Inginkan ilmu pelaburan emas dengan pantas tanpa perlu membaca semua artikel di blog ini? Dapatkan ebook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas (klik sini)
 
Ebook

Dah start menyimpan emas ke belum?

Ditulis pada 14 July 2008 – 9:03 pm | by syukor |


Nampaknya ramai rakyat Malaysia yang mencari-cari info berkenaan pelaburan emas di Malaysia. Dengan membaca maklumat dalam blog ini, anda akan terbuka minda untuk memulakan pelaburan emas anda. Bukan setakat bercerita, saya terangkan sekali cara-caranya, kebaikan, keburukan dan lain-lain. Kalau ada soalan, boleh emel kepada saya di admin@jutawanemas.com atau gunakan contact form kat atas tu.

.Jadi pembaca sekalian, ilmu anda dah ada… bila nak start?

.Ingat. ilmu yang tidak diamalkan samalah seperti pokok tidak berbuah. Sia-sia.

Jangan ulangi kesilapan saya!

Pada Disember 2005, saya telah membeli majalah Personal Money. Majalah nie memang bagus kerana banyak aspek pengurusan kewangan di dalamnya.

Tajuk utama edisi Disember 2005 ialah Gold Shines Again.

Antara artikel yang dimuatkan ialah:

1. Why investor should still consider this precious metal (gold) for their portfolios despite soaring prices.

2. The gold dinar alternative, and other option for investing in gold.

Dengan kata lain, sejak Disember 2005 saya telah tahu mengenai kelebihan membeli dan menyimpan emas.

.Kesilapan saya?

Buat tak tahu, tidak beli emas dan biarkan maklumat berharga ini begitu sahaja.

Pada tahun 2008, hasil daripada program seminar Dinar dan Dirham di Universiti Multimedia Melaka, saya tersedar. Alamak! ruginyer tak beli emas awal-awal. Jadi saya pun buat research habis-habisan… saya kaji tentang pelaburan emas di malaysia, Singapore dan USA.

Dengan ilmu yang saya ada nie, saya mulakan aktiviti membeli emas dan menyimpan emas. Saya juga berniat nak sebarkan perkara nie kepada anda semua. Sebab tu terhasil laman web www.jutawanemas.com nie :)

Walau apapun, peristiwa yang dah lepas tu kira dah lepas lah… yang penting apa yang akan datang. Dengan ketidakstabilan ekonomi US, kebanjiran dollar di pasaran dunia serta peningkatan hutang US yang terlalu banyak menyebabkan US Dollar kehilangan nilainya. Jadi untuk langkah keselamatan, pelabur kini beralih kepada emas.

Portfolio emas saya.

Sekadar nak berkongsi, kalau anda baca blog nie dari awal artikel sampai ke ke akhir anda akan mendapati bahawa saya mencadangkan anda membeli:

1. syiling emas (cth. Kijang Emas, Maple Gold coin etc.)
2. emas jongkong (dipanggil bullion) 24K ( 999.9) minima 1 Oz

Kalau modal kecil anda boleh beli dinar emas Kelantan dan diikuti oleh gold saving passbook Public Bank dan Maybank.

 Saya lebih prefer emas fizikal berbanding kaedah gold saving. Ini kerana emas fizikal boleh digadai kalau nak pakai duit sedangkan emas gold saving passbook perlu dijual kalau nak pakai duit.

Setakat hari ini, saya telah memiliki:

1. Beberapa ketul Emas jongkong (Bullion) PAMP Suisse 100 gram yang dibeli melalui Etika Emas Estet Sdn Bhd.

2. Emas jongkong (bullion) PAMP Suisse 50 gram dan 31.10 gram
(beli kat kedai emas Poh Win)

3. Seekor Kijang Emas 1 Oz (31.10 gram) (beli kat Maybank) :)

Saya belum lagi membeli dinar emas kelantan dan dinar emas Islamic Mint. Sebabnya dinar emas Kelantan nie jauh dari tempat saya dan dinar emas Islamic Mint nie tinggi sangat perbezaan harga belian dan jualannya.

Jadi apa tunggu lagi? mulakan koleksi emas anda sekarang.

Gerenti tak menyesal :)

.

p/s: Nak minta tolong sikit boleh? kalau boleh tolong kongsikan ilmu ini bersama rakan-rakan anda. Beritahu tentang www.jutawanemas.com ini kepada mereka. Semoga rakan-rakan anda memperolehi manfaat dari maklumat ini.

..
Bacaan lain berkaitan pelaburan emas di Malaysia.

1. Membeli emas di kedai Emas
2. Membeli wang syiling Kijang Emas di Maybank
3. Membeli Emas fizikal di UOB Bank
4. Simpanan Gold Saving Passbook di maybank dan Public bank
5. Membeli Dinar/Dinar emas Kelantan


.

Related Posts

Put your related posts code here
  1. 69 Responses to “Dah start menyimpan emas ke belum?”

