Pelaburan Emas Melalui Dinar Emas Public Gold
Assalamualaikum dan salam sejahtera, apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat dan ceria adanya…
Saya pula baru menghabiskan cuti seminggu untuk pulang ke Langkawi. Terlalu banyak cerita-cerita gembira yang berlaku sewaktu saya pulang ke kampung, especially tentang emas.
Salah satu cerita yang paling menarik ialah berkenaan dinar emas Public Gold. Dah lama saya menunggu dinar emas nie… dari tahun lepas lagi. Akhirnya saya dimaklumkan bahawa dinar emas Public Gold telah dikeluarkan.
Jadi, dalam perjalanan balik ke Langkawi, saya singgah sebentar di pejabat Public Gold di Bukit Jambul, Pulau Pinang untuk melihat dinar emas yang telah siap.
Memang best!
Nampaknya bertambahlah lagi alternatif bagi kita untuk membeli emas pelaburan. Jadi disini saya ingin berkongsi maklumat berkenaan dinar emas keluaran Public Gold ini.
Untuk pengetahuan anda semua, dinar emas Public Gold dikeluarkan di dalam 3 nilai iaitu:
- 1 dinar
- 5 dinar
- 10 dinar.
Spesifikasi dinar emas Public Gold.
Ini adalah spesifikasi dinar-dinar tersebut:
Kalau nak tengok gambar dinar emas Public Gold secara dekat, lihat gambar-gambar yang saya ambil nie

Gambar 1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar (klik untuk besarkan)
Sijil ketulenan.
Bagi setiap pembelian dinar emas Public Gold, anda akan mendapat sijil ketulenan.

Gambar: Sijil ketulenan dinar emas Public Gold
Harga jualan dinar Public Gold
Harga dinar emas Public Gold dijual mengikut harga emas pasaran antarabangsa. Jadi harganya akan berubah-ubah mengikut harga emas antarabangsa.
Anda boleh melihat harga belian dan jualan dinar ini di laman web http://publicdinar.com/

Gambar: Harga harian dinar Public Gold
Harga yang dipaparkan adalah harga bersih.
Tidak ada sebarang kos tambahan seperti minting dan delivery.
Jika anda berminat untuk membeli dinar emas ini maka anda boleh membaca kaedah jual belinya disini: http://www.publicdinar.com/content/view/49/81/
Kesimpulan.
Salah satu cara membuat pelaburan emas dengan cara yang termudah ialah dengan membeli dinar emas. Ini kerana harga dinar emas agak murah dan mampu dimiliki. Sekiranya anda baru hendak berjinak-jinak dengan pelaburan emas, saya cadangkan anda bermula dengan dinar emas.
Selain rupanya yang cantik, dinar emas mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Ia boleh digunakan sebagai mas kahwin, membayar zakat dengan lebih tepat, sebagai hadiah kepada orang tersayang serta penyimpan nilai yang unggul.
Jika anda mempunyai sebarang komen, sila letakkan di ruangan komen. Jika ingin berbincang dengan lebih lanjut, bolehlah mengunjungi forum jutawanemas.com
Ok then.. selamat membuat pelaburan emas





Blog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat dan selamat.






![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/images/quotes_special.gif)

56 Responses to “Pelaburan Emas Melalui Dinar Emas Public Gold”
By Hasbullah Pit on Feb 3, 2009 | Reply
Aku rasa pendokong Dinar emas perlu meeting abis2 tentukan spesifikasi samada 4.25g 916 atau 3.86g emas 10.
reply: Ust. Rafidi ada berikan jawapan kat bawah
By Ust Rafidi on Feb 3, 2009 | Reply
Dinar emas mengikut ukuran dalam kitab Arab adalah emas 916 cuma tak disebut secara terus emas 916 disebut 22/24 qirat atau bahasa moden 22 karat , 2/24 nisbah perak mesti ada didalamnya : Buku Al Maqrisi
reply: Terima kasih atas maklumat Ust. Rafidi
By NIZA on Feb 3, 2009 | Reply
Seeloknya majukan ekonomi ummah dulu, nak kumpul dinar biarlah pengeluarnya dr kalangan yg mendokong syariah. Jgn mudah terperdaya.
reply: Seeloknya majukan budaya ilmu terlebih dahulu. Jangan jadi macam sekarang. Hiburan terlampau banyak sehingga menghanyutkan minda ummah.
