Pengalaman Membeli Kijang Emas Yang Berbeza-beza
Berminat untuk mengiklan di blog ini? Saya akan membantu anda membuat promosi yang berkesan. (Klik sini) ________________________________________________________________________
Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pembaca.
Untuk posting kali ini, saya ingin bercerita mengenai pengalaman membeli syiling emas Kijang Emas yang berbeza-beza diantara satu cawangan Maybank dengan cawangan Maybank yang lain.
Saya pasti anda telah membaca pengalaman saya membeli syiling Kijang Emas di Maybank Melaka main.
Posting tersebut boleh dibaca disini:
http://jutawanemas.com/v1/pelaburan-emas/membeli-syiling-kijang-emas/
Pengalaman membeli Kijang Emas yang berbeza-beza.
Ramai pembaca blog jutawanemas memberitahu saya yang pengalaman mereka semasa membeli Kijang Emas adalah berlainan dengan apa yang saya tulis.
Sebagai contoh:
1. Tak perlu tunjukkan IC sewaktu hendak membeli Kijang Emas
2. Tak dapat sijil pembelian daripada Maybank sebaliknya dapat resit bank-in sahaja
3. Tak dapat cover biru daripada Maybank, cuma dapat syiling Kijang Emas sahaja
Daripada feedback ini, saya boleh buat kesimpulan bahawa kaedah jualan Kijang Emas mungkin berbeza daripada satu cawangan Maybank dengan cawangan yang lain.
Jadi, janganlah risau.
Apa yang penting ialah anda mendapat 2 benda nie daripada Maybank:
1. Syiling Kijang Emas itu sendiri (samada diberi cover atau tidak)
2. Bukti pembelian (samada sijil atau slip bank-in)
Pengalaman membeli Kijang Emas di Maybank Langkawi.
Ayah saya telah membeli syiling Kijang Emas 1 Oz di Maybank Langkawi.
Kijang Emas tersebut tak ada cover biru macam yang saya beli kat Melaka. Cuma diberi syiling seketul sahaja. Bukti pembelian pula adalah resit bank-in sahaja.

Beli Kijang Emas di Langkawi, takder cover dan sijil. Just resit bank-in.
Jadi ayah saya terpaksa membeli sendiri cover plastik untuk Kijang Emas tu… Kalau tak ada cover takut nanti senang calar. Nanti takut Maybank tak nak terima balik kalau nak gi jual.
Resit pembelian pun ayah saya simpan dalam cover plastik tu…

Cover plastik tu ayah saya beli sendiri.
Kesimpulannya,
Pengalaman anda membeli Kijang Emas mungkin berbeza dengan apa yang saya tulis kat blog nie.. tapi jangan risau… it’s normal.
Jika anda mempunyai pengalaman yang tersendiri sewaktu membeli Kijang Emas, marilah berkongsi di sini. Letakkan di bahagian komen.
Jika nak tahu lebih lanjut berkenaan pelaburan emas, jemput datang ke forum jutawanemas. InsyaAllah persoalan anda akan terjawab.
Ok then.. selamat memburu Kijang Emas

Blog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas yang tepat dan selamat.






![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/images/quotes_special.gif)

41 Responses to “Pengalaman Membeli Kijang Emas Yang Berbeza-beza”
By ajis on Feb 15, 2009 | Reply
Slm!
Wow cantik dan kreatifla ayah sdr Syukor simpan kijang mas tu!
Pengalaman saya sendiri…sejak saya beli kijang mas, saya ada hobi baru yakni cari dan kumpul bekas plastik utk isi kijang! Siap turun naik supermarket dan kedai stationery…mcm2 plastik sy ada! haha
Apapun thanks sdr syukor for such info.
Saya ada link yg menarik utk dikongsi
http://www.youtube.com/watch?v=tZ5R3SoCDsg
By Uncang on Feb 15, 2009 | Reply
Salam
Menarik betul tgk link En Ajis bg tu… Saya pun tgh mencari2 bekas plastik yg muat2 coin kijang 1oz.. En Ajis ader idea tak kat maner nak cari bekas plastik camtu?
By Along on Feb 15, 2009 | Reply
salam..hehe..
pkai plastic ic/lesen je..melambak kat post office..
