Ebook

Membeli dan menyimpan gold bar/bullion

Ditulis pada 10 August 2008 – 6:37 pm | by syukor |


Salam sejahtera kepada semua pembaca.

Antara pelaburan emas terbaik ialah dengan membeli gold bar (atau dipanggil bullion). Kalau dalam bahasa Melayu dipanggil jongkong emas.

Berdasarkan suryey saya di kedai emas, bank dan sekitar Malaysia, terdapat 3 jenis gold bar yang popular dan boleh anda beli iaitu:

1. PAMP Suisse gold bar
2. Poh Kong Bunga Raya gold bar
3. Public Gold gold bar

Mari lihat satu persatu.

1. PAMP Suisse gold bar.

PAMP ini adalah singkatan bagi (Produits Artistiques Métaux Précieux) (artistic, precious metals products).

PAMP yang berpengkalan di Switzerland merupakan salah sebuah syarikat yang terkemuka dunia dalam menulenkan logam berharga dan mengeluarkan produk-produk daripada logam-logam berharga seperti perak, emas, platinum dan palladium.

Laman web syarikat ini ialah http://pamp.com/main.htm

Emas keluaran PAMP ini diiktiraf mutu, kualiti dan ketulenannya di seluruh dunia. Maklumlah, made is Swiss. Cuba search dalam google berkenaan PAMP Suisse gold dan anda akan dapati banyak gambar-gambar emas keluaran PAMP. Gold bar PAMP senang dijual beli di mana-mana negara di seluruh dunia. Kesemua gold bar PAMP mempunyai nombor siri dan juga sijil ketulenan (Assay certificate).

Di Malaysia, terdapat 2 bentuk gold bar PAMP yang dijual:

1. PAMP Suisse gold bar 100 gram dengan sijil ketulenan warna pink.


PAMP gold bar 100 gram

Klik gambar untuk besarkan, jangan rambang mata sudah ler :)

PAMP gold bar close up
Klik untuk besarkan, jangan rambang mata sudah ler :)
.

Gold bar nie boleh dibeli kat Habib Jewel, Etika Emas, UOB Bank dan kedai emas tertentu.

Ketulenan emasnya ialah 24K (999.9)

Memandangkan harganya yang tinggi, maka tak banyak kedai emas yang jual gold bar 100 gram nie.

Emas nie sesuai untuk buat pelaburan dengan cara beli dan simpan. kalau boleh 3 tahun ke atas. kalau boleh simpan lebih 10 tahun, lebih baik.

Kebaikan:

1. Emas PAMP Suisse terkenal di seluruh dunia. Boleh dijual beli di seluruh dunia.
2. Ada sijil ketulenan dan nombor siri
3. Kualiti emas 24K, 999.9

2. PAMP Suisse gold bar dalam plastik biru.


PAMP Suisse gold bar dalam plastik biru

Antara bentuk lain gold bar PAMP suisse ialah seperti di atas.

Gold bar nie boleh di dapati di kedai emas biasa, tapi anda kena tanya.

Kalau kat Melaka emas PAMP Suisse boleh dibeli di Kedai Emas Poh Win, Melaka Mall, kat Mahkota Parade pun ade. Antara saiz yang boleh didapati ialah 10 gram, 20 gram, 31.10 gram, 50 gram dan 100 gram.


Gold bar PAMP suisse kat kedai emas Poh Win, Melaka

Emas nie dibalut dalam bekas plastik yang keras, tujuannya ialah untuk melindungi emas kat dalam tu. Jadi anda tak boleh nak buka dan pegang emas tu. So, tengok dari luar ajelah. Kalau nak buka jugak kena toreh dengan pisau ler jawabnya :)

2. Poh Kong gold bar (Bunga Raya).

Jika anda mengunjungi kedai Emas Poh Kong, mereka juga ada menjual gold bar keluaran mereka sendiri yang dinamakan Bunga Raya gold bar.

Gold bar ini boleh didapati di dalam berat 1 gram, 5 gram, 10 gram, 20 gram, 50 gram dan 100 gram.

 


Jongkong Emas Poh Kong Bunga Raya.
(p/s: terima kasih diucapkan kepada saudara Dzulhusni Anjang
kerana mengirimkan gambar gold bar Bunga Raya kepada saya) .

By the way, ini website kedai emas Poh Kong http://www.pohkongjewel.com/

Emas nie kualitinya 24K, 999.9 . So memang tulen. Tapi dari segi popular, emas Poh Kong Nie kurang terkenal berbanding PAMP Suisse.

