Inginkan ilmu pelaburan emas dengan pantas tanpa perlu membaca semua artikel di blog ini? Dapatkan ebook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas (klik sini)
 
Ebook

Nak Simpan Wang? Ketahui Rahsia Wang Sebenar

Ditulis pada 19 January 2009 – 4:26 am | by syukor |


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pembaca sekalian? Saya harap anda sihat dan ceria adanya… maklumlah, kita baru melangkah ke tahun baru.

Ada buat matlamat tahun baru tak? Saya pasti anda ada matlamat tahun baru..

Adakah menyimpan wang merupakan salah satu daripada azam anda?

 Jika jawapan anda adalah Ya… tahniah!

Sebelum anda menyimpan wang, ada baiknya kita berkongsi maklumat tentang rahsia wang. Hehehehe… wang pun ada rahsianya… anda tau tak?

Kalau anda dah mengenali wang yang sebenarnya.. sudah pasti anda akan jatuh cinta dengannya :)

Well, artikel kali ini menyentuh tentang wang,
kalau dalam bahasa Inggerisnya = Money

Rakyat Malaysia dan Wang.

Bagi rakyat Malaysia, bila bercakap tentang wang, maka di dalam minda kita akan terbayang wang kertas Ringgit Malaysia (RM).

Betul tak?

maklumlah.. celik-celik mata ajer… wang kertas inilah yang kita gunakan hari-hari.
Kita sangkakan inilah wang yang sebenarnya… hmmm… betul ker?


Ringgit Malaysia – wang kertas kita

Tahukah anda, bila anda memahami tentang wang dan fungsi-fungsi wang, anda akan teperanjat!

Anda akan tahu apakah itu wang yang sebenarnya.

Adakah wang kertas yang kita gunakan merupakan wang yang benar-benar berfungsi sebagai wang?

Fungsi-Fungsi Wang.

Wang mempunyai 4 fungsi yang utama:

1. Sebagai unit nilai:
    Wang perlu berfungsi sebagai pengukur nilai bagi barangan dan perkhidmatan.
    Contohnya, kesemua barangan dan perkhidmatan di Malaysia dijual di dalam
    Ringgit Malaysia (RM). Unit nilai bagi negara kita ialah ringgit dan sen.

2. Media Pertukaran:
    Wang perlu berfungsi sebagai media pertukaran. Ia membolehkan kita menukarnya
    dengan barangan dan perkhidmatan yang diperlukan. 
    Contoh, jika anda hendak ke pasar malam dan anda hendak membeli 10 barangan,
    anda cuma perlu membawa Ringgit Malaysia yang mencukupi.
    Anda tahu semua peniaga pasar malam menerima RM sebagai media pertukaran
    dengan barangan yang mereka jual.

3. Sebagai Piawai Bayaran Tertunda:
    Wang perlu memainkan berfungsi sebagai piawai bayaran tertunda.
    Ini membolehkan urusniaga secara kredit atau bayaran tertunda dilakukan.
   Contohnya, jika anda membuat pinjaman bank dengan kadar keuntungan sekian %,
   maka jumlah pembayaran pada masa hadapan boleh dikira dengan mudah.

4. Sebagai penyimpan nilai:
    Wang perlu menjadi penyimpan nilai yang unggul.
    Dengan kata lain kita boleh menyimpan wang dan menggunakannya pada masa
    hadapan/bila diperlukan tanpa perlu risau wang tersebut kehilangan nilainya.
    Sebab itulah benda-benda yang mudah rosak seperti buah-buahan tidak boleh
    menjadi penyimpan nilai yang baik.

Jika wang gagal memenuhi mana-mana fungsi ini, maka wang tersebut bukanlah merupakan wang terbaik.

Wang Fiat Ringgit Malaysia.

Wang kertas RM yang kita gunakan sekarang sebenarnya wang fiat.

Wang fiat merujuk kepada wang yang tidak disandarkan kepada sesuatu yang bernilai seperti emas dan perak, sebaliknya digunakan kerana arahan pemerintah.