By ajis on Feb 15, 2009 | Reply
Haha….
saya dah pakai plastik ic/lesen tu… tapi tak ‘cool’ laa! Silap aribulan jatuh… sure dapat kesan ‘dent’ kat syiling tu. Guna bekas ‘memori kad SD’ pun OK…tak pun guna bekas bedak kompak pompuan…! Kat kedai stationery ada jual coin album …
By Dil on Feb 16, 2009 | Reply
Saya beli dlm 4 kijang emas kat Alor Star, dia beri bekas letak syiling.
By ajis on Feb 16, 2009 | Reply
En. Uncang…dekat Amcorp Mall aras3 ada kedai jual bekas coin pelbagai saiz(ikut saiz coin apa)…sesuai utk simpan DInar (kerana dinar keras sikit)
By z@ph on Feb 16, 2009 | Reply
Saya berpendapat coin yg di beli oleh ayah En Syukor tu coin recycle yakni coin yg telah dijual kembali oleh customer lain manakala coin yg dibeli oleh En Syukor sendiri adalah coin yg baru. Sbb tulah dia lengkap dgn cover biru tu.
By spartan on Feb 16, 2009 | Reply
saya ada beli 3 ekor kijang emas. yg saya dapat cuma coins yg diletakkan dalam plastic kecik.
saya tanya kena saya tak dapat cover, sijil & resit.
Cover : tak de sebab coin tu recycle dari owner sebelum ni yg hilang cover nye. tak perlu katanye.
sijil & resit : sekarang tak perlu lagi sebab coin ni hanya di jual di maybank tertentu. jadi senang di kawal. jadi untuk di jual nanti, hanya perlu bawak coin, & maybank akan letak dalam ‘catuan’ nye. then dia bagi la duit tu. senang je prosedur nye sekarang. ntah la….
By nuril on Feb 16, 2009 | Reply
coin kijang ni mmg hanya boleh jual di maybank yg dibeli sahaja ke?
takle jual semula in future di tmpat lain ke?
By rozamira on Feb 16, 2009 | Reply
Kena jaga kijang emas ni betul-betul. Tercalar sikit, kemek sikit pun susah nak jual kat Maybank. Saya dah terkena… ingatkan hari tu beli masa harga rendah, bolehlah untung >RM500 bila jual tapi sampai le ni tak leh jual. Dah 2x gi bank merayu. Siap beritau bank nanti saya beli balik semula kijang saya yang cacat tu bila harga dah turun sikit. Tak le juga. Tak faham saya kenapa bank tak nak beli padahal ada dia boleh jual kat org lain. Berat bukannya luak pun.
Saya ada bertanya kat Bank Negara pasal masalah saya tapi sampai le ni pun Bank Negara tak leh nak beri jawapan.
So, jaga baik-baik le kijang tu.
By -wa- on Feb 16, 2009 | Reply
Regarding survey admin tentang kijang calar/cacat tu..kijang sy pernah naik spot mcm starting nak naik karat tu..sy perasan lepas sy timbang ketumpatan kat ar-rahnu..sy timbang 3 kijang tp 1 je yg jadi mcm tu..yg sy tau sy dpt yg baru bkn yg org dah jual semula (complete bekas biru n cashier mebenk mmg bgtau ada 11 keping xterjual lg sejak lauch dulu-sy beli sept 2008)
Masa nak jual sy tawakal je lap dgn tisu guna toothpaste (mmg brand colgate-coz pnh ada bace petua gilap emas n tembaga guna colgate)..spot tu just jd kabur xhilang sepenuhnya..so cepat2 la sy jual sebelum xlaku pulak..maybe tompok mcm tu jugak yg lan786 dpt tu agaknya..knp boleh jd camtu kalo dah kijang tu 999 pny..confius betul..
By Uncang on Feb 16, 2009 | Reply
Salam.. Tima kasih Cik Ajis for the info..
By -geng- on Feb 16, 2009 | Reply
Hmm..
Ngerinya dengar citer roza tu….bygkan beli kijang beribu2 alih2 tak dapat jual! …kedai emas biasa mesti ambik murah giler2!
Tapi Bank takpatut buat mcm tu….bukannya kurang berat kijang tu kalu kemek sikit!
Syiling biasa (10 sen…50 sen…) berlambak yg kemek….ok jer boleh dijual beli….
