Buat loan bank untuk beli Emas. Untung ke?
Antara soalan-soalan cepu emas yang saya selalu terima melalui emel ialah:
“Saya berminat nak membeli emas, tapi sekarang modal tak der lagi.
Cammana kalau saya buat loan bank? ok ke?
So saya akan memberikan jawapannya di dalam posting ini
Untuk orang yang nak buat pinjaman bank, ini jer petuanya…
Pinjaman yang baik ialah pinjaman yang menyebabkan anda menjadi bertambah kaya
Pinjaman yang buruk ialah pinjaman yang menyebabkan anda bertambah miskin.
Mudah kan?
Sebelum anda buat pinjaman bank, cuba buat kira-kira sket, tanya diri sendiri.
“Adakah aku akan bertambah kaya dengan loan nie? Atau bertambah beban nak bayar installment bulanan?”
Selepas itu baru anda akan sedar bahawa pinjaman ini baik untuk kesihatan kewangan anda atau sebaliknya.
Ok, berbalik pada cerita buat pinjaman untuk membeli emas. Di sini adalah analisis saya berdasarkan data yang sebenar..
Pada Mei 2002 jika anda buat personal loan Bank Rakyat sebanyak RM10,000 selama 5 tahun maka anda perlu bayar RM227 sebulan bermula Jun 2002 sampai April 2007.
Jadi jumlah bayaran kepada bank selama 5 tahun ialah RM13,620.00
Bank akan dapat untung sebanyak RM3620.00 (bersamaan 36.30%) selepas 5 tahun.
Katakan dengan loan RM10,000 semuanya anda beli syiling Kijang Emas 1 Oz (2 Mei 2002)
.
Harga Kijang Emas 1 Oz ketika itu ialah RM1244.00 (semak kat sini)
Jadi anda dapat beli 8 Keping Kijang Emas 1 Oz
Bila loan anda dah selesai bayar pada April 2007, nilai Kijang Emas 1 Oz itu telah naik menjadi RM2351.00 (2/4/2007).
Dengan kata lain, setelah 5 tahun Kijang Emas anda sebanyak 8 keping itu berharga RM2351.00 x 8 = RM18,808!
Kalau anda jual semua syiling Kijang Emas tersebut pada 2/4/2007, maka keuntungan bersih anda ialah RM5188.00!
Anda untung 51.88%
Katakan anda tak nak jual Kijang Emas tersebut dan masih memegang sehingga hari ini (23/7/2008).
Berapa untungnyer? Jom kira…
Harga Kijang Emas pada 22/7/2008 ialah RM3208.00 seunit
Jadi RM3208.00 x 8 keping = RM25,664.00!!
Keuntungan bersih anda ialah RM12,044!!
dalam masa 6 tahun (bersamaan 120%)
Kesimpulannya…
Saya dapat simpulkan bahawa pinjaman bank yang digunakan untuk membeli emas mampu memberikan pulangan yang menarik. So, betullah orang tua-tua cakap. Beli emas nie tak rugi…
Ok, apa tunggu lagi… buat loan bank dan beli emas ![]()
Jangan pinjam along dah ler…
Disclaimer: Walaupun data yang saya gunakan disini adalah data sebenar, tapi saya tak dapat menjamin kenaikan harga emas pada masa hadapan. Ini adalah panduan semata-mata. Kalau anda nak buat loan, terpulanglah pada anda. Saya cuma berkongsi ilmu.
Bacaan lain berkaitan pelaburan emas di Malaysia.
1. Membeli emas di kedai Emas
2. Membeli wang syiling Kijang Emas di Maybank
3. Membeli Emas fizikal di UOB Bank
4. Simpanan Gold Saving Passbook di maybank dan Public bank
5. Membeli Dinar/Dinar emas Kelantan
6. Membeli syiling emas/gold bar Public Fine Gold.





Blog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat dan selamat.






![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/images/quotes_special.gif)

58 Responses to “Buat loan bank untuk beli Emas. Untung ke?”
By azima on Jul 23, 2008 | Reply
salam.. sy ingin bertanya apakah faktor2 yg mempengaruhi kenaikan & kejatuhan harga emas.. tq
reply: Nanti saya tulis artikel pasal nie. Topik nie agak besar.
By billy joe on Jul 24, 2008 | Reply
kijang emas ni bole tak kalo kita pajak gadai ar-rahnu kat bank lain…tq
jawapan: Boleh.
By KakTi on Jul 24, 2008 | Reply
Salam,
Nak tanya skit. Pernah dengar atau tidak pasal syarikat VC Gold. Boleh beri komen skit pasal urusniaga yg ditawarkan oleh syarikat ini? Faedah dan keburukannya.
Reply: Saya ada dengar pasal VC Gold nie. tapi memandangkan maklumat belum mencukupi, maka saya tak boleh keluarkan artikel pasal VC Gold. Kalau saya dah dapat info, saya akan letakkan kat sini.