  2. By mirej on Jul 15, 2008 | Reply

    Salam,
    Terima kasih en syukor yg membuka blogni. Banyak maklumat yg saya dpt dr sini. Sy sudah mule menyimpan emas melalui PublicBank. Setakatni saye lebih selesa dngan care tersebut. Ilmu yg baik sudah tentu sy akan sebarkan. Insyallah. Jika tidak keberatan saya berminat untuk mendapatkan info mengenai tipikal pergerakan harga emas sepanjang tahun serta faktor2 yg boleh mempengaruhi harga emas dan juga kaitan harga emas dgn harga minyak dan pasaran stock dunia . Sy sendiri ade membuat sedikit kajian (trend utk 10 thun), tetapi sebagai pelabur emas amatur, tidak wajar utk sy dedahkan dulu dibimbangi tak betul dan menyebabkan persepsi salah kepada pelabur lain.

    reply: dari masa ke semasa saya akan sentuh topik berkenaan, buat masa nie, saya sentuh topik yang ringan-ringan dan praktikal dulu. Tentang kaedah menyimpan di gold saving a/c di public bank, ini pun kaedah yang baik juga. kalau selesa, teruskan saja…

  3. By neobita on Jul 15, 2008 | Reply

    dear sir… thank you for sharing this wonderful information with us. I would like to share one of my findings about the gold investment with Etika Emas Estate. Yesterday, I thought about investing gold through them, so I decided to call Bank Rakyat (Melaka Branch) in order to get some sort of information regarding their transaction with customers dealing with Etika Emas. To my surprise, while they admit to having done some business with customers and Etika, they said all the incoming business regarding this will be in “KIV” status. Meaning, the gold that is currently being kept by them will be kept as usual, as for future customers, their application will be processed once the bank gets approval. The person from Bank Rakyat (Melaka) stated that this is an order from their HQ. So, does that mean possible investors should put their gold in AGRO Bank, or should they wait until things clears up for the Bank Rakyat?

    Thanks/Regards

    Neobita

    Reply from syukor: I think this is just temporary because me and my wife use bank Rakyat when we purchase 300 gram of gold from etika emas. You still can proceed to buy gold from etika emas. because even if the transaction can’t be done yet, they still will give you your gold bar after you pay. you can keep the gold first. once the bank is ok, then they will call you and proceed to the bank for pajak.

    you still will get your RM300 per month event the gold is not yet pajak at the bank

  4. By neobita on Jul 15, 2008 | Reply

    thank you for your reply sir… I think you just make one happy investor today… I’ll look forward to buy that gold… really thank you….

  5. By neobita on Jul 15, 2008 | Reply

    Dear sir,

    I thank you for your kind spirit in pertaining new information towards a fellow investor.

    So, you are saying that you’ve received an information from etika emas office that bank rakyat already open the transaction for etika emas client starting 16/7/2008? That’s good news sir…

    I would like to ask your opinion on one thing, I would really like to invest with Etika Emas, but in order to do so, I would first have to apply for a loan. Would that be a great risk on my part? I’m currently on a very tight budget with no spillover to spend on investment, but I tend to follow Robert Kiyosaki’s financial IQ Number 1: “Though how tough you are on your budget, you really need to gain more income first, then if you can’t manage to find additional income, you need to cut down on some of your expenses”

    FYI, I’m looking to invest in 200 gram of gold.

    regards
    Neobita

    Answer: A good loan is a loan that make you richer :) A bad loan is a loan that make you poorer :(

    is is as simple as that.

    If the installment that you make to the bank is lower that the income that you get, then the loan is good for you.

    Risk is something relative. It is different from one person to another. If you know what you are doing then its ok.

    So, calculate your risk :)

  6. By neobita on Jul 15, 2008 | Reply

    And another thing… (Sorry I spammed a bit, but gold rush does get a hold of me sometime :) )

    The company Etika Emas, don’t they need some sort of approval or license from Bank Negara Malaysia in order to trade?

    Answer: I have put the answer for this in the Q & A in the above menu. But copy paste here again:
    ———————————————————————————————-
    Soalan : Bolehkah Syarikat Etika Emas Estet menjual jongkong Emas kepada rakyat Malaysia? Ada masalah dengan Bank Negara tak?

    Jawapan: Ya, boleh. Ini berdasarkan kepada pindaan terhadap akta Kawalan Pertukaran 1953 yang bertarikh 15 Mei 2007 yang membenarkan individu di Malaysia untuk membeli, meminjam, menjual dan mengeksport emas.

    Lihat kat sini:

    http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=190&pg=542&ac=24&tpl_id=181
    15 May 2007 Amendments to the Exchange Control Act 1953 KL.EC.100/6/2007/14

    PETIKAN:

    Preparatory Acts and Advertisements on Dealings in Gold or Foreign Currency

    3. Pursuant to the Exchange Control (Gold Exemption) Order 1986, residents and non-residents in Malaysia are free to buy, borrow, sell, lend or export gold.

  7. By neobita on Jul 17, 2008 | Reply

    thank you sir….
    you truly know your stuff….

    well… I’m off to buy the gold…. :)

    thank you again

  8. By neobita on Jul 22, 2008 | Reply

    dear sir, I called bank rakyat melaka and talked to ar rahnu representetive “syaiful” about this investment from etika emas, he said that bank rakyat still got no green light from its HQ to proceed with this investment.