By ola oli on Feb 17, 2009 | Reply
maybank tk amik calar malar atau rosak ni sbb dia nkjual blk dn dia bkn producer..dia agen je..klu dia producer dia blh leburkan blk dan minting semula..dgr kata public gold yg tk kisah sgt psl calar..klu rosak teruk baru dia tolak la skit percent..tk la 100% reject mcm mybank..tul kn tn admin ?
By goldkey on Feb 17, 2009 | Reply
biasala maybank…mentang2 dah famous,sombong la diaorang…kalu takat calar sikit kira HALAL jela…
kanke emas 2 bole lebur dan buat lain…apa nak susah..
By boy on Feb 17, 2009 | Reply
klau ada sapa2 nak jual kijang yg calar tu..blh jual kat saya..harga blh nego..byr cash..jumpa kat area shah alam..0127131492
By rozamira on Feb 26, 2009 | Reply
Ada berita baik.. saya Roza. Hari tu saya cite pasal kijang saya yg terkemek sikit tu… Alhamdullillah. Maybank dah boleh terima. Puas juga saya beremail dgn Bank Negara tapi, sekarang dah settled. Nak jual pulak hari ni, harga tak cun. Tunggu le sekejap. Nasihat sikit.. jika kita guna saluran yg betul, Insyaallah masalah kita settled tapi kena bersabarlah sikit. Tapi apa-apa hal, jagalah kijang anda bagai menatang minyak yg penuh…
By roslan on Feb 26, 2009 | Reply
rozamira, boleh bg email? Nak tanya pasal kes kijang yg kemek tu dan kandungan jawapan BNM pasal tu.Tolong ya.
By nama on Feb 26, 2009 | Reply
Tolong Roza Bagitau Maybank mana yg dapat jual kijang yg defect…plss
By rozamira on Feb 27, 2009 | Reply
Untuk En. Roslan dan Nama,
Saya berurusan dgn BNM (En. Kumar). BNM berurusan dgn Maybank HQ. Maybank HQ contact Maybank Cawangan.
En. Roslan dan Nama, boleh berikan emailkan tak?
By nama on Feb 27, 2009 | Reply
Cik Roza….
emel saya codek_84@yahoo.com …terima kasih yer! ;p
By roslan on Feb 27, 2009 | Reply
rozamira… ni email saya roslan4068@yahoo.com
By mizdin on Mar 4, 2009 | Reply
Asalamualaikum
Saya mintak jasa baik en. syukur analisis dan membuat bandingan harga emas yang di keluarkan oleh BNM adakah syarikat dan bank yang mengendalikan jual beli ini mengikut harga BNM.
contohnya: Pada hari yang sama,
BNM jualan RM120.25 /gram. Tetapi PBank jualan RM116.56/gram.
Mybank lagi teruk jualan RM120.25/gram, belian RM111.35/gram.
By suasa on Mar 12, 2009 | Reply
Asalamualaikum…
Sapa 2 boleh tolong jawab . Beli kijang ..tapi ada sport (bintik warna coklat) kenapa jadi macam tu ? dan calar yang macamana yang dimaksudkan oleh Maybank tak mahu terima tu .TQ
By nama on Mar 13, 2009 | Reply
Roza tak emel pun! huhuhu
By peruzz on Mar 29, 2009 | Reply
salam geng
tanye sket.. aku br tangkap sekor kijang ni kt meben..
tp awat die takder kasik resit ape2.. aku da cakap takder resit ape2 ke.. die cakap takyah.. aku kasik die duit.. die kasik aku kijang emas..tuh jerk.. tak yah isi ape2 slip pn.. cane erk?? tp banker meben tuh cakap..kalo nk jual balik.. gi jerk kt tempat die tuh.. aku takot..org cop aku curik jerk.. hehe..
erm.. dah try nk gadai kt agro.. die cakap ok jerk..tak yah slip pn takpe.. gi arrahnu pn die cakap terima walaupun kijang emas.. (arrahnu ni under bank rakyat)..
kalo bank rakyat bebetul.. die tak terima kijang emas kan..
