Membeli emas fizikal di kedai emas
Salah satu cara termudah membeli emas ialah dengan membeli di kedai emas yang berhampiran di tempat anda. Mudah kan?
Saya sendiri ada membeli emas dengan cara ini. Jadi saya ingin berkongsi tips bagaimana membeli emas di kedai emas.
Namun ada beberapa perkara penting yang perlu diambil kira sebelum anda membeli emas di kedai berkenaan.
1. Pertama sekali, disarankan anda membeli emas di kedai emas yang terkemuka contohnya Poh Kong, K.M Oli Mohamed dan Habib Jewel. Ini memudahkan anda untuk menjual kembali emas berkenaan pada masa depan.
Kat Melaka nie saya pergi beli emas di Kedai Emas Poh Win, kat Melaka Mall.
Cuma 5 minit driving dari rumah saya.
Yang bestnyer kat situ ada jual PAMP Suisse gold bar.
2. Untuk tujuan pelaburan, emas itu mestilah gold bar 24Karat @ emas 999.
Jangan beli barang kemas. Ini kerana barang kemas harganya lebih tinggi sebab pertukangan + keuntungan kedai.
Contoh gold bar yang lain ialah PAPM Suisse (terkenal). Bukan semua kedai emas menjual gold bar. Kalau kedai emas tersebut tidak menjual gold bar, pergilah ke kedai emas lain.
Contoh gold bar terbaik: PAMP Suisse gold bar. Saya recommend gold bar ini untuk tujuan simpanan. .Kedai emas Poh Kong ada menjual gold bar keluaran mereka sendiri.
Namanya Bunga Raya gold bar.
3. Tanya kedai emas berkenaan samada mereka akan membeli balik emas tersebut dimasa hadapan. Biasanya kedai emas akan meminta anda untuk membawa balik resit jualan asal bila anda mahu menjual.
4. Tanya berapa jumlah potongan yang akan mereka tolak apabila anda menjual emas kembali. Biasanya potongan adalah lingkungan 10% ke 15%.
5. Tanya kedai berkenaan adakah ada tambahan potongan jika ketul emas berkenaan terguris atau bengkok.
6. Jika anda nak beli dengan kredit card, tanya berapa surcharge yang kena tambah, biasanya 2%
Bila anda sudah mendapat jawapan-jawapan ini, maka anda boleh membuat keputusan samada nak membeli di situ atau pergi ke kedai lain.
Kebaikan membeli di kedai emas.
1. Kedai emas biasanya senang nak cari dan berdekatan dengan tempat tinggal anda. Berbeza dengan pembelian syiling emas Kijang Emas yang cuma boleh dibeli di Maybank cawangan tertentu sahaja.
2. Boleh beli after office hour. Tak seperti membeli emas di bank yang opis hournya dari jam 9.00 pagi sehingga 4 petang, kedai emas kadang-kadang buka sampai pukul 10 malam.
3. Boleh beli pakai emas kat sana pakai kad kredit. So mudah sket kalau takder cash in hand
kalau nak beli emas kat bank kena pakai cash.
4. Dapat emas fizikal. Boleh pegang. seronok. Boleh gi gadai kalau sesak-sesak nak pakai duit
5. kalau pandai tawar menawar, boleh dapat diskaun sket.
Antara Kelemahan beli emas di kedai emas.
1. Kalau beli kat kedai emas yang tak de brand name, mungkin dia akan tutup dan pergi ke tempat lain. Nanti susah nak jual balik.
2. Harga akan dipotong antara 10% ke 15% daripada harga semasa. Berbanding Kijang Emas yang cuma ditolak 3.1% – 3.2%.
Jadi itu sahaja yang saya dapat ceritakan berkenaan belian emas di kedai.
Semoga anda memperolehi manfaat dan akan memulakan simpanan emas anda sekarang.