    Are u sure this thing will work out?
    I’ll try to call Agro bank and ask them about this investment…

    Answer: Dear Neobita, bank Rakyat already give a green light to accept gold bar from Etika Emas. Now to formalize this to the whole Malaysia branch they need to issue a memo to branches. Bank Rakyat Melaka branch is just waiting for the memo. Biasalah.. formality :)

  9. By Rizal on Jul 22, 2008 | Reply

    Salam En. Shukor,

    Saya nk tanya sekiranya sy beli kijang emas dan saya jual sndiri ketika harga emas pasaran naik dalam jangka masa singkat?

    contohnya, saya beli kijang emas pada 1/7/2008 pada harga semasa RM99.50 dan jual pada 8/7/2008 harga semasa RM102.70.

    Jawapan: Well, saya tak galakkan saudara berbuat demikian sebab yang untung lebih ialah Maybank :)
    Penyimpanan emas nie adalah untuk jangkamasa panjang. Saudara beli kijang emas tu.. simpan selama mungkin. selagi tak nak pakai duit jangan jual langsung. simpannnnnnnnn…….

  10. By Pokli on Jul 27, 2008 | Reply

    Salam.nasihat utk diri saya dan kawan2 di sini.kalau dah melabur dlm emas ni jgn lupa byr zakat.ckp haul.nilai.wallahualam

    reply: Ya, bagus sekali ingatan tersebut. Nanti saya akan tulis artikel pasal zakat emas. Semoga mereka yang cukup syarat membayar zakat emas.

  11. By ana_lia on Aug 7, 2008 | Reply

    bagaimana keuntungan bagi akaun emas diiktiraf.
    adakah diiktiraf setiap bulan seperti akaun simpanan di bank2 atau setahun sekali seperti asb

    reply: Refer jawapan fiq kat bawah sana.

  12. By fiq on Aug 7, 2008 | Reply

    tiada pembayaran dividen/bonus/hibah etc bagi akaun simpanan emas yang dibuka di bank. Yang ada hanyala keuntungan bila kita jual semula pada harga yang tinggi. Cuma etika shj yang bagi diskaun berjadual bulanan bagi pembelian emas. Perlu ingat ada caj2 tahunan tertentu dikenakan kepada pemegang akaun simpanan emas

    reply: Terima kasih kerana tolong jawabkan :)

  13. By chamber on Dec 11, 2008 | Reply

    salam tuan, sya adalah salah seorang client etika emas.buat masa sekarang saya mempunyai 1500 gram dan paymentnya pun cantik.
    boleh tak tuan jelaskan etika emas refer harga emas kat mana?

    thanks

    reply: Etika Emas refer rate pajak emas Bank Rakyat.

  14. By syah on Dec 12, 2008 | Reply

    wahai orang2 yang menyimpan emas dan perak BERZAKATLAH ke jalan Allah terhadap harta yang kamu simpan..

    sesungguhnya akan diselar di dahi dan rusuk mereka bagi yang ingkar mengelaurkan zakat.. rasalah azab dari apa yg telah kamu simpan..

    maka berzakatlah.. kerana zakat membawa berkat..

    reply: Terima kasih atas ingatan :)

  15. By Anonymous on Dec 12, 2008 | Reply

    Sebaik – baiknya zakat emas dibayar dengan emas. 1/2 dinar untuk 20 dinar nisabnya dan cukup 12 bulan arabiah. Jangan guna wang kertas riba untuk bayar zakat.. Perak pulak nisabnya 200 dirham, 5 dirham perlu dikeluarkan. Berapa pun jumlahnya 1/40 atau 2.5 %.

    reply: Terima kasih atas makluman.

  16. By Ust Rafidi on Dec 13, 2008 | Reply

    Betul ! Kalau kita membaca Kitab Feqah lama bukan yang moden. Imam Shafie sendiri tidak membenarkan qias keatas 9 benda yang dikenakan zakat dalam Kitab Ar Risalahnya : 1. Binatang ternakan 2. Emas 3. Perak 4. Kurma dan anggur 5. Biji – Bijian yang mengenyangkan 6. Zakat fitrah 7. Galian emas dan perak 8. Rikaz emas dan perak 9. Benda – benda buat perniagaan. Selain itu tak dikenakan zakat mengikut mazhab Shafie. Wang kertas riba tak termasuk senarai yang dikenakan zakat. Sementara itu syarat wajib zakat emas dan perak 1. Islam 2. Merdeka 3. Cukup nisab – 20 mishqal/dinar untuk emas dan perak 200 dirham 4. Cukup 12 bulan Arabiah bukan masihi. Zakatnya yang perlu dikeluaran 1/40 dari jumlah emas dan perak. Maknanya perlu bayar dalam emas dan perak juga bukan dengan wang kertas. Sila rujuk Kitab Sulamul Sibyan karangan Allahyarham Tuan Guru Hj Chik dari Kedah. Insyaallah saya akan masukkan info ini dalam forum tentang zakat emas nanti.

    reply: Terima ksih atas makluman Ust Rafidi

  17. By gldsnpr on Dec 13, 2008 | Reply

    masukkan Ustaz Rafidi.

