Ebook

Keburukan Membeli Jongkong Emas di Kedai Emas.

Ditulis pada 23 March 2009 – 4:12 am | by syukor |


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca sekalian? Harap anda semua sihat sejahtera.

Kali ini saya ingin bercerita tentang keburukan membeli jongkong emas di kedai emas. Kalau boleh biarlah pengalaman saya menjadi pengajaran untuk kita semua.

Kisah sedih nie… :(

Untuk pengetahuan anda, kedai emas ada menjual gold bar. Sebagai contoh:

1. Habib Jewel – Menjual PAMP Suisse (certificate pink) & Lady Fortuna
2. Kedai Emas biasa – PAMP Suisse gold bar (Lady Fortuna – dalam plastik biru)
3. Poh Kong – Menjual Bunga Raya Gold Bar.

Saya sendiri telah membeli 3 ketul PAMP Suisse (Lady Fortuna) dengan Kedai Emas Poh Win Melaka.

 

kedai_emas_poh_win

Pada waktu tu, memang gembira rasa hatiku…

my_pamp_suisse
PAMP Suisse saya – Lady Fortuna

Namun setelah dibuat kajian mendalam, saya dapati membeli emas kat kedai emas ini lebih banyak kelemahannya.

Antaranya kelemahan ialah:

1. Harga yang lebih tinggi daripada harga emas antarabangsa (ikut harga FGJAM)
2. Perbezaan harga belian dan jualan yang tinggi
3. Tak boleh bukak plastik cover, kalau kita buka cover plastik tersebut
     maka gold bar tersebut akan dikira emas terpakai.

Kisah Lady Fortuna yang dibuka.

Untuk pengetahuan anda semua, saya telah membuka plastik emas PAMP Suisse Lady Fortuna saya.

Kena pakai pisau.

buka_lady_fortuna
Kena toreh dengan pisau. Plastiknya keras.

Bukan seketul, tapi ketiga-tiganya saya buka :P

lady_fortuna_dibuka
hehehe.. PAMP Suisse Lady Fortuna yang telah dibuka.

Sebabnya saya nak pergi gadai kat Ar-Rahnu Bank Rakyat, dapat duit then invest balik dengan membeli lebih banyak emas.

Kemudian, saya pergi balik kat Kedai Emas Poh Win sekitar Melaka dan bertanya kepada mereka 2 soalan:

1. Adakah mereka akan terima PAMP Suisse Lady Fortuna yang dibuka?
2. Kalau terima, berapa % akan ditolak dari harga semasa?

Kedai Emas Poh Win #1 (lokasi dirahsiakan)

“Kalau saya bukak cover plastik PAMP Suisse nie.. you all akan beli balik tak?””saya tanya..
“Of course kami akan beli balik, tapi kena tambah lagi 5%, jawab jurujual Poh Win”
“I see…  jadi you all akan tolak 18% la…
“Yes, kalau tak buka plastik tolak 13%, kalau buka plastik tolak 18%” jawabnya lagi…

Pergh… bukak plastik saja kena potong 18%

Kedai Emas Poh Win #2 (lokasi dirahsiakan)

Saya tiba ke kedai Poh Win yang kedua, nak tanya soalan yang sama…

“Kalau saya bukak cover plastik PAMP Suisse nie.. you all akan beli balik tak?””saya tanya..
“Of course kami akan beli balik, tapi kena tolak 25%, jawab jurujual Poh Win”
“Aiya! apasal banyak sangat” saya tanya. Terkejut beruk dibuatnya …
“Ooo… kalau bukak plastik kita kira used gold” jawab sales girl…

Pergh… kedai nie lagi teruk… gold bar tu dikira used gold.

Lepas tu kena tolak 25% dari harga semasa.

Rasa menyesal beli emas kat diorang nie.

Kes Gold Bar Poh Kong Bunga Raya.

poh_kong_bunga_raya
Gold Bar Bunga Raya – tak boleh buka.

Isnin 16/3/2009 – Saya pergi ke Kedai Emas Poh Kong kat Jusco Seremban, nak beli gelang kat isteri…  jadi waktu isteri dok tengah pilih gelang, saya tanya sales girl pasal gold bar Bunga Raya.