Bila budaya ilmu dimajukan, maka perkara-perkara lain seperti ekonomi, politik dan sosial akan turut berkembang.
Tentang dinar, Ia hanyalah syiling emas sahaja. Beli lah dari mana pun, tak ada salahnya.
By Anonymous on Feb 3, 2009 | Reply
Asas ekonomi adalah matawang, bagaimana ekonomi ummah hendak maju menggunakan dollar Amerika !!!
reply: Ya, betul. selagi dunia menggunakan USD, kita akan dibebani cengkaman sistem kewangan kapitalis yang berunsurkan riba dan spekulasi.
By rizzmerr on Feb 3, 2009 | Reply
satu usaha yg berterusan utk menjadikan penggunaan dinar sbagai realiti kehidupan……
reply: Ya, betul tu.. kita bersyukur sebab bertambah lagi alternatif untuk memiliki dinar emas.
By wazir on Feb 3, 2009 | Reply
wah dinar emas nye margin jualan n belian tinggi. Still pelaburan yg ok ka? sy ingat2 nak beli kijang emas tu aje…
reply: Dari segi spread untuk dinar nie, lingkungan 5%-6%. bagi saya ia still ok memandangkan ianya adalah emas fizikal, tak seperti GIA. Lagipun beli dinar nie sepatutnya dijadikan simpanan jangkamasa panjang.
Spread Kijang Emas adalah lebih rendah, dalam 3.3%+ sahaja untuk satu Oz, tapi kijang sukar didapati. kalau dapat beli, baguslah… simpan terus.
By ajis on Feb 3, 2009 | Reply
Salam!
Betul kata sesungut tu, beli jual kijang adalah sebijik mcm di web BNM! takder caj face value. Face value cuma simbolik shj. Jika harga emas 0, harga kijang still minimum rm200 je, itu maksudnya!
Kalu dikira harga emas tulen pergram mengikut harga jual pada hari ini,
pubdinar , Rm465 bahagi 3.86 g = Rm 120 per gram (emas tulen shj)
kijang emas, rm3466 bahagi 31.1 g = Rm 111.4 per gram
Jadi kijang lagi murah!
reply: Betul tu, spread harga kijang emas memang lebih rendah. cuma stok availability ajer yang jadi masalah. Face value tak perlu bayar. just follow rate dalam website BNM sahaja.
By ajis on Feb 3, 2009 | Reply
Jika dikira spread pulak,(rujuk web Pbdinar dan BNM)
PbDinar, (465-437)% bhg 465 = 6.0%
Kijang plak, (3466-3356)% bhg 3466 = 3.2%
Jadi Kijang lagi untung!!! :p
Nota: Ini tak ternasuk caj lain yg dikenakan oleh PbDinar seperti transport laa…bla bla…
En. Syukor tolong betulkan saya kalau salah!
reply: Pengiraan spread saudara ajis tu betul.
By the way, Dinar Public Gold tak ada transportation dan minting fee. Harga tu dah termasuk semua sekali.
By ajis on Feb 3, 2009 | Reply
Walaupun apapun PbDinar ni satu lagi opsyen pelaburan yg baik!
Mungkin 4.5 bintang! (Kena cek dgn En. Syukor). Jauh lebih baik dari beli emas di kedai emas biasa, no. 2 lepas Kijang! Tapi saya nak kongsi pengalaman beli dinar emas Kelantan…
Senang dan mudah berurusan! Ada akad: .. saya jual….saya beli!. Kemudian saya tanya kerani Dinar emas Kelantan tu, kalau saya jual balik, dieorg beli ker?
Kerani tu jawab: ” Kita wajib beli…bang!”
