Nak Buat Business Emas? Baca Tips Ini.

tipsAssalamualaikum dan salam sejahtera.  Apa khabar semua? Saya doakan anda semua sihat sejahtera.

Untuk pengetahuan anda semua, saya selalu dapat soalan-soalan berkenaan business emas.

Ada orang tanya saya cammana nak jadi tokey emas, ada yang minta pendapat saya tentang business model emas dan macam-macam lagi…

Untuk posting kali ini, saya ingin memberikan panduan bagaimana anda boleh memulakan perniagaan emas. Bagi mereka yang nak panduan berniaga emas maka artikel ini boleh membantu.

Perniagaan emas.

Rasulullah pernah bersabda, 9/10 daripada rezeki datangnya daripada perniagaan. Best tu…

pikiaq21Sekarang cuba bayangkan…

Anda mempunyai perniagaan emas sendiri… bila orang beli emas anda dapat duit.. orang beli emas dapat lagi duit… dan duit itu pula datang sepanjang masa.. kekadang pagi.. tengahari…petang… malam… hari bekerja..hari cuti… semuanya duit.

Best tak?

Perniagaan emas ialah perniagaan yang sangat menarik dan menguntungkan.

Ini kerana:

1. Minat manusia terhadap emas tidak pernah pudar. Makin bertambah ada lah….
2. Orang tetap akan beli emas walaupun harga tinggi atau rendah.
3. Kalau anda simpan stok emas, nilainya akan naik dalam jangkamasa panjang.
4. Senang  jual dan beli. Bila pelanggan tahu anda jual emas, diorang yang akan cari
    anda untuk beli… nak jual pun diorang akan cari anda.

Tips perniagaan emas yang berjaya:

Berdasarkan kajian saya, terdapat 5 perkara yang sangat penting kalau anda nak jadi peniaga emas yang berjaya:

1. Anda mempunyai pembekal (supplier) yang baik.
2. Anda mempunyai pembeli yang baik
3. Banyak cash (lagi banyak lagi bagus)
4. Sifat amanah dan boleh dipercayai
5. Banyak ilmu berkenaan emas.

Ok, mari saya huraikan satu persatu:

1. Pembekal yang baik.

1. Boleh memberikan stok emas dalam kuantiti yang anda kehendaki.
2. Kalau boleh dapat stok segera lagi bagus. Kalau kena tunggu lama then susah lah..
3. Supplier mesti mampu memberikan emas ketika harga emas naik ataupun turun.
    Kalau supplier anda boleh supply ketika harga emas naik tapi takder stok waktu
    harga turun, then anda akan hadapi masalah nak buat business.
4. Sanggup membeli balik emas pada spread yang kecil. Bukan setakat jual lepas tu
    tak nak ambil balik emas diorang ataupun potong sampai 10% keatas.

2. Pembeli yang baik.

Selain daripada pembekal yang baik. Anda perlukan pembeli yang baik. Pembeli yang bermasalah akan memeningkan kepala anda dan boleh merugikan masa dan perniagaan anda.

1. Pembeli mesti membayar cash bila beli emas ataupun semasa lock harga emas.
    Emas nie tak boleh beli secara hutang atau ansuran. Hukumnya haram  (baca sini)
2. Pembeli anda mesti jujur. Kalau dah bersetuju untuk membeli atau “lock” pada
    harga tertentu, maka kenalah ikut harga yang dipersetujui.
    (p/s:  lock bermaksud pembeli dan penjual bersetuju membeli dan menjual emas
    pada satu harga yang dipersetujui bersama).

Dalam business ini anda akan jumpa pembeli yang tidak jujur dan pentingkan diri sendiri. Mula-mula setuju untuk ‘lock’ harga, tetapi bila harga emas turun daripada harga yang dia booking… maka jadilah adegan drama minta diskaun lah… takut rugilah… nak lock harga baru lah…nak batalkan pembelian lah.. telepon tak angkat lah..dan macam-macam lagi…

3. Banyak cash (lagi banyak lagi bagus)

1. Dalam business emas, lebih banyak cash lebih bagus. Anda boleh simpan banyak
    stok.  Tambahan pula kalau stok dibeli pada harga murah dan dijual pada harga
    tinggi.  Anda menggandakan keuntungan.
2. Cash diperlukan untuk membeli balik emas daripada pelanggan jika mereka nak
     jual balik emas mereka. So cash kena ada banyak.
3. Kalau dalam business emas terpakai memang banyak tunai diperlukan.

4. Sifat amanah dan boleh dipercayai.

1. Dalam business emas, sifat amanah, jujur dan boleh dipercayai sangat penting.
    Bila pelanggan bank-in duit, kita kena hantar emas.
2. Jangan mungkir janji atau tipu pelanggan. Kalau ada masalah,
    just beritahu pelanggan. Jangan nak sembunyi-sembunyi.
3. Kalau order emas dari supplier.. jangan batalkan.
    Kalau dah lock harga dengan pelanggan, kita kena ikut harga tu..