Gold bar yang saya tengok ialah Bunga Raya yang beratnya 20gram (harga RM2600)

“Gold bar nie kalau jual balik berapa kena potong?” saya bertanya
“Oh.. ini potong dalam 11.5% encik..” jawab sales girl tersebut sambil menunjukkan buku nota harga belian dan jualan gold bar.
“Kalau saya buka plastik nie macammana.. u all akan ambil balik tak?” saya tanya sales girl tu..
“Oooo.. kalau buka plasik nie kita kira used gold.. akan tolak 25%”

Hati kecil saya berkata .. “Buka plastik cover yang tak bernilai tu boleh menyebabkan susutnilai emas daripada 11.5% kepada 25%”

Rugi betul.

Jadi, bagi mereka yang nak beli jongkong emas dari kedai emas, hati-hatilah…

Kalau tak boleh bukak plastik cover emas tu.. maknanya anda tak boleh nak gadaikan emas anda di Ar-Rahnu. Sebab Ar-Rahnu akan test emas anda. Memang kena buka cover plastik tu…

Namun, kalau dibuka plastik cover tu, diorang kira sebagai emas terpakai. Bertambah lagi potongan yang dikenakan.

Apakah penyelesaian kepada masalah ini?

So far, yang saya tahu ialah Gold Bar Public Gold.

Harganya adalah lebih murah berbanding harga kedai emas. Kemudian, boleh dibuka, digadai, dicalar… tak ada masalah asalkan berat emas tersebut masih sama.

Ini adalah jaminan daripada chairman Public Gold sendiri, Mr. Ng

public_gold_bar_atas_tapak_tangan
Gold Bar Public Gold – kalau buka sarung plastik pun tak terjejas harganya.

Berbezaan harga belian dan jualan emas public gold pula sangat berpatutan, iaitu antara 5% ke 6% sahaja berbanding 11% ke 25% bagi kedai emas.

Jadi, saya berpendapat ia lebih menguntungkan pembeli yang berminat untuk membuat pelaburan emas. Lebih cepat buat untung bila harga naik.

Kesimpulannya.

Disini saya sekadar menceritakan pengalaman peribadi saya. Ianya hanyalah panduan untuk anda semua. Jika anda ada pengalaman seperti saya, harap dapat dikongsikan bersama-sama pembaca yang lain. Lebih banyak ilmu dan pengalaman yang kita kongsikan bersama, maka kesannya lebih baik.

Pada pendapat saya, memang lebih jelas Gold Bar Public Gold lebih menguntungkan pelabur emas.

Jika anda berminat mendapatkan gold bar Public gold, anda boleh lihat senarai agen Public Gold yang berhampiran dengan anda. (Klik sini)

Apa tunggu lagi.. mulakan pelaburan emas anda sekarang!

p/s: Jangan lupa melanggan newsletter jutawanemas.com
- anda akan menjadi orang pertama mendapat update blog ini. Tq

.

Hadiah dari blog Jutawanemas PERCUMA!

Nak hadiah FREE preview ebook "Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas" sebanyak 94 mukasurat untuk anda?

Juga tips-tips pelaburan emas yang menguntungkan terus ke-email anda.

Anda cuma masukkan nama dan email anda ke dalam kotak di bawah.

Nanti hadiah anda akan sampai kat dalam email :)

Artikel berkaitan:

Related Posts

Put your related posts code here
  1. 45 Responses to “Keburukan Membeli Jongkong Emas di Kedai Emas.”

  2. By Ann on Mar 23, 2009 | Reply

    wahh cengitu kita jual plastik je la camtu.. plastik tu pun nilainyer dah tolak 25% perghhhh…

  3. By Ann on Mar 23, 2009 | Reply

    tapi kan bukan semua BR nak terima lady fortuna tu .. kat ktn ni sebab dia agak islamic so lady fortuna ni takleh terima lagi pon dia takder 'sijil' sebab plastik dia tu jer yang ada no tu cam sijil .. so kalau nak simpan sendiri bleh la tapi kalau nak gadai kat BR ktn ni better amik PG atau pump suisse yang cert dia pink tu..

  4. By vikes on Mar 23, 2009 | Reply

    betul, beli gold bar kat kedai emas tarak untung.

    saya pun ada buat survey dulu. Harga beli kira ok la. contoh masa tu Etika jual 135/gm, habib jual RM 130/gm tapi bole discount lagi. kedai emas lain jual dlm RM125-130 lebih kurang la.

