Ebook

Kajian kes Etika Emas Estet Sdn Bhd : Mengapa Pelabur Mengalami Kerugian?

Ditulis pada 10 August 2009 – 7:47 am | by syukor |


maklumat_lanjut
________________________________________________________________________
kajian_kes_etika_emasAssalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat, ceria dan bahagia adanya.

Saya di sini sibuk banyak. Sekarang nie tengah sibuk buat research pasal pelaburan emas. InsyaAllah kalau takder aral melintang hujung bulan ini saya dah boleh keluarkan e-book saya sendiri :)

Baiklah, untuk posting kali ini saya ingin berkongsi maklumat kajian kes skim pelaburan emas yang dijalankan oleh Etika Emas Estet Sdn Bhd.

Dalam kes ini saya akan menerangkan kaedah pengiraan kerugian pelabur-pelabur skim Etika Emas Estet dan kenapa kerugian tersebut berlaku.

Follow-up posting yang lepas.

Di dalam artikel yang lepas, saya ada meminta pelabur-pelabur yang bermasalah dengan skim pelaburan emas untuk menghubungi saya.

Niat saya ialah untuk membantu menilai jumlah kerugian yang dialami serta memberikan penyelesaian bagaimana nak meminimakan kerugian.

Saya telah menerima 29 e-mail daripada pelabur yang menyertai skim pelaburan emas.

Kesemuanya daripada pelabur Etika Emas Estet Sdn. Bhd.

Jadi saya membuat keputusan untuk memaparkan cara mengira untung rugi bagi pelabur Etika Emas.

Ini adalah bagi kes Ar-Rahnu.

Bagaimana mengira kerugian/keuntungan anda?

Untuk membuat pengiraan anda perlukan maklumat-maklumat berikut:

1. Berapa nilai marhum emas yang dipajak
2. Nilai pinjaman Ar-Rahnu
3. Upah simpan bulanan
4. Jumlah upah simpan (setelah 6 bulan)
5. Tarikh tamat kontrak
6. Berapa harga emas ketika dibeli dengan Etika Emas
7. Berapa harga emas yang boleh dijual (kepada pihak ketiga)

Contohnya:
En. A melabur 100 gram (1 +1) pada 17/6/2009  dengan kos RM13 296

– Tarikh masuk program = 17/6/2009
– Tarikh tamat = 17/12/2009
– Jumlah emas yang dipajak = 200 gram
– Nilai marhum = RM25 326
– Nilai pinjaman = RM16 460
– Upah simpan sebulan = RM191.51
– Jumlah upah simpan setelah 6 bulan = RM1149.04
– Kos kontrak = RM100
– Harga belian Etika Emas = RM13 296 (termasuk 5% brokerage fee)
– Harga emas dijual kepada pihak ketiga = RM10500/100 gram (harga pada 10/8/2009)

Pengiraan untuk En. A:

Jika menggunakan pihak ketiga untuk menebus emas (pada bulan 8/2009) , maka pengiraan untung rugi adalah seperti berikut:

Bayaran yang diterima = RM10 500 x 2 ketul
= RM21 000 –>

ditolak semua kos-kos dibawah
(- ) RM16 460 –> nilai pinjaman Ar-Rahnu
(-) RM383.12 (upah simpan 2 bulan, sehingga bulan 8 sahaja)
(-) RM100 (kos kontrak etika)
Baki ditangan = RM4056.88

Jumlah modal ketika menyertai pelaburan = RM13 296
Jumlah modal yang dapat diselamatkan = RM4056.88
Jumlah kerugian = RM9239.
Peratus kerugian = 69.48%

hmm… banyak juga kerugian En. A.

Lebih kurang 70% modal beliau telah hangus.

Disclaimer:

Jumlah keuntungan dan kerugian pelabur Etika Emas tak sama antara seorang pelabur dan pelabur yang lain. Kat sini saya cuma mengira kerugian bagi kes encik A.

Sekiranya anda tergolong didalam kategori yang dah untung.. Alhamdulillah.. syukur pada Allah.

Bagaimanakah cara meminimakan kerugian?