Bacaan berkaitan:
1. Membeli wang syiling Kijang Emas di Maybank
2. Membeli Emas fizikal di UOB Bank
3. Simpanan Gold Saving Passbook di maybank dan Public bank
4. Membeli Dinar/Dinar emas Kelantan
5. Membeli syiling emas/gold bar Public Fine Gold.
Pesanan: Jangan lupa untuk melanggan newsletter JutawanEmas.com Blog ini sentiasa diupdate dengan panduan dalam pelaburan emas. Pastikan anda menjadi orang pertama mendapat update. Cuma masukkan email anda didalam kotak sebelah kanan laman web ini
.
Ianya mengandungi panduan, fakta-fakta, tips berkenaan pelaburan emas. ianya adalah PERCUMA!!Semoga ia akan membantu anda mendapatkan kekayaan sebenar .






Blog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat dan selamat.






![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/images/quotes_special.gif)

46 Responses to “Membeli emas fizikal di kedai emas”
By mambocombo on Jul 21, 2008 | Reply
walaupun potongan harga amat tinggi berbanding harga semasa, tapi trade in value nye tinggi..btol x?
jawapan: Betul
By jass on Jul 22, 2008 | Reply
pening gak ya…
baru 2 bulan ni dok beli emas dr kedai emas…
target pun mmg utk simpanan emas cuma ianya boleh dipakai
than dpt info lak pasal bar/jongkong..etika…dll
which one better ya…just give me your opinion…
utk lebih menyakinkan sebelum buat keputusan…
reply: Low risk dan murah = Kijang Emas. Then Dinar Emas Kelantan.
By rashid on Jul 24, 2008 | Reply
Apakah beza antara jual balik dan gadai.
jawapan: Jual balik means kita bukan lagi pemilik emas tersebut. Gadai nie macam pinjaman. Bila tebus balik, kita dapat balik emas tu.
Confirm ker dalam masa 10 tahun nanti, depa nak beli balik emas tu. Buatnya depa tak nak beli, parah jugak….
Reply: emas nie.. ramai orang nak beli. tak perlu risau. Jual emas memang paling mudah
By anna on Aug 29, 2008 | Reply
Saya ada modal rm10k , plan nak beli gold bar PAMP dari Etika…kalau jual balik kat bank laku tak ? bank mane yang boleh terima jualan gold bar tu? saya cuma nak tahu kalau nak jual balik nak pegi mane ye?
reply: Bank tak terima PAMP Etika. kalau nak senang, just beli emas fizikal dari Maybank (Kijang Emas) atau Dinar Emas Kelantan.
By azanee on Sep 7, 2008 | Reply
salam,
saya memang tertarik dengan artikel penulis, tetapi kebanyakkannya banyak menyarankan untuk membeli, boleh berkongsi pula, dari segi penyimpanan dan penjagaan. Bagaimana pula, pembelian emas dapat membantu dalam penjanaan kewangan bulanan, selain untuk jangka masa panjang.
reply: Boleh, no problem. Dari masa ke semasa saya akan update blog ini utk meliputi semua aspek pelaburan emas. So jangan lupa subscribe newsletter jutawanemas.com
By izahan on Sep 18, 2008 | Reply
Saya berminat juga nak beli gold bar, cthnya kalau saya beli gold bar bunga raya dari Poh Kong, tiba-tiba dlm 5 tahun Poh Kong tutup adakah saya boleh jual gold bar tersebut di kedai emas lain…
reply: boleh, no problem.
By gharib on Oct 17, 2008 | Reply
1.sekiranya saya membeli kijang emas dengan nilai rm50ribu melalui personal loan adakah saya boleh dapat keuntungan dalam tempoh 5 hingga ke 10 tahun ?
Reply: Ikut pengiraan saya, boleh untung (based on previous data)
baca kat sini http://jutawanemas.com/v1/?p=206
2. bagaimanakah cara yang selamat saya boleh menyimpan emas dengan nilai yang tersebut di atas? adakah dengan cara menyewa peti simpanan di Bank?
reply: Kalau 50K tu, better sembunyikan kat rumah. Sewa peti simpanan kat bank pun ok gak. Peace of mind. tapi kena tengok kos jugak. sebab kos penyimpanan akan mengurangkan keuntungan. so saudara kena calculate.