By nizam on Jul 25, 2008 | Reply
kenapa en syukur mengeluarkan artikel pasal Etika Emas?
jawapan: Refer kat bawah sana.
By azam on Jul 25, 2008 | Reply
salam nizam,
pelik la aku baca soalan en nizam
… mcm ada sesuatu soalan lain yg en nizam nak tanya sebenarnya.
Etika Emas tu salah satu cara beli emas…so logik la ada artikel pasal Etika Emas tu… dah blog nh pun pasal pelaburan/jualbeli emas.
no offence en. nizam, aku just rasa pelik je?
btw: aku rasa en syukur nh salah sorang agen etika kot, so kalau nak beli bole beli melalui dia gak.
Jawapan: Etika Emas minta saya keluarkan artikel etika emas. So bagi menghormati permintaan syarikat, saya keluarkan ajelah… jadi kalau nak tahu pasal etika emas, boleh kunjungi laman web rasmi etika emas di http://www.etikaemas.com
tapi kalau tak faham, boleh tanya saya. saya boleh tolong jawabkan
By mambocombo on Jul 25, 2008 | Reply
salam,
saya pun ada org approach pasal vc gold ni..apa yg saya tahu, this company jual emas 916 dan minimum pelaburan nya sgt besar iaitu sekitar 500g ke 1000g..ada sapa2 yg tau pasal ni?
reply: Saya akan buat research pasal vc gold nie. akan post kat blog nie bila dah dapat info yang lengkap.
By billy joe on Jul 25, 2008 | Reply
kalo kita simpan emas kat bank rakyat dlm ar-rahnu, apa akan terjadi kalo tak cukup duit nak tebus balik selepas 6 bulan?
reply: Bank akan lelong emas anda. biasanya 10% dibawah harga semasa. kalau ada lebihan dari lelongan, maka akan dipulangkan lebihan RM kepada anda.
By azam on Jul 25, 2008 | Reply
Salam Nizam & Syukur..
Baru terjawap kepelikan aku tadi…:)
Rupanya En Nizam nak tanya kenapa artikel tu di ‘remove’.
TQ..Syukur
By Goldminer on Jul 26, 2008 | Reply
salam para jutawanemas(insyaAllah)
sori taktau nk letak mn…
tanya sini boleh kot…
klu tak sesuai pindah kan la ikut suka tuan rumah….
sy nk tanya berkenaan etika emas…
kita tau etika menjalankan program jual beli emas dan bukannya MLM, skim cepat kaya dsb….
kita pun tau ada kontrak between syarikat dan pembeli….
soalannya skrg….
apa yang akan berlaku kalau syarikat dikenakan tindakan undang-undang dan emas-emas jualannya (termasuk emas kita yang dipijakkan di ar-rahmu)ditarikbalik atau dibekukan?
2. Bolehkah pembeli menuntut gantirugi dari pihak syarikat bersandarkan pada kontrak yamg ditandatangani kedua-dua pihak…
TQVM
Reply: Soalan berbentuk undang-undang saya tak patut jawab bagi pihak Etika Emas. Encik better contact sendiri opis Etika Emas kat sini http://etikaemas.com/contact.html
By billy joe on Jul 27, 2008 | Reply
kalo dalam emas etika skim ar-rahnu, emas kita akan dipajak dalam bank rakyat sebagai contoh…persoalannya kalo ditakdirkan pelabur telah meniggal dunia ader ke emas tu akan jatuh ke tangan waris atau mcm mana, minta penjelasan TQ…
jawapan: Waktu kita gi pajak kat Ar-Rahnu, memang ada borang nama pewaris. Even agreement Etika Emas pun ada diletakkan nama pewaris. So jika anda ada buat pelaburan, jangan lupa beritahu waris ye
just in case
By mambocombo on Jul 28, 2008 | Reply
“reply: Bank akan lelong emas anda. biasanya 10% dibawah harga semasa. kalau ada lebihan dari lelongan, maka akan dipulangkan lebihan RM kepada anda. ”
Saya tak fhm makna lebihna RM..boleh tunjuk pengiraan sket tak?..mcm blur la..tq
Reply: Ok, saya bagi cerita…
Katakan anda ada emas 100 gram.
Anda gadaikan kat bank Rakyat pada 1/1/2008 untuk tempoh 6 bulan
Katakan pada tarikh anda gadai tu nilai emas bank rakyat ialah RM100 se gram.
Jadi nilai emas anda ialah RM10,000 betul?
Katakan bank rakyat boleh berikan 65% daripada nilai emas anda, maka anda akan dapat RM6500 kan?
Katakan upah simpan 1% sebulan, maka upah simpan anda ialah RM65 sebulan x 6 bulan = RM390.00.
Setelah 6 bulan, maka anda perlu bayar bank rakyat upah simpan + pinjaman
= RM6500 + RM390.00
= RM6890.00
Sekarang nie anda tak mampu bayar walau satu sen selepas tamat tempoh gadaian,
Jadi Bank nak lelong emas anda pada 31/8/2008.
