saja, beli baru dan ada satu lagi pandangan dia samak dan pakai balik bekas tu. dalam hal tersebut dua-dua tak salah ini yang berlaku antara anta (ust rafidi) dan zaharuddin. kita hidup dalam islam ni masing2 menjana ilmu untuk kemajuan ummah. apa pun bagus lah ust.rafidi. kawal tekanan darah muda anda ketika berhujah he he…banyak sumbangan anta boleh bagi.

  22. By gldsnpr on Nov 17, 2008 | Reply

    ehehe.. betul,betul,betul ( gaya ipin sket).
    kita sebagai pengguna ni ada kuasa bila ada pilihan. Kalau takde pilihan takde le kuasa.

    Perbezaan pendapat itu amat-amat perlu. Lebih-lebih lagi dalam soal syarak.

  23. By observer on Nov 18, 2008 | Reply

    em.. ada terbaca dalam forum yg harga emas akan bearish utk jangka masa lama…

    try check,..

    http://carigold.com/portal/forums/showpost.php?p=2747200&postcount=1485

  24. By gldsnpr on Nov 18, 2008 | Reply

    Harga turun, peluang untuk beli. Harga naik, masa untuk amik untung.

  25. By ismail besar on Aug 25, 2009 | Reply

    saya ingin menjadi ejen di kemasik

  26. By samsul on Oct 25, 2009 | Reply

    salam 1 malaysia,,saya nak tanya kepada yg arif berkenaan wang dollar 500 sah di tukar ke?jika ada yg tahu boleh sms/call saya 0195856806,,wang tersebut tahun 1934

  27. By azmanor on Oct 27, 2009 | Reply

    salam en ismail ,

    blh bagi no fon nanti sya hubungi tuan….tq

You must be logged in to post a comment.

syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat dan selamat.

Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik)

Langgan RSS

Public_Gold Senarai agen Public Gold & Public Dinar publicdinar.com
Emas-Emas Yang Hilang Peluang berniaga emas Pakar Ebook