Dlm hati saya terharu…beginilah contoh urusniaga Islamik! bukan semata-mata keuntungan dunia shj.! Wallahua’lam.
Nota: Kelemahan dinar emas kelantan cuma harga dier tak banyak berubah…tak mcm saham! (Ianya mungkin sesuai utk pelaburan jangka masa pjg)
reply: Ya, betul tu en. ajis, dinar emas Public Gold cuma satu lagi alternatif kepada kita untuk menyimpan emas. Dari segi bintang, saya kasik 5 bintang sebab ianya adalah emas fizikal dan tak ada masalah stok.
Tak seperti gold coin UOB dan kijang emas, walaupun spread dier rendah, tapi nak dapatkan susah betul, ini kerana UOB dan Maybank bukan pengeluar syiling emas berkenaan. Diorang cuma orang tengah sahaja, so bila kita tanya “bila ada stok?” jawapan yang diberikan ialah “tunggu ada orang jual balik, baru ada stok”.
By fahmi on Feb 4, 2009 | Reply
memang saya tertunggu-tunggu artikel ni. terima kasih banyak2. ada tak tuan ada tanya PB Gold tentang minting cost? adakah kos minting dinar 916 lebih murah berbanding minting cost untuk gold bar 999. mungkin spread 5%-6% yg sedikit tinggi ni untuk off-set spread gold bar yg lebih rendah.
reply: Saya tak ada tanya pulak pasal kos minting nie.
By mokhtar on Feb 4, 2009 | Reply
alhamdulillah akhirnya yg aku tunggu2 tiba jua
aku dah nak nikah ni dan nak guna dinar sebagai mas kahwin
nak beli dinar kelantan bukan main susah lagi stok memanjang sold out
ni dinar pbgold moga2 stok fultime ade
reply: Selamat pengantin baru sedara mokhtar. baguslah kalau saudara gunakan dinar sebagai mas kawin. satu usaha yang baik. nilainya akan meningkat dalam jangkamasa panjang.
By taikunx on Feb 4, 2009 | Reply
ada sesiapa ari ni dah beli Dinar Emas Public Gold ?
reply: Saya dah beli 9 keping 1 dinar.
By Ann on Feb 4, 2009 | Reply
perghhhhh bersinar2 mata den tengok dinar ni.. dapat diskaun tak kalau beli dinar ni ek..
reply: kekeke… moderator forum boleh dapat diskaun sket
By Saifuddin on Feb 4, 2009 | Reply
Assalamualaikum wbt,
Sekarang saya lihat harga gold saving public bank sudah naik sehingga beza antara harga jual dan beli kepada RM 5 ringgit lebih.
reply: Diorang nak untung lebih lah tu….
By Nazz on Feb 4, 2009 | Reply
Tuan admin,
Saya bercadang untuk memulakan emas saya dengan 1 dinar pada gaji bulan depan.
**boleh tak tuan tolong bagitau berape lame anggaran maser untuk dinar ni bagi pulangan lumayan? Setahun ker due tahun ker?
**Boleh ker dinar emas ni di pajak gadai. katekan pajak 1 dinar kat ar rahnu dapat la 65% dari harge emas semase. betul ker ni?
reply: Emas nie purata kenaikan setahun ialah 25% (jangkamasa panjang lah…)
dinar nie boleh dipajak. no problem. rate pajak dari 50% ke 70% dari harga semasa yang ditetapkan oleh bank.
By Nazz on Feb 4, 2009 | Reply
Tuan Admin,
apa yang tuan maksudkan emas sebagai portfolio, saya tak paham hal ni. boleh tuan terangkan dengan jelas?
reply: Emas patut menjadi sebahagian daripada portfolio pelaburan anda.
Maksud portfolio = keseluruhan pelaburan yg dipegang oleh seseorang individu atau sesebuah syarikat;
By izan on Feb 4, 2009 | Reply
salam, kalau tak kawin lagi, nak saya suruh suami saya bayar mas kawin dengan dinar PG ni. cantik pun cantik. Nilai bertambah dengan bertambahnya usia perkahwinan. Toi dak?