    Tapi bila nak jual, kalau kita tukar barang, dia kata akan potong 5% dari harga semasa. Tapi kalau nak cash, potong 11-15%.

    sebab tu dah lama saya decide tak nak beli kat kedai emas. baik beli kat maybank atau UOB.

  5. By Fauzi on Mar 23, 2009 | Reply

    Mcm mana plak dgn Dinar Kelantan? Sebab saya baru beli 2 keping (2 Dinar), juga dalam plastik.

  6. By bantalbusuk on Mar 23, 2009 | Reply

    wah.. sebab emas nih bukan barang kawalan rege depa nih pun suker-suker hati jer.. pada pendapat saya kalo beli gold bar kat kedai emas anggap jer la gold bar tuh takkan masuk balik kedai tuh.. better simpan kat ar-rahnu je.. expired..update lagi..expired..update lagi.. dapat duit tuh beli emas lagi hantar lagi kat ar-rahnu biar simpan banyak2 kat ar-rahnu.. pastuh nanti kalo tak terambil ar-rahnu lelong kiter beli la semula.. kalo tak boleh pakai nama owner kiter suruh wife/anak belikan janji boleh masuk balik ke ar-rahnu.. banyak gak bole gain money tuh.. huhu..( ni idea saya yang tiba-tiba muncul di zaman kegawatan ekonomi nih)

  7. By Nurul on Mar 23, 2009 | Reply

    sesapa dah beli emas tu…jual balik la ke PG apa2 jua jenis pun boleh…dia tolak 5% je kan…better la dr jual ke kedai emas balik

  8. By hafiz on Mar 23, 2009 | Reply

    Salam, bagi sesiapa yang interested to buy gold bar, u may call hafiz yer..0172361609.

    Mmg betul macam kata admin..tak guna beli gold bar dari kedai emas..dah lah mahal..harga ikut FGJAM price..tambahan lagi..

    kene koyak plastic pun nak tolak harga..Harga palstic mcm harga emas ek..mmg zalim

    Bagi emas Public gold ni, emas nye.walau calar, bengkok, kemek insyaAllah PG akan accept balik ikut harga belian mcm dalam dalam website.

    So apa lagi..jgn x order..order

  9. By mamagirls on Mar 23, 2009 | Reply

    Salam,

    just nak tanya, kalau kita beli emas ni banyak2 (dinar or bar gold), simpan kat rumah je ke…?

    Ada tempat ke yang selamat nak simpan emas ini.

    TQ

  10. By suasa on Mar 23, 2009 | Reply

    salam……………. bagi sesiapa yang intrested to buy gold bar atau pun dinar PG yang duduk kat SABAH yang jauh dari semenanjung tu….. leh call atau sms En. Zul atau En Wira telefon no 0138529000 & 0128203682.

    harga PG nie pon murah dari dari rega kedai2 emas ….nak jual balik gold Bar PG pun senang so ….. pilihan ditangan anda…anda tentu dapat menentukan mana yang baik atau sebaliknya setelah membaca artikel admin tadi….

  11. By ajis on Mar 23, 2009 | Reply

    fuh! Sib tak terbeli jonkong ni! Kalu refer artikel antarabangsa pun,dieorg tak rekmen beli jkg ni! En.rosli, sy ada pengalaman beli dinarkelantan..it seems ok! Dieorg terima dinar yg dibuka plastik,sy dpt untung rm50 sekeping! Jadi la..

  12. By dian on Mar 24, 2009 | Reply

    perkongsian ilmu oleh admin banyak manfaatnya. dah baca sendiri boleh fikir lepas ni nak ke kedai emas atau camne.

    masa terbaik memiliki/simpan emas walaupun harga agak tinggi namun masih rendah pada waktunya.

    menurut pembacaan otai2 kat jutawanemas ni harga yang baru turun

    tengah malam dan dah naik kembali akan terus melonjak naik.

    apa lagi order, beli, simpan, gadai di arrahnu

    hubungi 0133422330

  13. By master jamal on Mar 24, 2009 | Reply

    Kalau anda di sekitar Bdr Tun Razak, Cheras dan sekitar, sila hubungi saya untuk dapatkan Public Gold. Jamal 010-225 2367 Tq.

