Memajak Jongkong Emas Public Gold di Ar-Rahnu Bank Rakyat
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca sekalian?
Saya doakan anda sihat sejahtera. Saya kat sini sibuk banyak.
Untuk pengetahuan anda semua saya telah dijemput untuk membentangkan satu kertas kerja bertajuk “Bagaimana Membuat Pelaburan Emas di Malaysia”.
Kertas kerja ini akan dibentangkan di Seminar Antarabangsa Penjanaan Ekonomi Melalui Transaksi Wang Dinar. Tempatnya di Auditorium, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi.
Tarikhnya pada 27 Ogos 2009. Anda dijemput hadir.
Kalau nak tahu details event nie anda boleh (klik sini).
Jika anda berminat membaca kertas kerja saya then anda boleh download kat sini:
Kertas Kerja Penuh Sedinar09 UKM – Bagaimana Membuat Pelaburan Emas di Malaysia (klik)
Baiklah, untuk posting kali ini saya akan menceritakan pengalaman memajak gold bar Public Gold di Ar-Rahnu Bank Rakyat.
Ini kerana saya dapati ramai orang mempunyai pengalaman yang berbeza-beza apabila pergi memajak gold bar Public Gold.
Jadi disini saya ingin berkongsi pengalaman saya pula.
Saya pajak pada 18/8/2009.
Tujuan saya memajak gold bar Public Gold.
1. Untuk melihat samada gold Bar Public Gold diterima di Ar-Rahnu Bank Rakyat
2. Menguji berat dan ketulenan Public Gold
3. Saya perlukan modal cepat untuk rolling balik
4. Melihat samada boleh buat pinjaman Ar-Rahnu bank Rakyat sehingga RM100,000
(sebab saya dah dapat pinjaman Ar-Rahnu Bank Rakyat RM45 900 sebelum nie)
Gold bar yang dipajak.
Saya memajak 5 x 100 gram gold bar Public Gold (jumlah semua 500 gram)

5 keping Gold Bar Public Gold 100 gram yang dipajak
Proses memajak di Ar-Rahnu Bank Rakyat.
Sampai ajer kat Bank Rakyat saya terus tengok berapa harga emas Ar-Rahnu pada hari tersebut.
Mudah jer.. tengok kat papan elektronik. Anda boleh lihat jenis emas serta nilai gadaian pada hari tersebut dan juga rate pada hari sebelumnya.

Jenis emas dan nilai pajakan akan dipaparkan di papan elektronik.
Kemudian saya pun masuk ke dalam bilik Ar-Rahnu tersebut.
Soalan pertama saya kat pegawai Ar-Rahnu “Boleh ke saya pajak gold bar Public Gold?”
Jawapan yang diberikan “Ya, boleh. ” jawab pegawai Ar-Rahnu Bank Rakyat tersebut.
So.. pembaca semua.. Ar-Rahnu Bank Rakyat menerima gold bar Public Gold.
No problem.
Gold bar yang tidak diterima adalah daripada Etika Emas, Bestino dan Geneva. Ini kerana syarikat-syarikat ini sedang di dalam siasatan Bank Negara.
Menguji berat dan ketulenan gold bar Public Gold.
Kelima-lima gold bar tersebut diuji berat dan ketulenan menggunakan mesin Precious Metal Tester model GK300. Mesin nie memang sensitif kepada getaran dan tekanan.

Gold bar Public Gold yang ditimbang.
Hasil ujian timbang berat:
1 keping dapat 100.01 gram
3 keping dapat 100.00 gram
1 keping dapat 99.99 gram
So, sisihan piawai untuk timbang berat ialah 0.01 gram.
Jumlah berat kesemua gold bar ialah 500 gram.
Perfect!!
Hasil ujian ketulenan (timbang isipadu).
Selepas diuji, kesemua lima keping gold bar Public Gold memberikan bacaan 24K/999.9
Perfect!!

Bacaan dari mesin akan dipindahkan secara automatik kedalam sistem komputer.

Selesai ujian berat dan ketulenan, semua gold bar disimpan Ar-Rahnu.
Selepas semua proses menguji berat dan ketulenan selesai, saya diberikan surat pajak.
Ini suratnyer…

Surat pajak emas Public Gold. Klik untuk besarkan.

Jadual berat, ketulenan dan nilai marhum gold Bar Public Gold.
Hasil pajakan yang diterima:
Dengan menggadaikan 500 gram gold bar Public Gold saya telah memperolehi pinjaman sebanyak RM41 300.
Ini pengiraannya:
Nilai marhum 500 gram emas tersebut adalah RM63 540.00
Jadi pinjaman 65% pula berjumlah RM41 300.00
Upah simpan bulanan = RM480.47
Jumlah upah simpan setelah 6 bulan = RM2882.80
Kesimpulannya.
1. Anda boleh memajak emas dan meminjam wang sehingga RM100,000 daripada
Ar-Rahnu Bank Rakyat. Yes!!
2. Gold bar Public Gold boleh dipajak di Bank Rakyat. No problem
3. Gold bar Public Gold memang dijamin berat dan ketulenannya. Kalau kurang
0.01 gram tu boleh dikira sebagai sisihan timbang. Public Gold memberi jaminan
membeli mengikut berat seperti di dalam sijil gold bar tersebut.
4. Nilai pinjaman adalah berdasarkan kepada nilai semasa emas. Jadi, semakin
lama kita menyimpan emas, nilainya semakin naik dan nilai pinjaman Ar-Rahnu
juga semakin bertambah.
5. Emas sangat mudah ditunaikan. Proses gadai nie kurang dari setengah jam.
6. Emas fizikal adalah jauh lebih baik berbanding akaun simpan emas. Sebab anda
boleh gadaikan emas fizikal tanpa perlu menjualnya.
7. Kalau anda pergi gadai emas dan bacaan mesin kurang dari sepatutnya,
saya cadangkan anda pergi kat tempat lain. Kekadang mesin yang problem.
p/s: Jika anda berminat mendapatkan gold bar Public Gold, anda boleh membelinya daripada agen yang berhampiran tempat anda. (klik sini)
Jika anda berminat menjadi agen Public Gold, anda boleh mendapatkan maklumat lanjut disini (klik sini)
Ok then. Selamat membuat pelaburan emas.
Jangan lupa melanggan newsletter jutawanemas.com Anda akan menjadi orang pertama mendapat update daripada blog ini.

Blog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat dan selamat.






![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/images/quotes_special.gif)

114 Responses to “Memajak Jongkong Emas Public Gold di Ar-Rahnu Bank Rakyat”
By taufik on Aug 20, 2009 | Reply
BR Machang xupdate pn harga kt papan elektronik 2.. main tarikh yg sama jer dekat seminggu… fik tgk beberapa bulan lepas.. skrg xtau la.. nanT petang nk g tgk.. diorng update ke x.
p/s: hehehe 1st comment untuk posting ni.
Reply: I see.. kesian tul bank rakyat Machang nie ek… so far saya takder masalah kalau nak pajak emas kat BR Melaka. Sangat professional.
By zuLL on Aug 20, 2009 | Reply
salam….saya nak tanya skit bleh tak…bleh tak cerita cara
macam mana kita bleh buat keuntungan dgn cara pajak ni…
reply: Pajak nie utk dapat duit modal ajer ..then duit tu kita gunakan utk benda-benda yang mendatangkan untung sperti tambah modal berniaga etc.
By nabalyusoff on Aug 20, 2009 | Reply
terima kasih kongsi pengalaman….mmg buta mata saya tengok keuntungan emas ni,5 gold bar saja dpt RM63k…mmg dahsat pukulan emas ni…best..mmg best..ni yg xsabar jadi salah seorang pengumpul emas….target saya nak jadi agent PG satu hari nanti..pelahan2 kayuh…
reply: Baguslah kalau mata sedara buta akibat emas.. kekeke..