Setelah anda membuat pengiraan dan mengetahui jumlah kerugian yang perlu ditanggung, maka anda boleh mengambil tindakan-tindakan alternatif seperti :

1. Biar pihak ketiga uruskan penebusan. Anda boleh terima hakikat yang anda telah
rugi. Kalau simpan pun menyakitkan hati jer..

2. Biar aje dalam Ar-Rahnu sehingga kontrak hampir tamat. Anda boleh tunggu
harga emas naik supaya boleh jual tinggi kepada pihak ketiga.
(p/s: anda masih perlu membayar semua upah simpan kat Ar-Rahnu)

3. Kalau kontrak dah nak expired, anda boleh bayar upah simpan sahaja
dan sambung kontrak lagi 6 bulan (andaian harga akan naik lebih tinggi nanti).
Harap-harap anda akan dapat harga yang lebih baik lah..

4. Tebus sendiri dan simpan semua emas-emas tersebut sendiri (kalau ada modal)

5. Biar habis kontrak dan emas tu kena lelong. Kalau lelong dapat harga tinggi nanti
Bank Rakyat akan pulangkan lebihan wang kat anda (ini alternatif terakhir lah..)
Kalau dibuatnyer orang tak beli emas lelong anda, jatuh rugi lah jugak..

Mengapa pelabur rugi banyak?

Berdasarkan analisa saya, pelabur Etika Emas mengalami banyak kerugian disebabkan faktor-faktor berikut:

1. Harga emas yang dijual oleh Etika Emas lebih tinggi berbanding harga pasaran.
Jadi apabila masalah berlaku, pihak Etika Emas tidak mampu membeli semula pada
harga yang dijanjikan di dalam kontrak ( -2%) sebaliknya emas tersebut terpaksa
dijual kepada pihak ketiga pada harga yang rendah.

2. On top of that, ada cas 5% brokerage fee ke atas harga jualan emas Etika Emas
menyebabkan kos yang ditanggung pelabur lebih tinggi.

3. Semua wang gadaian diberikan kepada Etika Emas.

4. Pelabur terpaksa menanggung upah simpan di Ar-Rahnu
(sebab akaun Etika Emas kena freez dengan Bank Negara)

5. Hibah bulanan daripada Etika Emas dah tak dapat.

6. Emas tersebut terpaksa dijual pada harga diskaun kepada pihak ketiga.
Ini kerana tiada siapa yang hendak membeli emas tersebut pada harga Etika Emas.

7. Kalau buat personal loan dengan bank, maka kena tanggung interest.
Ini adalah kerugian dalam jangkamasa panjang. Kalau campur dengan kerugian
interest loan, memang lebih banyak kerugian yang perlu ditanggung oleh pelabur.

Apakah pengajaran daripada peristiwa ini?

Well, saya rasa ramai pelabur yang sudah serik nak menyertai skim-skim pelaburan emas. Ini kerana skim pelaburan emas dilihat mempunyai risiko yang tinggi.

Siapa sangka syarikat-syarikat ini akan diserbu dan disiasat oleh pihak berkuasa.

Namun begitu jangan jadikan pengalaman pahit ini sebagai penghalang daripada anda membuat pelaburan emas.

Pelaburan emas memang sangat menguntungkan, tapi ia perlu dilakukan dengan betul.

Kalau nak tahu pasal kaedah pelaburan emas yang betul, anda kena ikuti blog juwawanemas nie. Saya akan ceritakan bagaimana cara membuat pelaburan emas yang sebenarnya.

By the way, saya ingin berkongsi sedikit ilmu dengan anda semua. Ini saya perolehi daripada buku Robert Kiyosaki yang bertajuk “The REAL Book of Real Estate. Real Expert. Real Stories. Real Life.

robert_kiyosaki_book

Didalam buku tersebut, salah seorang penulisnya telah menceritakan pengalaman peribadi beliau sebelum berjaya.

Katanya “Kejayaan bukanlah datang di dalam bentuk garis lurus; ia adalah siri perjalanan dan perhentian, naik dan turun

i_thought2

Tapi itu bukanlah realitinya.