Reply:
tips:
1. Nanti birthday minta hadiah dinar emas
2. Kalau pregnant, buat-buat mengidam nak dinar emas
By ajis on Feb 5, 2009 | Reply
Slm,
Dinar Emas Pb ni nampak keperangan sikit….rasanya dia campur tembaga sikit tu….
Dinar Emas Kelantan nampak kekuningan…rasanya dia campur perak sikit…
Kedua2 emas adalah 22 karat 91.6% tulen…jadi keras, selesa bawa dari emas 9999 yg lembut! Kijang saya dah sumbing sikit…sensitif!
Syiling 22 karat lain yg famous adalah seperti krugerand dan american eagle….
reply: Ya, betul.. Dinar Emas PG + perak + tembaga.
By rahmat on Feb 5, 2009 | Reply
sya nak tanya tuan, kalau di sabah d mana mau dapat benda ni,
ada syarat2 dia ke?
By aie on Feb 5, 2009 | Reply
asmkm bang…
nak tanyer kat maner nak dpat dinar emas PB ni? Saya ader pg Branch PB kat seremban tp dorg kata Dinar emas ni xder lagi… selain penang maner lg Branch PB yg ada yer?
By cikjune on Feb 5, 2009 | Reply
bukan PB ler aie, company yang keluarkan dinar kat atas tu Public Gold bukan public bank…., dinar emas Public Gold nie boleh beli dengan company dia terus di HQ dekat Penang atau pun dengan agen… harga jual sama saja ikut harga yang tertera dekat website Public dinar tiap-tiap hari… saya kat melaka….nak beli ngan saya pun boleh…stok untuk 1 dinar tel 016-2273797 (june)
By aie on Feb 6, 2009 | Reply
thank cikjune, maknanyer saya salah faham lani… okey dah faham skang. Melaka yer… jauhnyer
By dirham2dinar.com on Feb 6, 2009 | Reply
Seminar Dinar 2009 anjuran PMKUM – 21 Feb di UM . Mari kita sama – sama tambah ilmu ekonomi Islam sebenar. Kita boleh hidup tanpa wang kertas dan tanpa reserve banking. Masa untuk membuat perubahan ke dinar dan wakala.
dinarpmkum.blogspot.com
By dian on Feb 6, 2009 | Reply
berminat mendapatkan dinar publicgold dan gold bar dari agen lembah kelang
hubungi Dian 0133422330 or sms. saya menjual bagi pihak agen di lembah kelang Koperasi KBI.
By sue505 on Feb 7, 2009 | Reply
ingin tahu…mna yg lebih baik dari segi mutu dan nilai. emas dicampur dgn perak atau tembaga?
reply: Well, walau apa logam yang dicampur, nilai syiling emas akan dikira berdasarkan kandungan logam emas. Jadi samada logam tembaga atau perak itu tak penting.
By feza on Feb 10, 2009 | Reply
4 me, mmg bagus kita menyimpan emas nih… tak kesah la emas apapun, krn lumayan pulangannya untuk jangka panjang.
masa aku kwin dulu, 916 baru rm27 segram.
skrg… nahhhhhhhhhh..rm100 lebih..
so, lu pikirlah sendiri
huhu
P/S : encik syukur, kot ada masa tuh… tponlah saya
leh kita lepak di nasi kandar cheng..
huhu
chow
reply: Ok fezal, no problem. kalau ada masa kita jumpa.
By smz on Feb 11, 2009 | Reply
salam…saya dah pun mendapatkan pb dinar nih…cuma plan jangkamasa panjang mungkin akan beli tiap2 bulan..insya allah w/pun 1 dinar je…tak gitu en syukor?satu lagi konfom ke kita leh gadaikan emas fizikal kita ( pb dinar ) ni kat ar rahnu atau agro bank?ingin kepastian…..harga 50%-70% tu bergantung kpd harga semasa ke?