Wang fiat mempunyai kelemahan yang sangat ketara:

1. Tidak mempunyai nilai intrinsik.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir dalam ucapan Hari Raya Aidilfitri 18/1/1999 telah mengakui bahawa wang kertas sebenarnya tidak berharga.

Ini adalah petikan daripada ucapan Tun Dr. Mahathir

11.   “Sebenarnya  matawang tidak berharga  melainkan  jika Kerajaan  memberi  nilai kepadanya.   Wang  kertas  RM1.00  bukan  bernilai RM1.00 daripada segi harga kertasnya.   Ia  bernilai  RM1.00 kerana itulah nilai yang ditetapkan  oleh  Kerajaan.  Jika Kerajaan mencetak angka lima atau  sepuluh  maka   nilai  kertasnya  tidak  naik  kepada  RM5.00  atau  RM10.00.   Hanya  pengakuan  dan  jaminan  Kerajaan   yang menjadikannya bernilai sebanyak mana yang ditentukan”  (petikannya di sini)

Nah, lihatlah pengakuan daripada bekas Perdana Menteri Malaysia. Sudah terang lagi bersuluh…

2. Wang kertas adalah penyimpan nilai yang lemah.

Satu fungsi utama wang yang gagal dimainkan oleh wang kertas adalah penyimpan nilai yang baik. Dengan kata lain, nilai wang kertas akan menyusut dalam jangka masa yang panjang. Inflasi akan memakan nilai wang anda, menyebabkan nilai wang kertas ditangan anda sekarang tidak akan sama dengan nilainya pada masa hadapan.

Contohnya amat mudah:

Katakan anda menyimpan wang kertas bernilai RM1000 di bawah bantal. 10 tahun akan datang, adakah nilai RM1000 tersebut boleh membeli barangan yang sama seperti sekarang? jawapannya, sudah pasti tak boleh.

Nilai wang kertas RM1000 itu akan menyusut akibat inflasi. Betul tak?

Jadi bagus ke tak bagus menyimpan wang kertas nie?

Memang sah tak bagus :(

Cuba bayangkan jika anda menyimpan emas bernilai RM1000 di bawah almari. 10 tahun dari sekarang, apa yang akan terjadi kepada nilai emas berkenaan? Sudah pasti nilainya akan naik.


Harga emas 10 tahun naik dari USD280 kepada USD842

Inilah yang dikatakan penyimpan nilai terunggul, terbaik dan tepat.

Tanpa perlu membuat sebarang pelaburan pun.

Emas sebagai penyimpan nilai terunggul:

Professor Roy W. Jastram, di dalam bukunya yang terkenal “The Golden Constant” yang diterbitkan pada tahun 1977 menyebut “Emas mengekalkan kuasa membeli dalam jangkamasa yang panjang, contohnya setengah abad”.

Di dalam buku tersebut, beliau telah mengkaji peranan emas sebagai pelindung inflasi dan deflasi dalam jangkamasa 400 tahun.

Kesimpulan:

Pembaca sekalian, emas adalah wang yang sebenarnya. Jika anda hendak menyimpan wang, simpanlah dalam bentuk emas.

Sejarah telah membuktikan bahawa emas adalah wang yang terunggul dan tiada bandingannya. Dulu..kini dan selamanya.. :)

Wang kertas gagal berfungsi sebagai wang. Ia mempunyai kelemahan yang sangat besar kerana tidak mempunyai nilai intrinsik yang tersendiri. Ia gagal menyimpan nilai untuk jangkamasa panjang dan akan merugikan penyimpannya. Musuh utama wang kertas ialah inflasi yang menghakis nilai wang kertas ini.

Menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas akan memberikan ketenangan jiwa kepada penyimpannya. Kita tidak perlu takut kehilangan nilai dalam jangka masa panjang dan juga kita tidak perlu bergantung kepada pengakuan dan jaminan kerajaan mengenai nilai wang kita.