By baboon laut on Aug 20, 2009 | Reply
masa saye p hari tu…. EEE baru kene siasat oleh bank negara… saye p nak pajak kat br depan bank negara tu…. mentah2 depa tolak…. p agro bank pn same mase tu… so skarang ni dah no problem eh…
alhamdulillah…
tq 4 the info..
reply: Haah, sebab tu saya keluarkan artikel nie.. banyak sangat andaian pasal gold bar yang tak boleh dipajak sbb kes etika.
By ummu balqis on Aug 20, 2009 | Reply
tok guru…
kalau saya ada 20k…elok beli 2 keping yang 100gm atau beli yang 20 atau 50gm
reply: cucu beli 100 gram 2 keping… tok gerenti cucu tak menyesal
tok nak minta ayam kentucky 3 ketul boleh?
By sukri on Aug 20, 2009 | Reply
hehehe..beli je yang mana2 pun..cuma kalau 20g bleh dapat banyak keping.senang nak pajak atau nak jual..tak pun beli je semua 100g,50g dan 20g…
reply: Asalkan gold bar dah kira ok lah…
By fazlan on Aug 20, 2009 | Reply
Saya ada lihat harga PG sebelah ptg 19/9/09. Pada sebelah mlm ad tgk TV3 Berita JAm 8, kemudian dpaparkan harga emas naik 0.30 sen kpd RM 107 tp harga PG dlm RM 113 +/-. Boleh terang ..?
reply: Harga kat TV3 tu harga emas dunia @ dipanggil spot gold. Harga tu memang nampak murah tapi takder saper yang jual emas harga tu. Harga PG ikut rate PG punya dan takder kena mengena dengan harga TV3.
By shahkl on Aug 20, 2009 | Reply
Salam tuan admin..
Saya nak tanya.. pembentangan kertas kerja tu terbuka untuk orang awam tak? boleh walk-in sahaja ka, atau kena reserve seating dulu?
lagi satu, ada bukak booth tak jual emas pada hari tu? tengok wakil public fine gold sdn bhd pun ada jadi presenter.. boleh beli 1-2 gold bullion ..:)
reply: Terbuka utk awam, cuba contact sekretariat. Public Gold pun bukak booth.
By ummu balqis on Aug 20, 2009 | Reply
satu lg nak tanya.kalau saya ada 30k elok beli sendiri punya emas atau jadi agen public gold
reply: Kalau minat berniaga, jadi agen PG. Kalau setakat nak simpan sendiri, beli gold bar dan simpan. kedua-dua tu ok.
By fazlan on Aug 20, 2009 | Reply
A’kum… sya ingin membeli Emas Kijang tp ada masih djual..?
Emas Poh Kong ada seal x leh buka kalu buka -25% lg. Emas PG macam mana? Emas Kijang pun sama kan… tp kalu nak pajak mesti kena buka seal kan?
reply: Kijang emas kena beli kat maybank. cuba baca artikel terdahulu. Emas public gold nie buka ke, calar ke, goris ke, bengkok ke adalkan berat tak hilang akan dibeli kembali ikut harga website PG.
By mama on Aug 20, 2009 | Reply
mama nak kongsi pengalaman menang tender emas br dari tahun 2006 tapi mama xda duit banyak. Percaya ke 5k boleh dapat emas hampir 15k.br beri 6 bulan kena tebus tapi berkat kesabaran emas yang diberi dengan harga 52segram menjadi 116 segram. Bila mama baca artikel admin apa yang dikatakan mama dah praktikan. Harga tengah cantik ni mama nak kumpul 500gram emas. Doakan mama berjaya….
reply: Tahniah la sbb dah banyak menang tender emas BR. Saya akan doakan mama berjaya
By asraz on Aug 20, 2009 | Reply
Hurmmm….mcm yg saya cadangkan maybe taiko2 emas yg dh slalu pajak emas tu….boleh buat list BR/Agro mana yg masih terima gold bar ni…berdasarkan maklumat yang ada laa…bukan nak minta pi tanya satu2 yg mana masih terima gold bar ni…hehe..
Ataupun kita sama-sama update…camna?
reply: Boleh, no hal.. cuba asraz gi bukak topik kat forum sana..
By asraz on Aug 20, 2009 | Reply
Fazlan….ada lagi Kijang Emas tu…pi la web Maybank..cari branch terdekat yang ada stock Kijang Emas…saya baru beli 2 hari lepas di Maybank HQ…
By fazlan on Aug 20, 2009 | Reply
Saya ada baca mengenai nak jadi dealer PG kena ada RM 30k.. Cuma kurang paham tentang maintain RM 20k sebulan? Bole terang .. Thanks alot for ur explain…
By asraz on Aug 20, 2009 | Reply
Fazlan,
Harga KE berbeza mengikut harga emas semasa…leh refer di http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141
Bagi yg 20k pm agen PG tu…sebenarnya lebih kpd nak dapatkan komisen 1.5% dari PG jika berjaya buat sales 20k pm…bukan wajib pun…kalau x buat x dpt la komisen tu, tp still 30k yg bayar utk jadi agen PG tu, awak akan masih dpt ketulan emas 30k ++…so takde rugi apapun…
20k pm tu sales, maknanya klu nk dptkan komisen tu, u kena jual say 200g pm la (anggaran 100g=RM100)…so bila u dpt jual tu pd buyer, kena la replenish stok emas u kan? So kena order la lagi 200g (RM20k) dari PG…so dptla komisen tu…
Sapa2 agen PG leh confirmkan…saya x join pun, lebih kpd independent je…tp baca juga ttg info agen PG ni…
reply: Haah, betul tu
By safar on Aug 20, 2009 | Reply
Emas digital ada tak.kita tidak boleh pegang.cuma
beli dah habis selesai urusan.terus melabur.
adakah kaedah ini betul.
Setakat ini belum lagi kena tipu.nasib baik
ada blog jutawanemas.
reply: Emas digital nie lebih kepada GIA dan maybank GSPA. kalau nak tahubetul atau tidak baca semua info kat blog nie.
By contactlens on Aug 20, 2009 | Reply
Salam & TQ tuan admin for info sharing.
Nk clarify, after 6 mths, nk tebus blik jumlahnyer:rm44,182.8(41300+2882.80) betul??…nk kena kumpul gak klu modal dh d guna…
lg satu, staff BR mmg bg ke amik gmbo or atas budi bicara??
TQ…
reply: Haah, kalau tebus lepas 6 bulan memang kena bayar extra RM2882.80. So saya kena pastikan untung yang digenerate dalam 6 bulan tersebut lebih tinggi daripada upah simpan. Lagi satu, kalau tebus awal then bayar kurang.pasal gambar tu, saya minta kebenaran utk amik gambar proses pajak tu.
By Yomida on Aug 20, 2009 | Reply
contactlens,
sbb tulah dpt duit xleh joli, dapat duit beli emas lg..hold emas, tngu rega mletup kt jual smua. profit yg kt dpt dah leh cover upah simpan apa.
pasal gmbo tu mst admin dah lma knal or slalu brurusan sbb tu smp leh amik gambo..hehe..tul xtuan tanah?
reply: Duit pajak nie bukan utk dijoli tapi utk modal berniaga atau apa-apa yang lebih untung. Pasal gambor tu plak.. memang diorang kenal saya. buat loan biz pun kat situ gak.
By olass on Aug 20, 2009 | Reply
mantop ketulan admin.. : )
reply: Hehehe.. 100 gram memang mantop
By ARO on Aug 20, 2009 | Reply
Assalamualaikum saudara Syukur dan sahabat skalian…..
Saya mengikuti jutawanemas ni selepas serangan virus baru – baru ni. sekarang baru berpeluang beli PG dari beberapa dealer kat KB, kelantan.