By kayzack on Apr 29, 2009 | Reply
betul ke bank rakyat tak terima Kijang emas.. boleh sesiapa tolong sahihkan.. apa alasan BR tolak Kijang?
reply: Well, saya tengok polisi ini tak konsisten antara satu bank rakyat dan bank rakyat yang lain. Kekadang tu sampai terpaksa argue dengan diorang. Agak malang kerana kekadang pegawai Ar-Rahnu tdak mempunyai pengetahuan mengenai emas dengan secukupnya. Saya pernah pajak kijang emas kat ar-rahnu exchange (milik Bank Rakyat). takder masalah pulak…
By peruzz on May 13, 2009 | Reply
yerp.. sy pn gadai dekat ar rahnu exchange.. die ambek jerk..
sy tanye b.rkyat tmpt sy.. mmg diorg tak ambek..kijang emas
yg agro bank.. ambek jerk..
tuan admin.. tanya sikit.. betui ke kalo nak gadai emas 916 (cth rantai).. dekat bank rakyat.. die nilai murah.. juz ambek rate 875??
mohon bantuan.. hehe
By abrablog on May 30, 2009 | Reply
memang bijak. Tapi biasanya harga kijang emas tu berapa ek?
By Iyyad on Jun 2, 2009 | Reply
harga kijang kena tegok di web Bank negara Malaysia. atau di Maybank yag ada berurusan kijang ni
By Iyyad on Jun 2, 2009 | Reply
ada yg berminat kijang ke… sy ada stok nk jual nie
By Mr kay on Jun 16, 2009 | Reply
public gold ngah hangat di psaranke? ada sapae2 jd agen pb gold?
reply: refer kat sini:
http://jutawanemas.com/v1/forum/peluang-peluang-pelaburan-emas-di-malaysia/jutawanemas-trading-dealer-public-gold-di-melaka/
By simpunkpark on Jun 23, 2009 | Reply
salam semua…nak tanya, kalau beli kijang kat maybank A la contohnya…musti kena jual pun dkt maybank A jugak ker? bole tak jual dekat maybank lain?
By wan sazali on Jul 28, 2009 | Reply
salam. baru2 ni pun bapak aku beli jugak, tapi dengan harga tinggi.. sampai sekarang tak boleh jual2 lagi.. aduh! nasib bapak aku laa
reply: Emas nie pelaburan jangkamasa sederhana dan panjang. Kalau nak jual cepat2 memang tak nampak untung yang banyak. Jangan risau.. long term sure untung.
By marcoco on Jul 28, 2009 | Reply
salam buat hamba Allah yang patuh. tolong bagi nasihat kepada saya, orang yang pakar tentang jualan kijang emas. macammana, kita beli dengan harga yang tinggi, lepas tu nak jual dengan harga pasaran sekarang. memang kalau dijual sekarang boleh dikatakan tak sampai 1ratus sekeping. macammana nak buat, boleh jadi berganda lagi sedikit?
reply: Matlamat pelaburan emas biasanya utk jangkamasa sederhana atau jangka masa panjang. Harga emas boleh turun dalam jangka masa pendek. so kijang emas nie tak sesuai. Kalau nak untung lebih kena berniaga emas. Jadi agen Public Gold.
By mas joko kelantan on Jul 29, 2009 | Reply
salam. beli2 emas kijang tu, ingat2 etek keluar zakat tu…
By NizamJB on Jul 29, 2009 | Reply
Beli emas tak yah klua zakat kot… klu simpan emas cukup nisab (85g) utk tempoh lebih 1 thn hijrah (haul) baru kene zakat.. : )
By izwanikasim on Jul 30, 2009 | Reply
betul..betul..betul..
By e on Aug 23, 2009 | Reply
Baru2 nie saya beli sekeping kijang kt Maybank main kl. Dia tak bg aper2 bukti pembelian. Bila ditanya dia ckp mmg xder. Betul ke camtu?
reply: Asalkan dapat ems tu then no problem. memang pengalaman membeli kijang emas nie berbeza-beza mengikut Maybank.
By asraz on Aug 24, 2009 | Reply
e,
Bila beli KE tu? Saya pun beli last week…masa harga murah skit la…
Saya pi beli pun dia xde nak bagi apapun…resit pun xdak…yg pasti KE tu mmg stok baru…tapi disebabkan byk baca kat JE ni la yg bila dia ckp xde resit apa, saya mintak la fotostat salinan deposit tu…so dapat la…hehe..
reply: hehehe.. memang pengalaman membeli kijang emas nie berbeza beza antara satu maybank dan maybank lain.. tapi asalkan dapat emas kijang then no problem lah..
By chelin on Feb 25, 2010 | Reply
salam encik admin..nak tanya..kalo ilang pay slip tu agak2 kijang ni leh jual balik ke kat maybank?
reply: Itu kena tanya maybank tempat saudari beli kijang tersebut.