Jadi mulai hari ini, saya berharap anda semua belajar suatu perkara yang sangat penting

Wang =  Emas

Simpan wang = Simpan emas

Survey

Ok, saya nak buat sedikit survey, harap anda semua dapat mengambil bahagian :)

 

Tahun 2009: Bagaimana dengan pelaburan emas anda?

View Results

Loading ... Loading ...

Jika anda hendak mengetahui mengenai emas pelaburan, sila rujuk link kat bawah;

1. Membeli wang syiling Kijang Emas di Maybank
2. Membeli Emas fizikal di UOB Bank
3. Simpanan Gold Saving Passbook di maybank dan Public bank
4. Membeli Dinar/Dinar emas Kelantan
5. Membeli syiling emas/gold bar Public Fine Gold. 

Jika anda mempunyai sebarang komen, sila letakkan di bahagian komen. Jika anda perlukan lebih banyak maklumat mengenai pelaburan emas di Malaysia, sila kunjungi forum jutawanemas.com

Banyak maklumat di sana. Terima kasih banyak-banyak ye :)

Related Posts

Put your related posts code here
  1. 24 Responses to “Nak Simpan Wang? Ketahui Rahsia Wang Sebenar”

  2. By Hasbullah Pit on Jan 19, 2009 | Reply

    Aku anggap sebagai simpanan, boleh vote?a

    reply: Boleh, no problem. Kira saudara Sebol vote kat sini lah ek?

  3. By rizzmerr on Jan 19, 2009 | Reply

    vote done…..tgh dlm proses penambahan fizikal…

    reply: hehehe.. tahniah rizzmerr :)

  4. By dynn on Jan 19, 2009 | Reply

    lama aku tak jengok sini..

    reply: Welcome back dynn… :)

  5. By sax-gold on Jan 19, 2009 | Reply

    alamak, saya nyer bhg vote tu tak muncul2 pun…
    tapi sya mmg dlm penambahan dan perubahan… dan usaha sya menarik ramai lagi kenalan utk join hi hi hi en syukor jer tau kut

    reply: oh, saya tau… :) so marilah kita sama-sama berdoa agar kita mendapat keuntungan

  6. By Hasbullah Pit on Jan 20, 2009 | Reply

    Lelaki-lelaki macam kita ni perempuan suka.

    Kalau aku cerita , ada banyak beli loket unttuk bini, agaknya ada tak perempuan volunteer jadi bini no 2

    reply: kekeke… :)

  7. By fitflex on Jan 20, 2009 | Reply

    salam.
    en shukor nak tanya mana lg untung beli emas public gold dgn emas
    di uob bank?lg beli di uob bank xde minting cos ke?

    reply: Gold coin UOB lebih rendah spread dier.. tak ada minting fee. harga tu ialah harga nett.

  8. By zul404 on Jan 21, 2009 | Reply

    uob (1 oz) lebih untung & ia click harga kat London… so blh main strategi sikit.

  9. By sue505 on Jan 21, 2009 | Reply

    salam..

    soalan saya pun sama juga dgn soalan fitflex. minting charges dah masuk dalam price yang tertera atau caj separately bila kita beli? (UOB gold product)
    thanx in advance…

    reply: harga yang kita beli ialah harga nett. takder lagi sebarang kos.

  10. By fitflex on Jan 21, 2009 | Reply

    kalu mcm tu kena cari gold coin uob le.tp kalu x silap
    aritu en shukor ckap ssh nak dpt emas dari uob sbb
    permintaan tinggi.tahu x mana2 uob bank area png yg ade stock???
    huhu

    reply: Call UOB Gold dealers at 03-2772 6551 waktu opis hour. Tanya kat UOB Penang ada tak gold?

  11. By Anonymous on Jan 23, 2009 | Reply

    salam.. kat berita tv 3 ada berita mnganai penggunaan emas dinar @ emas fizikel…mari sama2 mnyokong perlaksanaanya….kembalikan
    kegemilangan penggunaan dinar emas dan perak..kebangkitan empayer islam bermula….