Semalam ( 19 ogos ) saya try pajak kat bank rakyat, pegawai dia kata semua wafer dan coin kena kiv….hari ni pegi cawangan lain…takpayah tanya sebab dah terpanpang notis ” bank rakyat menggantung semua pajak gadai melibatkan semua jenis wafer dan coin…mujur ada Arr rahn pajak gadai islam ( kerajaan negeri le ) boleh pajak. alhamdulilah. Prosesnya amat mudah, tak mintak sijil, tak tanya resit. Bagi mas, pegawai dia uji..emas PG memang puas hati, nilainya tepat. Saya pajak 1 x 100g, 1 x 20g, 2 x 5D, 1 x 10D. pegawai dia bagitau dpt rm12300, siap tanya lagi nak lebih ke tak.Dia kata boleh dpt rm13300…alhamdulillah. upah simpan rm247 sebulan ( 0.95 per rm100, sbb marhun lebih rm2000)
walau macamanapun dpt modal beli emas pulak… wassalam
reply: Thanks for the info. sepatutnya BR dah terima gold bar PG. kalau diorang tak nak terima then buat laporan kat hq bank rakyat.
By Mede on Aug 20, 2009 | Reply
Salam saudara Syukor,
Saya baru sahaja tanya di BR S9, Shah Alam (20/08/2009). Pegawai disitu kata memang tak boleh pajak gold bar sehingga siasatan BNM terhadap emas etika selesai…masalah juga nie baru je nak berjinak2 ngan PG da tak boleh buat. Sabar je la.
Harap saudara boleh cadangkan tempat lain yang berdekatan dengan tempat saya? Kalau tak, kena la saya pi Melaka @ KB, Kelantan untuk pajak PG…hehehehe
Wassalam.
reply: Pegawai tu salah info kat u. sebenarnya gold bar dari etika emas, bestino n geneva sahaja yang tidak diterima. Public Gold should be ok. kalau tak masakan saya dapat gi pajak kat Melaka. kalau dia tak nak terima jugak then sedara gi buat komplen kat hq bank rakyat.
By khairul on Aug 20, 2009 | Reply
BR caw Kuala Terengganu hanya terima gold bar Public Gold buat masa ni..
reply: Ok, thanks for the info.
By cdanhash on Aug 20, 2009 | Reply
Memajak emas adalah satu teknik dimana hasil pajakan itu boleh digunakan untuk menambah stok emas yg sedia ada atau memerlukan wang sementara atau menambah modal perniagaan
Keupayaan membayar balik mesti diambilkira kerana hasil pajakan 65% itu adalah hutang – hutang bercagarkan emas. Tempuh bayaran balik 6 bulan, 1 tahun, 2 tahun akan menentukan jumlah upah simpan yang mesti dijelaskan termasuk pokok pinjaman. Jika nilai marhun kecil pilihlah tempuh pinjaman 6 bulan, pembayaran boleh dibuat setiap bulan tetapi tidak lebih 6 bulan… bukan lepas 6 bulan baru bayar…
Jika ada yg sedang berkira2 untuk menambah stok emas dlm tempuh 5 atau 6 bulan lagi…. boleh gunakan teknik ini…. boleh dapat emas sekarang, wang yg dikumpul utk 5/6 bulan lagi digunakan utk menjelaskan bayaran pinjaman + upah pajak setiap bulan seolah2 membeli secara ansoran…. jika dlm tempuh tersebut nilai emas naik, penyimpan terus buat untong….
sila betulkan jika ada yg tersasar…..t/k….
reply: Haah, teknik nie sangat powerful, sepecially kalau kita berniaga emas sebab untung jual beli emas dah boleh tampung kos upah simpan. kalau tunggu harga emas naik ajer memang ada risiko sikit kalau downtrend.
By cdanhash on Aug 20, 2009 | Reply
kan dah tersasar…. perbetulan bukan upah pajak ttp upah simpan…. maaf….
Jika ada yg sedang berkira2 untuk menambah stok emas dlm tempuh 5 atau 6 bulan lagi…. boleh gunakan teknik ini…. boleh dapat emas sekarang, wang yg dikumpul utk 5/6 bulan lagi digunakan utk menjelaskan bayaran pinjaman + UPAH SIMPAN setiap bulan seolah2 membeli secara ansoran…. jika dlm tempuh tersebut nilai emas naik, penyimpan terus buat untong….
maaf tuan tanah….
reply: Ok, no problem. thanks for the info..
By radhuan on Aug 20, 2009 | Reply
Salam Admin,
Saya dah beli PG20/g dari agen. Agen tu bagi cert dan gold bar tersebut. Cuma saya musykil kalo dipajak di Bank Rakyat…mesti tunjuk cert dan gold.. Kalo tak ada resit , bank rakyat terima tak untuk pajak emas tersebut.
Tq
reply: Tak jugak.. ada bank rakyat yang tak perlu tengok resit. tapi alau boleh minta resit ngan agen tu. saya pun keluarkan resit sendiri ajer..
By shamsul Anuar on Aug 20, 2009 | Reply
Salam Syuk… Macam pernah ku lihat jer Gold bar PG tu. Tapi di mana ya? hehehehe
reply: Rasanya kat Giant Nilai
By as on Aug 20, 2009 | Reply
saya ada terbaca kat blog sapa tah dia kata gold bar PG dia tak dapat ketulinan 99.9 waktu dia nak buat teknik pajakan and berat dia also kurang kalau kes mcmtu boleh tukar balik ke dgn PG
reply: Memang boleh tukar ngan PG. tapi better gi check kat tempat lain dulu.. kot-kot mesin tinbang yang problem.
By dokpikiaq on Aug 20, 2009 | Reply
syukran abg syukor..banyak ilmu yg saya dpt..insyallah 27 nih saya p kl..seminar yg abg syukor g tawu tuh…hehehe…klau mai kedah..jgn lupa singgah RnR plus gurun..arah selatan..dari alor setar ke kl…
gerai num 4, AR24HOURS kedah.
reply: Sama-sama. InsyaAllah kalau takder aral melintang kita akan jumpa
By Saiful Nizam on Aug 21, 2009 | Reply
Salam Syukur,
Info2 yg sangat berguna untuk orang baru macam saya.Terima kasih byk2.
Saya harap en syukur boleh bagi kebenaran utk saya guna gambar2 dan info2 dlm jutawan emas utk saya masukkan di dlm blog saya..
baru nak buat blog berkaitan emas..simple blog sahaja..sekian terima kasih
reply: Sama-sama.. saya benarkan saudara ambil info n picture kat sini utk blog saudara. cuma berikan kredit kepada blog nie
By Saiful Nizam on Aug 21, 2009 | Reply
Nilai marhum 500 gram emas tersebut adalah RM63 540.00
Jadi pinjaman 65% pula berjumlah RM41 300.00
Upah simpan bulanan = RM480.47
Jumlah upah simpan setelah 6 bulan = RM2882.80
soalan : selain dari upah simpan bulanan RM480.47. Utk pinjaman RM41300 tu berapa kena bayar dan kiraannya mcm mana..dan tempoh bayaran utk berapa bulan.
reply: Tiada bayaran dikenakan keatas nilai pinjaman. kita kena bayar upah simpan ajer. Inilah sistem pajak gadai Islam. takder interest.. keuntungan dibuat oleh bank rakyat melalui kos upah simpan.
By asraz on Aug 21, 2009 | Reply
Sdra Saiful,
Setahu saya, pinjaman RM41,300 tu bayar pada masa kita nak tebus semula emas yang dipajak…tiada tambahan atau pengurangan lain…pinjam sebanyak X, bayar X…
reply: Betul
Upah simpan akan diberi diskaun kalau tebus awal dari tempoh..
reply: betul
Cuma yang saya nak tau…katakan 65% pinjaman RM41,300…tapi pemajak hanya nk ambil RM30,000….boleh ke? Saja tanya ni…
reply: Boleh minta kurang. no problem. tapi upah simpan akan tetap sama.
By mama on Aug 21, 2009 | Reply
Salam asraz, boleh. Paling min rm100 tapi elok la ambil maksimum boleh tambah emas lagi….upah tetap ambil berat emas….
reply: Thanks mama for the info. Sebenarnya konsep Ar-Rahnu ini adalah mengambil upah simpan sahaja dan Ar-Rahn boleh memberikan pinjaman sehingga 65% daripada nilai marhum.. so ambil ajerlah buat biz.. nanti pulangkan balik..
