Ebook

Panduan Pelaburan Emas Tahun 2013.

Ditulis pada 29 May 2013 – 6:38 am | oleh syukor |


gold_investing_guide_2013Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua pembaca?

Saya doakan anda semua sihat, ceria dan gembira adanya.

Baiklah, disini saya ingin berkongsi Laporan Panduan Pelaburan Emas Tahun 2013 (Gold Investing Guide 2013)

Laporan ini ditulis di dalam bahasa Inggeris dan sangat membantu jika anda ingin mengetahui hala tuju pelaburan emas untuk tahun 2013 dan seterusnya.

Anda boleh download laporan ini disini:

Klik sini untuk download (klik)

Secara ringkasnya:

1. Majoriti penganalisis daripada bank terkemuka seperti Bank Of America, Goldman Sachs, Barclay Capital, BNB Paribas dan UBS menjangkakan harga emas akan meningkat antara USD1800/Oz ke USD1900/Oz

2. Prestasi harga emas tahun 2012 diterangkan secara panjang lebar (mukasurat 3)

3. Krisis zon Euro dijangka akan menjadi pemangkin kenaikan harga emas

4. Masalah Amerika Syarikat – Beban hutang yang meningkat, cetakan wang dan kadar faedah yang rendah akan mendorong harga emas naik (mukasurat 4)

5. Pembelian emas oleh bank-bank pusat di seluruh dunia akan memainkan peranan di dalam kenaikan harga emas. Ini kerana kebanyakan bank pust di seluruh dunia ingin memperbagaikan rizab mereka selain dari US Dollar yang dilihat tidak stabil.

gold_quotes

Faktor-faktor yang terhampir yang boleh memberikan kesan positif terhadap harga emas adalah:

1. Masalah Geopolitik – Masalah ketidakstabilan politik yang berlaku di Timur Tengah, Iran, Afghanistan, Pakistan, Syria boleh menyebabkan harga minyak naik mendadak. Apabila harga minya naik mendadak, biasanya harga emas turut serta naik.

2. Peningkatan permintaan penghantaran emas fizikal di COMEX (Comodity Futures Exchange) boleh menyebabkan kekurangan bekalan emas fizikal. Ini boleh menyebabkan peningkatan harga emas fizikal.

3. Emas dikenali sebagai aset selamat. Ia mengekalkan nilainya semasa krisis kewangan tahun 2009 dan telah menunjukkan peningkatan harga sehingga tahun 2012. Pada masa ini, pelabur-pelabur menunjukkan keresahan terhadap pasaran bon dan hutang negara. Di dalam kitaran pelaburan, apa yang mungkin berlaku ialah pasaran bon akan jatuh menyebabkan pelabur lari kepada emas dan perak.

gold_quotes2

Banyak lagi maklumat-maklumat yang anda boleh perolehi daripada laporan ini.

Saya harap anda boleh download dan membacanya.

Mari berkongsi ilmu!

Kongsikan laporan ini dengan semua rakan anda yang ingin mengetahui potensi emas pada tahun 2013 dan seterusnya. Anda boleh forwardkan artikel ini kepada mereka atau kongsikan dengan rakan-rakan FB anda.

Klik ikon FB recommend di bawah sana.

Rakan-rakan anda pasti berterima kasih kepada anda.

pelaburan_emas_2013

Klik sini untuk download Panduan Pelaburan Emas 2013 (klik)

Berikan komen anda!

Selepas anda membaca laporan ini, sila letakkan sebarang komen atau soalan di ruangan komen ini. Insyaallah kita boleh berbincang dengan panjang lebar mengenai potensi pelaburan emas pada tahun ini dan akan datang.

 

Selamat membuat pelaburan emas!

 

ecover_ebook_menyingkap_rahsia_pelaburan_emas

p/s: Inginkan panduan lengkap kaedah membuat pelaburan emas di Malaysia dengan lengkap, tepat dan menguntungkan? Dapatkan buku saya “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas” sekarang.

Lawati www.pelaburanemas.com untuk mendapatkannya!

p.p.s: Jangan lupa melanggan newsletter blog jutawanemas.com. Ianya FREE!
Masukkan emel anda di dalam kotak “Subscribe by e-mail” dibawah.
Setiap kali saya update blog ini maka anda akan mendapat update di dalam e-mail anda.




 

 

 

Artikel berkaitan:

Comments

comments

syukorBlog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat, selamat dan menguntungkan.

Dengan mengetahui rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang selamat dan menguntungkan.(Penulis)

Jika anda pembaca yang baru, sila baca kesemua artikel terdahulu blog ini untuk mengetahui rahsia pelaburan emas (klik sini)

Dari: Syukor Hashim (PG000012)
Public Gold Official Speaker
PG Dealers trainer and Gold consultant.
Anda boleh WhatsApp saya di 013-2126999

**Laporan percuma. Klik gambar untuk download**


Follow FB saya...


Langgan newsletter PERCUMA di sini.

Langgan RSS


Saya@TV9 interview: Pelaburan Emas

Saya@TV1 Interview: Potensi Pelaburan Emas



Public Gold free report Ebook teknikal analisis Peluang berniaga emas