Katakan harga emas pada tarikh berkenaan adalah RM130 segram (harga semasa).
Maka bank akan buka harga lelong emas anda pada harga RM11,700.00 ( 10% dibawah nilai emas anda pada hari tersebut).
Katakan ada orang beli emas tersebut pada harga RM11,700, maka bank akan tolak upah lelong + semua hutang anda dengan bank.
Katakan upah lelong = 5% iaitu RM 585,
Maka bank akan ambil RM585 + RM6890
=RM7475.00
Hasil lelong RM11,700.00 – RM7475
Lebihan = RM4225
RM4225 ini akan dipulangkan kepada anda
By Hanz on Jul 28, 2008 | Reply
Sedikit tambahan pasal lelongan… sebagai rujukan ar-rahnu trg
http://maidam.terengganu.gov.my/maxc2020/agensi/article2.php?cid=2&aid=2422
Kos jualan akan ditanggung oleh penggadai.
Jika marhun dijual dengan harga yang melebihi jumlah hutang, penggadai akan diberi maklum supaya menuntut wang lebihan tersebut dalam tempoh empat (4) bulan selepas jualan itu.
reply: Terima kasih kpd saudara Hanz atas maklumat tambahan ini. Semoga kita semua mendapat manfaaf daripadanya
By siti on Jul 28, 2008 | Reply
hai encik syukor..
salam
kalau nak guna sistem ar rahnu nie..kna beli thru etika emas sendiri ker?bley x kalau kiter trus pergi bank rakyat dan tanye nak bli emas?
reply: Siti, Bank Rakyat tidak menjual Emas. Bank Rakyat cuma institusi Ar Rahnu dimana emas dipajakkan di sana
By bunga_whc on Aug 2, 2008 | Reply
Salam..syukor
bagus sessi soal jawab awak dgn pengunjung2 blog ni…
reply: Waalaikumsalam,
sesi soal jawab ini membolehkan kita sama-sama mengajar dan belajar. betul tak
By geo_metrik on Aug 3, 2008 | Reply
reply: Bank akan lelong emas anda. biasanya 10% dibawah harga semasa. kalau ada lebihan dari lelongan, maka akan dipulangkan lebihan RM kepada anda.
Bolehkah kita terlibat dalam pembelian lelong emas? tq
reply: sudah tentu boleh. ini lelongan terbuka
By Mohamad Nizam on Aug 5, 2008 | Reply
Assalammualaikum En. Syukor,
Very good effort by you! Alhamdulillah saya dapat manfaat dari you punya penulisan dan sekarang dah 2 bulan saya monitor harga emas. Saya dapati ianya terbukti a better investment dari yang lain such as unit trust, insurance dll dari beberapa segi.
Boleh tak En. Syukor detailkan proses membeli Kijang Emas dari maybank’s counter dan adakah limit pembelian dalam satu hari?
Yang kedua, cara paling selamat untuk menyimpan Kijang Emas dalam kuantiti yang banyak?
Yang ketiga, adakah berbaloi untuk saya memajak kijang emas saya di Bank Rakyat dan menggunakan pinjaman untuk membeli lebih kijang emas? Dalam erti kata lain, bolehkah saya mendapat laba dari belian lebihan emas saya itu dalam masa enam bulan?
Terima Kasih….
reply:
1.Saya dah update artikel kijang emas, saudara boleh refer balik ke posting asal di http://jutawanemas.com/v1/?p=77
2. Cara paling selamat ialah menyewa safe deposit box di mana-mana bank. Lagipun mereka ada tawarkan insurans kalau terjadi apa-apa.
3. Ya, berbaloi, especially kalau saudara ada banyak cash. In case harga emas naik, saudara boleh buat spot gold kat bank rakyat dan gunakan duit tu utk membayar upah simpan. so saudara tak payah gunakan duit sendiri untuk bayar upah simpan. Kalau percaturan saudara betul dan saudara ada cash utk emergency case (in case terpaksa bayar upah simpan), then in the long run, insyaAllah saudara akan untung
By zainul on Aug 24, 2008 | Reply
Pelaburan emas sekarang ini adalah bersamaan dengan pelaburan pelaburan lain seperti Fix Deposit, Unit Trust. Kelebihan pelaburan emas adalah pulangan nya yang lebih tinggi… Tentu ramai yang meragui pelaburan emas disebabkan suatu masa dahulu kita semua ditipu oleh pelaburan USD. Tapi pelaburan emas ini mempunyai bukti bukti yang sangat kukuh untuk membayar pulangan yang tinggi kepada pembeli. Bagi yang berminat dan perlukan maklumat lanjut sila email saya di zainul_hafiz@yahoo.com. Saya sekarang bersama VC Gold dan saya sudi berkongsi pengetahuan dan pendapat mengenai emas.
