Tambahkan Kepintaran Kewangan dan Kekayaan Anda.
Nota Admin: Saya dah selamat menghabiskan cuti-cuti Malaysia.
Terima kasih kepada mereka yang datang berjumpa, saya amat gembira.
Kalau dah berminat nak jadi tokey emas boleh SMS saya di 013-3819901.TQ
________________________________________________________________________
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat sejahtera. Saya kat sini alhamdulillah.. sihat dan sibuk seperti biasa.
Sepanjang saya menulis blog jutawanemas nie, saya selalu menerima pertanyaan seperti berikut:
1. Macammana boleh untung dengan emas nie?
2. Kalau saya gadaikan emas, bagaimana
saya boleh hasilkan keuntungan
3. Untung ke kalau saya beli emas sekarang?
Sebahagian daripada jawapan tersebut boleh diperolehi jika anda membaca artikel-artikel terdahulu (klik sini).
Well, saya harap posting kali ini menjawab lebih banyak persoalan anda.
Jawapan kepada soalan-soalan tersebut.
Banyak mana keuntungan yang anda boleh generate daripada emas, samada sikit ker.. banyak ker.. adalah bergantung kepada ilmu pengetahuan anda dan tindakan yang anda ambil setelah mengetahui maklumat tersebut.
Semakin banyak ilmu yang anda anda, maka makin banyaklah kreativiti dan keuntungan anda. Emas tu cumalah alat sahaja. Blog jutawanemas ini penyedia maklumat sahaja.
Saya ingin berkongsi maklumat mengenai sebuah buku yang ditulis oleh Robert Kiyosaki yang bertajuk “Increase Your Financial IQ – Get Smarter With Your Money”.
Robert Kiyosaki merupakan pengarang yang terkenal dengan bukunya “Rich Dad Poor Dad” yang diterbitkan pada tahun 1997.
Kedua-dua buku nie sangat best…
Adalah penting bagi anda menambah kepintaran kewangan anda. Ini kerana dunia sekarang sangat mencabar dan tidak seperti dahulu. Justeru, anda perlu membaca buku “Increase Your Financial IQ – Get Smarter With Your Money”
Hanya orang yang mempunyai kepintaran kewangan mampu hidup mewah dan mengekalkan kekayaan. Bagi mereka yang tidak mempunyai kepintaran kewangan, mereka akan menghadapi masalah.
Fakta sejarah yang perlu diketahui.
Robert Kiyosaki menyatakan bahawa kebanyakan daripada masalah ekonomi global bermula daripada tahun 1971… apabila Presiden USA ketika itu Richard Nixon telah menamatkan standard emas daripada US dollar.
Ini bermakna US dollar tidak lagi boleh ditukar kepada emas. Ia 100% menjadi wang fiat (tidak disandarkan kepada aset nyata seperti emas dan perak).

Petikan daripada belakang buku Increase Your Financial IQ
Sejarah telah membuktikan, jika sesuatu kerajaan menamatkan standard emas ke atas matawang maka situasi haru biru akan berlaku. Ini kerana tanpa standard emas wang boleh dicetak sesuka hati oleh kerajaan. Maka banyak wang akan berada di dalam pasaran.
Akibatnya inflasi akan berlaku. Nilai wang akan merosot dan bila nilai wang merosot dengan banyak, maka rakyat akan menolak wang tersebut. (contohnya di Zimbabwe)
Inilah yang sedang berlaku kepada US dollar. Nilainya sedang menurun.
Kalau anda membaca mana-mana buku pasal sejarah wang, perkara nie ada dinyatakan.
Selamat datang ke dunia wang fiat.
Untuk pengetahuan anda semua, kita sekarang berada di dalam dunia wang fiat.
Welcome to fiat money world
Wang kertas @ fiat = juga dipanggil currency.
Di dalam istilah Bahasa Inggeris wang kertas dipanggil currency. Kata dasar untuk currency ialah current yang bermaksud arus atau aliran. Dalam bahasa mudah wang kertas perlu sentiasa bergerak.
Jika wang kertas berhenti bergerak, nilainya akan mula merosot.
Contoh paling mudah.. anda ambil RM10,000 dan letakkan di dalam almari. Biarkan selama 10 tahun. Tengok apa yang akan terjadi? Sudah pasti wang RM10,000 itu akan merosot nilainya. Terjejas akibat inflasi.