  14. By kucingsiam on Mar 24, 2009 | Reply

    salam semua,

    saya nak tambah sikit.saya pernah bincangkan hal ni dengan tuan admin kita.apa yang ditulis oleh en.syukor memang betul.

    Jadi,lu pikir la sendiri sebelum beli atau sebelum pajak.hehehe…

    .ini adalah untuk memudahkan urusan bila kita jual balik emas yang kita beli.

    sebab mengikut pengalaman saya sendiri,kalo dI UOB pun, mereka takkan terima untuk kita jual pada mereka,kalo :

    1) coin atau bar yg bengkok, patah,atau calar:

    2) jika seal untuk assay cert. dibuka atau koyak.(gold bar)

    semuanya tertera pada resit(confirmation of sale) :

    *Please reproduce the original Confirmation of Sale for our repurchase of the item(s) from you.Item not in mint condition e.g. dented,chipeped, or has scratch marks,etc will not be repurchase.In addition,we will not repurchase once the seal is broken.

    Repurchase will be at our counter rate.

  15. By ajis on Mar 24, 2009 | Reply

    Salam,

    Nampak gayanya…En.Syukor kena 'downgrade' anugerah pelaburan emas 2009 ni utk kategori 'bar' dan 'jonkong' ni….er mungkin kasi 1/2 bintang jer!

    Pemenang (undisputed) nya rasa2:

    kijang, PG Dinar, dinar kel…. ;p

    UOB pun kena 'downgrade' sikit

  16. By Ust Rafidi on Mar 24, 2009 | Reply

    Alhamdullilah, Koperasi Jutawanemas sudah mendapat kelulusan, sekarang adalah masa yang sesuai untuk membuat persiapan menjadikan Koperasi ini sebagai alternertif kepada masalah berkaitan syarak yang melibatkan GIA (Emas yg tak nampak), wang kertas (tiada backup emas), zakat ( zakat simpanan emas dibayar dgn emas).

    Sebagai muslimin dan muslimat, koperasi boleh menjadi alternertif kepada perbankan melalui 1. simpanan dinar (saving account) – al wadiah sebenar bersandarkan emas 2. Pembayaran bersandarkan dinar melalui elektronik payment spt. e-gold,goldmoney,edinar. 3. Qirad -Investment dalam dinar keada ekonomi sebenar (real economy) spt. pertanian, produksi, perkhidmatan, upah dll.

    Lepas itu jika ahli sudah simpan 20 dinar cukup setahun bayarlah 1/2 dinar zakat. Bila kepercayaan sudah ada, lama – lama orang ramai akan beralih kepada simpanan dinar an kita perlu kepada kehadiran bank lagi.

    Apa yang kita perlukan sekarang ialah WAKALA melalui koperasi.

    Wallahualam.

  17. By cGIera on Mar 24, 2009 | Reply

    Aslkm…tq admin 4 d latest info..depend 2 individu laa klu tuk wat koleksi xde mslh…bar 2 still leh d pajakkn by d time 2 desperate..hehe

    tp klu ada ura2 tuk djual blk dlm kes cam td of course laa rugiii…klu cam 2 kos bar 2 include cover la gamaknyerr…byl btul putar belitnyerr..

    sbgaimana saranan ust. Rafidi..sy sokong saranan tsbt…mdh2hn koop ni bfungsi ikut landasan yg btl..

  18. By ajis on Mar 25, 2009 | Reply

    By the way….cantiklaa pisau tuu ;p

  19. By digoil on Mar 25, 2009 | Reply

    Tak semua kedai emas tak bagus. Di Kajang ada satu kedai emas nama Kaneda yg jual jongkong emas dibawah harga FGJAM dan beli balik jongkong emas tu kurang RM 5 – 6 daripada harga semasa.

  20. By dian on Mar 25, 2009 | Reply

    Dapatkan publicgold dan dinar anda ketika harga sedang merudum ni

    Kawasan perkhidmatan dari selayang,gombak,melawati, ampang dan sekitar. kawasan lain boleh bincang. 0133422330

  21. By ajis on Mar 25, 2009 | Reply

    digoil…

    kat area mana kaneda tu?

    kat metro ke….

  22. By cGIera on Mar 25, 2009 | Reply

    klu area kajang cuma metropoint 2 je yg ade Kaneda kn

    …tul x digoil

  23. By ik on Mar 25, 2009 | Reply

    nak joint koperasi jutawanemas camne?