By dzul on Sep 5, 2008 | Reply
saya ingin bertanya pasal program simpanan emas di bank oleh Etika Estet Sdn Bhd.
adakah diskaun rm1 untuk 1 g emas yang diberi setiap bulan itu dlm bentuk perkongsian keuntungan @ hibah kepada pembeli emas?
ape yang sy tau jika perkongsian keuntungan melibatkan keuntungan yang telah ditetapkan adalah haram di sisi islam.mohon penjelasan.terima kasih
Reply admin: sebenarnya apa yang etika beri ialah diskaun berjadual. Ianya bukan hibah atau perkongsian untung. Telah ada persoalan tentang ini yang dijawab dalam web nie oleh pembaca lain. cuba saudara dzul korek-korek.
By dzul on Sep 5, 2008 | Reply
Minta tolong comment pelaburan emas di syarikat Etika Emas (www.etikaemas.com.my) seperti dibawah:
Etika will give a discount to its client for every 1 gram of gold purchased at the market price. The discount is disbursed monthly in 6 months time.
Table 1
Month Discount
( RM )
1 100
2 100
3 100
4 100
5 100
6 100
Total For 6 months 600
Note : An example of 100g of gold bar purchase
After six months, the client has the option to sell back the gold bar to Etika Emas at the current market price (minus 2% administration fee) or the client could continue keeping the gold.
Example :
A client purchased 100g of gold bar on 1 Jan 2008 at RM 100.00 per gram. He paid Etika Emas RM 10,000 (Ringgit Malaysia Ten Thousands) for the gold bar. He kept the physical gold on his own.
After 6 months, he decided to sell back the gold bar to Etika Emas. Assuming that the price on that particular date is RM 110.00 per gram, Etika Emas will pay him RM 11,000 minus 2% administration fee. The net amount the client will receive is RM 10,780.00. The actual price he paid for the gold bar is only RM 9,400 (after RM 600.00 discount). At the market price at that particular time, he had enjoyed RM 1,380.00 on the gold appreciation (i.e RM 10,780.00 – RM 9,400.00)
adakah halal di sisi islam?
By amir on Sep 5, 2008 | Reply
takleh nak komen la halal ke haram… tanya ustaz…
tp yg saya perasan, etika emas sebenarnya jual emas lg mahal drpd harga pasaran. saya perasan pun sbb ada org bagitahu kat “sembang-sembang emas” yg etika emas jual gold bar 100g pada harga rm11k, padahal harga emas time tu dlm rm90-rm95 segram je (di public bank & maybank)…
(mungkin dia ikut harga emas kat kedai emas kot. kalau kedai emas mmg skrg ni pun still jual emas 999 dlm rm105 segram lagi… tak tahu la kedai-kedai emas ni tentukan harga diorang mcm mana, naik cepat je, turun yg lambat…)
kalau betul etika emas jual emas mahal drpd yg sepatutnya (rujukan: public bank & maybank, uob pun ada jual emas pamp 100g), maknanya yg dia bagi “diskaun” kat pembeli bulan2 tu mungkin cuma cover balik (sikit) drpd beza harga mahal dia dan harga sebenar pasaran. so pembeli sebenarnya takderla untung pun…
By sodiqah84 on Sep 5, 2008 | Reply
Salam..blog yang sangat menarik dan berguna bagi sedang mencari-cari pelaburan emas. Kalau ikutkan hati untung juga buat pinjaman beli emas..ape-ape pun dalam Islam tidak digalakkan sangat kita berhutang…membeli emas secara ansuran pun tidak digalakkan..silap haribulan boleh jadi haram..ape komen admin?
Reply: Dalam zaman ‘berhutang’ nie susah nak lari dari hutang. Cuma kita kena pandai identify hutang yang bermanfaat dan hutang yang mudarat.
Dalam artikel nie, saya tidak menyuruh pembaca membeli emas secara ansuran, tapi membeli emas secara cash dengan penjual emas. Tapi cash tu datang dari pinjaman bank.
By dzul on Sep 6, 2008 | Reply
nak beli secara ansuran memang x bole..
sebab harga emas berubah2 setiap masa..
tapi kalo wat personal loan guna konsep bai inah dibenarkan..
By AZRUL on Sep 16, 2008 | Reply
Assalamualaikum, wah hangat mengenai etika emas & VC Gold di sini. TQ blog ini memang berguna bg sesiapa yang berminat dalam pelaburan emas. Anyway skrg ni ada satu company lagi sedang hot iaitu unipay2u.com yg menawarkan 2.5% kpd sesiapa yg mbeli emas 50g @ 100g mereka. Kepada networker juga berpeluang jana pendapatan. Sesiapa berminat can email me at pocoyo75@yahoo.com atau call sy azrul 0198228875
By AZRUL on Sep 16, 2008 | Reply
Ok Guys, ini TESTIMONI AHLI yang dah join… renung-renungkan.
_____________________________________________________
Syabas buat Unipay2u.com kerana telah mempermudahkan kita semua menjana pendapatan tambahan. Dulu masa saya baru buat unipay kira-kira 2 bulan lalu saya cuma nak RM30 ribu sebulan tetapi alhamdullilah saya berjaya meraih pendapatan lebih RM90ribu setakat ini.
