Ebook

Dalam Apa Jua Situasi Ekonomi dan Politik, Menyimpan Emas Menguntungkan Anda.

Ditulis pada 7 April 2009 – 8:01 am | oleh syukor |


main1Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca sekalian? Saya berharap anda sihat walafiat.

Saya nie baru nak recover dari demam dan batuk.

Letih … so pembaca semua, tolong doakan saya sihat ok!

Harga emas turun banyak sekarang.
Dalam USD870 per Oz.

Jadi ini adalah masa terbaik untuk membeli emas ūüôā

baiklah, untuk posting kali ini kita akan melihat peranan emas di dalam 2 situasi yang berbeza.

Yang pertama, ketika keadaan aman, seperti di Malaysia dan kedua ketika krisis ekonomi dan politik, seperti yang sedang berlaku di negara Zimbabwe.

Peranan emas ketika negara aman dan makmur.

Bagi kita rakyat Malaysia, apabila kita membeli  emas, biasanya ada 4 tujuan:

1. Sebagai penyimpan kekayaan (harga emas stabil/naik dalam jangkamasa panjang)
2. Sebagai pelaburan –¬†untung beli ketika harga rendah, jual ketika harga tinggi
3. Sebagai barang kemas sebab nak nampak cantik.
4. Hantaran kahwin

Memandangkan kita berada di dalam keadaan yang sangat aman dan ekonomi yang stabil, tidak pernah terlintas di hati kita bahawa emas adalah penyelamat nyawa, duit ataupun penentu hidup atau mati betul tak?

Peranan emas ketika kegawatan ekonomi dan politik.

Di dalam keadaan kegawatan ekonomi atau politik, emas akan memainkan peranan utama sebagai medium pertukaran – atau wang. Ketika itu manusia tidak akan mempercayai wang kertas kerana wang kertas hanyalah – kertas! tak ada nilai.

Contoh yang paling mudah ialah apa yang berlaku di Negara Zimbabwe.

Ketika ini keadaan ekonomi dan politik Zimbabwe adalah tidak menentu. Kadar inflasi di Zimbabwe mencecah 5 sextillion peratus (ada 21 biji kosong)

 huge-inflation
5 ,000,000,000,000,000,000,000% inflasi. Pergh… teruk giler…

100-billion-dollar
Wang 100 billion Zimbabwean Dollar cuma boleh membeli 3 biji telur.

Pada tahun 1980, Zimbabwean Dollar mempunyai nilai yang lebih tinggi daripada USD, tetapi kerana pemerintah yang sesuka hati mencetak wang kertas, maka nilai wang negara Zimbabwe telah kehilangan nilainya (baca kat sini)

carry-money
Wang kertas Zimbabwe tak laku…

Kehidupan rakyat Zimbabwe.

Saudara saudari sekalian, dengan keadaan politik dan ekonomi yang tidak stabil kehidupan mereka sangat sukar. Wang kertas tidak ada nilai.

Jadi, bagaimana mereka meneruskan kehidupan? Apa yang mereka gunakan sebagai duit?

Jawapannya. Emas.

Untuk meneruskan kehidupan rakyat Zimbabwe terpaksa mendulang emas. Ini kerana emas diterima sebagai wang.

Anda mesti lihat video kat bawah nie… wajib tengok…

 

Kat sana, emas nie menentukan hidup atau mati. Kalau tak ada emas, maka tak boleh beli makanan Рanda akan mati kebuluran. 

Roti, bijirin, minyak masak dan berbagai barangan keperluan dibeli menggunakan emas.

gold-for-bread
Nak beli roti nie? bayar dengan 0.1 gram emas

dont-remember
Wang kertas tak laku pun..

everything-they-want-gold
Segala keperluan dibeli menggunakan emas

without-03g-gold-you-wont-survive
Di Zimbabwe, tanpa emas anda tak boleh hidup.

because-hunger
Mereka mendulang emas untuk meneruskan kehidupan

starving
Rakyat Zimbabwe yang kelaparan… 3 hari tak makan

fighting-for-life1
Emas adalah penyambung kehidupan.

Kesimpulannya.

Walau apa jua keadaan ekonomi dan politik, orang yang menyimpan emas tetap akan untung. Bagi kita rakyat Malaysia, kita amat bertuah kerana negara kita aman, stabil dan makmur. Jadi kalau kita simpan emas ianya lebih kepada menyimpan kekayaan dan membuat pelaburan.

Kita tetap untung.

Dalam situasi yang politik dan ekonomi yang tidak stabil, emas akan menjadi penyelamat nyawa kita dan keluarga kita. Inilah yang akan menjadi wang nanti.

Jadi, dengan harga emas yang turun sekarang nie anda dah boleh beli emas. So apa tunggu lagi, mulakan simpanan emas anda sekarang! Jika berminat membeli emas Public Gold, anda boleh dapatkan disini (klik)

p/s: Jangan lupa melanggan newsletter jutawanemas.com -
anda akan menjadi orang pertama mendapat update daripada blog ini..
Kalau nak dapat lebih banyak ilmu sila kunjungi forum jutawanemas.
Banyak lagi ilmu pelaburan emas kat sana :) 

Artikel berkaitan:

Comments

comments

syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat, selamat dan menguntungkan.

Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik sini)

Dari: Syukor Hashim (PG000012)
Public Gold Official Speaker
PG Dealers trainer and Gold consultant.
Anda boleh WhatsApp saya di 013-2126999

**Laporan percuma. Klik gambar untuk download**


Follow FB saya...


Langgan newsletter PERCUMA di sini.

Langgan RSS


Saya@TV9 interview: Pelaburan Emas

Saya@TV1 Interview: Potensi Pelaburan Emas



Public Gold free report Ebook teknikal analisis Peluang berniaga emas