Ini sebenarnya perjalanan ke arah kejayaan:

reality_of_success1

Jika kita terus bersabar, berani belajar dari kesilapan dan sentiasa tabah.

Dan yang penting sekali ialah menimba ilmu pengetahuan sebelum membuat sesuatu.

Kita akan berjaya. InsyaAllah.

Mari berkongsi pengalaman.

Ok, kat sini saya ingin berkongsi pengalaman dengan anda semua.

Perjalanan mencari kekayaan saya sebijik macam graf zig zag kat atas tu.

Ada ketikanya dapat untung banyak.. lepas tu kena scam, kena tipu dengan janji palsu dan banyak lagi. Berpuluh ribu jugaklah abis..

Semua tu menyebabkan saya lebih berhati-hati.

Nak kumpul duit memang susah.. nak hilang duit senang ajer…

Jadi saya telah berjanji kepada diri saya sendiri.. sebelum saya berbuat sesuatu, saya akan pastikan yang saya mendalaminya terlebih dahulu.

p/s: Jangan lupa melanggan newsletter blog jutawanemas.com
Anda akan menjadi orang pertama mendapat update daripada blog ini :)

Hadiah dari blog Jutawanemas PERCUMA!

Nak hadiah FREE preview ebook "Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas" sebanyak 105 mukasurat untuk anda?

Juga tips-tips pelaburan emas yang menguntungkan terus ke-email anda.

Anda cuma masukkan nama dan email anda ke dalam kotak di bawah.

Nanti hadiah anda akan sampai kat dalam email :)

Artikel berkaitan:

Related Posts

Put your related posts code here
  1. 429 Responses to “Kajian kes Etika Emas Estet Sdn Bhd : Mengapa Pelabur Mengalami Kerugian?”

  2. By zack on Dec 10, 2009 | Reply

    salam kawanx..

    thanks a lot kpd pandangan anak_perantau..bagusla saudara bergiat aktif dlm biz mas ni dgn tambah lg mas yg saudara ada tu dgn lakukan pembelian mas lg. saudara lakukan mcm tu sbb saudara mampu sbb ada byk cash. Klu mcm kami yg tak mampu ni..spt di atas tu la cara penyelesaiannya. Samada jual kat En Syamsul or bg bro hati mulia tu tlg tebuskan, pastu bg kat 30% RM.

    Tapi dgn situasi skrg ni…dgn Bank Rakyat dan Agro pun dah tak terima lg bargold utk dipajak..sakit gak saudara anak_perantau..ye tak? So apa jalan penyelesaian kita lg ni kawanx? Nak keluarkan bargold kita boleh..tp nak buat spotgold/pajak dah tak boleh lg..tak de pendapatan la kita..dr bargold kita tu..so ape kata kita leburkan bargold kita tu jdkan barangx kemas dan pajak kat BR..still bolehkan sbb BR masih terima barangx kemas..tp emas 916 la..murah sikit..

    Terima kasih.

  3. By shamsul Anuar on Dec 29, 2009 | Reply

    sapa2 yg nak jual emas di arrahnu dgn harga tinggi call 012-9313145
    http://www.goldcrestpavilion.com

  4. By metho on Jan 2, 2010 | Reply

    ambik je tindak undang-undang kt EEE tu.saman jer.

  5. By ctro on Jan 5, 2010 | Reply

    a'kum semua..ni pasal etika emas da lg satu ni gold2u..ada tak admin buat research sal company ni..sy bkn tau sgt tp diorg dtg ke kg2 pengaruh org2 kg..sy try jgak buka website gold2u tp sehingga skrg stil under contructions..komen skit..tq

  6. By antivcgold on Jan 13, 2010 | Reply

    kepada ex-pelabur vc gold sila join thread ini

    vc gold -update 2010

    mari kita meriahkan thread ni untuk kongsi maklumat n brainstorming

    salam perkenalan

  7. By antivcgold on Jan 14, 2010 | Reply

    maaf ye..lupa sertakan..

    vc gold -update 2010 – sila layari add di bawah pada yang berkenaan

    http://jutawanemas.com/v1/forum/segmen-borak-bora

    harap tuan mod benarkan kami tumpang tanah.terima kasih

  8. By azmanor on Jan 14, 2010 | Reply

    salam anak perantauan,

    satu analisa & ulasan yg menarik…Teruskan komen & nasihat yg bernas dari saudara… Tahniah…..