    Pastu maybe Admin leh tulis sesuatu pasal ni.

  18. By wan muhamad nor bin wan abdullah on Jan 5, 2009 | Reply

    salam,
    sy ada bli emas tpi untuk kegunaan sendiri(wife pakai), bolehkah buat pelaburan dgn emas itu dan macamana…

    reply: Untuk kes emas yang isteri pakai (barang kemas). nilainya akan meningkat tapi dalam jangkamasa panjang. Jadi better biar isteri encik pakai lah…
    kalau ada modal, encik boleh start beli emas khusus untuk pelaburan contohnya kijang emas, public gold gold bar dan dinar emas kelantan.

  19. By faiz on Jan 8, 2009 | Reply

    salam saudara…

    saya masih kurang faham pasal kijang emas, public gold gold bar dan dinar emas kelantan.. harap saudara dapat jelaskan…tq

    reply: Salam, saudara Faiz boleh refer kepada posting terdahulu. Kalau tak faham juga boleh bertanya di forum jutawanemas.com :)

  20. By Anonymous on Jan 8, 2009 | Reply

    saudara faiz boleh refer pd artikel terdahulu berkenaan pertanyaan saudara.Ianya telah diterangkan sejelasnya.

  21. By asiah abu bakar on Jan 14, 2009 | Reply

    berapa berat emas 1oz = berapa gram?

  22. By akun on Jan 14, 2009 | Reply

    1oz=31.1 gram

  23. By ajis on Jan 14, 2009 | Reply

    Berat oz troy dgn oz avordupois lain tuuu….

    1 oz troy = 31.3 gram
    1 oz avor…. = 28++ gram

  24. By ayie on Jan 22, 2009 | Reply

    semekom…
    kalau saya berminat dgn pelaburan emas kepada siapa saya nak rujuk.. lokasi :- besut trg

  25. By roslan on Jan 22, 2009 | Reply

    kpd ayie, boleh rujuk pd saya

  26. By ibseddiqi on Jan 29, 2009 | Reply

    assalamualaikum dan salam sejahtera,

    memang betul apa yang dibincangkan dalam laman maya tuan. beli emas memang tak rugi tetapi menguntungkan dan sebenarnya dapat mengukuhkan ekonomi negara.contohnya semasa kegawatn ekonomi pada tahun 1997/1999, rakyat thailand menggadaikan barang kemas mereka utk menstabilkan ekonomi negara mereka. jadi saya telah belajar sikit2 dan membuat penyelidikan mengenai emas ini melalui laman http://www.kitco.com iaitu bursa emas dunia dan sebagai contoh pada disember 2008 harga emas berada disekitar usd800 hingga usd820 per gram. harga sekarang pada 29/1/09 harganya ialah usd885 pergram dimana harga pasaran di malaysia ialah pada harga rm104 hingga rm107 pergram. sila rujuk laman http://www.publicbank.com.my dan pergi ke gold investment. bagi harga pasaran etika emas estet ianya sedikit tinggi tetapi menguntungkan juga sebab bila dijual balik ia mengikut harga pasaran. sebagai contoh pada 29/1/09, 1 gram dijual pada harga rm123 (harga dunia pada usd885) dan apabila harga pasaran dunia meningkat pada usd910 sebagai contoh, harga di malaysia boleh mencecah rm127 bagi 1 gram. bayangkan jika pembeli mempunyai 100 gram emas, sudah tentu mendapat untung rm400 bagi tempoh 3 bulan (biasanya emas akan turun naik dalam tempoh ini). nasihat saya, masa terbaik untuk membeli emas ialah apabila harganya berada pada tahap usd800 hingga usd850 per gram. masa inilah etika emas akan menjual emasnya pada harga rm100 hingga rm110. bayangkan jika pembeli mendapat untung bagi setiap gram antara rm5 hingga rm10, ianya cukup lumayan bagi menambahkan pendapatan. sila hubungi saya di email ibseddiqi@yahoo.com untuk mendapat maklumat lanjut dan bertukar-tukar pendapat mengenai emas ini.
    terima kasih kpd jutawanemas kerana membuka laman ini. tahniah dan semoga rakyat malaysia melihat potensi emas ini. akhir kalam renungkan kenyataan saya ini…….. harga emas pada tahun 1998 ialah pada harga rm35 per gram dan dalam tempoh 10 tahun iaitu pada tahun 2008 harganya ialah rm95…… jadi bezanya ialah rm60 pergram, sekiranya pelabur menyimpan emasnya sebanyak 100 gram maka untungnya ialah rm6000. adakah berbaloi atau tidak, fikir-fikirkan bak kata nabil raja lawak…. lu fikir la sendiri!!!!!

  27. By zulkifli on Feb 20, 2009 | Reply

    Asskm..

