Jualan Mega Habib Jewel – jualan emas, berlian dan permata

Salam sejahtera untuk semua pembaca.

Untuk pengetahuan anda, Habib Jewel telah mengadakan jualan Mega Habib, meraikan ulangtahun ke 50.

Saya ternampak iklan nie dalam akhbar Berita Minggu bertarikh 27 julai 2008.

So, Habib Jewel, I wish you Happy Birthday. Semoga panjang umur, murah rezeki 🙂

(klik gambar untuk besarkan)

Jualan Mega Habib bermula dari 27 Julai 2008 sehingga 1 September 2008.

Ada sesuatu yang menarik di dalam iklan tersebut yang ingin saya kongsikan dengan anda.

Cuba lihat iklan tersebut dengan teliti…

Nampak tak perkataan “PELABURAN TERBAIK 100gm EMAS 999 dan gambar gold bar”?

Walaupun dalam iklan tersebut terpampang banyak gambar cincin berlian, gelang tangan emas 916, gelang tangan berlian yang bersilau-silau, loket emas, subang emas dan serba-serbi barang kemas,

tapi bila datang bab pelaburan emas, Habib Jewel sendiri menyatakan bahawa pelaburan terbaik adalah gold bar 100 gram emas 999.9?

Betul tak?

yang bestnyer… Habib memberikan potongan sehingga 70% untuk semua barangan berlian dan batu permata, tapi bila datang kat gold bar.. mereka jual pada harga emas semasa. Itu yang tak best 🙁

: Saudara Hafiz, salah seorang pembaca blog Jutawanemas.com telah memaklumkan kepada saya bahawa pihak habib Jewel sebenarnya ada memberikan diskaun untuk gold bar. Jadi saya telah menelefon semula beberapa cawangan Habib untuk confirmkan diskaun.

Untuk pembelian tunai, Habib Jewel memberikan diskaun sebanyak RM7 segram.
Untuk pembelian secara kad kredit, Habib Jewel memberikan diskaun RM5 segram.

p/s: Mula-mula waktu saya telefon Habib Jewel Plaza Angsana, takder pulak mereka beritahu pasal diskaun, terus cakap RM116 segram. Hmm…..

Saya telah menelefon habib Jewel cawangan Plaza Angsana untuk bertanyakan pasal gold bar yang dijual, jenis, berat, harga dan juga harga jualan semula.

Ini adalah ringkasan terhadap gold bar yang dijual oleh Habib Jewel,

– Jenis gold bar: PAMP Suisse 100 gram bersama sijil warna pink (gambar)
– Harga jualan pada 27/7/2008: RM11,600.00 ( tapi ada diskaun RM7 atau RM5 segram)
– Harga kalau kita nak tolak balik emas tu kat Habib Jewel (diorang tolak 18% ke 20% dari harga semasa emas)

Kesimpulan:

Bagi mereka yang nak beli gold bar, anda boleh kunjungi Habib Jewel. Reputasi mereka tinggi dan mereka telah lama terlibat dengan industri barang kemas. So, peace of mind to buyer. Selain itu ada skim bayaran mudah untuk pemegang kad kredit CIMB, Citibank, HSBC, maybank, MBF, RHB dan Standard Chartered, tertakluk kepada terma dan syarat.

Dari segi kelemahan pula, saya dapati harga gold bar nie agak mahal (RM116 segram) berbanding harga emas semasa Bank Rakyat (harga harian Bank Rakyat pada Jumaat 25/7/2008 ialah RM113.26 segram, harga pada 28/7/2008 adalah RM114.69 segram). Tapi memandangkan ada diskaun, maka harga Habib adalah lebih rendah dari harga semasa bank Rakyat.

Selain itu harga belian balik antara -18% ke -20% dari harga semasa adalah merugikan penjual. Jika anda beli dan simpan gold bar nie selama 3 tahun keatas, baru boleh untung lebih.

p/s: Jika anda ingin membeli emas PAMP Suisse di atas dengan harga
yang lebih murah (ada diskaun), minimum 100gram, cash on delivery.
anda boleh hubungi saya. Buat masa nie offer nie utk buyer
yang boleh datang KL sahaja.
SMS saya di 013-3819901 atau gunakan link ini. (Dah ada stok, cepat!)

2. Jangan lupa melanggan Newsletter jutawanemas.com
Anda akan menjadi orang pertama mendapat update
mengenai pelaburan emas di Malaysia.
.
♥ Join telegram #NotaEmasSyukorHashim untuk informasi terkini ♥
4 Artikel Berkaitan...
© JutawanEmas.com established since 2008 → Now
Daftar akaun dewasa.
Terbuka kepada sesiapa sahaja.
Daftar akaun junior.
Bawah 18 tahun. Perlu kebenaran penjaga.