Tahniah dan terima kasih unipay2u.com
Encik Arifin- Kuala Lumpur.
Mula-mula sertai unipay2u ni saya tertanya-tanya… betul ke emas yang saya dapat ni ? berat dan nilainya sama ke dengan apa yang saya bayar? Alhamdullilah, Ya ! Emas unipay ni betul seperti apa yang terkandung dlm invoisnya. Saya telah bawa emas ini ke Bank rakyat untuk pajak gadai dan Bank Rakyat mengeluarkan surat atau sijil yang mengesahkan emas yang saya beli dari unipay2u ini adalah emas 916/22k berserta dengan beratnya di sahkan. Saya beli 100gram dan sekarang saya terima rebat setiap bulan. Tak rugi pun sertai unipay ! beli emas kita dapat emas dan kita yang simpan emas tu selepas tu syarikat bayar rebate setiap bulan.
Setahun 30% rebate yang kita dapat. Tamat tempoh kita boleh jual balik dan dapat modal balik 100%. ok la tu.. mana nak cari company macam ni. Thank you Unipay.
Puan Anita – Terenganu.
Unipay2u ni bakal mengegarkan pasaran tak lama lagi, saya sudah pun pergi ke ibu pejabat unipay yang terletak di Damansara dan Ofisnya memang steady lah ! Nak bawa kawan atau prospek memang tak segan la bro. Ya la dia orang ni jual beli emas ofis kena lah standard betul tak ? Bos dia pun saya dah jumpa dan memang ada wawasan la bro.. Apa lagi ! Jom kita berabis !
Adil – Selangor.
Ini hanyalah perkongsian pendapat ikhlas ahli-ahli unipay yang telah merasai sendiri gegaran
unipay2u.com. Anda bila lagi
Jadilah yang terawal sebab kami baru bermula…. email me at pocoyo75@yahoo.com atau call sy azrul 0198228875
By cool on Sep 16, 2008 | Reply
Ni nak tanya sikit pasal emas ni.. betul-betul boleh percaya ke emas tu tulen… ada khabar angin mengatakan emas tu disadur saja tp beratnya memang la sama. Just curious..mmg interested nak join cuma takut..
By hadszam on Sep 16, 2008 | Reply
nak tanya ,bagaimana jika saya ingin menyimpan sendiri emas yang saya beli?
berapa had pembelian jongkong yang etika emas sediakan dalam sebulan?
dimana saya boleh membuat pembelian?
berapa harga yang ditawarkan?
jika betul etika emas ada meyimpan jongkong saya berminat untuk membeli.
sebagai orang melayu saya jarang dengar orang melayu yang menjalankan aktiviti emas ni,betul ker ada emas?
By zainul on Sep 17, 2008 | Reply
Bertanya tentang emas sila email saya di zainul_hafiz@yahoo.com. Saya akan emailkan anda secara detail mengenai pelaburan emas
By zainul on Sep 17, 2008 | Reply
Unipay 4.0%, VC Gold 4.5%, Etika Emas X3….
RM 100,000 / 1 KG Gold
Unipay = RM 4,000
VC Gold = RM 4,500
Etia Emas = RM 3,000
Boleh sesiapa terangkan kenapa tidak VC Gold? Saya banyak dengar pasal VC Gold and saya memang ada banyak maklumat but mungkin saya silap… Tapi kalau ada sesiapa yang boleh terangkan dengan lebih jelas. Thanks
By cool on Sep 18, 2008 | Reply
En.Zainul, saya tak pasti tentang VC Gold, ttp 001 Unipay ada beritahu saya yang tak lama lagi % unipay akan dinaikkan. Apapun ia sedang mahu boom di Sabah with the big fish are starting to pump in. 4% tu jika anda tidak ambil emas simpan di company, tp jika anda ingin simpan emas tu, company cuma bagi 2.5% sbb itu memang dah rules BNM. Lagipun Unipay ada lesen goldsmith with the AJL coming soon after raya.
By zainul on Sep 18, 2008 | Reply
Ya saya faham dengan Unipay…. tapi pada pendapat saya betul ker emas boleh dapat lesen jualan langsung… sebab syarat syarat jualan langsung adalah menjual benda yang susah dijual di pasaran… tapi itu tidak mustahil kan.. Pada pendapat saya lagi mana mana kita masuk pun yang penting kita kena tahu macam mana company rolling emas tu untuk bayar kita setiap bulan… dengan vc gold saya cukup yakin sebab saya dah tahu perjalanan syarikat sepenuhnya. Tambahan lagi dengan VC Gold sekiranya kita tidak mengambil emas dan menyimpan di company VC Gold akan bagi kita 4.5% sebulan. Sebab utama kenapa syarikat tidak membuat konsep AJL adalah kerana takut untuk membayar terlalu tinggi dividen kepada pembeli emas. Cukuplah sekadar 4.5% sebulan yang sememangnya sudah cukup tinggi kepada pembeli.