Kalau anda nak jual kembali emas nie kepada Poh Kong, Biasanya mereka akan tolak 15% ke 18% dari harga emas semasa.

3. Gold bar Public Gold.

Public Fine Gold International Gold Sdn. Bhd. (Public Gold) merupakan sebuah syarikat di Malaysia yang menawarkan gold bar untuk tujuan pelaburan.

Syarikat yang berpusat di Bukit Jambul, Pulau Pinang ini mengeluarkan gold bar dan syiling emas atas jenama Public Gold.

Untuk gold bar, saiz yang ditawarkan mereka ialah 20 gram, 50 gram dan 1 kilogram. Kualiti emas ialah 24K (999.9)

Laman web Public Gold boleh dilawati di www.publicgold.com.my

Saya telah mengunjungi ibu pejabat Public Gold untuk mendapatkan maklumat dan melihat sendiri gold bar keluaran mereka.

 

Ini gambar gold bar Public Gold:


Gold bar 20 gram dan 50 gram Public Gold
.

Gambar belakang gold bar
.

Jika anda nak tahu cerita penuh mengenai Public Gold, cara membeli dan pengalaman saya, sila lawati artikel saya di sini http://jutawanemas.com/v1/?p=837

Ok then, selamat membeli emas :)

Jika ada sebarang komen, sila letakkan di ruangan komen.

Segala pertanyaan anda dialu-alukan.

1.Jangan lupa melanggan Newsletter jutawanemas.com
Anda akan menjadi orang pertama mendapat update
mengenai pelaburan emas di Malaysia :)

Hadiah dari blog Jutawanemas PERCUMA!

Nak hadiah FREE preview ebook "Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas" sebanyak 105 mukasurat untuk anda?

Juga tips-tips pelaburan emas yang menguntungkan terus ke-email anda.

Anda cuma masukkan nama dan email anda ke dalam kotak di bawah.

Nanti hadiah anda akan sampai kat dalam email :)

Artikel berkaitan:

Related Posts

Put your related posts code here
  1. 67 Responses to “Membeli dan menyimpan gold bar/bullion”

  2. By Wan on Aug 18, 2009 | Reply

    Kepada Bro Sukri dan nizamjb. terima kasih kerana membetulkan figure tersebut…memang typo error….maklumla keyboard melompat..
    dan masa menaip tu rasa mabuk sikit sebab kena nasik kandar penang…..mungkin taruk daun ketum kot….apa pun..salute to u all..Tq

    reply: Ok, welcome :)

  3. By Boon on Sep 21, 2009 | Reply

    Bro Sukri,

    Saya dah baca semua komen Sukri di atas.

    Kenapa priority seperti berikut?

    Kijang Emas, UOB Bank Coin, Dinar Kelantan, Public Gold and PAMP Swisse Gold

    Adakah kerana trading "spread" lebih rendah atau kaedah "jual beli" lebih senang?

  4. By shoaaib abd rahman on Apr 6, 2010 | Reply

    hi saya ingin tahu adakah harga bullion yang ada di malaysia mengikut harga bullion di LONDON METAL EXCHANGE kalau ya berapakah harga GLD 999.9 DAN 999.5

    TERIMA KASIH

    reply: harga emas kat malaysia memang berpandukan harga london, tapi diorang akan + kos overhead mereka. Harga emas tak sama antara satu pengeluar dengan pengeluar yang lain. so itu kena tanya penjual tersebut sendiri.

  5. By Annaline on Apr 18, 2010 | Reply

    en.syukor,
    sekiranya saya teringin membeli emas cth nya brg kemas, tetapi tiada modal. Pada pendapat encik sebagai seorang jutawanemas, wajarkah saya beli dengan kad kredit?
    *(sy maklum interest & jga ttg kenaikan hrga emas)
    Ingin tahu adakah wajar atau tidak wajar.

    reply: Tak wajar sbb interest kredit card tu tinggi. kalau buat loan utk berniaga emas tu ok lah jugak sbb boleh dapat untung. kalau sekadar nak tunggu harga emas naik sahaja… ada risiko.

  6. By Annaline on Apr 18, 2010 | Reply

    terima kasih en.syukor

  7. By azrul on Apr 20, 2010 | Reply

    a'kum bro syukor..

    ada tak agen public gold di sekitar jitra kedah?

    reply: Cuba check kat laman web public gold at http://www.publicgold.com.my

  8. By zawfan on Apr 22, 2010 | Reply

    bila en.syukor nak mai buat ceramah emas kat kedah plak?

    reply: InsyaAllah dalam bulan 6. tengoklah cammana schedule..