Itu adalah kelemahan currency.
Contoh kedua. Anda ambil seketul jongkong emas bernilai RM10,000 dan letakkan kedalam almari. Biarkan 10 tahun. tengok apa yang terjadi? Sudah pasti harganya akan naik walaupun ia tak bergerak. Mana ada kena inflasi.
Itu adalah keistimewaan money.
Di dalam dunia wang fiat, nilai wang semakin mengecil.
Semua orang tahu kuasa beli wang kertas semakin lama semakin mengecil.
Kononnya ini adalah inflasi.
Harga barangan makin meningkat. Hidup semakin susah. Ramai yang menjadi mangsa, terutamanya golongan berpendapatan rendah. Ini kerana pendapatan mereka adalah kecil. Inflasi akan memberi tekanan yang tinggi kepada hidup golongan ini.
Wang yang sama setahun dahulu tidak mencukupi untuk membeli barangan dan perkhidmatan yang sama. Kalau gaji naik pun, bukan menjadi semakin senang sebaliknya cuma mampu mengekalkan cara hidup yang sedia ada.
Memang pening kepala kalau jadi orang yang berpendapatan rendah. Betul tak?
Jadi, bila kita faham tentang dunia dan wang yang kita gunakan sekarang, kita boleh merangka strategi untuk berjaya dari segi kewangan.
Robert Kiyosaki memberitahu bahawa kegunaan currency adalah untuk mendapatkan aset-aset yang mempunyai nilai intrinsik seperti emas, perak, rumah, tanah dan perniagaan. Aset-aset ini pula biarlah yang boleh menjana aliran tunai dan juga naik dari segi nilai dalam jangka masa panjang.
Itu barulah dinamakan strategi mengumpul kekayaan
Apa nak buat?
Jika kita sedar bahawa wang kertas sentiasa susut nilainya, apa yang perlu kita lakukan?
Well, inilah pentingnya kepintaran kewangan. Inilah yang akan diajar oleh Robert Kiyosaki di dalam buku ini.
Isi kandungan buku nie lebih kurang macam nie:
Topik 1: Apakah itu kepintaran kewangan?
Topik 2: 5 kepintaran kewangan
Topik 3: Membuat banyak wang
Topik 4: Melindungi wang anda
Topik 5: Rancang perbelanjaan anda
Topik 6: Leverage kan wang anda
Topik 7: Memperbaiki maklumat kewangan anda
Topik 8: Integriti wang
Topik 9: Membangunkan genius kewangan anda
Topik 10: Membangunkan IQ Kewangan anda
Jadi, saudara saudari sekalian. Cepat-cepat pergi kedai buku Popular ke.. MHP ke… dapatkan buku ini dan baca betul-betul betul. Saya gerenti anda akan mendapat ilmu yang sangat berguna.
Bagaimana saya menjana wang dengan ilmu emas?
Oklah, kat sini saya nak share sikit dengan anda. Bagaimana ilmu membantu saya generate income.
1. Jadi agen Public Gold. saya boleh dapat untung runcit dengan menjual emas
Public Gold. Dapat komisyen. Tak perlu tunggu harga emas naik baru untung.
Untung tetap dapat (baca sini).
2. Bercerita kepada orang lain tentang emas. Kemudian mereka akan tertarik
untuk membeli emas. Ada yang nak jadi agen PG. Dapat insentif.
3. Beli emas Public Gold, pajak.. dapat duit.. beli emas Public Gold lagi..lagi..
jual.. dapat komisyen.. untung komisyen beli emas lagi… jual lagi….
repeat the cycle. Pergh banyak untung tu…
4. Beli ketika harga rendah, jual ketika harga tinggi untuk mendapat untung kapital.
5. Dividen ASB yang berjumlah 15K + saya keluarkan untuk tambah stok emas
Public Gold. Ia boleh generate lebih banyak untung (baca sini)
6. Tulis artikel pasal emas… dapat duit.. ini jer dah ribuan ringgit.
Itu belum tulis buku lagi. Boleh dapat royalti.
7. Tulis artikel yang berguna untuk blog jutawanemas.com -
dapat ribuan/ratusan pengunjung sehari. Then boleh jual iklan.
Inilah pendapatan hasil dari pengetahuan mengenai pelaburan emas saya.
Kalau saya boleh buat anda pun boleh juga.
Kepentingan berkongsi ilmu.