By cool on Sep 18, 2008 | Reply
4.5 % memanglah cukup tinggi bagi pembeli (yang duduk diam saja), tapi bagi networker itu tak cukup. Konsep AJL bukan untuk bayar dividen tinggi untuk pembeli ttp bagi networker. Untuk pengetahuan ramai, bank Al-Rajhi sendiri pun sudah mula amalkan konsep MLM dalam mencari client yg nak buat loan…Tunggu la lepas raya nanti kita tengok bab lesen tu. Unipay2u punya owner Roy Presnath Arumugam mmg cukup humble and ok orangnya. Kalau nak tahu pg la sendiri kat company di PJ. Apapun mana-mana perniagaan ada persaingan, just which one market the best….
By Azrul on Sep 19, 2008 | Reply
Akum, penulis blog, sorry saya buat promo kat sini tak minta izin dulu. So ni nak minta izin la. Boleh contact @ email saya, kita boleh bincang lebih lanjut. TQ.
By zainul on Sep 19, 2008 | Reply
hmm yups… correct for networker better with Unipay2u. Not to say racis… but.. i prefer malay company… sorry… jangan ada yang terasa yek… ya ampun…
By cool on Sep 19, 2008 | Reply
It’s OK bro Zainul, itu preference masing2, saya pun ada investment program sendiri yg saya buat untuk Malay sahaja. Tapi bagi saya dalam networking, apa bangsa pun selagi boleh buat untung, just grab it. Tapi kalau betul nak jadi usahawan melayu, bagus join DCL tuh..
By zainul on Sep 24, 2008 | Reply
Mr. Cool… boleh terangkan macam mana unipay2u buat income untuk bayar dividen kita… yang kerjasama dengan koperasi maju tu nanti on bagi tau… saya mau join jugak… semua tempat yang boleh buat loan saya buat loan…. dengan VC Gold pun saya buat loan… tapi kalau black list boleh ke? Kalau boleh cantek… Dengan VC Gold diorang tengah approach Maybank untuk buat special aggreement untuk emas dengan jaminan emas sebanyak RM 1 million dipegang oleh Maybank. So diorang tak check citos ke blacklist ke… so kalau unipay2u boleh approve memang cantek.. saya on jer…
dari admin: Harap mr cool boleh promote unipay2u nie kat forum jutawanemas lepas raya nanti. saya rasa tak sesuai bersoal jawab kat sini.
By cool on Sep 25, 2008 | Reply
OK admin saya faham..
to Zainul, saya tahu camna unipay rolling utk bayar kita, tp info tu saya cuma bagi pada dline saya shj. U register under saya, saya akan bagitau apa u nak tau. Pasal loan tu maybe end of october br on. Tapi kalau buat loan kita tak boleh simpan sendiri emas tu. Utk blacklist n citos, sy tahu koperasi yg boleh bagi buat loan, nanti saya emailkan details. Bz skit sktg ni coz ramai panggil utk presentation.
reply admin: Ok, thanks for understanding
By cool on Sep 27, 2008 | Reply
Admin, tolong ajar cam na nak promote Unipay2u dgn consent dr admin.TQ
reply: Saudara boleh promote kat forum jutawanemas. Kalau niat ikhlas nak membantu orang lain, maka orang akan join. lagi satu kena aktif promote lah.. tapi jangan sampai spamming udah ler..
By Jitamy on Oct 7, 2008 | Reply
Askm…
Sy nk tau mna lebih bagus samada melabur dlm ASB atau beli saham bnk persatuan atau sijil SSPN di BSN atau beli syiling kijang emas?syiling kijang emas ada insuran tak cth macam kena samun ke?
TQ
reply: Investment ASB itu bagus, beli saham pun bagus. Sijil SSPN pun bagus. Beli emas pun bagus.
yang mana lebih bagus? saya lebih prefer Kijang Emas. emas tu takder insurans. kalau kena samun abis ler…
By cikjune on Oct 7, 2008 | Reply
pendapat saya semua pun bagus…..cuma terpulang pada kita nak buat diversify…tapi secara peribadi saya lebih suka membeli emas sebagai satu cara untuk membuat simpanan masa hadapan, saya sendiri juga ada buat ASB Loan
By fiq on Oct 13, 2008 | Reply
sila rujuk http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=286&Itemid=93 bg sesiapa yang berhajat nak buat loan untuk beli emas
Wallahu’alam
Reply: Terima kasih atas makluman,
Saya dah baca artikel artikel tersebut. Ini adalah ulasan saya berdasarkan kefahaman saya.
Soalan tersebut perlu difahamkan konteksnya.
konteksnya ialah empat mazhab mengharamkan jual beli barangan emas secara ansuran dan hutang.
Apa yang saya faham ‘dalam konteks soalan berkenaan ialah’ ialah kita tak boleh berhutang dengan kedai emas/tokey emas bila beli barang emas dengan dier.