    Terima kasih info yg diberi..
    Saya cuma ingin bertanya adakah nanti etika emas akan menerima nasib yg sama seperti pelaburan yg diharamkan kerajaan..
    risau jugak kerana saya pernah menerima nasib yg sama..
    Minta sebsb2 yg kukuh syarikat ini tidak diharamkan kerajaan ditengah jalan..
    Minta dijawap kedalam email.saya
    tq.

    reply: Saya tak tahu nasib etika pada masa hadapan dan saya tak mahu komen.

  28. By tuan guru on Mar 9, 2009 | Reply

    assalamualaikum. adakah emas yang kita beli dari etika emas tu diinsurankan dan adakah syarikat itu diiktiraf oleh kerajaan? jika tiba – tiba syarikat tu bankrap adakah pelaburan kita hangus? pada pandangan tuan mana yang leebih menguntungkan labur emas di etika emas atau labur di public bank?

    reply: Etika Adalah syarikat yang berdaftar dengan SSM. Tapi emas tu tak diinsuranskan. Kalau nak selamat, better kat public bank ajer.

  29. By zulfaizuddin on Mar 9, 2009 | Reply

    Tuan Guru,
    Untuk mengurangkan rasa cemas belilah emas fizikal dari UOB Bank, Public Gold atau Dinar Kelantan.

    reply: Ya, betul. Beli sendiri dan simpan sendiri. Itu lebih baik.

  30. By nama on Mar 9, 2009 | Reply

    Jual beli emas fizikal ni kena INCOME TAX tak?

    Sebab kita bukan buat perniagaan ‘per say’ tapi beli emas, simpan….kemudian jual dengan harga semasa emas tersebut.

    reply: Jika buat persendirian, most likely jabatan hasil tak tahu, tapi kalau dah setup syarikat, memang kena lapor dan kena pengiraan cukai.

  31. By dinsabak76 on Mar 9, 2009 | Reply

    sekadar info:ari ni ada cerita pasal: Dinar emas public Gold”kat utusan

    reply: Ya, betul. Link dia kat sini:
    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0309&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_04.htm
    Tahniah Public Gold!

  32. By sirri on Mar 9, 2009 | Reply

    emas ni kena zakat.. sila rujuk majlis agama brapa kadar dan syarat yang dikenakan..

    reply: Ya, betul. Kalau google pun boleh jumpa.

  33. By tuan guru on Mar 9, 2009 | Reply

    assalamulaikum…saya ingin tahu apakah faktor yang menyebabkan turun naiknya harga emas di pasaran? ini penting untuk saya membuat persediaan dalam membeli dan menjual emas. adakah faktor politik boleh menjurus kepada turun naiknya harga emas seperti forex? terima kasih.

    reply: Jawapan diberikan kat bawah oleh zulfaizuddin

  34. By zulfaizuddin on Mar 10, 2009 | Reply

    Tuan Guru,
    Banyak faktor yang menyebabkan turun naik harga emas. Antara ialah kadar inflasi, kadar faedah, nilai matawang, permintaan semasa dsb. Buat masa sekarang harga emas meningkat sebab kadar inflasi meningkat manakala kadar faedah pula menurun. Jadi pelabur beralih kepada emas bagi melindungi wang mereka daripada terus susut. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk artikel-artikel dalam jutawanemas atau layari http://www.dailywealth.com

    reply: Thanks zulfaizuddin :)

  35. By NURULIMANNASUHA on Mar 10, 2009 | Reply

    Salam..
    untuk pengetahuan semua, zakat tu wajib..
    kalau kat selangor ni, klau emas yang dipakai,
    berat emas 800gm ke bawah tak di kenakan zakat.
    kalau lebih dari 800gm wajib zakat…
    kalau emas yang disimpan pula kadarnya ialah 80gm..
    lebih dari 80gm kena zakat la….

  36. By tuan guru on Mar 10, 2009 | Reply

    assalamualaikum….terima kasih kepada panduan yang tuan berikan dalam blog ini

    reply: Sama-sama. Jangan lupa berkongsi ilmu ini dengan rakan-rakan anda.

  37. By nama on Mar 10, 2009 | Reply

    Slm,

    Jual beli (dgn keuntungan) ASB tak kena INCOME TAX, takkan kita beli emas untuk simpanan peribadi kena TAX?

  38. By Along on Mar 10, 2009 | Reply

    Bukan TAX but ZAKAT..tq’s

  39. By Along on Mar 10, 2009 | Reply

    emas simpan along rase 85g kene zakat..80g xleh lagi..kalau salah sila betulkan..mekasih..

  40. By Along on Mar 10, 2009 | Reply

    Emas dan perak adalah merupakan logam galian yang berharga kurniaan Allah SWT. Ia merupakan hasil bumi yang banyak manfaat kepada manusia dan manusia pula menjadikannya nilai tukaran wang bagi segala sesuatu. Sementara syariat pula mengibaratkan emas dan perak sebagai sesuatu kekayaan alam yang hidup dan berkembang. Syariat juga telah mewajibkan kedua-duanya boleh digunakan dalam bentuk wang atau kepingan, bekas bejana, cenderahati, ukiran atau perhiasan.

    Zakat diwajibkan ke atas pihak yang memiliki emas dan perak apabila sampai NISAB(jumlah) dan telah cukup HAUL(tempoh) setahun.