  24. By dian on Mar 25, 2009 | Reply

    ik, tkasih atas minat anda, anda buka forum koperasi dan dptkn info di sana

    or kalau dekat lembah kelang , datang kajang

    sabtu ni. hubungi rizmerr

  25. By digoil on Mar 25, 2009 | Reply

    betul tu cGiera. kat metropoint kajang depan mydin kajang. cawangan lain dia ada kat warta bangi dan the mines. kat the mines nama kedai dia golden world kot. kalau tak salah la.

  26. By yemi on Mar 26, 2009 | Reply

    betul ker kaneda beli balik jongkong emas tu kurang RM 5 – 6 daripada harga semasa.??? pasal masa sy tye kat jurujual kaneda tu pada 24 mac 2009 jam 3.30 ptg dia ckp tolak 25% dari harga semasa …last2 tak jadi beli goldbar, sy beli dinar mas kat ar-rahn kajang je..

  27. By digoil on Mar 27, 2009 | Reply

    cuba tanya pasal jongkong emas bukan pasal barang kemas. jurujual dia keliru kot. dekat kedai dia org tu kan ada banner pasal pemborong emas. tanya dia pasal harga emas yang tu. dia orang update harga emas tu setiap hari bukan macam barang kemas harga ikut FGJAM. tapi kalau betul dia tolak 25%, ini maklumat baru ni. saya kena pergi check dulu la.

  28. By redza on Mar 30, 2009 | Reply

    Sunday, 29 March 2009

    Daily Herald

    Woman trades rare coins for grocery money

    ST. GEORGE — Police and a St. George bank are trying to locate a woman who cashed in 14 rare gold coins at face value to pay for groceries.

    The Double Eagle coins have a face value of $20 each, but are actually worth 50 times that just based on the current price of gold. The oldest of the coins was minted in 1875. The newest, in 1927.

    Each coin weighs close to an ounce. They are 90 percent gold and 10 percent copper.

    A coin appraisal Web site indicates that a gold Double Eagle can be worth between tens of thousands to $1 million dollars depending on condition, the year minted and other factors.

    Zions Bank's executive vice president over marketing and communications Rob Brough said the coins have not been appraised.

    Banks deal only in face value transactions, so a bank teller paid the woman $280 in the March 16 exchange, Brough said. The woman told the teller she had groceries waiting at a nearby Wal-Mart, which had refused the coins as payment.

    Brough said the bank wants to return the coins to their owner. But so far, there is little information to go on. A bank surveillance video shows a woman with short, dark hair who may be in her 20s or 30s.

  29. By Hasbullah Pit on Mar 31, 2009 | Reply

    Aku rasa, harga emas akan jatuh kalau global super currency diadakan.

  30. By lochoe on Apr 3, 2009 | Reply

    bagi sapa2 yang dah terbuka plastik atau tergores pada gold bar tuh, kami di hafizjewel sedia beli pada harga berat emas tersebut, kami takkan tolak 25% hanya kerana isu plastik sahaja, leh lawati http://www.hafizjewel.com atau call 0123349940

  31. By faiz on Apr 3, 2009 | Reply

    saya baru nak berjinak2 dalam gold invest ne…cam ne nak belajar cara membeli dan menjual??

  32. By rene on Apr 3, 2009 | Reply

    Salam, apa lagi service yang public dinar ada ?

  33. By amirul on Apr 6, 2009 | Reply

    salam…..saya baru lepas siap upgrade saya punya website…so..klu nk berforum dan nk tau tentang program emas boleh la layari
    http://www.tuahgold.weebly.com

  34. By pok_li on Apr 7, 2009 | Reply

    kalau kita boleh sandarkan emas kita kat bank…lepas tu buat OD kan best>>>.ada ker bank yg terima emas utk buat OD

  35. By yeeburn on May 12, 2009 | Reply

    Saya juga ada masalah bila beli PAMP Suisse di Jumbo Kedai Emas sekitar Kota Tinggi, Johor.

    Beli memang dapat la, tapi saya tanya macam mana saya nak jual balik? Mereka menjawab, "PAMP Suisse ni kita orang jual sahaja, belinya tak!"…sakit hati mendengarnya.

