Ebook

Kisah Benar: Ilmu emas dari Tanah Suci Mekah.

Ditulis pada 2 October 2015 – 12:10 pm | oleh syukor |


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pembaca sekalian, saya ingin kongsikan dengan anda, bagaimana pembelian emas menguntungkan di dalam jangka masa panjang.

Jika anda ingin membeli sesuatu sebagai hadiah, kenang-kenangan, cenderahati atau ole-oleh, maka belilah emas.

Ia akan menjadi pembelian yang mengembirakan untuk jangkamasa panjang.

Ini kisah benar 25 tahun lepas di mana mak dan abah saya pergi menunaikan haji.

Pada tahun 1990, mak dan abah saya berangkat ke Mekah untuk menunaikan haji.

mekah

Selepas selesai menunaikan ibadah haji, mereka pergi shopping di sekitar kota Mekah.

Waktu tu abah ada budget RM1000 seorang untuk shopping.

shopping

Apa yang mereka beli dengan RM1000 tu?

Abah saya peminat jam.

Dengan RM1000, Abah beli seutas jam Rado.

rado

Mak saya tak mahu beli jam. Dia lebih berminat dengan emas.

Jadi mak saya buat keputusan untuk menggunakan RM1000 duit shopping tersebut untuk membeli emas.

Lalu mak saya pun carilah kedai emas kat kota Mekah.

gold_shop_mekah

Sampai ajer kat kedai emas emas, emak saya terus tanya tokey kedai emas tu.

“Kalau RM1000, boleh beli emas apa?” tanya mak saya.

“Tokey kedai tu cakap, Hajjah boleh beli syiling emas ini” kata beliau sambil menunjukkan sekeping syiling dinar emas 10 dinar (42.5 gram)

1923dinar

“Berapa harga?” Tanya mak saya

“Dalam RM900++  sahaja, tak sampai seribu ringgit”

Jadi, mak saya pun beli syiling dinar emas tersebut sebagai ole-ole dari Mekah.

Dinar emas tu mak bawa balik ke Malaysia dan buat buah rantai.

buah rantai mak

dinar mak2

Mak pakai rantai tu sampai sekarang.

rantai_mak
25 tahun berlalu……. apa yang terjadi sekarang?

Jam Rado 25 tahun.

Selepas 25 tahun, jam Rado dah rosak.

Enjin jam dah rosak, tali pun dah rosak, cermin retak sikit.
Tengok gambar.

Dari segi nilai, saya pun tak tahu.. sebab jam nie rosak.

Jam ini abah saya berikan kat saya sebagai hadiah. Tapi sebab ia dah rosak, maka saya simpan ajer dalam kotak.

Bagaimana dengan syiling emas mak?

Setelah 25 tahun berlalu..mak senyum dan bangga sebab, masa beli dulu, nilai emas tu kurang dari RM1000, sekarang nilainya RM6500 ++

Nilai emas mak meningkat sebanyak 550%.

Kalau dibahagi dengan 25 tahun, purata naik setahun 22% Pheww!!!!!

25y

Terbukti, dalam jangkasama yang panjang, emas akan menguntungkan pembelinya.

Bukan sekadar pakai, emak saya juga pernah menggadaikan rantai ini untuk membeli tanah kat Langkawi.

Dengan kata lain, aset emas boleh digunakan untuk mendapat aset tanah!

Sebab itu saya percaya dengan kehebatan emas

Cuba bayangkan kalau RM1000 itu mak dan ayah saya beli pakaian, minyak wangi atau beg. Rasanya kisah nie tak wujud… tak ada apa yang nak diceritakan.

Sebab setelah 25 tahun… semua benda-benda tu dah expired. Tak nampak rupa.

Nasib baik mak dan abah beli emas dan jam Rado. At least setelah 25 tahun, kita boleh lihat apa yang terjadi 🙂

Yakinlah dengan simpanan emas.

Saya yakin dengan simpanan emas untuk jangkkamasa panjang. Sebab cerita ini terjadi kat mak saya!

Jika anda hendak membeli sesuatu dan anda akan merasa gembira selepas 25 tahun, saya percaya emas adalah pilihan yang bijak.

Simpanan emas nie mudah ajer.

Senang ajer nak simpan emas. 1 gram dah boleh start.

Baca caranya kat sini http://bit.ly/SimpanEmas1Gram

Sekian, kisah benar dari Tanah Suci.

Oleh Syukor Hashim
www.jutawanemas.com

Artikel berkaitan:

Comments

comments

syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat, selamat dan menguntungkan.

Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik sini)

Dari: Syukor Hashim (PG000012)
Public Gold Official Speaker
PG Dealers trainer and Gold consultant.
Anda boleh WhatsApp saya di 013-2126999

**Laporan percuma. Klik gambar untuk download**


Follow FB saya...


Langgan newsletter PERCUMA di sini.

Langgan RSS


Saya@TV9 interview: Pelaburan Emas

Saya@TV1 Interview: Potensi Pelaburan Emas



Public Gold free report Ebook teknikal analisis Peluang berniaga emas