Jika anda ada ilmu yang bermanfaat, kongsilah dengan orang lain. Kalau saya ada seringgit dan anda ada seringgit, kalau kita bertukar-tukar.. masing-masing cuma ada seringgit aje akhirnya.
Tapi kalau saya ada satu ilmu dan anda ada satu ilmu, kalau kita bertukar-tukar maka setiap seorang ada 2 ilmu.. kan cantik dan untung.
Kalau anda mahukan ilmu emas, anda kenalah rajin membaca. Kalau anda baca semua artikel saya dengan minat (kat sini), maka anda akan mendapat banyak ilmu. kalau anda baca sepintas lalu, ilmu yang dapat pun sepintas lalu. Kalau baca lompat-lompat, maka ilmu yang anda dapat pun ialah ilmu lompat-lompat.
Kemudian, anda tidak akan faham dan akan sms/tanya saya soalan-soalan yang sangat remeh. So baca lah ye…
Ok then selamat menimba ilmu dan membuat kekayaan

Blog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat dan selamat.






![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/images/quotes_special.gif)


21 Responses to “Tambahkan Kepintaran Kewangan dan Kekayaan Anda.”
By suasa on May 20, 2009 | Reply
Asalamualaikum Admin ! nampaknya……admin dah habis baca dah pasal buku nih …. rumusan yang dibuat oleh admin nie nampak intresting..apapun saya akan dapatkan buku yang dimaksudkan… Tq atas info tu…….
reply: Sama-sama suasa
By shamsul on May 20, 2009 | Reply
Assalamualaikum… Ilmu kalau diberi pada orang lain takkan habis malah akan bertambah, Orang yang kedekut ilmu makin lama makin tumpul otaknya. akhirnya ilmu yang ada akan hilang dengan sendirinya. Semoga tuan diberkati Allah di dunia dan akhirat.
reply: Betul tu shamsul.. kalau ada ilmu yang berguna, kita share lah sama-sama
By paklong97 on May 20, 2009 | Reply
Tahniah sifu atas perkongsian ilmu-ilmu emas,teruskan usaha anda.
reply: Terima kasih paklong
By ojah on May 20, 2009 | Reply
kena cari la jugak buku2 ni kut.. dulu takut overrated.. tapi sifu dah rekemen.. baca jgn tak baca
reply: Haah.. beli ajer.. ilmu yang ada kat dalam buku-buku tu sangat berguna
By naem on May 20, 2009 | Reply
salam..
saya suka baca bahan bacaan tulisan robert kiyosaki ni..Saya dulu kurang faham bagaimana perbezaan wang, cara mengembangkan, dan kepetingan ilmu dlm pengurusan kewangan ni.
Sekarang ni, robert ada bikin satu buku baru yg belum siap lagi..masih dlm progress..yang bestnya isi buku tu free nak dibaca dan boleh komen atau bg pandangan lagi.
cuba cek laman dia ni
http://conspiracyoftherich.com/
reply: Naem, saya pun ada baca ebook tu.. sangat bagus.
By bakhtiar on May 20, 2009 | Reply
salam –
ermm ..emas Public Gold takdak Good Delivery accreditationla….
at least PAMP ader Good Delivery (world recognition ) ..
kira jual kt negara selain malaysia takut dia tolak tinggila…
err..
reply: Saudara bakhtiar beli lah emas apa pun…. janji bahagia
By fitflex on May 20, 2009 | Reply
salam naem.
hg baca tulisan tu dari mana?beli buku ka,baca dari web ja??
nak tau mana leh dapat buku2 tulisan mamat nie.