  9. By amir on Jan 15, 2010 | Reply

    Bagi sesiapa yang nak tebus gold bar yang dah tersangkut kat Bank Rakyat sila hubungi saya 0192113027…….

  10. By AZMANOR72 on Jan 15, 2010 | Reply

    sauadara/i antivcgold.

    t ksh atas maklumat yg dikongsi bersama, semoga teman2 yg senasib dapat membantu…TQ

  11. By hijjazkasturi on Jan 16, 2010 | Reply

    tang vc gold..ni..aku pun tak tahu nak wat mcm mana lagi..yg etika..atleast blh tebus dan jual balik emas tu..yg vc gold..btl2 hampeh..org atas dok bergasak berebut…kita yg melabur ni..berputih mata..dah nak masuk 2 thn..tak settle2…court case..biasa ler..tp lama mana lagi blh tunggu..

  12. By antivcgold on Jan 17, 2010 | Reply

    hijjazkasturi..join la link tu..vc gold update
    http://jutawanemas.com/v1/forum/segmen-borak-bora

    bleh pk ramai2 ape nak buat..pegi pakat ramai2 suruh jamil tarik blk kes ke..huhu(mustahil?)

    bank negara freeze akaun vc gold sbb kes mahkamah kan.. hopefully bukan sbb money laundering..kalo x abis la pitis kite..

    btw meh la ramai2 kite piket lawan bn..m

  13. By azmanor on Jan 20, 2010 | Reply

    salam .

    harap ramai lagi teman2 lain yg senasib tampil berkongsi maklumat terkini brkenaan VC Gold ….Tq

  14. By jacker on Jan 23, 2010 | Reply

    about vc gold, apa kata u all call BNM utk maklumat lanjut mengenai status case vc gold tu…dr dok percaya info dr wahab tu..

  15. By antivcgold on Jan 24, 2010 | Reply

    mmg x percaya pun..tp mahkamah x setel2..20 tahun kot mcm kes pakmantelo

    duit pun kena sekat bnm..patut diorg bleh freeze 3 bulan je kan..tp stakat ni xde syarikat yg kejap camtu..paling kejap tu forever kut

  16. By suria hashim on Jan 30, 2010 | Reply

    macam mana nak cite eh..kitorang tak tahu nak wat camne..kami beli 4 ketul dari etika. lepas kecoh pasal etika disiasat, kami kena pindah dari bank rakyat ke koop etika. buatlah bagai disuruh. then, aku baca blog ni. ada sesapa leh tolong? memang lepas masuk koop etika takleh buat apa eh?jalan mati..???bila call koop dia kata kena tunggu siasatan selesai. wehh..tolong weh. ada jalan lain ke?

  17. By fadly on Jan 30, 2010 | Reply

    ore kelate klu nak tebus mah di bank rakyat or mana2 ar-rahnu boleh hubungi kawe 019-9596550. khidmat perundingan juga boleh diberikan 😀

  18. By sam on Jan 31, 2010 | Reply

    klu dh masuk koop mmg x de harapan laaa…

  19. By ebizz on Feb 1, 2010 | Reply

    Salam.