reply: Yup, emas fizikal nie beter beli utk jangka masa panjang. baru boleh lihat keuntungannyer
pasal gadai, memang boleh gi gadai dan akan dapat 50% – 70% daripada harga emas semasa. No problem
By Nazz on Feb 11, 2009 | Reply
kepada smz,
saya dah tanya pada En. Syukor, Dinar PB memang boleh diterima oleh ar-rahnu dan agrobank, di ar-rahnu anda akan diberi 65% dari nilai emas semasa anda manakala di agro bank 50%-70%, bergantung anda mahu berapa. Tahniah kerana telah memiliki dinar.
Ermm, Tuan admin kalau saya salah tolong betulkan ya.
reply: Ya, betul tu.
layarilah blog saya http://od-asb.blogspot.com
By smz on Feb 13, 2009 | Reply
salam…saya masih ada keraguan….di agrobank ada statement :
“Semua jenis barang kemas yang diperbuat daripada emas seperti : Rantai,Subang,Cincin,Gelang tangan dan Gelang kaki,Kerongsang ,Lain-lain ”
reply: Ini adalah emas barang kemas, biasanya 916. Memang boleh pajak. No problem
“Emas paun dan emas putih (Platinum) tidak diterima oleh Bank ”
Reply: Emas paun nie ialah emas dengan kualiti 750. Biasanya banyak kat Kelantan. So campuran dia lebih tinggi.
Adakah dinar emas public gold diterima?sbb tiada kenyataan syiling diterima?satu lagi apa maksud emas paun?adakah emas dalam bentuk gold bar tidak diterima….Sekian..sekadar ingin kepastian….
reply: Gold bar dan dinar public gold diterima sebab dia adalah emas dengan kualiti 24K dan 22K. Tapi ia bukan dalam kategori barang kemas
By Nuraina on Feb 13, 2009 | Reply
Saya ada pengalaman arrahnu b.rakyat. Kalau gadai gold bar,coin… in other words bukan barang kemas, rate nya lain..tak pakai rate untuk barang kemas. Rate gold bar etc jauh lebih rendah. Masa saya gadai tu, 24K rm125.41, rate gold bar etc rm111 je.
Saya nak tanya en,syukur, beli kijang emas di maybank ada sijil ke. Apasal saya beli takde pun,and dia tak minta pun ic?
reply: Ar-Rahnu Bank Rakyat memang ada 2 rate iaitu barang kemas dan jongkong emas.
Tentang beli kijang emas ni plak, memang ada sedikit perbezaan antara cawangan Maybank. Untuk artikel saya, ianya adalah kat Maybank Melaka main. Tapi ada Maybank cawangan lain yang tak buat camtu. Ada yang tak pakai sijil, just kasik slip bank in warna kuning ajer.
For me, as long as u dapat emas dan bukti pembelian. it’s ok.
By Nuraina on Feb 13, 2009 | Reply
Satu perkara lagi saya nak kongsi, pegawai arrahnu tu cakap,kalau nak rate barang kemas, jadikan gold bar tu loket, dapat la rate barang kemas..cuma masalahnya, tak dapat jual balik dekat P.Gold la..
reply: Kalau gold bar saiz 20 gram tu boleh lagi buat loket.. kalau 50 gram n 100 gram plak.. ehehe.. saya rasa tak sesuai.
By kak ai on Feb 15, 2009 | Reply
Saya nak tanya pendpt en.syukur boleh tk ? ye le..sy ni kn baru sgt dlm pel.emas ni. Yg mana satu lbh menguntungkan or more advisable… jual beli masa harga turun naik or,beli dan jual lps 5 thn?
Saya punya plan,lps beli emas,saya gadai kat arrahnu, saya hanya renew pjanjian bila harga naik….kira-kira dpt cover upah simpan 6mth and dapat byr ckit pokoknya… lama-lama,langsailah pinjaman tu or tinggal ckit je nk tebus… Oleh sbb saya beli dgn buat pnjaman bank,cdg nye,bila harga emas naik..ckup utk saya settle htg loan…baru saya jual emas saya… Praktikal tak cara saya ni? But at the same time,saya ada juga le saham..hrga turun,rugi kalau jual..kalau balik modal je, saya nk jual saham&beli emas.. Ok tk yek?
reply: Should be ok.