By asraz on Aug 21, 2009 | Reply
Pn Mama,
Saya dh baca posting bagaimana nk buat keuntungan melalui emas…ada 2 cara spt tn admin bgtau…yg melalui PBGIA tu saya nampak jelas…cuma yg kaedah pajak ni saya x berapa jelas bagaimana boleh generate income…saya pasti akan beli buku rahsia emas kalau diorg jual semula…
Jd klu Pn Mama ok la kan…bleh ke emel kat saya pengiraan terperinci dgn pajak emas – beli emas – pajak lagi – beli lagi…sbb upah simpan sure kena bayar…harga emas pulak xde la naik byk sgt skrg ni kan…maybe utk next 3 months naik kot…
By cdanhash on Aug 21, 2009 | Reply
Petang tadi pergi BR PJaya untuk tebus 10 keping DK yg digadaikan 3 bulan lepas. 65% dari nilai marhun RM4,957.63 ialah sebanyak RM3200.00. Upah simpan RM37.29 sebulan, RM223.71 untuk 6 bulan. Pembayaran balik dibuat 3 X bayaran….
26/06/09 – RM1000 + RM19 = RM1,019
29/07/09 – RM1,000 + RM36 = RM1,036
21/08/09 – RM1,200 + RM26.90 = RM1,226.90
Upah simpan utk 3 bulan 19 + 36 + 26.90 = RM81.90
Penjimatan RM223.71 – RM81.90 = RM141.81
Pembayaran balik lebih awal dapat menjimatkan upah pajak.
Nota: BR PJaya tidak lagi menerima dinar, coin, bar untuk dipajak atas arahan BNM untuk sementara waktu. Ini adalah berikutan dengan kes Etika Emas.
By zaim on Aug 22, 2009 | Reply
salam,
saya ingin bertanya pada sifu syukor..kalau beli 20 gram pg gadai kat bank rakyat..dpt ke 65 peratus..loan ..adakah sama pengiraannya dan waktu manakah gadaian sesuai
By huhi on Aug 22, 2009 | Reply
salam, kalau nk gadai pamp tembam ada problem tak?
By matmit on Aug 22, 2009 | Reply
salam…bro syukor…da lepas pajak duit tu cam maner dpt?..transfer ke akaun Bank Rakyat ker?or bwk cash…(huyo…rabun duit truss..)tempoh masa nak dpt duit tu dlm stengah jam tu gak ker?sori tak pena lg bt transaksi ni…nak tanyer tuk future palnning..hehehe…thanx
reply: oiitt.. itu rahsia
By mama on Aug 22, 2009 | Reply
Ramadhan Mubarak Ramadhan Kareem, pengalaman banyak mengajar dan mematangkan kita. Simpan emas sedikit-sedikit adalah lebih baik dari xsimpan langsung. Mama cdgkan asraz cuba gadai brg kemas dulu sbb ada beberapa br xterima coins dan gbar.Cuba lihat dalam beberapa bulan yang penting bukan masa yang pendek. Mama dah ada pengetahuan dan jual kecil2an emas masa anak ke2 dalam perut dimana ketika itu emas baru rm37 dan sekarang anak dah berumur 17 tahun 999.9 rm126. Fikir2kan klu kamu yang masih muda2 ni berjimat2 dari skrg. rm1000 disimpan akan jadi rm500 tapi nilai emas rm1000 akan jadi rm2000….
reply: Terima kasih kerana berkongsi maklumat. ramai yang belum tahu kehebatan emas nie.. so baik utk kita berkongsi pengalaman dengan orang lain. thanks mama
By Faizal on Aug 24, 2009 | Reply
Salam…terima kasih ats maklumat yg sgt brguna…smakin bnyak ilmu yg dpt dr blog ni….rasenye kebanyakan maklumat dh faham…
cuma nk tanya stu soalan….bolehkah kita membuat pelaburan emas ni mcm main saham….contohnya mcm ari ni beli then esk jual….esk beli pastu lusa jual….? (klu harga naik la)
Duit yg dpt dr pajak td kne make sure buat untung lebih dr upah simpan….so nk xnk kne buat pelaburan yg menguntungkan supaya boleh cover cost…
reply: Kalau nak untung cepat2 macam tu tak boleh buat pelaburan emas. kena berniaga emas
By nabalyusoff on Aug 24, 2009 | Reply
Terima kasih mama,pengalaman mama yg kita org perlukan,kongsi2 lah bersama,menajar kami yg baru lagi ni…terima kasih juga pada tuan tanah,kerana sudi dan tidak kedekut ilmu emas…semoga bertambah rezeki tuan2…amin..
reply: Sama-sama.. well ilmu nie perlu kita kongsikan bersama. biar sama-sama untung
By asraz on Aug 24, 2009 | Reply
Faizal,
Saya pun dok terfikir pelaburan kat mana la yg boleh kita buat dlm masa 6 bulan utk generate income lebih byk dr upah simpan tu? Agaknya amanah saham kot? Nak trade saham semata-mata x reti plak…forex plak x berminat….hurm…camna ye?
reply: Hehehe… nie modal buat business emas. memang untung lebih tinggi dari upah simpan.
By Faizal on Aug 24, 2009 | Reply
asraz,
Betul tu….bleh tahan jugak nk generate income dlm masa 6 bln tu….bro shukor ade idea x..?
Klu jd agent PG..dpt komisen 1.5% kn based on total sales…
klu sales RM100K bru dpt RM1500…maknanya klu nk dpt untung melepasi upah simpan…kta kne buat sales RM200K ke atas…
Betul x..?Klu salah tlg perbetulkan….TQ
reply: Well, tak semestinya 6 bulan.. kalau pajak seminggu pun boleh jugak. tengoklah modal tu kita nak guna utk jangka masa panjang atau pendek.
By asraz on Aug 25, 2009 | Reply
Tuan Admin,
Agak2..ada ke rahsia camna nak generate income lebih dari duit pajak ni dalam ebook terbaru tu? Hehe..
By peruzz on Aug 25, 2009 | Reply
Petang tadi pergi BR PJaya untuk tebus 10 keping DK yg digadaikan 3 bulan lepas. 65% dari nilai marhun RM4,957.63 ialah sebanyak RM3200.00. Upah simpan RM37.29 sebulan, RM223.71 untuk 6 bulan. Pembayaran balik dibuat 3 X bayaran….
26/06/09 – RM1000 + RM19 = RM1,019
29/07/09 – RM1,000 + RM36 = RM1,036
21/08/09 – RM1,200 + RM26.90 = RM1,226.90
Upah simpan utk 3 bulan 19 + 36 + 26.90 = RM81.90
Penjimatan RM223.71 – RM81.90 = RM141.81
salam cdanhash..
nak tanye… cane pengiraan ni dikira yerk??
kalo bayar awal jimat kos upah??
ade beza cara kire kos upah simpan kalo arrahnu di bR or arrahnukan di cawangan arrahnu??
sy penah arrahnukan di cawangan arrahnu ( bukan bebetul bank rakyat laa.. cawangan arrahnu ni dibawah seliaan koperasi..)
sy arrahnukan 4ekor kijang emas..
contoh upah simpan rm112/sebulan..
lepas 2 bulan saya tebus.. n kena bayar upah simpan rm 224??
so.. cane pengiraan teknik utk kurangka kos upah simpan nih..
hope tuan dapat faham soklan saya ni..
thanks in advance
sy budak baru belajar..
By izzat on Aug 26, 2009 | Reply
salam..
nak tanya la..
1) saya dah beli emas kijang, tp emas tu saya simpan je kat rmh.
elok saya simpan terus jadikan harta karun @pon saya bagi kt pajak br, pastu beli lain…
2) bilakah waktu paling sesuai untuk pajak di br? waktu harga emas naik @ turun?
