Membeli syiling emas di Malaysia

Ok ! Sekarang saya nak bercerita tentang pelaburan syiling emas di Malaysia.

Maklumat semuanya dah ada di dalam blog ini tapi sekarang nie saya just nak buat summary dalam satu posting.

Untuk pengetahuan anda, di antara pelaburan emas yang paling mudah, murah dan best ialah membeli syiling emas?

Ya betul! syiling emas 🙂

.

Kenapa syiling emas?

Jawapan: syiling emas ada banyak kebaikan. Antaranya:

1. Mudah dibawa (portable)
Ini kerana syiling emas nie biasanya bersaiz 1 Oz , 1/2 Oz, 1/4 Oz, 1/10 Oz dan 1/20 Oz.

2. Mempunyai saiz, bentuk dan berat yang standard.
Ini kerana syiling emas dikilangkan (minting) mengikut standard yang ditetapkan. Dengan kata lain dengan melihat syiling emas berkenaan kita boleh mengetahui jenis syiling, pengeluar, berat dan ketulenan syiling berkenaan.

3. Mudah ditunaikan.
Memandangkan syiling emas nie mempunyai ciri-ciri seperti diatas, ianya mudah ditunaikan.

Ok, kita dah lihat kebaikan syiling emas, sekarang mari kita lihat syiling emas yang terdapat di Malaysia.

Di Malaysia terdapat beberapa jenis syiling emas yang boleh anda beli dan simpan, iaitu:

1. Syiling Kijang Emas

Syiling Kijang Emas boleh dibeli di Maybank.
Boleh didapati dalam bentuk 1 Oz, 1/2 Oz dan 1/4 Oz

Harga harian boleh check kat http://www.maybank2u.com.my/rates/gold_rates.shtml
Details kalau nak beli boleh baca kat sini

 

2. Syiling Emas yang dijual oleh UOB Bank, antaranya:

a) Canadian gold Maple Leave
Boleh didapati dalam saiz 1 Oz, 1/2 Oz, 1/4 Oz, 1/10 Oz dan 1/20 Oz

.
b) Australian Kangaroo Gold Nugget

Boleh didapati dalam saiz 1 Oz, 1/2 Oz, 1/4 Oz, 1/10 Oz dan 1/20 Oz

.
c) Singapore Lion Gold Coin
Boleh didapati dalam saiz 1 Oz, 1/2 Oz, 1/4 Oz, 1/10 Oz dan 1/20 Oz

Details pasal syiling emas kat UOB baca kat sini

3. Dinar Emas Kelantan

Boleh didapati salam saiz 2 dinar, 1 Dinar, 1/2 Dinar dan 1/4 Dinar
Harga harian boleh cek kat sini http://www.dinarkel.com/

Details kalau nak beli baca kat sini

 

Jika anda saya yang mana nak satu nak beli?

Jawapan saya ialah yang mana terdekat kat tempat anda.

Kesemuanya baik belaka 🙂
Asalkan anda boleh beli dan simpan dah kira ok.

Ok, seperti biasa, saya nak minta tolong sket boleh?
Mari berkongsi ilmu ini dengan rakan-rakan anda atau sesiapa sahaja.
Beritahu mereka pasal website www.jutawanemas.com

Semoga mereka mendapat ilmu pasal pelaburan emas ini 🙂

..

.Bacaan lain berkaitan pelaburan emas di Malaysia.

1. Membeli emas di kedai Emas
2. Membeli wang syiling Kijang Emas di Maybank
3. Membeli Emas fizikal di UOB Bank
4. Simpanan Gold Saving Passbook di maybank dan Public bank
5. Membeli Dinar/Dinar emas Kelantan

♥ Join telegram #NotaEmasSyukorHashim untuk informasi terkini ♥
4 Artikel Berkaitan...
© JutawanEmas.com established since 2008 → Now
Daftar akaun dewasa.
Terbuka kepada sesiapa sahaja.
Daftar akaun junior.
Bawah 18 tahun. Perlu kebenaran penjaga.