Inginkan ilmu pelaburan emas dengan pantas tanpa perlu membaca semua artikel di blog ini? Dapatkan ebook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas (klik sini)
 
Ebook

Kompilasi harga-harga emas di Malaysia.

Ditulis pada 9 December 2008 – 7:56 am | by syukor |


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua pembaca yang beragama Islam.

Semoga hari raya ini memberikan erti yang besar untuk kita semua. Mungkin ada yang telah membuat korban, atau berniat nak buat korban tahun depan…. atau mungkin ada yang berniat nak menunaikan haji dalam jangka masa yang terdekat.

Walau apapun niat kita, berdoa dan berusahalah kearah itu… semoga usaha kita akan diberkati dan dimakbulkan oleh Allah SWT.

Baiklah, untuk posting kali ini saya akan letakkan link-link harga-harga emas yang berguna untuk rujukan kita bersama. Ini kerana saya mendapati masih ada pembaca yang masih mencari-cari kat mana nak tengok harga emas.

Pertama sekali, anda kena tahu bahawa harga emas tidak dikawal oleh kerajaaan. Oleh yang demikian harganya berubah-ubah mengikut kehendak penjual emas tersebut.

Harga emas kat Malaysia nie biasanya dikira berdasarkan per gram atau per Troy Oz.
1 Troy Oz adalah bersamaan 31.1 gram. 

Bagi dinar pula, 1 dinar bersamaan 4.25 gram emas 916 (22K).

Link-link harga emas.


1. Harga Harian Syiling Kijang Emas.
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141

.
2. Harga Harian Emas Public Bank Gold Investment Account (GIA)
http://www.pbebank.com/en/en_content/personal/rates/goldinvest.html

3. Harga Emas Public Fine Gold (Public Gold)
http://publicgold.com.my/

4. Harga Dinar Emas Kelantan
http://www.dinarkel.com/

5. Harga Emas UOB Bank
http://www1.uob.com.my/jsp/finance/fin_gold.jsp?func=gold

6. Harga Emas Federation of Goldsmiths And Jewellers Associations Of Malaysia
http://www.fgjam.org.my/


p/s: Kalau anda nak tahu harga emas 916,
anda boleh dapatkan panduan dari website ini.

7. Harga Harian Emas Maybank Gold Saving
http://www.maybank2u.com.my/rates/gold_rates.shtml

8. Harga Dinar Emas IDG
http://www.medinamarket.com/Default.asp

9. Harga Emas dunia (spot gold)
http://www.kitco.com/charts/livegold.html

10. Harga Emas dunia (spot gold) dalam RM/gram
http://goldprice.org/gold-price-malaysia.html

Bacaan berkaitan:

1. Bagaimana mengira harga emas part 1
- http://jutawanemas.com/v1/?p=129

2. Cara termudah mengira harga emas part 2
- http://jutawanemas.com/v1/?p=614

Jika ada komen, sila letakkan di bahagian komen.

Jika ada pertanyaan, anda boleh kunjungi forum dan berbicara dengan peminat emas yang lain.
Banyak topik dan ilmu pelaburan emas kat sana.

Ok, sekali lagi saya ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidiladha.

Related Posts

Put your related posts code here
  1. 8 Responses to “Kompilasi harga-harga emas di Malaysia.”

  2. By andy on Dec 18, 2008 | Reply

    Spread margin jualbeli GIA Pbank dah naik seringgit..Jadi RM4.

  3. By m.mizamudin on Mar 2, 2009 | Reply

    Asalamualaikum en.syukur.
    Saya mintak jasa baik en. syukur analisis dan membuat bandingan harga emas yang di keluarkan oleh BNM adakah syarikat dan bank yang mengendalikan jual beli ini mengikut harga BNM.
    contohnya: Pada hari yang sama,
    BNM jualan RM120.25 /gram. Tetapi PBank jualan RM116.56/gram.
    Mybank lagi teruk jualan RM120.25/gram, belian RM111.35/gram.

  4. By mohd najib on Mar 16, 2009 | Reply

    nak tahu masa ni sesuai ke kalau saya nak buka akaun PBank Gold, harga sekarang dlam RM 112. Saya takut harganya jatuh pulak. rugi, kalu sentiasa naik ok la boleh untung. masa gawat ni trend harga mas selalu naik ke turun. kalu naik saya nak labur dlam PB gold.

    kalau harga nya dijangka turun baik saya tunggu dia turun dulu baru labur.

    tq, najib

  5. By ziyad on May 28, 2009 | Reply

    hye kwn2… sy nk tau kategori emas.. ade sape2 bleh terangkn… mksd sy, ape emas yg paling murah (gred) hingga yg t’mahal… emas 916 tu yg paling mahal ke?

  6. By hafizjewel on Jul 7, 2009 | Reply

    menjawab soalan ziyad diatas
    ini adalah perbezaan kualiti emas disusun dari tinggi ke rendah
    emas jongkong (gold bar) 999
    emas sepuluh
    emas 950
    emas 916
    emas 90
    emas 835
    emas paun
    emas 750
    platinum
    emas putih 750
    emas campur
    emas 585
    suasa

    lawati website kami untuk membeli atau menjual emas, http://www.hafizjewel.com , hubungi kami untuk harga tertinggi 012-3349940 / 012-3358944(hafiz)

  7. By shidie_22 on Nov 30, 2009 | Reply

    salam…siapa yg bole tolg sy jawab kemusykilan sy? cmne nk tau harga emas terkini? ada website die x?

  8. By cikjune on Nov 30, 2009 | Reply

    salam shidie_22

    tengok kat link nie ek….

    http://jutawanemas.com/v1/harga-emas-di-malaysia/

    sumer ader…. pilih jer yg berkenan di hati…hehe

  9. By amir on Dec 29, 2009 | Reply

    nak tanyer.. knape emas 950 macam tak popular jer… slalu yang kluar kat screen kalau taip ‘Emas’ mesti emas 999 atau 916 yang kuar..
    nak mintak penjelasan.. hehe

You must be logged in to post a comment.

syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat dan selamat.

Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik)

Dari Syukor Hashim - Admin Jutawanemas.com
E-mail: admin@jutawanemas.com / SMS: 013-2126 999

Langgan RSS

Public_Gold Senarai agen Public Gold & Public Dinar publicdinar.com
Emas-Emas Yang Hilang Ebook teknikal analisis Peluang berniaga emas