By kongsi on Aug 27, 2009 | Reply
izzat…
kalau nak kumpul emas lebih baik gadai dan beli 1 lg emas. kalau org berduit bila2 boleh beli emas tp kalau org tak berduit perlu kumpul duit dulu untuk mendapatkan emas lg. kmgkinan setelah terkumpulnya duit, maka harga emas dah naik tinggi. so blh beli ke? boleh beli tp dgn harga yang tinggi la..
so gadai dan beli lg 1 dgn harga yang masih murah…
By cGiera on Aug 28, 2009 | Reply
salam seme…da lama xpost…..Aro…masa pjk kar arrahnu diorg guna mesin tmbng kerr…gold tester….
By haris on Aug 29, 2009 | Reply
pengalaman saya bank agro guna kedua duanya
By ARO on Aug 29, 2009 | Reply
saya gadai kat ar rahnu permodalan kelantan bhd cawangan kb..,satu kat hotel temenggong ( guna dua2)..satu kat blakang the store ( sini cuma ada mesin penimbang sebb baru pindah dari hotel raudhah )
reply: Terima kasih atas maklumat.
By harris on Aug 30, 2009 | Reply
salam,
mahal juga upah simpan kat br. lebih kurang 13% setahun dari harga pajak. personal loan baru lebih kurang 6% setahun … tapi ya lah ,, emas boleh tebus balik …
reply: Pajak tu utk dapat modal, bukan untuk joli katak, gunakan hasil pajakan utk sesuatu yang lebih menguntungkan..
By harris on Aug 30, 2009 | Reply
salam,
tebus balik emas ,, br guna harga emas semasa ke? or harga masa pajak?
reply: Harga masa pajak. just refer kat surat pajak tu.
By harris on Aug 30, 2009 | Reply
salam ,,, agak nya bila lah harga emas nak naik balik … saya tengok masih lagi below RM110 (GSPA) .. baru nak start labur emas … salah congak .. beli masa harga tinggi la pulak … agak2 harga sekarang jatuh lagi tak? bila tarikh yg sesuai untuk tambah gram yek?
reply: takper.. pelaburan emas nie jangkamasa sederhana dan panjang. beli dan lupakan.. nanti naik ler tu..
By kongsi on Aug 31, 2009 | Reply
mana2 ar-rahnu akan guna harga emas masa gadai sampailah kita tebus balik..
reply: Ya, betul tu.
By azwari on Sep 4, 2009 | Reply
salam..
saya ada satu kemuskilan..adakah semua bank rakyat terima Jongkong Emas Public Gold? sebab saya ada tanya bank rakyat di larkin perdana jb..mereka tak terima jongkong emas dari public gold..
harap dapat membantu..
By amir85 on Sep 4, 2009 | Reply
Kalau public gold boleh di pajak kat BR, maknanya Public Dinar pun boleh di pajak di BR???bukankah begitu??
By Aina on Sep 4, 2009 | Reply
saya baru nak bertatih dlm ilmu pelaburan emas ni. minta maaf kalau soalan mcm budak baru belajar
Ok, Kalau ikut contoh en syukor, 500 gm PG yg digadai, nilai marhum 500 gram emas tersebut adalah RM63 540.00. Berapa harga beli yg En Syukor bayar utk 500gm tersebut (ikut harga pasaran masa beli tu)? lagi tinggi atau lagi rendah dari RM41300?
Utk tebus balik, mmg 6 bulan tempoh maksimum? Atau boleh lanjut sampai setahun?
By mama on Sep 4, 2009 | Reply
Salam Alhamdulilah mama dapat capai 50%target 500g emas sbb ketika itu emas rendah tetapi kena stop sekejap sbb emas tengah mahal…. tapi masa emas mahal mama nak ambil untung pula…. sbb masa mama gadaikan emas yang lama2 harga rendah jadi bila naik dalam rm7 pun dah boleh ambil untung…caranya tebus balik emas dr br dan bayar upahnya kemudian masukkan balik dapat pinjaman lebih tinggi dan tunggu sementara harga emas rendah mama beli lagi…. klu masuk tender br pun bagus juga….
By Din on Sep 5, 2009 | Reply
salam semua….
Saya baru saja beli PGB 100g pada harga RM11407.Saya bercadang untuk gadaikan di BR,kemudian hasil yang saya dapay saya nak tukarkan RM kepada USD dan tunggu USD naik saya nak tukarkan balik kepada RM .so dengan harapan dapat menambahkan modal sesen dua.ok x sifu syukor..kalau ada idea atau komen dialu-alukan..
By Aina on Sep 5, 2009 | Reply
maksud en din, nak tukar RM cash kpd currency USD ke? knp pilih USD? cuba study dulu fluctuation USD/MYR. cuba comparekan dgn currency lain dulu. http://www.forex-rates.biz/USD/MYR/
By Aka on Sep 5, 2009 | Reply
Banyak ribu ,saya telah beli emas di GIA pada 18/3/2009 pada harga RM110.02 .
Di dapati setelah hampir 6 bulan
kalau di ambil kira pada 4 hb sept
Harga emas
Selling price : RM115.09.
Buying price : RM110.60
Kalau saya jual keuntungan kecil
RM110.60-RM110.02 = 0.58sen/gram
Kalau lah tempoh hari beli emas fizikal dan pajak di ar rahnu,
pasti kerugian kerana tak dapat nak tampung upah simpan.
Kesimpulan :
Nak untung dalam pelaburan emas ini, tidak semudah yang dijangkakan.
Kena fikirkan untuk jangka masa panjang.
By Aka on Sep 5, 2009 | Reply
Banyak ribu ,saya telah beli emas di GIA pada 18/3/2009 pada harga RM110.02 .
Di dapati setelah hampir 6 bulan
kalau di ambil kira pada 4 hb sept
Harga emas
Selling price : RM115.09.
Buying price : RM110.60
Kalau saya jual keuntungan kecil
RM110.60-RM110.02 = 0.58sen/gram
Kalau lah tempoh hari beli emas fizikal dan pajak di ar rahnu,
pasti kerugian kerana tak dapat nak tampung upah simpan.
Kesimpulan :
Nak untung dalam pelaburan emas ini, tidak semudah yang dijangkakan.
Kena fikirkan untuk jangka masa panjang.
Dilihat keuntungan sepanjang emas hampir 6 bulan lebih kurang 0.527%
Kalau simpan di asb rasa-rasa dapat juga lebih kurang 3-4%
By kongsi on Sep 5, 2009 | Reply
aka..
awak beli masa mahal dan nak jual masa mahal jgak mana boleh buat untung.. awak tgk masa emas murah:
04/05/09 10:51 AM 1 gram
Selling price : RM 103.3900
Buying price : RM 99.3600
sepatutnya awk tak boleh terburu-buru, kena kaji dulu dan kene pandai tgk harga..kalau awak beli dgn harga diatas awak dah untung sbyak RM7.21 1gram.
awak tgk harga coin kijang emas ms tu:
USD 887 per ounce 4-May-09 at 8:22:25 AM
Selling price : RM3334
Buying price : RM3229
USD 992 per ounce 4-Sep-09 at 2:06:42 PM
Selling price :RM3698
Buying price :RM3580
kalau awak beli coin, awak dah untung sebanyak RM246 dah boleh bayar upah simpan kat br dan ada lebih lg.
kesimpulan:
kalau awak nak buat untung jgkamasa pnjg, bila2 awak boleh beli emas.
kalau dalam jgkamasa pendek kena pandai tgk harga, jgn terburu2..
good luck….
By mama on Sep 5, 2009 | Reply
Salam terawih… pd org melayu apabila cakap tentang emas hanya fikirkan boleh gadai dan jual semula tetapi xda dlm kamus simpan… klu gadai nak tambah emas lagi mama setuju …kita juga kurang analisa harga emas bila org kata baik kita tidak berfikir panjang….emas ini akan naik dan turun berdasarkan permintaan dan penawaran. Musim2 perayaan emas akan naik tetapi kita tertipu bila dikatakan ada tawar istimewa.