Dalam konteks pinjaman untuk beli emas pula. Kita bayar cash untuk emas yang kita beli. So kita tak berhutang dengan penjual emas tersebut.
Yang kita hutang ialah dengan bank, iaitu pemberi pinjaman tersebut.
Daripada soalan tersebut, saya nampak soalan nie lebih menjurus kepada orang yang terlibat dengan belian emas secara ansuran yang ditawarkan oleh peniaga emas contohnya peniaga emas Kelantan. Bukan setakat tawarkan ansurans, mereka juga tawarkan trade in.
By daneal_ad83 on Jan 28, 2009 | Reply
Bro, cam mana nak tau bila bank rakyat nak buat lelong?
I mmg berminat nak beli emas lelong ni….
reply: Paling mudah ialah dengan menelefon pegawai Bank Rakyat yang in-charge Ar-Rahnu dan tanya samada ada lelongan yang akan dibuat dalam jangka masa terdekat.
By SepulTura on Jan 29, 2009 | Reply
En daneal_ad83,
Nak tau bila blh rujuk kat thread forum ni…
http://jutawanemas.com/v1/forum/peluang-peluang-pelaburan-emas-di-malaysia/emas-lelongan-awam-bank-rakyat/
By zamzuri on Feb 6, 2009 | Reply
aslkm..smua??sya ni tk sekolah tggi tk pandai mate,tk pndai plaburan
tapi prsaan saya sama mcm anda smua mncari satu alternatif utk mgukuhkan akaun dlm mghadapi kegawatan ekonomi aya nk tnya pndptan tuan2 smua,sya ada buat loan dgn CIMB baru dm 3 bln sbnyak rm7k je,dan duit tu sya laburkan kpd seorang sahabat bnsman yg blh di prcayai tiap bln sya dpt rm500,tapi skrg sya ingin ambil duit tu dan nk beli emas,agak2 berpa keuntungan tg boleh sya dpt dpd rm7k tu?apa pndapat tuan2,ada sesiapa tk yg jujur utk bimbing sya dlm bab labur2 ni email sya akhlak3983@yahoo.com hrp mklum.
reply: Kalau RM7k nie.. sukar nak kira keuntungan bulanan. Ini kerana emas nie adalah pelaburan jangka masa panjang.
By Sabariah bt. Jaafar on Mar 28, 2009 | Reply
Salam,
Maaf!, jika soalan saya ini kedengaran agak kurang mahir dalam pelaburan emas ini. Tapi saya cuba untuk memahami apakah yang dimaksudkan dengan ‘gold investment. Soalan saya, sekiranya seseorang yang memiliki emas untuk perhiasan wanita, bagaimanakah caranya untuk dijadikan emas tersebut sebagai pelaburan. Perlukan ia dijual atau bolehkan dilaburkan?. Tq.
reply: Mempunyai barang kemas juga boleh dikira memiliki pelaburan emas sendiri. Just simpan ajer…
By miji on Apr 5, 2009 | Reply
salam…u buat kiraan ikut data yg lepas….u mcm syok sendiri pun ada….
reply: miji… mana ada data harga emas pada masa depan. Sebab tu kena pakai data lepas.Lagi satu, saya takder masa nak syok sendiri.
By GOLDman on May 15, 2009 | Reply
nampak senang….nak untung senang, nak hidup senang..tapi nak buat loan…kena fikir betul2……
By baiti on May 22, 2009 | Reply
akum…nak tanye sket ek, kalo kite beli emas fizikal dan tak mau simpan in-hand, ape kaedah lain yang boleh dicadangkan spy terjamin keselamatannya? bank ade safety box sepatutnyekan? charges?
reply: Kalau sedikit, better sembunyikan kat rumah. Tapi kalau banyak, better gi tanya bank yang ada safe deposit. sewa murah jer.. around RM150 setahun.
By baiti on May 22, 2009 | Reply
salam…nak komen sket, org kite kalo tengok ape2 susah nak tengok from the bright side. mesto kondem dulu. kondem kaw2 lak tu..kondem tu bagus la, boleh improve tapi kalo dah kondem melampau, by the time org dah kaye, kite tak abis2 kondem org lagi.
Cik Miji…normally kite wat forecast based on history/ track record of something. future takde data, lain la admin pandai menilik (tapi menilik tu kan haram
). Generally, yang saye tau, emas dan perak paling stabil berbanding duit yang kite pakai skang ni. sebab tu skang ni derang tengah propose untuk gune dinar sebagai medium urusniaga. kalo jatuh pon sket dan tak teruk. yang tu pon kena tengok HISTORY gak…
reply: Thanks for your comment baiti
By Ruby on Jun 30, 2009 | Reply
Salam,
Berbaloikah saya beli emas menggunakan duit personal loan n then tanpa perlu menunggu sehingga loan selesai (7 thn), saya pajakkan untuk langsaikan loan itu?
Boleh terangkan jalannya?
reply: Memang boleh, tapi kalau nak reply kat ruangan komen nie panjang sket..