By naem on May 20, 2009 | Reply
wslm..beli tu mmg ada yang beli..kalau nak tau buku yg saya beli, rujuk artikel blog saya ni
http://www.ppcpercuma.com/blog/2009/04/26/conspiracyoftherich-ebook-kewangan-percuma/
link yang saya bg sebelum ni, terus ke laman web dia punya…kalau lihat artikel di malaysiakini tu ( link kat dlm chatbox atas ), dah pun diterangkan oleh si robert ni dlm buku online dia tu
cuba cek
By cGiera on May 20, 2009 | Reply
Aslkm…thanks 4 d new post…very exciting info…moga2 btmbh2 n bcambah2 lg financial knowledge kite seme…
reply: Sama-sama.. semoga ilmu yang diperolehi mampu merubah nasib kita
By bakhtiar on May 21, 2009 | Reply
salam mod,
saya rasa beli la apa apa emas pun x bule gak if kita x tau kehebatan jenis emas tersebut…, sbb harga emas x byk beza jika ukuran pembelian emas kita mngikut gram..tp alang alang nk beli biarlah beli dari co. yg ada good accreditation. mcm pamp, perth mint, emirates…kira kalu beli bule la kita anggap diri kita ala ala gold player gak…
just my 1.5 dinar
reply: Nilai emas datang dari berat dan ketulenan. Itu ajer. Kijang Emas takder London Good Delivery, dinar emas kelantan pun sama. Still a very good gold investment. As long as emas tu tulen dan spread dia rendah maka itu dah cukup (bagi saya la…). tak perlu pikir pasal LBMA ke London Good Delivery ker…
Bila kita gi pajak emas kat Ar-Rahnu pun bukannya diorang kisah sangat brand emas nie.. diorang cuma kisah berat dan ketulenan sahaja.
By omar kulim on May 21, 2009 | Reply
maaf ye..nak jekk sikit..sya personaly ingin mengucapkan terima kasih kepada tuan admin kita nie..banyk dah ilme pasal emas dikongsikan secara free..jee..sya ucapkan tahniah..
satu lagi..penulisan tuan admin sendiri nie pun sya amat bangga and
terhibur bila para pembaca membacanya..olahan dan maksud sesuatu tu di terang dengan jelas dan amat mudah difahami…kebiasaan inilah ganjarannya..bila kita sentiasa memberi tak kiralah ilmu ke harta ke..Allah menjanjikan sesorang tersebut tertambah lah kesenangan kepada seorang tersebut..amat mulia sekali…return tu akan menyusur kemudian..
reply: Terima kasih banyak2 diatas komen En. Omar.
Saya amat menghargainya
By kuntum on May 22, 2009 | Reply
salam, ye betul tu, sokong lah ape encik omar cakap tu. because of hasil perkongsian ilmu tuan admin lah, saya pun dah start invest di dalam pembelian Kijang Emas sebagai permulaan. .. semoga terus maju dan berjaya
reply: Terima kasih kuntum.. nak bagi emas saya tak mampu.. bagi ilmu emas ajer yang saya boleh kasik
By naem on May 22, 2009 | Reply
hehe..kalau tak kerna masuk ke blog ni, ntah ke mana la duit simpanan saya..
syukur, alhamdulillah..tuan tanah pun namanya syukor..hoho..kebetulan
reply: hehehe… syukur…
By taikunx on Jun 8, 2009 | Reply
Ada tak buku Robert Kiyosaki yg sudah diterjemahkan dalam bahasa Melayu ?
By bahrain on Jun 25, 2009 | Reply
Nak buku Robert Kiyosaki dalam Bahasa Melayu kenalah tunggu En Syukor kita ni translte pulak…hehehehe…
By alia on Jul 30, 2009 | Reply
Harap2 ada orang translate buku tu ke BM. Dah tua2 ne tak larat nak mengeja omputeh dah.
By zyrontyez on Sep 14, 2009 | Reply
salam tuan admin..
nampak menarik buku tu..nanti saya nak cari..xda dalam bentuk e-book @ pdf ke?
saya baca ‘Rich Dad Poor Dad’ dalam bentuk e-book..xyah beli=)..dah habis pun..
By Mohd Arif on Sep 22, 2009 | Reply
askum tuan…saya memang berminat dengan bisnes emas ni kalau boleh saya mintak tuan terangkan lg secara detail cara2 menpadat untung dengan jual beli emas.saya ada modal cuma ilmu jer kurang.tq
By rajakoning on Oct 14, 2009 | Reply
Salam tuan admin. Saya amat tertarik dengan pelaburan emas fizikal dan GIA. mcm mana nak dapatkan buku-buku tulisan tuan admin sebab nak beli online saya tak ada akaun maybank or cimb. Nak start tapi perlukan ilmu yang cukup dulu.
By AZ on Oct 22, 2009 | Reply
BOLEH TAK KITA JUAL PUBLIC DINAR EMAS DI KEDAI EMAS. DIAORANG TERIMA TAK?
By cikjune on Oct 22, 2009 | Reply
jual kat saya jer AZ…
atau kat saper2 kat JE nie…. ramai nak beli…