Seorang kwn telefon beritahu ada tawaran harga murah, mama suruh kira baik-baik harga yg ditawar bahagi dgn berat emas sbb kadangkala mereka letakkan harga upah yang mahal maka xjadi belilah kwn mama.
Kesimpulannya jgn jual simpan untuk pelaburan….. nanti mama cerita lagi …wassalam
By sukri on Sep 6, 2009 | Reply
betul tu..nak main emas ni ilmu kena ada..hari-hari belajar tengok graf harga emas je..baru bleh tau bila masa nak beli n bila masa nak jual..
reply: Haah, betul tu.. kalau ada ilmu technical analysis then senang sket nak buat ramalan harga emas nie..
By gldsnpr on Sep 6, 2009 | Reply
Aka.. tulong tgk tips yg saya post kat sebelah nun.. Nak untung GIA ni kena tau bila harga bulih naik…
Contoh pun ade tuh:
Takpelah, saya kasi contoh sini je laa..
Katakan harga GIA sekarang Jual RM115/g Beli RM110/g
Lepas tu bila wat analisa teknikal dan kajian pasaran, (kena blajo lerr) maka dpt projeksi harga emas bulih naik hingga GIA Jual RM 125/g Beli RM120/g . Double check dan dapatkan kepastian dan keyakinan.
Maka barulah kita beli GIA ngan harga Jual RM115/g tu.
Kita hold hingga harga cecah GIA RM 123-RM124/g—-> analisa dan research balik untuk kepastian untuk kita nak jual pula. Kalau dpt je RM125/g pegi le jual. Dpt le lebih kurang RM10 beza dia se-gram.
Cth :
Katakan kita nak beli 260g pada harga awal tadi. Kenapa tak 250? Ehehe.. saja letak 260 sebab 10g baki nanti nak wat denak..
260g x rm115/g = RM29900
Pastu bila dpt rega GIA jual rm125 , anggaran harga belian baliknya adalah pada rm120/g, maka:
260g x rm120/g = RM 31200 < -------- untung 5 hinggit
Oleh itu untung adalah RM 31200 - RM29900 = RM1300 = 4.35 % keuntungan dlm masa sebulan lebih jer.
Kalau diizinkan Allah, maka jadi ler camtu.
Kalau hanya nak kuorkan 250g jer?
250g x rm120/g = RM 30000
Oleh itu untung adalah RM 30000 - RM29900 = RM100 = 0.34 %
Sikit jer untung sebab simpan denak..uhahahahah... Ini juga bermakna, kalau wat pinjaman 30k, duit tu dah bulih wat kuor dan bayor pada mak bapak atau arrahnu kita. Dan ko dah ade reta Emas 10gram dlm GIA...kuakuakua.... yg bernilai 10g x rm125/g = RM 1250.00# pada masa tersebut. Itu pun kalo ko tak wat kuorkan.. Kalu wat kuorkan.. dpt le RM1200 jer...wahahahah.
Sebab tu..modal kena perlebih sikit...
Eheh.. sekadar contoh jer
reply: Hehehe.. contoh yang baik, mantap dan jelas.. thanks gldsnpr
By min on Sep 9, 2009 | Reply
katakanlah… lepas pajak..dan kita telah gunakan duit yg diberikan oleh ar rahnu, selepas 6 bulan kita x ambil balik sebab wang takde, so bagaimana?
reply: Jawabnya kena lelong lah emas tu..
By kongsi on Sep 9, 2009 | Reply
emas anda akan di lelong oleh ar-rahnu dgn harga semasa dan duit tersebut akan di -pinjaman+upah simpan=baki akan diserahkan kpd anda.
untuk mengelak dr di lelong, anda perlu membayar upah simpan shj dan pinjaman akan dilanjtkan selama 6 bulan lg.
anda juga boleh byr upah simpan atau pinjaman secara ansuran selama tempoh pinjaman untuk mengelakkan rasa terbeban di akhir tempoh pinjaman tersebut.
By Ryss on Sep 11, 2009 | Reply
Emm… nk tnyer… klu sy nk jual gold bar… di mana tempat yg boleh dijual gold bar tersebut?
By nina on Sep 11, 2009 | Reply
salam, mama nak alamat emel boleh? nak tanya byk ni.
By azmanor on Sep 11, 2009 | Reply
klu x dpt tebus , byr j upah , simpan dlu then sambung lg 6 bln , klu msh x mmpu jgok , cari je tauke emas yg berhampiran then jual je…tq
By azmanor on Sep 11, 2009 | Reply
klu G Bar Public Gold , cari je agen2 yg brdekatan then blh buat urusan penjualan …tq
By zbss on Sep 11, 2009 | Reply
Apa jadi kalau something happen pada bank macam kena rompak (maaf ini sebangai contoh aje) then emas kita hilang. Adakah bank akan ganti balik emas tu? TK.
reply: Bank akan gantikan emas yang kena rompak dalam bentuk RM. Nilai gantian adalah sama dengan nilai marhum emas yang dipajak.
By mam on Sep 13, 2009 | Reply
Salam nina, tunggu lepas raya sbb mama nak kejar 10 malam terakhir lailatul qadar takut tak bertemu ramadhan tahun hadapan. Insyallah permintaan nina akan dilayan….sabar…
By brader Jeff on Sep 15, 2009 | Reply
Assalamuailaikum/// saya budak bru belajar
Soalan saya : Kepada senior2 dan otai2 emas…skadar nk tnya pndapat,mcm mn kalau sy wat personel loan,untuk menceburi bidang pelaburan emas ni,bgtau komen pendpt anda, adakah sy mampu bayar sume loan tu sbelum tempoh matang ,oan ctohnya 10 tahun.byr dlm masa 3 tahun jer..Adakah pelaburan emas ini mampu smpai ke tahap tersebut
By Abu on Sep 15, 2009 | Reply
Assalamualaikum,
Saya ni baru nak berjinak-jinak dengan pelaburan Emas ni, banyak benda kena fikirkan pasal pajak emas di Ar-rahnu ni. Pertama saya baru buat loan dalam sekitar RM24K, dan rakan saya kata mungkin boleh pajak emas hingga 400g di Arahnu, saya terfikir juga cadangan dia tu, contohnya. Mula-mula beli emas 200g dan dapat pinjaman BR dari 65% harga semasa emas tu kita beli lagi emas dan pajak lagi n balance yg kita pajak tu dapat lagi dan di tambah sedikit duit tambahan maka dapat seketul lagi menjadikan 500g emas, n duit balance hasil last yg kita pajak tu dalam sekitar RM8K di tangan, so setelah 6 bulan tarikh tu apa akan kita lakukan sekiranya duit yg BR bagi pinjam tu kita tak mampu nak tebus, bagaimanakah dengan kedudukan emas tu, adakah ianya akan dilelong atau ada jalan utk menyelamatkannya…. dan adakah ianya boleh membuat keuntungan.
Sorry soalan tu keliru sikit tuan..
By Abu on Sep 15, 2009 | Reply
Maaf tuan soalan tambahan;
Mengenai pelaburan emas maya ni saya dapat dari penjelasan ustaz zaharuddin melabur dengan Public GIA ni tak boleh sebab emas tak boleh tebus ianya hanya atas kertas sahaja berbanding dengan Maybank GIA tu di boleh kan sebab boleh tebus, apakah perbezaan kedua-duanya tu dan yang manakah terbaik untuk disertai saya pun teruja gak dengan konsep GIA ni… hehe!
tT/Kasih
By zmamat on Sep 15, 2009 | Reply
Salam Abu,
Yang terbaik ialah yang halal. Kalau Maybank GIA boleh, then Public GIA tak boleh, then yang terbaik ialah Maybank GIA lah.
Sekadar memperingati saudara-saudaraku sekalian, carilah yang halal walaupaun sedikit daripada yang haram walaupun segedung.