By pokli on Jun 30, 2009 | Reply
ruby….apa yg kita buat kena buat kajian dan objektif? apa objektif ruby.kalau nak buat skim untung cepat…apa rg puteh kata spekulasi…ruby buat personal loan..7 thn….dapat duit beli emas…katakan ruby beli RM100/g……..tunggu bila harga naik..jual ler….dah jual….katakan harga jual rm120/g….dah untung 20/g…kalau ruby pinjam 100K….beli sekilo……katakan 100K buat beli 1kilo…harga naik kpd rm120K sekilo….jual…dapat untung rm20K…..so boleh dah buat bayar loan…lepas tu dapat duit RM100K….beli lagi..paling susah pun jual runcit2…..:D..jadi agen public gold.
okla nak detail boleh tanya pokli lagi
admin
http://www.pokli77.blogspot.com
By ceo on Aug 7, 2009 | Reply
asssalamuaaikum nak tahu kalau kita beli emas di luar negara untuk memastikan bahawa emas itu adalah sah atau tidak pihak mereka mesti mempunyai SKR apakah maksudnya dan sesiapa tahu boleh jelaskan tak. terima kasih
reply: SKR bermaksud Safe Keeping Receipt. Ia biasanya dikeluarkan oleh bank (biasaya bank luar negara) apabila pembeli nak simpan emas dengan bank tersebut. Sebelum bank mengeluarkan SKR, pembeli kena kasik bukti pembelian emas dan sijil ketulenan (assay cert) tersebut kepada bank. Then baru bank keluarkan SKR.
By shawn on Sep 23, 2009 | Reply
salam tuan,
1. nak tanya kalau beli kijang emas gune loan ni masih boleh gadai ke kat ar rahnu?
2.kalau kita beli Kijang Emas, then kalau nak jual pon kene jual kat maybank saje ke? boleh x jual kat tmpt lain? mcm public gold ke..
By aidi on Feb 7, 2010 | Reply
sya nk tnya psl pejualan emas. di manakah kita mendapat keuntungan yg lebih apabila kita mnjual emas?. cnthnya kijang emas.
By Mr.Meow on Feb 22, 2010 | Reply
Salam tuan,
Saya baru jer membaca blog ni..dan amat tertarik dengan pelaburan emas..kerana bersifat stabil dan risiko yang agak kurang…semalam saya baru jer pergi ke satu kedai emas untuk tukarkan barang lama wife saya dengan baran baru..dan amat terkejut dengan peningkatan yang banyak nilai barang kemas tersebut…jadi..saya rasa saya ingin mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut bagaimana cara pelaburan emas yang berkesan. Saya ingin meminta pendapat admin, saya bercadang untuk refinance rumah saya bagi mendapat modal untuk pelaburan emas. Adakah tindakan saya itu berisiko tinggi? dan apakah cara pelaburan emas jangka sederhana dan panjang yang paling sesuai untuk saya?TQ.
By GOLDnGINCU on May 20, 2010 | Reply
Pinjam bank tapi dapat untung, bagus ni.
Kebanyakkan bank kalo kita pinjam 20K, mungkin dapat hanya 19.5K
Pastu nak approve susah, dah approve nak disburse lambat.
Saya nak perkenalkan pinjaman peribadi ‘Alliance CashVantage Personal Financing-i’ dari Alliance Bank.
Ramai yg tak tau sebab Alliance Bank tak famous sgt
Maksima pinjaman 5x gaji atau 4/3 limit kredit kad
Biasanya org ambik 4/3limit KK pasal lebih tinggi
Interest 8.99%pa
Proses 5 hari sahaja dah disburse ke mana2 bank pilihan anda.
Boleh labor dalam emas yg tengah turun ni
Saya dah pinjam & untung, anda bila lagi
By sharipahothman on Jul 14, 2010 | Reply
Terima kasih atas nasihat2 dan idea2 yang bernas dlm melabur emas ni. Walaupun saya baru membaca byk atikel2 berkaitan dgn emas Encik Syukor, saya pun telah teruja untuk menceburi dlm pelaburan emas dan telah pun membuka GSPA pada minggu pertama sebanyak 150 g dan minggu kedua mas turun lagi sebyk 20g dan kalau boleh nak beli lagi utk minggu ini emas fizikal (Bar Gold) 20g+20g P/G. SEmua ini untuk cari pengalaman dan keuntungan yang berganda drp ASB yg telah saya ceburi selama bertahun2. Harap mendapat bimbingan dari Encik syukur dan rakan2 dari forum ini. berbaloi membaca forum ini drp citcat yg lain2.
reply: Reply.. ya betul dengan membaca semua artikel insyaallah anda akan mendapat panduan yang betul. Lepas tu ambil tindakan. Tahniah utk anda!
By AZMANOR72 on Jul 31, 2010 | Reply
To Pn sharipahothman,
Tahniah kerana menceburi dlm bidang pelaburan emas ini…
Semoga puan berjaya n mendapat keuntungan sebagaimana yg diharapkan………………