5. Banyak ilmu tentang emas.

1. Lebih banyak ilmu dan pengetahuan mengenai emas yang anda ada,
    maka pelanggan lebih yakin terhadap anda.
2. Lebih yakin pelanggan anda terhadap anda, lebih banyak jualan anda.
3. Anda pun akan lebih yakin apabila berhadapan dengan pelanggan.
4. Nak dapat ilmu emas? baca dan print semua artikel blog jutawanemas (klik sini)
5. Banyakkan bertanya kepada orang yang tahu.. contohnya tanya saya.
6. Banyak baca buku, website, artikel dan lain-lain.

Saya sendiri memiliki banyak koleksi buku-buku berkenaan emas. Kat Malaysia nie buku-buku pasal pelaburan emas amat terhad. Kalau anda berminat, boleh order daripada www.amazon.com atau gi tengok kat kedai buku Popular atau MPH.

books1
Sebahagian dari buku-buku berkenaan emas dan sistem kewangan milik saya.

Soalan: Saya berminat nak buat business emas nie. Cammana ye?

pg_opisCara yang termudah menceburi business emas dengan modal yang kecil ialah dengan menjadi agen Public Gold.

Saya pernah menulis tentang peluang perniagaan emas Public Gold di sini (klik untuk baca)

Modal yang diperlukan hanyalah RM30,000.

Semua modal nie pulak digunakan untuk membeli stok emas satu set (gold bar 100 gram, 50 gram dan 20 gram, 1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar) dan termasuk kotak letak emas.

Kalau harga set ini kurang dari RM30,000 maka Public Gold akan berikan tambahan emas sehingga belian hampir RM30,000.

Jadi, RM30,000  yang dikeluarkan tu semuanya kita gunakan untuk membeli emas. So memang tak rugi.

pg_box_big
Kalau tunjuk kat bakal pembeli, berpinau mata diorang 🙂

Memandangkan saya sendiri buat business emas Public Gold, maka saya dapat berkongsi kebaikan menjadi agen Public Gold ini.

Kebaikan menjadi agen Public Gold.

1. Stok sentiasa ada.

Public Gold mengeluarkan produknya sendiri. Jadi stok sentiasa ada. Pelanggan boleh lock harga emas ikut harga website Public Gold. Samada harga naik atau turun, anda boleh order emas. Confirm dapat. Berbeza dengan Kijang Emas Maybank dan UOB gold product, biasanya stok susah nak dapat especially waktu harga emas turun. Harga cantik tapi tak boleh nak beli.

2. Harga emas yang rendah.

Bandingkan harga emas Public Gold dengan harga emas kat kedai emas. Memang boleh nampak harga emas yang jauh berbeza. Harga Public Gold lebih murah. Boleh tengok kat website Public Gold kat www.publicgold.com.my dan harga kedai emas (FGJAM)

3. Produk yang hot dan menarik.

Produk yang dijual adalah emas pelaburan iaitu gold bar dan dinar. Gold bar (20 gram, 50 gram dan 100 gram), dinar ( 1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar). Memang hot product dan senang jual.

4. Perbezaan harga jual beli yang rendah.

Perbezaan antara harga belian dan jualan emas Public Gold adalah rendah. Untuk gold bar, perbezaan hanyalah 5% – 6%. Jadi ia menguntungkan pembeli.

5. Public Gold merupakan pakar emas.

Satu masalah kalau beli Kijang Emas atau kat UOB Bank atau kat Poh Kong ialah emas tak boleh calar, bengkok, tak boleh bukak plastik pembalut dan bermacam-macam ragam lagi. Silap-silap tak akan diterima, kalau kedai emas pulak akan kena potong sampai 25%. pergh.. (baca kat sini)

Mr. Ng, Chairman Public Gold pula memberikan jaminan akan membeli balik emas mereka walaupun calar, kemek, bengkok dan sebagainya asalkan berat tak hilang. Ini baru betul-betul berniaga emas.

6. Bantuan promosi diberikan.

Agen akan dapat pamplet, fail dan bimbingan yang boleh  membantu mereka membuat business emas nie…

pamplet

InsyaAllah, kalau tambah dengan usaha diri sendiri anda boleh berjaya.

Komisyen agen ialah 1.5% daripada jumlah jualan.

Dengan strategi yang betul, jadi agen Public Gold memang boleh dapat sehingga 5%-6% keuntungan. Tapi yang itu saya akan cerita kat orang yang jadi agen ajer lah…

Kesimpulan.

Perniagaan emas ialah perniagaan yang menguntungkan dengan risiko yang sangat minima. Ini kerana emas itu sendiri merupakan produk yang disukai manusia.

Jika berminat nak jadi agen Public Gold, anda boleh hubungi saya melalui contact form (klik sini) atau sms 013-3819901. Saya akan rasa gembira sekiranya dapat berkongsi pengalaman dengan anda dan membimbing anda.

Kalau saya terlewat atau terlupa hubungi anda balik, harap ingatkan saya, sms balik atau e-mailkan semula. Maklumlah… memanjang sibuk 🙂

Ok then, selamat menjadi usahawan emas.

♥ Join telegram #NotaEmasSyukorHashim untuk informasi terkini ♥
4 Artikel Berkaitan...
© JutawanEmas.com established since 2008 → Now
Daftar akaun dewasa.
Terbuka kepada sesiapa sahaja.
Daftar akaun junior.
Bawah 18 tahun. Perlu kebenaran penjaga.