    Firman Allah s.w.t:
    “Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak dibelanjakan pada jalan Allah (tidak mengeluarkan zakat), maka khabarkanlah kepada mereka dengan balasan azab seksa yang tidak terperi sakitnya (iaitu) pada hari dibakar emas dan perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi, rusuk serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka), inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu, oleh itu rasakan (azab dari) apa yang kamu simpan itu”(Surah At-Taubah: 34-35)

    Sabda Rasulullah s.a.w:
    “Setiap pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan haknya maka pada hari kiamat dijadikan kepingan lalu dibakar dalam api neraka kemudian diselar rusuk dan belakang mereka; setiap kali kepingan itu menjadi sejuk ia kembali dibakar semula pada pada hari yang kadarnya bersamaan dengan lima puluh ribu (50,000) tahun sehingga ia dihukum di antara hamba-hamba Allah maka dilihat jalannya sama ada ke syurga atau ke neraka”. (Hadis riwayat Abu Hurairah)

    ..::Emas Yang Disimpan::..
    Emas yang disimpan bermaksud emas yang tidak dipakai walaupun sekali dalam setahun. Jika emas yang disimpan itu menyamai atau melebihi kadar nisab@jumlah (85 gram), maka wajib dikeluarkan zakat sebnyak 2.5% atas nilai emas tersebut. Nilai yang diambil kira adalah nilai emas sahaja iaitu tidak termasuk batu-batu permata.

    CONTOH: Emas yang disimpan atau tidak dipakai bernilai RM 4,000 (nilai emas semasa), maka zakatnya ialah sebanyak: RM 4,000 X 2.5% = RM 100.

    ..::Emas Yang Dipakai::..
    Emas yang dipakai sebagai perhiasan oleh wanita sama ada sekali-sekala atau secara berterusan tidak dikenakan zakat sekiranya ia tidak melebihi URUF (nilai pemakaian setempat yang dibenarkan). Sekiranya melebihi URUF, maka ianya wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% atas nilai lebihan dari URUF itu. Penggunaan URUF ini banyak digunakan oleh pelbagai golongan khususnya bersandarkan kepada Imam An-Nawawi yang berpegang kepada mazhab Asy-Syafie. Sebagai panduan, buat masa ini kadar URUF yang digunakan di Selangor adalah sebanyak RM 5,000.

    CONTOH: Seorang wanita yang memiliki dan memakai emas sebagai perhiasan diri bernilai RM 7,000, maka zakatnya ialah sebanyak: (RM 7,000 – RM 5,000) X 2.5% = RM 2,000 X 2.5% = RM 50.

  41. By Ust Rafidi on Mar 10, 2009 | Reply

    Along,

    Zakat emas 20 dinar , kena bayar zakar 1/2 dinar. kalau perak 200 dirham kena bayar zakat 5 dirham.

    Bayar zakat guna wang kertas tidak menepati sunnah.
    Kita kena banyak belajar lagi tentang sistem kewangan kapitalis.
    Barulah kita dapat bayar zakat ikut sunnah.

  42. By tuan guru on Mar 10, 2009 | Reply

    ASSALAMULAIKUM…ada sapa sapa tau tak sejak bila harga emas menjurus kepada downtrend? ada sapa sapa tak tau ramalan harga emas sepanjang tahun 2009? terima kasih…..

  43. By zulfaizuddin on Mar 11, 2009 | Reply

    Tuan Guru,
    Sukar nak meramal harga pergerakan harga emas. Harga emas akan turun naik sepanjang masa. Tapi saya berpendapat harga emas tetap dalam arah meningkat (uptrend) untuk tahun 2009. Wallahu’alam.

  44. By nama on Mar 11, 2009 | Reply

    SLm…

    Macamana pulak dgn zakat perniagaan?
    Kalau:

    a. Beli emas, simpan….kemudian jual bila rege tinggi, dapat untung…kene zakat perniagaan tak?

    b.Jadi ejen PG Dinar kemudian jual…beli emas…dapat untung…kene zakat perniagaan tak?

  45. By En Dlie on Mar 11, 2009 | Reply

    > Nama, biar saya tolong jawabkan…

    Zakat di kenakan apabila cukup haul dan nisab. Haul ialah apabila cukup tempoh setahun manakala nisab ialah apabila mencapai sejumlah angka yang wajib dikenakan zakat.

    A) Simpan emas dan jual pada harga tinggi kemudian dapat untung wajib dikenakan zakat apabila cukup nisabnya. Ia bukanlah zakat perniagaan tetapi zakat pendapatan, kerana sebenarnya anda melabur sendiri di dalam emas dan bukannya menjadi agen.

    B) Jika anda menjadi agen ia di kira sebagai zakat perniagaaan dan bukannya zakat pendapatan. Ia wajib di bayar apabila keuntungan dalam tempoh setahun melebihi jumlah nisab. Nisab semasa di Selangor ialah RM7,900 (pada tarikh komen ini ditulis). Jadi, sekiranya untung bersih dari perniagaan melebihi kadar nisab, maka wajib zakat sebanyak 2.5%.

    Harap pertanyaan anda terjawab..