3. sekiranya ada peti simpanan di bank apakah saya perlu membayar sewanya dengan duit tunai atau melalui harga kenaikan emas melalui potongan terus oleh pihak bank.
reply: Kena bayar tunai.
By mee on Oct 20, 2008 | Reply
Dimana boleh beli PAMP suisse gold bar (biru) di KL?
reply: Mee, Cuba try telefon sini:
MKS PRECIOUS METALS SDN BHD
B-8-5, MEGAN AVENUE 1
189, JALAN TUN RAZAK
50400 KUALA LUMPUR
TEL : 03-21638288 FAX : 03-21631788
EMAIL : mkspmmal@mks.ch
WEBSITE : http://www.goldavenue.com
CONTACT : Ms NEPTINA NG
By mee on Oct 20, 2008 | Reply
Thanks for the info, but m in a dilemma whether to buy the pamp suisse (blue)gold bar from MKS precious metals or the suisse gold bar from habib jewel. Which one is more precious? And which gram is more worth it? 20gm or 50gm?
reply: Buy the biggest that you can affort. Doesn’t matter from who. Don’t worry about the packaging. Afterall it is the gold that is valuable not the packaging.
By mat said on Dec 9, 2008 | Reply
Kenapa saudara tidak cadangankan kepada pelawat-pelawat laman ini supaya membeli emas yang dilelong lagi untung!.
reply: Saya sendiri tidak ada pengalaman membeli emas yang dilelong. Jadi buat masa nie tak dapat nak recommend emas lelong.
By eyna on Dec 17, 2008 | Reply
Saya dah buat pelaburan emas sejak 2006.Sekarangni dah ada 130gram emas. Tapi saya beli emas 916 di kedai emas sebab sebelum ini saya tidak tahu tentang pelaburan seperti yang saudara terangkan. Apa pandangan saudara?
reply: Emas yang dah dibeli tu… takpe.. simpan je..
mulai sekarang tumpukan kepada emas pelaburan macam kijang emas, uob gold coin, dinar emas kelantan, public gold dan public bank GIA.
By pat on Feb 19, 2009 | Reply
ok lah… memang menguntungkan
By Lina on Feb 23, 2009 | Reply
saya nak tanya emas 916 yang org perempuan pakai sebagai hiasan diri tu rugi ke maksud saya boleh ke dikatakan sebagai pelaburan sebab artikel yang saya baca banyak menyentuh emas 999 apa bezanya?. Trade emas 916 selalu susut nilai 18 % betul ke rugi.
reply: Kalau utk tujuan pelaburan maka barang kemas tak sesuai. sebab ada kos workmanship dan susutnilai yang tinggi. Tapi kalau dah terbeli utk tujuan nak pakai, then it should be ok. Dalam jangka masa panjang memang akan naik harganya. Kalau nak invest beli gold coin atau gold bar public gold.
By hery on Mar 9, 2009 | Reply
public gold 2..hanye public gold je ke boleh beli balik emas tersebut..ataupun ada lagi slen 2..ar rahnu bank rakyat terima x syiling emas public gold..
reply: Emas nie boleh jual kat mana-mana kedai. Diorang akan terima, tapi utk memaksimakan pulangan better jual balik kat Public Gold agent dealer atau opis diorang. Ar-Rahnu Bank Rakyat memang terima syiling emas PG.
By man on Mar 16, 2009 | Reply
as kum, saya memang berminat dgn pelaburan ini, cuma i nak tahu bghmana i nak mulakan pelaburan emas ini , i ada cash 10k yg mana selamat sama ada i masuk dlm skim publicdinar.com @skim publicgold.com @ i beli emas 22k dari kedai ternama ?
By ALQUDS on Mar 16, 2009 | Reply
Salam….