By mfanb on Feb 23, 2009 | Reply
Sijil ketulenan tu diberi kepade org yg beli ke?ke kepade dealer shj?
reply: Buat masa nie, sijil dinar tak siap lagi.. so sesiapa yang beli sekarang cuma dapat dinar sahaja.
By yuskasorga on Feb 24, 2009 | Reply
askum camner cara nk invest emas ni…
By dins on Feb 24, 2009 | Reply
baca slow2 makumat dalam blog ni…sure tau macamana nak invest dalam emas.
By zulfaizuddin on Mar 3, 2009 | Reply
Salam,
Boleh beli Public Dinar guna kad kredit dan buat EPP tak?
reply: Boleh, tapi kena beli kat Penang lah..
By hassan roshan on Mar 24, 2009 | Reply
hi.saya ada member dari sabah mempunyai gold bar.campuran emas dan platinum.cumu dia takda permit tuk bawa ke semenanjug.jika ada buyer atau idea cam na nak uruskan perkara ni sila email saya.tq
By ridersenja on Mar 25, 2009 | Reply
tuan admin,
antara GIA Public Bank dgn Public Gold nih mana yg lebih untung?
tq
By roslan on Mar 25, 2009 | Reply
to ridersenja, sorry sy jawab ye. Pd sy ianya bergantung pd matlamat pelaburan anda.Kalau untuk short term pilihlah GIA dan monitor la tiap tiap hari dan untuk long term emas fizikal adalah terbaik , salah satunya adalah emas PG.Pada saya beli emas fizikal dr PG adalah pelaburan yg baik memandangkan spreadnya rendah berbanding spread GIA PB (6.5%).
By phinshah on Mar 30, 2009 | Reply
asalamualaikum En Syukor, saya sgt berminat dengan perniagaan emas ni. Saya belum beli lg stkt ni.Saya da cuba jenguk-jenguk forum dan artikel dlam blog ni untuk dijadikan panduan . Saya dah call mybank kota kinabalu untuk brtanya syiling emas , ttp tak jual 1 0z hanya 1/2 0z n 1/4 oz ja dijual.Kalau tinjau perbezaan harga 1 oz murah daripada 1/2 oz. . Apa pendapat tuan ?
reply: Dari segi perbezaan harga belian dan jualan, 1 Oz paling baik. tapi 1/2 Oz pun ok juga..
By suasa on Mar 31, 2009 | Reply
salam phinshah……
nak tanya saudara nih minat dalam perniagaan emas atau pelaburan emas..saya juga from Sabah… anyway memang susah nak dapat kijang emas yang dimaksudkan…di kk tu…saya until now pun tak pernah dapat ..cuma one day saya ada outstation kerja kat tawau i dapat beli di Maybank Tawau .. dan disana ada 1 oz ,so i bedal 4 kijang 1 oz ….so memang ada perbezaannya………..walau apapun saudara phinshah sekiranya berminat boleh mendapatkan dinar or gold Bar daripada agen Public Gold di Kota Kinabalu yang mana menawarkan harga yang lebih murah dari kedai2 emas just sms or call this number 012-8203682 @ 0138529000 (.) selamat datang ke pelaburan emas………………..
By sue505 on Mar 31, 2009 | Reply
Salam untuk phinshah….
Jika berminat untuk membeli emas dgn hrga yg lebih murah. Sila berhubung dengan Suasa. Saya juga telah mula membeli dari beliau. Harga hari ini agak murah……mari kita mula membeli…
reply: Ya, saper yang nak beli boleh contact suasa. Beliau merupakan salah seorang agen Public Gold.
By booodak on Apr 21, 2009 | Reply
salam…nak tanya kalau nak gadai dkt BR beza tak diantara gold bar and brg kemas..kalau beza berapa byk? sebab saya nak mula melabur tapi tak pasti nak beli brg kemas or gold bar…dari segi jual balik mcamna?
reply: Ada beza antara rate barang kemas dan rate gold bar. Rate barang kemas Bank Rakyat ambil lebih tinggi. Kalau beli gold bar Public Gold, boleh jual balik kat agen bila-bila masa.