    Baik saya beli emas dari Public Gold, lagi senang. Mereka menjual dan juga membeli emas yang telah kita beli dari mereka. Katanya hanya tolak 1%….saya pun tak pasti betul atau tidak hanya 1%. Jika admin ada maklumat tentang penjualan balik emas kepada Public Gold tolong nyatakan di sini.

  36. By VanguaRD on May 13, 2009 | Reply

    Kat kuching, sarawak ni x de agen PG ke? Mustahil lah nak dapat emas PG kat sini……!!

    Saya beli Kijang Emas je sbb bank rimau tu dekat dgn umah.

    PAMP Suisse ada, tp kat habib jewls. blh beli dgn dia orang jual pun dgn dia orang tolak 15% lah..

  37. By pokli on May 17, 2009 | Reply

    la….dalam blog nia ada cerita banyak pasal emas public gold….baca lerr Yeeburn….tapi kalau public gold…selalunya 5-6% sahaja…….dinar & syiling/ gold bar….besttt woooo main emas nih

    http://pokli77.blogspot.com

  38. By AZMANOR72 on May 28, 2009 | Reply

    bila nk jual emas PB ikut je kat buying price w/site public gold tu (24hour).. tiada caj tambahan lain lagi….tq

  39. By AZMANOR72 on May 28, 2009 | Reply

    kalau nk pakai duit bawak j emas PB tu ke Ar Rahnu Bank Rakyat yg berdekatan ….tq

    nak tahu detail call me at 016 9864800 (azman)

  40. By Anne on Jun 20, 2009 | Reply

    Hello. Saya nak tanya sikit boleh. Kalau saya beli emas kat PG dan jual kat Habib boleh ke? Tq.

    reply: Boleh, tapi kena tengok harga yang Habib jewel offer lah..

  41. By sukri on Aug 18, 2009 | Reply

    anne-kalau jual kat habib di tolak 20% lebih kurang camtu la…
    simpan je emas tu.tak pun jual balik kat PG

    reply: Haah, betul tu.

  42. By Lyn on Sep 30, 2009 | Reply

    saya confused la.. kalo gold bar tu kita dh beli tapi xbole buka plastic, xleh calar o bengkok.. hanya sekadar leh simpan je so no point la kalo beli tapi xleh jual balik.. kalo jual pun keuntungan x brape banyak tambah lagi kene tolak dari 5%-25%, so mane keuntungan nye kalo nak buat pelaburan… nampak gaya mcm susah je… ade untung ke? rasenye banyak rugi lagi ade… betul x? kalo saya salah tlg xpalin bg terang skit…

    reply: Jangan confuse.. beli ebook saya utk menghilangkan confuse anda :)

  43. By Syazlin on Nov 15, 2009 | Reply

    nak tanye berape harga 1 gram emas 916 sekarang ?

  44. By shamsul Anuar on Nov 15, 2009 | Reply

    syazlin… harga emas 916 sekarang rm134/g…. kalu nak murah bleh tgk kat sini http://www.goldcrestpavilion.com

  45. By PEMINAT EMAS on Mar 18, 2010 | Reply

    Mula berminat nak kumpul emas.Dah tanya kat kedai emas tentang emas lady fortuna. Cantik dan hargaberpatutan. Masalahnya ukiran berbentuk manusia boleh ke di simpan. Tolong sesiapa boleh beri pandangan.

  46. By awang noh on Mar 25, 2010 | Reply

    saya ada jungkong emas platinum 999.9 500g
    soalnya

    bagaimana saya nak jual,

    ada ni siri dan surat

    reply: Contact zainuzi di talian: 012-9540000

Post a Comment

*
syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat, selamat dan menguntungkan.

Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik sini)

Dari: Syukor Hashim, Admin Jutawanemas.com
SMS/Whatsapp me@ 013-2126999

Pesanan: Untuk mendapat artikel terbaru, anda boleh melanggan newsletter blog ini. ianya FREE! Masukkan e-mail anda di dalam kotak di bawah:

Langgan Newsletter blog Jutawanemas.com PERCUMA!

Saya@TV9 interview: Pelaburan Emas

Saya@TV1 Interview: Potensi Pelaburan Emas

Ingin belajar ilmu emas PERCUMA? klik gambar.




Jutawanemas FB Page

Be MyFriend@Google+




Komen Pembaca