Man,kalau berminat dgn emas fizikal,boleh beli publicgold atau dinar.kalau nak murah,beli dinar.bole beli dengan sy.
LAN 0162636141. agen publicgold
By azman bin mohamad on May 22, 2009 | Reply
best la ruangan u ni… banyak ilmu i dapat! tq..
By kay on May 29, 2009 | Reply
ok ke beli emas dgn etika emas?
By yanie on Jun 24, 2009 | Reply
slm…
sy nk tanya apa beza etika emas dgn public gold tu??
By taufik on Jun 24, 2009 | Reply
etika emas syarikat yang menawarkan skim pelaburan.. PG syarikat menjual emas
By zack on Jul 21, 2009 | Reply
saya nak tahu mana yg terbaik PG @ Etika Emas dari segi perlaburan
dan mengapa?
By amad on Jul 26, 2009 | Reply
sye baru nak mencburi dlm bidang gold investment ni. pada pandangan saudara mane yg lebih effective, kijang emas atau gold saving passbook.
reply: Kijang Emas sebab ia adalah emas fizikal.
By zuhairy on Aug 9, 2009 | Reply
ssalam…….
saya dah meminjam sebanyak 10 K dgn int 7.5 %…….so pelaburan yang mana untuk saya…………….tolong beri komen sikit……….tq
By goldman on Oct 28, 2009 | Reply
untuk harga emas jongkong dan lain2 yang hebat sila hubungi saya di goldman999.9@hotmail.com
harga lagi murah daripada habib poh kong dan dealer2 lain. bekalan antarabangsa
By Paning on Nov 9, 2009 | Reply
jika saya membeli kijang emas di maybank,saya dapat satu resit.
dan apabila nak jual balik, resit tu hilang.
boleh kah jual balik pada maybank?
By syam on Nov 19, 2009 | Reply
sy nk tanya,kalau harga emas di thai, di berunai,di indonesia?sama ke dengan harga malaysia?
By jai on Dec 5, 2009 | Reply
kenapa tak disarankan beli syiling emas yg kecik2. Macam saya duit tk byk. Cadang nak beli satu keping syiling sebulan dari uob.tapi yg kecik sekali la. Camne
By azmin on Dec 19, 2009 | Reply
sekiranya berminat,tp tiada pengetahuan tentang emas.mcmana?..cthnya..brpa modal terndah yg perlu ada..sifat emas,,.turun naik harga emas..bgaimanakah pelaburan emas itu dpt pulangan wang..perbezaan emas..22k,24k itu apa..
By eye on Dec 19, 2009 | Reply
en azmin..baca je semua artikel kat dlm website nih..nescaya akan terbuka la minda anda tentang emas
By amin on Jan 4, 2010 | Reply
saya ada pergi tanya salegirl kat habib, dia kata kalau pack gold pamp suisse tu dibuka harga dia akan turun….betul ke kat semua kedai macam tu? dan saya tak faham lagi dengan harga upah yang tertera kat pack dia tu….boleh bagi komen tak?
By reimei on Jan 4, 2010 | Reply
to amin, jika sdr nak membeli emas jongkong/syiling dinasihatkan jgn beli dikedai emas. Sebaliknya belilah di Bank2 yg menawarkan emas jongkong/syiling atau beli dari Public Gold..harga mereka jauh lebih murah dan kompetetif..sila rujuk “HARGA EMAS” kat atas web ni..
By shabri on Apr 12, 2010 | Reply
di habib upah yg tertera pada pack gold pamp suisse kenakan bila masa habib bagi discount rm10 utk gold bar pamp suisse tu…. sy pernah beli di habib pasaran rm141 sy dpt rm135 je tiada ada upah apa2 pun… klu di bank ikut pasaran tak silap saya… kepada amin awak lebih baik tnya kepada juru jual di habib terlebih dahulu… saya beli di habib wangs maju… awk boleh berjumpa tak silap saya pn. nurul…