  9. By aj on Sep 25, 2012 | Reply

    Assalamualaikum..

    Saya baru je dapat kerja dan sekarang tengah fikir cara yang paling sesuai untuk menabung+melabur. saya bercadang untuk membeli 1 pamp suisse gold bar 5g setiap 2 bulan saya bekerja sebagai pelaburan.

    saya tidak bercadang untuk menjual tapi just untuk nak simpan untuk jangka masa panjang – mungkin 5 ke 10 tahun..so, adakah tindakan saya ni betul?adakah saya akan kerugian atau menguntungkan?

  10. By Fiqx_YZ on Apr 2, 2013 | Reply

    Assalamualaikum.. gold investment ap sbenarnye.. buat biz emas ke? yg sal investment kat bank lg.. bole some1 trgkan kat sy ta? ni first time dgar.. baca comment mcm best jea.. bru habis study dip.. tgah boring.. kan best law dpt buat sesuatu yg boleh menjana pndapatan..

  11. By syukor on Apr 4, 2013 | Reply

    Gold investment @ pelaburan emas adalah salah satu bentuk pelaburan yang ada di malaysia. Ia adalah pelaburan yang hangat ketika ini. Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, baca artikel terdahulu saya kat sini http://jutawanemas.com/v1/artikel-terdahulu/

  12. By ridzhan on Sep 10, 2013 | Reply

    saya berminat nak melabur emas fizikal… apakah langkah2 yang perlu di ambil untuk memulakan pelaburan?

  13. By MR HAIDARA on Feb 6, 2014 | Reply

    Product; gold bars.dust
    Specs ; 22+carat
    Quantity; 200kg
    Weight ; 94%Purity
    Price ;
    Terms ; FOB, CIF
    Packing ; in export packing metal boxes

    mali gold mining company ,i mr modibo keita ,on behalf of
    keita gold markerter proposed a business transaction on Au
    Metal ( Gold dust and Bars) We have gold dust and bars in
    large quantity ready for sale. Interested buyers, companies and
    firms are welcome for business
    More info:Thanks to experienced Managers, our company is among the
    biggest gold markerters here mali . Due to our own facilities
    we have an advantage over others markerters.We are able
    to supply any quantity small or large to suite your needs

    Country:Mali
    Company:keita gold markerters
    head office;bamako
    Contact person:mr haidara
    Tel.: +22375726102
    EMAIL.keitagold.markerters@yahoo.co.uk
    facebook.com …..keita gold markerters SARL

  14. By lee on Nov 18, 2014 | Reply

    Emas pamp ni,klau jual kt kdai.kdai ambl x(brapa% tolak arga smasa dan jual smula pda agen leh x

  15. By ZAKARIA HASSAN on Jan 13, 2016 | Reply

    As salam tuan…kalau lepas beli emas fizikal di mana nak simpan? Bukankah proses menyimpan itu salah satu daripada pelaburan dan tujuan keselamatan juga? Atau adakah saya terus gadai emas fizikal di Ar Rahnu untuk mendapatkan pinjaman untuk membeli emas lagi? Terima kasih.

  16. By Pasang Cctv Di Solo on Apr 21, 2016 | Reply

    Package pairs of cheap cctv, please visit http://www.cctvsolo.web.id/

  17. By Paket Cctv Di Solo on May 3, 2016 | Reply

    waoww

  1. 1 Trackback(s)

  2. Jun 3, 2011: Membeli Emas Fizikal di Kedai Emas « Emas – Rahsia Kekayaan Sebenar

Post a Comment

*
syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat, selamat dan menguntungkan.

Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik sini)

Dari: Syukor Hashim, Admin Jutawanemas.com
SMS/Whatsapp me@ 013-2126999

Pesanan: Untuk mendapat artikel terbaru, anda boleh melanggan newsletter blog ini. ianya FREE! Masukkan e-mail anda di dalam kotak di bawah:

Langgan RSS

Dapatkan panduan PERCUMA tentang pelaburan emas! Klik gambar.


Dapatkan panduan PERCUMA pelaburan emas fizikal. Klik gambar.


Saya@TV9 interview: Pelaburan Emas

Saya@TV1 Interview: Potensi Pelaburan Emas




Facebook saya

Be MyFriend@Google+




Komen Pembaca