By Reimei on Sep 15, 2009 | Reply
Salam kpd semua,
Jangan cepat buat kesimpulan membuka Akuan GIA PB tu haram. Ramai di antara pelabur-pelabur dah bukak akuan GIA ni. Sudahkah tuan2 merujuk kepada pihak JAKIM & Majlis fatwa? Camne dengan pembelian Unit Trust, Saham, Pelaburan lain (Lintah, keli, cacing) bukannya pelabur2 boleh lihat sendiri barang yang dilaburkan. Oleh kerana tidak “nampak” barang tersebut adakah semua itu “gharar” yang dikatakan haram?
By shamsul anuar on Sep 15, 2009 | Reply
JAKIM Kata PBGIA tak haram.
Sapa2 nak jual emas boleh call sy 012- 931 3145
emas 999.9 rm110/g
emas 916 rm98/g
http://www.goldcrestpavilion.com
By zmamat on Sep 16, 2009 | Reply
Salam sahabat sekalain,
1. Saya merujuk kepada soalan Abu yang memetik dari ustaz Zaharuddin yang mengatakan Public GIA tak boleh. Pemahaman saya pun begitu. Emas dan barangan lain kaedahnya berbeza. Sila rujuk: http://www.zaharuddin.net/content/view/764/72/
2. Kita nampak ada 2 pendapat yang bercanggah tapi masing-masing mungkin ada hujah. Hukum ASB pun begitu. FATWA kata harus, Panel syariah Bank Negara tak ikut panduan syariah SC. Boleh rujuk sini juga:
http://www.zaharuddin.net/content/view/805/
Salam
By Pendatang on Sep 16, 2009 | Reply
Tolong advice tentang MyGold2u.com ?
Boleh atau tidak dari segi syarak ?
By shamsul anuar on Sep 17, 2009 | Reply
pendatang… boleh antar email kat JAKIM. tanya JAKIM sendiri ler…
Harga used Gold n Gold bar 17/09/09
Saya beli emas 999.9 pada harga rm111/g.
emas 916 rm100/g
call 012- 931 3145
By ambo on Sep 17, 2009 | Reply
sy nak tya sesiapa saje yg tahu…
sy dgr yg terbaru br sekarang dah tak terima emas bar dan kijang emas untuk di gadai…betuk ke?
yg diterima hnyalah emas perhisan sahaja…
yang lainnye tak boleh digadai di br…!
By Fazli on Sep 21, 2009 | Reply
kalau ada modal RM5k .. pelaburan GIA atau emas fizikal yang baik?
By Halim on Sep 23, 2009 | Reply
hanya BR tertentu masih terima gold bar atau syiling. Kena rajin call cawangan BR
By shawn on Sep 23, 2009 | Reply
salam.. dari pengalaman tuan admin, yg mana lg bagus untuk pajak? bank rakyat @ agro? boleh compile sikit pro & con?
yg sy dah baca
bank rakyat:
-boleh pajak sampai 65%
-upah tinggi skit (kalo compare agro bank pajakan 65%)
agro bank:
-boleh pajak sampai 75%
-upah ikut nilai pajakan (0.75% untuk 75% pajakan)
bagaimana plak dgn harga marhum yg ditawarkan? bank rakyat @ agro lagi tinggi? atau sama je?
By azmanor on Sep 24, 2009 | Reply
saudara kongsi ,
t ksh byk atas penjelasan yg diberikan…
By azmanor on Sep 24, 2009 | Reply
saudara fazli ,
beli emas fizikal rsenye lebih baik…tq
By azmanor on Sep 24, 2009 | Reply
saudara shawn ,
klu camtu , agrobank la lagi baik….tq
By Azhar on Sep 25, 2009 | Reply
Saya selalu lihat gold wafer di Airport Dubai. Jika saya beli di sana, dakah saya dapat jual wafer tu kat Malaysia?
By shawn on Sep 28, 2009 | Reply
@Azhar
rasenye boleh. cuma kene jual dkt kedai emas la. spread tinggi.
@shamsul anuar
ada link tak bg keterangan JAKIM pasal GIA? kalau btl2 xhalal kene pikir 2x sbb spread maybank x cun..
By putra on Sep 28, 2009 | Reply
saya nak tanya sikit mengenai pelaburan mygold2 adakah pelaburan tersebut betul. pelabur akan diberikan syiling emas tersebut dan sebulan sekali akan ditukar. saya hanya dengar saja orang tua saya beritahu. terima kasih.
reply: Elakkan pelaburan sebegini..
By shamsul anuar on Sep 29, 2009 | Reply
shawn ini link yg kata GIA tu harus.
http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf
http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf
By shamsul anuar on Sep 29, 2009 | Reply
http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/92be69fae3f225c0482567f1005a8e7b/f848e65ac0e37605482575ad0030fbaf?OpenDocument
By ah on Sep 30, 2009 | Reply
salam
saya nk tnya psl pajakan ni, saya ade buat ckit kiraan utk nilai upah simpan, jika slh, tlg betulkn…
saya amik nilai yg sama dgn pajakan saudara iaitu rm41300
kadaran upah smpn bg br,http://www.bankrakyat.com.my/web/guest/arrahnu;jsessionid=4F742331D2B361854E17FABFB6298E57
nilai pinjaman antara rm 5001-rm50000- jd kiranya ikut skim al-zahab, nilai upah ialah rm0.75 bg setiap rm100 bg setiap bulan
upah simpn = rm41300/100 * rm0.75 = rm309.75 per month
betulkah kiraan saya ni?
saya masih belum beli emas, saya nak tuntut ilmu dulu smntra tggu sdikit masa lg kmpul duit utk beli pg goldbar.
saya ada pikirkan utk kaut untung jangka masa pndek, pajak-> beli emas-> jual->tebus..time ni saya igtkan pajak bila harga tggi spy dpt pijmn yg lebh tggi, rupanya pajak bila harga rendah then beli emas bila saya tbaca slh satu artikel kt website ni. tapi kene pandai analysis harga emas semasa…nmpknye bab ini saya msih sgt lemah.
thanks, informasi yg sgt bguna.
reply: Upah simpan adalah berdasarkan nilai marhum (nilai keseluruhan emas yang disimpan) bukannya nilai pinjaman 65% yang diberikan. So pengiraan tu kurang tepat.
Pasal nak buat teknik pajak beli emas.. memang kena tunggu harga rendah baru pajak dan beli emas. Jangan buat ketika harga di puncak. Takut rugi.
By akmal on Sep 30, 2009 | Reply
Salam,
Soalan 1: kenapa pajak emas waktu emas rendah?.
Kalau pajak emas waktu harga tinggi, duit pajakan boleh (simpan dulu) kemudian di jadikan modal untuk membeli emas ketika harga emas turun.
Soalab 2: kemanakah sebaiknya duit pajakan tu dilaburkan supaya akhirnya dapat tebus semula emas yg dipajak?
By mama on Oct 1, 2009 | Reply
Salam Aidil fitri kwn2,
Kalau kita belajar secara teori tapi xsama dgn praktikal.Kadangkala naik turun harga emas bergantung kepada keadaan. Kadang kala dalam masa 2 minggu dah boleh dapat untung contoh 2 minggu sebelum raya kenaikan yang melonjak kemudian turun sedikit dan hari ni naik balik rasa2 mama lepas raya deepavali baru turun sikit…….
Dari bulan 7 ke bulan 9 keadaan emas agak merundum sebab org xnak beli emas jadi harga emas rendah jadi siapa yang beli emas masa harga tinggi maka 2 bulan tu sakit la sikit…… walau bagaimanapun beli emas lebih baik dari tidak beli emas……
By khairul on Oct 7, 2009 | Reply
salam
saya nak tanya sikit jika saya ada emas yang ditebus dari eee, kemudian saya nak buat gadaian di bank rakyat adakah diterima?
