Ebook

Membuka akaun Public Bank Gold Investment Account (GIA)

Ditulis pada 21 October 2008 – 2:01 am | oleh syukor |


Nota: Jemputlah datang ke forum jutawanemas.
Banyak perbincangan mengenai pelaburan emas ada di sana.
Mari kita berforum (klik sini)

Salam sejahtera kepada semua pembaca.

Sebelum ini saya telah menulis artikel pasal membuat pelaburan emas melalui Public Bank Gold Investment Account (GIA). Namun bagi artikel kali ini, saya akan menceritakan sendiri pengalaman membuka akaun ini.

Memang seronok ūüôā

Bukan setakat nak ceritakan pengalaman, saya juga akan letakkan gambar buku GIA ini dan maklumat yang terdapat di dalamnya. Saya berharap dengan pendedahan ini, anda akan lebih berminat dan teruja untuk membuat pelaburan emas anda sendiri.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, akaun Public Bank GIA ini mempunyai beberapa kelebihan tersendiri. Antaranya ialah:

1. Sungguh mudah!

Anda boleh membuka akaun ini di mana-mana cawangan Public Bank di seluruh Malaysia. Untuk mengetahui Public Bank yang berhampiran tempat anda, sila lawati http://www.pbebank.com/en/en_content/info/branches.html 

Anda juga boleh membeli dan menjual emas sepanjang waktu beroperasi Public bank. Mudah bukan?

2. Kos pelaburan yang murah.

Anda cuma perlu membeli minimum 20 gram emas sahaja sebagai permulaan. Jika nak tambah pelaburan emas anda, minima ialah 5 gram dan dalam gandaan 1 gram.

Selain itu perbezaan harga belian dan jualan cuma RM3/gram. Memang murah berbanding Maybank Gold Saving Passbook (perbezaan antara 7-8 ringgit/gram)

3. Harga emas yang mudah dipantau.

Sebagai pelabur, anda tentu nak tengok perkembangan harga emas betul tak? Naik ker? turun ker? Jadi anda boleh tengok perkembangan harga emas Public Bank GIA kat sini:

http://www.pbebank.com/en/en_content/personal/rates/goldinvest.html 


Screen shot: Rate harian Public bank GIA
.

4. Selamat

Anda tak perlu simpan emas fizikal. Nilai emas yang dibeli akan direkodkan kedalam buku simpanan anda. Tak perlu takut hilang emas. Kalau buku hilang pun boleh pegi ke Public Bank dan buat buku baru. Peace of mind. Betul tak?

Pengalaman membuka akaun Public Bank GIA: 


Gambar Public Bank Ayer Keroh, Melaka

Pada hari Jumaat 17/10/2008, saya telah membuka akaun Public Bank GIA di Public bank Ayer Keroh, Melaka.

Jadi saya ingin berkongsi maklumat dengan anda tentang akaun Public Bank GIA ini secara terperinci.

First sekali, untuk membuka akaun Public Bank GIA, anda mesti mempunyai akaun simpanan (saving) dengan Public Bank. Jika belum ada, maka anda akan diminta membuka akaun simpanan terlebih dahulu. Pegawai Public Bank akan uruskan untuk anda.

Terdapat 2 jenis akaun simpanan yang boleh anda pilih iaitu:

1. Akaun simpanan biasa (Basic- deposit RM20)
    Sumber: http://www.pbebank.com/en/en_content/personal/deposits/b_savings.html

2. Akaun simpanan Al-Wadiah-i (deposit RM250)
    Sumber: http://www.pbebank.com/en/en_content/personal/islamic/index.html 

Selepas buka salah satu daripada akaun simpanan di atas, baru boleh buka GIA.

Kalau anda dah ada akaun simpanan Public Bank, maka anda boleh terus membuka akaun GIA.

Senang jer… pegawai bank akan print borang permohonan anda¬†dan anda kena tandatangan borang-borang tersebut. Tengok contoh borang kat bawah:


Gambar borang permohonan GIA

Lepas tandatangan, anda akan dapat buku GIA anda… nie dier rupanya..


Gambar depan buku Public Bank GIA
.
.

Maklumat peraturan-peraturan GIA di dalam buku
(klik untuk besarkan)

Selepas anda mendapat buku GIA anda, kini tibalah masa yang dinanti-nantikan.

Masa untuk membeli emas ūüôā

Anda cuma perlu ambil nombor giliran, kemudian pergi ke kaunter untuk membeli emas anda. First time, minimum kena beli 20 gram ye!

Pembelian anda akan direkodkan dalam buku GIA.

Saya telah membeli 33 gram emas sebagai pelaburan permulaan.

 
Contoh transaksi. (klik untuk besarkan)

.

Oh ya! mari kita tengok, siapa lagi yang dah buka akaun Public Bank GIA..

jeng..jeng..jeng…..

.


Ya! siapa lagi kalau bukan Shufaad ūüôā
.

Jika anda belum buat pelaburan emas.. apa tunggu lagi?

Mulakan sekarang!

 

Resources:

– Laman web Public Bank GIA:
   http://www.pbebank.com/en/en_content/personal/investments/gold.html

Bacaan berkaitan:

Keuntungan Lumayan Melalui Jual Beli Emas Part 1
Simpanan Gold Saving Passbook di Maybank dan Public Bank
Perbincangan mengenai Public Bank GIA di forum Jutawanemas
Hukum akaun pelaburan emas di web ustaz Zaharuddin

 

p/s: Jika anda telah membuka akaun Public Bank GIA,
sharelah pengalaman anda kat sini... letakkan di bahagian komen
ataupun kita boleh berbincang mengenainya di forum jutawanemas.
p.p.s: Jangan lupa melanggan newsletter jutawanemas.
Anda akan menjadi orang pertama mendapat update dari blog ini :)

Artikel berkaitan:

Comments

comments

syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat, selamat dan menguntungkan.

Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik sini)

Dari: Syukor Hashim (PG000012)
Public Gold Official Speaker
PG Dealers trainer and Gold consultant.
Anda boleh WhatsApp saya di 013-2126999

**Laporan percuma. Klik gambar untuk download**


Follow FB saya...


Langgan newsletter PERCUMA di sini.

Langgan RSS


Saya@TV9 interview: Pelaburan Emas

Saya@TV1 Interview: Potensi Pelaburan Emas



Public Gold free report Ebook teknikal analisis Peluang berniaga emas