  46. By ajis on Mar 11, 2009 | Reply

    ermm jadi kalu beli dinar atau emas fizikal kena byr 2 ZAKATLA!? Satu zakat emas, satu lagi zakat pendapatan yakni bila dpt untung? Ustaz rafidi tlg komen! Huhu

  47. By En Dlie on Mar 11, 2009 | Reply

    Ajis > ini jawapan saya… Ini sekiranya anda adalah pembeli (bukan agen) kalau ada jawapan lain, dialu2kan..

    Zakat emas yang disimpan wajib bayar zakat bila dah cukup setahun dan sekurang2nya memiliki 85gram emas. Contoh :

    a) Mula beli/simpan emas 100gram pada 01/04/2007.
    Wajib bayar zakat pada (1) 31/03/2008, (2) 31/03/2009, (3) 31/03/2010. Pada 01/09/2010 anda jual emas tersebut dan dapat untung. Tahun keempat tidak dikenakan zakat sebab tak cukup haul tetapi keuntungan tersebut jika lebih dari nisab, maka wajib zakat pendapatan sebab tujuan asal ialah untuk melabur. Bayar zakat pada 31/03/2011 (tahun keempat). Contohnya :

    Harga beli pada 01/04/2007 = RM111.00/grm (RM11,100)
    Harga jual pada 01/09/2010 = RM150.00/grm (RM15,000)
    Untung bersih ialah RM3,900.

    Sekiranya kadar nisab semasa ialah RM9,000 (contoh) pada tahun 2011, maka ia tidak dikenakan zakat pendapatan melainkan jika keuntungan yang diperolehi melebihi RM9,000.

    BAGAIMANA JIKA ANDA MENJADI AGEN (MODAL 30K)? ZAKAT APA YANG PERLU DIBAYAR??

    Jawapannya ialah :

    Untung/komisyen yang anda perolehi ialah merupakan pendapatan anda, maka ia dikenakan zakat pendapatan sekiranya layak. (Untuk kiraan zakat pendapatan, boleh rujuk disini http://www.e-zakat.com.my/baru/k-zakat/kalkulator_pendapatan.asp)

    Manakala emas yang dijual, hanya sampel sahaja yang dikenakan zakat emas kerana sampel tersebut adalah milik anda. Menjadi agen dengan modal RM30K, anda hanya memiliki sampel sahaja (emas betul) dan sekiranya ada tempahan dari pelanggan, barulah anda mengambilnya dari cawangan terdekat dan menyerahkannya kepada pelanggan.

  48. By Ust Rafidi on Mar 11, 2009 | Reply

    Masalah zakat ini ada pendapat :

    Pendapat moden :
    Zakat Pendapatan . gaji etc. menurut pendapat Dr Yusof Al Qaradhawi kena zakat.

    Pendapat ulamak lama ;
    Zakat pendapatan tak ada, zakat wang kertas pun tak ada.
    Zakat emas dan perak adalah itu pun dibayar dengan emas dan perak juga.

    Saya lebih cenderung kepada pendapat ulamak lama kerana sistem kewangan sekarang tak betul dan dipenuhi dengan riba.

    Cuba tanya tok tok guru lama apa pendapat mereka.

  49. By jejakbadai on Mar 12, 2009 | Reply

    salam.

    nak ty pasal zakat mas lg ni. siapa tahu leh tolong jwb.

    kita ada 90 g emas sbgai contoh. zakat dikelurkan bila cukup nisab n haul. nisab 85 g shj. setiap tahun ke kita kena kuarkan zakat dr 90 g emas tadi? Kalau stiap tahun kita kuarkan zakat bermakna tahun ketiga atau keempat dari 90 g emas tadi akan berkurangn la kalau kita beyar guna emas jug. spt bayar dengan dinar ke?

  50. By ajis on Mar 12, 2009 | Reply

    tkasih en.dlie dan ustaz atas penerangan. Sy pun lebih cenderung kpd pendapat tokguru lama2. Masa sekolah dulupun,ustaz takda ajar pasal zakat pendpatan ni. Walaubgamapun,lately sy dah start byr zakat pendapatan ni..dgn niat kalau takjatuh hukum wajibpun,dpt pahala sedekah!

  51. By Ust Rafidi on Mar 13, 2009 | Reply

    Jejakbadai,

    Zakat ini menyuburkan harta, dan Nabi s.a.w bersabda ” Pada harta itu ada sedekah wajib(zakat) yang diambil dari orang yang berada dan diberikan kepada fakir miskin dikalangan mereka “.

    Dinar yg yang dikeluarkan zakat itu bukan hak kita tapi hak org. miskin.
    Begitu orang yg menternak kambing misalnya jika dia membela kambing lebih dari 40 hingga 120 ekor, wajib keluar zakat 1 ekor kambing. Mengeluar zakat emas bukan bermakna kita akan menjadi kurang simpanan emas. Rezeki lain akan datang berlipat kali ganda mengantikan zakat emas tersebut. Ingat ZAKAT MENYUBURKAN HARTA. wallahu a’lam.