By shamsul Anuar on Oct 7, 2009 | Reply
salam khairul… BR gombak jer yg terima goldbar eee tu. kalu susah sgt nak pajak boleh jual terus kat sy masa harga tgh tinggi ni. boleh call 012-931 3145 http://www.goldcrestpavilion.com
By bauswai on Oct 8, 2009 | Reply
salam sejahtera, saya ingin bertanya sekiranya kita pajak emas di br, selepas 6 bulan kita dikehendaki hanya membayar upah simpan aje sekiranya kita tidak mahu tebus emas kita. adakah kadar upah simpan 6 bulan selepas itu sama dgn kadar upah 6 bulan sebelum itu atau ia dikira berdasarkan harga emas semasa berdasarkan nilai marhum semasa?
reply: Kita bayar amount yang ditulis dalam surat pajak tu.. paling senang refer ajer surat pajak. semua maklumat ada kat sana.
By khairul on Oct 9, 2009 | Reply
salam….
ada teman cakap kalau ader swiss pamp gold bar boleh tolak kat UOB bank dengar harga agak tinggi.
reply: Cuba tanya teman tu.. UOB cawangan mana yang terima PAMP. Nanti saya nak gi jual. saya kasik komisyen kat teman awak
By mohd zamanuri on Oct 11, 2009 | Reply
salam..
tolong berikan penjelasan lanjut
1. bila masa yang sesuai untuk gadai dan tebus
2. bagaimana nak tebus balik emas yang telah digadai; adakah jual emas yang dibeli dengan duit hasil tebusan?
By budak baru belajar on Oct 12, 2009 | Reply
AsSalam Sifu Syukor,
Saya ni baru jer nak try2 beli emas ni…tp bila dah baca ebook u…terus jer nak rempit duit modal I…i nak tanya ttg pajak kat bank Rakyat Ar-Rahnu…
Soalannya begini: Katalah saya bermodalkan RM100k, ikut pasaran emas skrag around RM124, so saya boleh beli around 800g emas.
Then, saya pajak kat Ar-Rahnu, dapatla dalam RM65k. So dgn duit pajak ni saya beli lg emas, then saya pajak kali kedua kat Ar-Rahnu, duit tu saya beli emas lagi…sampai berulang-ulang.
Boleh ker kita pajak sebegitu (berulang-ulang) di bank Rakyat Ar-Rahnu, maksud saya bank rakyat bagi ker? Minta nasihat sbb Syukor dah pernah buat…tp saya tak tau ler Syukor buat sekali pajakan or berulang2.
Secondly, bank rakyat akan kenakan hanya bayar duit simpanan…so maksudnyer jika berulang kali pajak kat Ar-Rahnu…kali pertama upah akan berlainan dgn upah kali kedua, begitu ker? Minta nasihat sifu…
By redcious on Nov 26, 2009 | Reply
salam…sy nak tanya sikit memandangkan info yg saya dapat agak mengelirukan daripada seorang penjual emas yang beriya2 nak saya beli emas dr dia.
katanya..
kalau kita simpan@pajak goldbar kite di arrahnu br, kite bole dpt 65% dr harga emas tu (pinjaman la kan), kemudian setiap kali harga emas naik sepanjang tempoh simpanan tu, kita boleh ambil kenaikan itu drpd BR brdasarkn brape gram GB yg kite simpan. Betul ke?
seolah-olah kita menyimpan emas di br dan stiap kali harga emas naik, br akan bg kita duit kenaikan itu. Boleh tak en Syukor jelaskan sikit info ni sebab sy dah terpengaruh nak beli emas dr insan tersebut…takut ditipu saja.
By cikjune on Nov 26, 2009 | Reply
salam redcious, mungkin tersilap paham nie…cuba baca posting nie… mungkin boleh membantu kefahaman redcious tu…
http://jutawanemas.com/v1/pelaburan-emas/tips-membuat-keuntungan-dengan-emas-fizikal/
By wonderpets on Dec 1, 2009 | Reply
salam en shukri..
saya baru saje tahu mengenai PG kira2 3 hari lepas, belum pun beli apa2 lagi..masih perlu study abt PG ni..yg pastinya saya berminat untuk beli emas sebagai investment.
cumanya saya tak faham dengan pajakan yang dibuat menggunakan PG ni..adakah nilai 65% / RM41300 yg diberikan pada en shukor tu tak payah dibayar semula pada BR? takkan bayar upah simpan saje? rugilah BR kalau mcm tu..
apapun, maaflah kalau soalan saya ni mungkin menyimpang or tak de kena mengena langsung..maklumlah, masih baru
salam.
By cikjune on Dec 1, 2009 | Reply
wonderpet..wonderpet kami datang….hehe…. camni ler wonder pet… kan bank rakyat dah amik emas kita tu….so memang dia tak rugi pun…kalau kita tak dapat tebus balik…BR lelong ler emas yang kita pajak tu….
By redcious on Dec 10, 2009 | Reply
time kasih cik june..sy da bc. sbb tu la sy terpikir nk tnye soalan tu.
lg satu..adakah kalau harga emas tu naik, maka kite bley mntk kt arrahnu di mana kte smpan emas tu utk pnjam duit lg brdasarkan kenaikan tu?
maksudnye nilai 65% tu kan da berubah..adakah die akan tambahkn lg pnjaman kte kalau kte mntak?lepas seminggu kte pajak la(katakan harga emas tu naik pas sminggu kte smpan kt bank rakyat)
tp kalo cmtu bermakna harga yg nak ditebus tu nnti berubah jg la kan?
By cikjune on Dec 11, 2009 | Reply
redcious… bukan camtu….BR bukannya tempat kita buat pelaburan… tapi tempat kita nak pajak emas tu dapat pinjaman 65% pehtu dengan duit tu beli emas lagi….emas yang kita beli nie… jual ler bila harga agak2 bleh dapat untung dan cover upah simpan untuk emas yang pajak mula2 tu so lebihannya tu lah keuntungan…. hehehe.. bleh paham ke redcious… senang beli e-book lerr…. siap ada pengiraan lagi….
By mohdyunosmohdjohari on Dec 25, 2009 | Reply
tq,sy dah beli dan baca buku en syukor.mungkin 80% faham.now tunggu masa untuk persaraan.jika tiada halangan bulan dec tahun hadapan.itu sebabnya sy buat persediaan dari skrg,dgn harapan imbuhan dari persaraan dapat dilaburkan dlm pelaburan serta perniagaan emas.doakan sy berjaya.
reply: InsyaAllah dengan ilmu yang betul sedara boleh membuat pelaburan emas yang betul, selamat dan menguntungkan
By AzlishamAzmi on Jan 5, 2010 | Reply
Salam En Syukor. Saya baru saja contact BR & AG HQ (5 JAN 09-1615). Mereka tidak terima lagi buat sementara waktu jongkong emas dari Public Gold. Adakah cara lain untuk menjana keuntungan dengan Ar-Rahn? Pandangan dan nasihat sangat dihargai. Terima kasih.
reply: Buat masa nie ar-rahnu bank rakyat stop kejap gold bar. Mungkin pasal banyak skim pelaburan menggunakan gold bar. InsyaAllah pada masa hadapan diorang terima balik. so kalau nak gi gadai kena try tanya ar-rahnu lain spt Ar-Rahn kelantan, YAPEIM or agrobank.
By AzlishamAzmi on Jan 5, 2010 | Reply
Maaf (5 Jan 10 – 1615).
By Zet on Jan 5, 2010 | Reply
redcious..berkenaan soalan yg ditanya pada cik june tu..jawapannya boleh jugak buat cara begitu..awak boleh renew surat pajak tu selepas seminggu jika harga emas lebih tinggi dari harga emas semasa awak pajak for the 1st time tu..n then BR akan bagi pinjaman setelah tolak nilai pinjaman pertama + upah simpan..baki tu awak dapat la.. harga untuk tebus juga makin meningkat la..tapi awak bleh renew sampai bila2..(sampai dapat blik modal la kata org). kengkawan kat ofis sy dah 2 tahun lebih wat gini n sy sendiri pun ade wat cara ni.