    Sesiapa yg membeli surat pajak dikehendaki berhati2…takut terkena emas kurang bermutu akibat kecuaian pegawai pemajak..dah ada ore terkena hatta barang kemas BR sekali pun….hanya manikan yg mengenal muniandi…..hahhahaa…belajar, belajar, belajar…

  20. By shamsul anuar on Feb 1, 2010 | Reply

    Kawan aku pun dah terkena beli barang kemas lelong kat bank rakyat. Bank rakyat tulis emas 916, bila aku check mutu emas 835. memang rugi ler kawan aku tu. sapa2 nk jual emas kat arrahnu boleh call 012-9313145

  21. By pak Amin on Feb 3, 2010 | Reply

    Koperasi etika pon kena serbu dgn SKM. semua harta koperasi kena GAM. suruhan jaya koperasi akan GAM emas forever

  22. By pak Amin on Feb 4, 2010 | Reply

    kalau Pelanggan etika tak puas hati boleh tepon Amirul 0192265577 ataupun Presiden Etika mr Amin 01992190771. Saya baru dapat jawapan dari mereka, kata mereka kepada saya "Kalau takut rugi jgn melabur". renung2 lah betapa baiknya budibahasa org Etika ini.

  23. By Rosdi on Feb 4, 2010 | Reply

    Bank Rakyat tahun 2010 ni telah turunkan Gred emas. 24K jadi 23K, 22K jadi 21K dan seterusnya. Sistem online komputernya ke mesin ketumpatan telah diejas. Itu pasallah emas 24K seperti syiling kijang emas, emas oub dan jongkong tak dapat masuk. Sebab emas 24K mesti diuji untuk dapatkan emas 24K mengikut buku panduan terbaru mereka. Kalau kekawan tak caya, pergilah ke BR yang terima syiling emas dan ujilah emas 24K kekawan. Kalau online mesti tak dapat punya, so suruh pekerjanya tutup online ke komputer, barulah dapat 24K (999.9). Saya dah buat dah, selepas kes saya tertipu dgn lelongan BR tempoh hari. Sekarang dah buat laporan POLIS, dah buat lopuran ke Ketua Jabatan Ar- Rahnu di tingkat 14 Bgn PERKIM Jln Ipoh KL. Dah 1 minggu tunggu……….tak tahulah apa ceritanya!……..

  24. By ros on Feb 7, 2010 | Reply

    anyone have latest update of fajar permata

  25. By sam on Feb 8, 2010 | Reply

    "Kalau takut rugi jgn melabur”.

    Hohoho senang btl bg jwpn ek..

    klu camtu aku pn ada pesanan utk Amin etika tu..

    klu nak meniaga emas x payah nk kecoh2 smpi wat iklan kat TV.. x smpi setahun jagung dh nak heboh patut laa etika melingkup..

  26. By aini on Apr 27, 2010 | Reply

    skrg sudah 5 bln x dapat hibah dr Fajar Permata……….

    uuuuwwwwwwwwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa…………….

  27. By ainon on Apr 27, 2010 | Reply

    "skrg sudah 5 bln x dapat hibah dr Fajar Permata……….

    uuuuwwwwwwwwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa……………."

    to aini,

    awk beli brape gram?

  28. By aini on Apr 29, 2010 | Reply

    1kg beli di Etika Emas dulu sblm masuk Fajar Permata

  29. By shamsul on May 21, 2010 | Reply

    kesian aini. kat atas tu dah ada komen pasal Fajar permata. Tak baca ker? kalu ada sapa2 nak jual emas call 012-9313145 http://www.goldcrestpavilion.com

  1. 1 Trackback(s)

  2. Feb 19, 2010: Pelaburan Emas yang betul VS Skim Pelaburan Emas. | Jutawanemas.com - Pelaburan emas di Malaysia: beli emas, etika emas, kijang emas, dinar emas, gold saving, gold saving passbook.

Sorry, comments for this entry are closed at this time.

syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat, selamat dan menguntungkan.

Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik sini)

Dari: Syukor Hashim, Admin Jutawanemas.com
SMS/Whatsapp me@ 013-2126999

Pesanan: Untuk mendapat artikel terbaru, anda boleh melanggan newsletter blog ini. ianya FREE! Masukkan e-mail anda di dalam kotak di bawah:

Langgan RSS

Dapatkan panduan PERCUMA tentang pelaburan emas! Klik gambar.


Dapatkan panduan PERCUMA pelaburan emas fizikal. Klik gambar.


Saya@TV9 interview: Pelaburan Emas

Saya@TV1 Interview: Potensi Pelaburan Emas




Facebook saya

Be MyFriend@Google+




Komen Pembaca