  52. By tuan guru on Mar 13, 2009 | Reply

    sapa2 yang beli emas jongkong atau gold coin tu tak bahaya ke? atau beli je kat public bank lebih selamat?

  53. By tuan guru on Mar 14, 2009 | Reply

    ada tak sapa2 dari seremban?

  54. By zafian on Mar 19, 2009 | Reply

    trend penurunan ni agak2 brapa lama lagi? apa2 pun saya sgt suka sbb sya dapat beli emas dgn harga yang murah tambahan tgh cari client kt seremban. sapa berminat boleh hubungi sya di talian 016 3127007

  55. By zafian on Mar 19, 2009 | Reply

    saya dari seremban…kenapa tuan guru?

  56. By angah on Mar 19, 2009 | Reply

    Salam…terima kasih diatas info yg terdapat dlm blog ini..saya dan isteri tlh membuat pelaburan emas di Public Bank…saya rasa ini lebih baik dari pelaburan yg lain yg tak tau kesudahannya…apa yg saya suka pelaburan emas ni ia bersifat ‘silent saving’…tak perlu nak taja orang…

  57. By zafian on Mar 19, 2009 | Reply

    to angah…..bila kita ada physical gold macam2 kita boleh buat dgn emas tu . simpan boleh , pajak pun boleh , jual balik kepada agen pun boleh dan jual kpd org lain pun boleh…..mmg tak perlu taja orang terutama dalam public gold

  58. By jejakbadai on Apr 2, 2009 | Reply

    terima kasih pada ust rafidi yg telah menjawab soalan saya.
    ada lagi pasal zakat ni.

    sekiranya kita ada emas yang mencukupi nisab ialah gabungan emas 999 dan 916, bila kita nak keluarkan zakat kita kluerkan dengan nilaian emas mana tu?

    minta penjelasan…..

  59. By ajis on Apr 2, 2009 | Reply

    ustaz rafidi! Betulke ada pendapat,emas ni kalau takcukup nisab, kena campurkan jugak nilai berat emas tu dgn nilai wang simpanan,kemudian bila cukup haul..kena kuarkan sebagai zakat wang simpanan! Contohnya kita ada 50g emas bernilai katakan 5ribu dan wangsimpanan rm3ribu..jadi bila cukup setahun kena kuar zkt wang simpanan 2.5pct dari rm8ribu!

  60. By ajis on Apr 2, 2009 | Reply

    …ini bersandarkan hujah..emas adalah ‘wang’ sama spt wang fiat lain..huhu

  61. By En Dlie on Apr 2, 2009 | Reply

    Salam ajis,

    Rujuk : http://www.e-zakat.com.my/baru/k-zakat/wang%20simpanan.asp

  62. By ajis on Apr 2, 2009 | Reply

    dah rujuk dah…..tak menjawab persoalan saya!
    aritu antar emel pun dieorg tak jwb!

  63. By Man on Apr 16, 2009 | Reply

    salam,
    Terima kasih kpd semua sbb bg info yang berguna ni.
    Saya baru nak berjinak2 untuk mengethui dlm pelaburn emas ni.
    Tolong bagi panduan kpda saya.

  64. By Man on Apr 16, 2009 | Reply

    semua perniagaan perlukan modal..
    Apa pendapat saudara/i sekalian untuk memulakan pelaburan emas ini, dengan modal yng minimum atau modal yng selesa.

  65. By sue505 on Apr 17, 2009 | Reply

    Salam Man,

    Terpulang pada individu samada nak mula modal minimum atau selesa untuk pelaburan emas mengikut keselesaan, kemampuan dan target masing-masing. Pokok pangkalnya jika kena ada langkah pertama……

  66. By Man on Apr 17, 2009 | Reply

    Pepatah ada berkata, dengan langkah pertama kita akan sampai ke distinasi yng dituju atau penghujung jalan yang kita hendak pergi. Apa nasihat kawan2 kpda orng seperti saya yang baru nak mulakn tapak pertama dalam pelaburan emas ini? Keinginan dan kamahuan itu tetap ada…

  67. By hidayah on Jul 20, 2009 | Reply

    saya sgt berminat dengan simpanan nie, tapi tdk faham dengan kaedah nie n camne nk nk start invest.

  68. By hidayah on Jul 20, 2009 | Reply

    saya sgt berminat dengan simpana nie, tp xfaham step nk start invest tu.

  69. By zackry on Dec 10, 2009 | Reply

    Salam,saya berminat melabur emas setelah membaca artikel ini,,,katakan saya ada tunai sebanyak 3000,berapa gram saya boleh perolehi dan bagaimana

  70. By eva on Mar 26, 2011 | Reply

    dah start minat ni…tak terlewat ker??

    reply admin: Masih ada peluang lagi utk emas naik. start cepatt….

You must be logged in to post a comment.

syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat dan selamat.

Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik)

Dari Syukor Hashim - Admin Jutawanemas.com
E-mail: admin@jutawanemas.com / SMS: 013-2126 999

Langgan RSS

Public_Gold Senarai agen Public Gold & Public Dinar publicdinar.com
Emas-Emas Yang Hilang Ebook teknikal analisis Peluang berniaga emas