By abdullah ameen on Apr 30, 2009 | Reply
assalamualaikum,
saya keliru sedikit. dalam table harga emas harian tu, harga yang kita perlu bayar pada agent dinar emas yang mana satu? selling price or buying price?
buat permulaan ni saya hanya nak beli 1 dinar emas untuk mas kahwin.
reply: Kalau nak beli tengok harga selling (selling price by public dinar)
By fifa on Apr 30, 2009 | Reply
Kalau kita nak beli, bayar ikut harga ‘selling price’. Kalau kita dah ada emas dan nak jual.. tengok harga ‘buying price’.
Reply: Ya, betul tu. thanks
By dinar on Jul 23, 2009 | Reply
Salam
Baru-baru ini saya beli 1 dinar emas. Saya cuba tanya kat kedai emas poh kong sogo. Tujuannya in case public dinar/gold tutup so boleh jual di kedai emas.
Jawapan poh kong ialah kena potong dulu untuk test ketulenan sebab dinar emas tak ada cop 916. So ini lah masalahnya, bila potong maka harganya pula akan semakin kurang. Nampaknya tak menarik lah beli public dinar ni … atau pun branson boleh design baru siap dengan cop 916. tq
By linn on Oct 3, 2009 | Reply
saya baru nak belajar pelaburan emas.
tolong tunjuk ajar saya.
By izham on Oct 8, 2009 | Reply
salam…
terima kasih atas perkongsian ilmu bersama d melaka semalam.
izham & bahrin
By cikjune on Oct 8, 2009 | Reply
tak yah ler jual kat dorang dinar…cari tempat yang ada penimbang untuk cek ketulinan..takde nak potong2… ehehe poh kong pun pandai manipulate org yg tak tau ilmu emas nie…potong plastik pun nak tolak jugak…
By nora on Oct 19, 2009 | Reply
untuk memulakan pelaburan emas public gold, sesuaikah terus beli emas yang bar contoh yg berat 50 gram atau start dgn beli dinar je dahulu
By cikjune on Oct 19, 2009 | Reply
kalau ada duit dan ready nak beli… terus beli gold bar
By Anak_Emas on Oct 20, 2009 | Reply
Salam…
saya tengah dalam dilema nii… tgh usha line nak melabur dalam emas ni. saya tengah tgu duit kwsp dlm tahun depan dapat (amik skim pencen hehehe) ingat nak melabur dlm asb pastu topup skit dgn loan asb cukupkan 100k. nak convert ke OD tak halal pulak. melabur dlm GIA ada unsur riba lak.. nak beli emas fizikal x tau lak mana nak simpan, simpan kat umah br mgu lepas rumah jiran kena pecah.. ader sape2 buleh tulong? alahaiii
By Foo on Oct 23, 2009 | Reply
anda boleh rujuk http://sabahgold.blogspot.com tentang pelaburan emas di kota kinabalu, sabah
By azmi on Nov 25, 2009 | Reply
Saya dah beli dinar mas kelantan 6 bulain dan dah untung mencapai 800. bagaimana saya nak dapat emas jongkong sekarang kat mana boleh dapat
By adlenaziz on Mar 23, 2010 | Reply
slm..saya baru juga berjinak dgn Public gold ni..boleh tak inform rekod kenaikan turun naik emas dlm 3 tahun sebelum ni…bagaimana dgn kiraan zakat simpanan emas ni pulak ?
By hanafi on Mar 24, 2010 | Reply
salam, saya sudah memiliki emas 1 dinar dan berhasrat untuk menambah lagi dinar melalui konsep pajak gadai. Tapi tidak semua bank boleh menerima dinar untuk dipajak…. Jadi di mana bank yang sesuai untuk melakukan pajak gadai dinar di area kl/selangor ni?
reply: Boleh pajak kat Agro Bank