  12. By fahmi on Jan 26, 2009 | Reply

    salam,

    website ni memang best. tahniah, teruskan menulis. Jutawanemas Trading yg jadi dealer Public Gold tu bila nak up website? kedai ke atau home bisnes?

    ronda2 kat OUB jumpa promosi ni:
    http://www1.uob.com.my/webpages/promotions/p_promotions_deposit_Casa_Prosperity.htm

    agak2 berapa harga 24K Gold Plated Ox tu?

  13. By fitflex on Jan 27, 2009 | Reply

    salam,
    saya ada tanya uob bank butterworth je yg jual gold.
    tapi dah xde stock le.staff tu ckap kena tunggu org jual dulu.
    x tau le maybe uob dah x kuar stock baru dah kut..

  14. By fahmi on Jan 28, 2009 | Reply

    saya baru perasan ada link ke PublicDinar.com. alternative site kpd company yang sama dgn PublicGold.com.my. cumanya kalau beli dinar tak ada Minting Cost, betul ke?

    kalau harga dinar ni nett price rasanya lebih baik beli dinar 916. harap tuan admin boleh tolong explain. tq

  15. By belagak on Mar 6, 2009 | Reply

    Bila Nixon nak bayar Hutang USA yg menambun…dia batalkan sandaran dollar kepada emas…bermula 1971-1974..maka sesudah itu duit yana sebagai matawang sahaja..yg nilainya ditentukan oleh kerajaan…

  16. By nesloais on Apr 9, 2009 | Reply

    Insya Allah tahun ini akan mula dgn pelaburan emas. Mmg dah byk baca dah ttg keburukan wang fiat & tanda2 keruntuhan sistem ekonomi berasaskan riba & kapitalis ni. Mungkin akan mula dgn Dinar Kelantan.

  17. By dian on Apr 9, 2009 | Reply

    tahniah, anda dah mula dgn niat untuk memiliki dinar. langkah pertama dah ada. moga niat tu dikira ibadah

  18. By mama on Apr 18, 2009 | Reply

    en.shukor,tahniah dan terima kasih krn sudi berkogsi ilmu.
    berhari-hari dah sy bukak website nih..dah xsabar nak mulakan langkah pertama..

  19. By rich on May 12, 2009 | Reply

    tak sabar nk kumpul dinar emas.insyaallah tahun ni nak kumpul 2 dinar emas kelantan…..permulaan heheee

  20. By abrablog on May 30, 2009 | Reply

    ehm..banyak lagi yang tak faham. kene rajin baca pasal pelaburan emas la jawabnya..

  21. By embun on Jun 29, 2009 | Reply

    salam,menarik juga crite nie tapi saya nie masih x mampu nak beli emas.ada x org jual mas pkai 2,3 kali bayar……….

  22. By mkz22 on Jul 10, 2009 | Reply

    salam… en syukor… nak tanya ni..???agak2 kalau wat loan kat bank n duit tu wat beli emas…. invest semula??? tq

    reply: Ya, boleh buat buat untung kalau kena caranya…

  23. By Zubir Bin Md.Zin on Sep 27, 2009 | Reply

    assallammualaikuum,
    Saya nak melaburkan sijil ASB bernilai RM30ribu dengan membeli emas.Adakah ia boleh dilakukan?Membeli emas mana yang erbaik kijang emas atau dinarkelantan atau yang lain?

  24. By Zubir Bin Md.Zin on Sep 27, 2009 | Reply

    Blehkah sijil ASB RM10,500 dijadikan cagaran untuk meminjam pada bank RM50ribu/100ribu?

  25. By Zubir Bin Md.Zin on Sep 27, 2009 | Reply

    Bank manakah yang sesuai untuk memohon pinjaman melalui cagaran ASB?

You must be logged in to post a comment.

syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat dan selamat.

Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik)

Langgan RSS

Public_Gold Senarai agen Public Gold & Public Dinar publicdinar.com
Emas-Emas Yang Hilang Peluang berniaga emas Pakar Ebook